ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Parlimen
Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Tuesday, 17 November 2015

HANYA 3 DARI 14 MP PAS TOLAK BAJET 2016,TKO BUAT PEMBANGKANG


Bajet 2016 yang di luluskan pada bacaan kedua di Parlimen semalam memberikan gambaran sebenar senario politik pakatan pembangkang di Malaysia.Jika selama ini PKR mendabik dada dengan mengatakan bahawa belum pernah terjadi dalam sejarah politik di Malaysia kejayaan menyatukan 3 buat parti utama pembangkang iaitu DAP-PKR-PAS.

Di era 1990an Tengku Razaleigh Hamzah merangka penyatuan secara holistik agenda dan dasar diikuti dengan perlaksanaan melalui Semangat 46 ternyata menemui jalan buntu yang mengakibatkan pembubaran Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah akhirnya.

Bibit bibit kehancuran pembangkang nampaknya jelas kelihatan dan bukan berbalam-balam lagi.Sewaktu pengundian Bajet 2016 terdengar suara ahli DAP Anthony Loke yang mahukan undi belah bagi menandakan mereka mengenal siapakah diantara mereka dikalangan pembangkang dan siapakah dikalangan ahli kerajaan yang menolak Bajet 2016.

Dengan undian akhirnya berpihak kepada Kerajaan 128-74 ada dua perkaara yang dapat dilihat pertamanya iaitu perpecahan kesatuan pembangkang yang gagal mencapai kata sepakat sekalipun berjuang atas dasar bersama Pakatan Pembangkang.

Daripada 14 MP PAS hanya tiga orang yang menolak Bajet 2016 iaitu MP Pokok Sena Mahfuz Omar,Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).

Sementara itu, enam Anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).

Ini bermakna 5 orang MP PAS tidak hadir mengundi termasuk Presiden PAS Hj Hadi Awang.

Perkara yang kedua yang dapat dianalisa dengan mudah ialah sokongan di kalangan MP Kerajaan nampaknya sebulat suara menyokong Bajet 2016 berbeza dengan persepsi sebelum ini yang meramalkan Dato'Seri Najib Tun Razak akan berhadapan jalan sukar bagi meluluskan Bajet 2016 .

128-74....suatu pukulan TKO buat pembangkang...
.

BAJET 2016 LULUS, PRESIDEN PAS TAK HADIR,6 MP PAS BERKECUALI...DAP KENA SAWAN


Nasib pembangkang di Malaysia nampaknya umpama telor di hujung tanduk.Kejam sangatkah perumpamaan itu atau mungkin boleh kita umpakan impian pakatan pembangkang untuk menguasai Putrajaya umpama seperti menunggu kucing bertanduk.

Ada baiknya mereka memikirkan kembali menggunakan perkataan Pakatan dalam apa rupa tidak kiralah Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan atau apa sahaja yang senada dengannya.

Pada pengundian bagi meluluskan bajet 2016 hari ini di Parlimen telah memberikan isyarat yang jelas bahawa pembangkang tidak lagi mempunya kesatuan dan kata sepakat dalam membuat keputusan yang penting melibatkan negara.

Jelas....sudah terang lagi bersuluh melalui video di bawah pembangkang mahukan undi belah bagi supaya dapat mengetahui siapa yang menyokong atau pun tidak samada di pihak pembangkang mahupun di pihak kerajaan.


Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di peringkat dasar dengan mendapat jumlah undi yang besar daripada anggota parlimen.

Sebanyak 128 Anggota Parlimen bersetuju rang undang-undang itu diluluskan bagi ditetapkan untuk bacaan kali kedua, berbanding 74 yang menolak.

Undian belah bagian dijalankan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berikutan beberapa Anggota Parlimen daripada parti pembangkang yang mahukan undian itu dijalankan.

Sementara itu, enam Anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).

Empat lagi Anggota Parlimen PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak hadir ke sesi petang sidang Parlimen hari ini.

Keputusan itu membuatkan beberapa Anggota Parlimen pembangkang membuat bising sebelum Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara bersahaja mengulas: "Walaupun nyaring suara tidak bersetuju, tetapi hakikatnya yang bersetuju itu lebih Yang Berhormat".

Turut hadir semasa pengundian itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut mengambil bahagian dalam undian itu ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Okt lepas, dibahaskan selama enam hari bermula 26 Okt lalu sebelum digulung di peringkat kementerian selama tiga hari, dan diluluskan hari ini di peringkat dasar.

Rang undang-undang yang bertujuan memperuntukkan sejumlah RM267.22 bilion untuk perbelanjaan kerajaan pada 2016 itu dijadual akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula esok.

Sementara itu, menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, rang undang-undang itu hanya akan diluluskan sepenuhnya selepas selesai perbahasan dan penggulungan di peringkat jawatankuasa dan dibacakan kali yang ketiga.

Persidangan dewan bersambung esok.



