Kerajaan semakin hari semakin tidak peka dan tuli dari mendengar permasalahan rakyat.Bukan sahaja tidak mendengar tetapi memalingkan muka dengan mendongak ke langit dengan lagak yang angkuh dan sombong.
Tiada siapa menyangkal merokok merbahayakan kesihatan tapi rentetan peristiwa berkaitan isu vape meletakkan persepsi pihak kerajaan hanya lebih mementingkan hasil diperolehi.Maka alasan mendatangkan kesan tidak baik kepada kesihatan rakyat menghalalkan cara kerajaan mengutip cukai yang tinggi yang lebih berpihak kepada syarikat rokok.
Apakah kenaikan menggila harga rokok ada kaitan dengan kemerosotan perolehan keuntungan syarikat berkaitan rokok setelah ramai perokok dikatan beralih kepada vape?
Persepsi penggemar vape kerajaan ditekan oleh syarikat rokok untuk dengan memberikan gambaran buruk vape walaupun sebenar tiada bukti saintifik.
Sebaliknya mencipta alasan menghalalkan rampasan perisa vape dibuat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 merupakan perang psikologi kepada penggemar vape.
Manusia yang gila sekalipun jika kita halang dan sekat kemahuan mereka apatah lagi hobi yang sudah sebati dengan diri,pasti akan mengundang perasaan amarah mereka
Jika anda berani,cuba ambil rokok di mulut seorang gila yang sedang merokok,silap haribulan nyawa melayang.Apatah lagi orang yang waras yang boleh berfikir dari pelbagai sudut kewajaran tindakan pihak lain menyekat keinginan naluri sebagai manusia.
Rakyat langsung tidak diberikan alternatif sebaliknya menutup terus ruang hak mereka.Harga rokok dinaikan..alternatif vape dikenakan pelbagai tekanan.
Perokok tidak diberikan peluang sebaliknya banyak lagi aktiviti lain yang turut mendatangkan kesan jauh lebih buruk seperti judi dan arak dilesenkan.Kenapa tidak diharamkan judi dan arak.Keadilan buat perokok dinafikan sama sekali.Ini yang menjadi bualan dimana-mana sahaja.
Barangkali undi perokok dan pengemar vape tiada makna buat kerajaan .Sekitar 5 juta perokok mungkin juga akan memikirkan alternatif ,apa sahaja tentang alternatif termasuk kerajaan alternatif hanya kerana mahu melepaskan kemarahan.
Pada PRU 14 bakal menjelma bersedialah belajar menjadi pembangkang di Parlimen kerana rasanya ramai perokok yang semakin rabun warna tidak melihat lagi warna biru tua sebaliknya hijau,biru muda dan oren jelas kelihatan...
No comments:
Post a Comment