Saturday, 24 October 2015

SIAPA AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG MAHU KIT SIANG DI GANTUNG


Kelibat Lim Kit Siang selaku Penasihat DAP yang juga antara MP paling lama di Malaysia tidak akan kelihatan selama 6 bulan.Ini berikutan usul penggantungannya selama 6 bulan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Azalina Othman kerana menghina Speaker Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sebenarnya apa yang menarik ialah signal yang diberikan oleh barisan pembangkang di Parlimen Malaysia berikutan pengundian penggantungan Lim Kit Siang.

Keegoan yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang yang engan memohon maaf menyebabkan ada dikalangnan MP pembangkang sendiri berasa kecewa dengan mengundi dalam diam usul penggantungan tersebut.

Jika dilihat kepada keputusan penggantungan Lim Kit Siang diluluskan dengan undian  107 menyokong sementara 77 tidak bersetuju.Kehadiran MP BN pada hari pengundian itu hanyalah 97 orang menunjukkan ada dikalangan MP pembangkang seramai 10 orang bersetuju untuk tidak mahu melihat muka Kit Siang di dalam Parlimen.

Pada hari pengundian itu seramai 6 orang ahli MP PAS yang hadir.Jika diandaikan 6 orang MP PAS menunjukkan protes senyap dengan mengundi bersetuju dengan usul penggantungan tersebut,terdapat 4 lagi ahli MP pembangkang mungkin dari MP PKR diantara 10 orang ahli MP pembangkang yang mengundi bersetuju menggantung Lim Kit Siang. 

6 orang MP PAS yang menyokong BN tentunya merasakan inilah masanya peluang terbaik untuk menunjukkan sikap tidak senang mereka dengan tindaktanduk DAP yang selama ini begitu ego dan dizahirkan secara terang-terangan oleh Lim Kit Siang yang enggan memohon maaf dan menarik balik kata-kata penghinaan terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

PKR selaku abang besar dalam pakatan pembangkang juga dilihat gagal mendapatkan sokongan sebulat suara MP PKR 4 orang MP sendiri yang turut menyokong usul tersebut.

Persoalan sekarang siapakah mereka dikalangan MP pembangkang itu yang menjadi musang berbulu ayam..?Apakah kesan keputusan ini dengan usul yang bakal telah dibawa oleh Wan Azizah iaitu usul undi tidak percaya kepada PM di Parlimen yang mungkin akan dibahaskan dan dibuat pengundian.

Jika dilihat kepada senario yang berlaku adalah mustahil untuk usul undi tidak percaya kepada PM akan diluluskan memandangkan pembangkan perlu menarik sekurang-kurangnya 24 undi BN untuk meluluskan usul tersebut.

Adakah 88 ahli MP pembangkang akan memberi sokongan  100% disamping 24 ahli MP BN akan menyokong ususl tersebut...?Sedangkan PAS melalui Presidennya Hj Hadi Awang terang-terang menyatakan bahawa Dato'Seri Najib harus diberi peluang mengekalkan jawatan Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Solidariti dikalangan pembangkang berkaitan usul penggantungan Lim Kit Siang sendiri tidak solid 100%  dan pada masa yang sama perlu mencari 24 orang MP BN untuk bersama mereka adalah siri Mat Jenin baru di Parlimen Malaysia yang dihidangkan oleh politikus pembangkang yang hanya mencari populis bukannya berkhidmat untuk kepentingan rakyat Malaysia.




Wednesday, 21 October 2015

WAN AZIZAH KENA MAIN LAGI...!

Percaturan pembangkang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen kelihatan semakin kelam kelibut.Muslihat untuk mengaburi rakyat mudah dihidu membayangkan betapa pencatur strategi politik pembangkang hilang punca.

Bermula dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang pada awalnya dibawa oleh  anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR kemarin di Parlimen.

Usus berkenaan diletakkan dalam senarai ke 25 hampir pasti tidak akan didengar pada perbahasan kali ini.Menyedari pembangkang perlu mengambil peluang,PKR terpaksa melalui Ketua Pembangkang Wan Azizah menghantar notis baru ke Parlimen walaupun menyedarai 14 hari di perlukan dibawah Peraturan Mesyuarat.

Pembangkang mengharapkan bahawa usul tersebut mendapat sokongan penuh disamping undian tambahan dijangka diperolehi daripada kalangan MP Parlimen BN.Dengan bilangan anggota pembangkang seramai 88 orang,lambaian kepada 24 orang anggota BN perlu untuk merealisasikan usul tersebut diluluskan.

Diandaikan usul tersebut diterima sekalipun oleh Spekear Dewan,pembangkang akan berdepan dengan pelbagai kemungkinan dan implikasi buruk andainya gagal.

Adakah pembangkang yakin akan memperolehi undi 100% dari ahli Parlimen mereka?Usul yang dibawa oleh Wan Azizah itu yang isikandungnya hanya dibincangkan di kalangan tiga parti iaitu DAP,PKR dan Amanah melalui Pakatan Harapan manakala PAS di sisihkan.

Pastinya usaha memujuk PAS ini diserahkan kepada Wan Azizah memandangkan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.Setelah berkali-kali pemimpin DAP mengganyang Hj Hadi hingga terlibat dengan menaja gerombolan ahli politik PAS menubuhkan Parti Amanah.

Terkini DAP tanpa segan silu meminta PAS bertanding di kawasan tertentu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru bila berhadapan dengan BN...adakah Hj Hadi mahu beliau dianggap budak-budak dengan mengikut sahaja apa kemahuan DAP?

Wan Azizah pastinya tidak mahu usul ini gagal memandangkan ketika ini dengan kehangatan pelbagai isu seperti 1MDB,kejatuhan nilai ringgit serta masalah dalaman UMNO,ditambah pula dengan pemain tambahan UMNO seperti Tun Mahathir,Sanusi Junid,Tun Daim,Tengku Razaleigh Hamzah,Muhyidin Yasin,Shafie Afdal tugas Wan Azizah kelihatan mudah.

Beliau menyedari usul ini bakal gagal sebab itu usul itu awalnya dibawa oleh MP Petaling Jaya Selatan.Tetapi oleh kerana desakan kuat DAP yang mahukan kesepakatan dikalangan pembangkang melalui ususl beliau sebagai Ketua Pembangkang degan harapan Hj Hadi alah malu untuk tidak menyokong.

Sejarah menunjukkan pengundian yang pernah berlaku di Parlimen menyaksikan 24 MP pembangkang ponteng undian POTA yang dibentangkan baru2 ini.

Bagi ahli Parlimen BN,Wan Azizah tidak mempunya pengaruh yang kuat untuk membeli hati mereka.Hanya berharap mereka yang nothing to lose seperti Tengku Razaleigh,Muhyiddin Yassin,Shafie Afdal dan mungkin seorang dua lagi yang benar-benar sudah berpatah arang berkerat rotan.

Menang sekalipun undian usul tidak percaya kepada Perdana Menteri,BN tetap berkuasa dan BN pasti melantik PM baru dikalangan ahli BN bukannya Wan Azizah....itulah hakikatnya..Wan Azizah kena main lagi..huhuhuhuhu....




TAKIYUDIN ATAU HJ HADI PRESIDEN PAS?


Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri nampaknya heboh diperkatakan apatah lagi bila bermulanya sidang Parlimen 19hb October baru baru ini.Usul yang dibawa ini sebenarnya hanyalah retorik politik yang hanya ingin menunjukkan pembangkang di Malaysia mempunyai pendirian yang sama walhal realitinya pembangkang juga mempunyai krisis keyakinan dikalangan pemimpin mereka.

Sejak dari mula ura-ura usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri itu diwar-warkan umpama ingin melihat respon dikalangan pembangkang sendiri mahupun dipihak kerajan.

Mencampakkan pancing ke dalam lautan yang sebenarnya tiada umpan untuk dimakan.Hj Hadi yang ditanya adakah beliau mahu menyokong usul itu sebaliknya mahu melihat dahulu apa yang terkandung didalam usul yang dibawa sebelum menyatakan sokongan.sila KLIK

Namun Setiausaha Agung PAS,Takiyudin Hasan pula berbeza pendapat dengan menyatakan PAS akan memberikan sokongan kepada undi tidak percaya kepada PM .sila KLIK

PAS sebenarnya sudah di sisihkan oleh Pakatan Harapan yang telah bermesyuarat membincangkan isu tersebut dan tidak terlibat.Namun bagi menjaga hati PAS,Wan Azizah memaklumkan akan menemui PAS bagi membincangkan usul undi tidak percaya tersebut.

PAS bagai pipi tak mancung hidung tersorong sorong kerana Amanah akan mengambil alih peranan  dan milage politik melalui Pakatan Harapan melalui propaganda usul undi tidak percaya ini.

Hj Hadi dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah jika membuat pusingan u turn buat kesejuta kalinya jika menyokong usul undi tidak percaya ini sedangkan sewaktu beliau membawa usul persendirian Hudud di Parlimen,tiada rakan sekutu yang menyatakan sokongan.

Berbeza pula dengan Takiyudin Hasanyang hanya Setiausaha Agong boleh mengeluarkan kenyataan berbeza dan mendahului Presiden PAS Hj Hadi Awang umpama lebih sudu dari kuah.Namun bila diasak oleh wartawan...menukar kenyataan pada dasarnya  menyokong tetapi perlu melihat terlebih dahulu apabila menyedari kenyataan beliau mendahului Presiden PAS Hj Hadi Awang.

Mungkin bila melihat Hj Hadi dalam keadaan lemah dan kurang mendapat sokongan daripada rakan sekutu pembangkang,Takiyuddin melihat inilah peluang beliau menunjukkan kepada umum khususnya pengikut PAS dia mampu dipilih sebagai Presiden PAS berbanding Hj Hadi yang sedang dipencilkan oleh sekutu pembangkang dengan tidak diajak berbincang lagi tentang hala tuju politik pembangkang,





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...