ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Wan Azizah
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Wednesday, 28 October 2015

HARI INI DALAM SEJARAH NAIK KERETAPI KENA TOL,..OH AZIZAH..!


Malaysia bakal mencipta satu lagi sejarah bila Ketua Pembangkang Wan Azizah mendakwa Leburaya Pan Borneo adalah satu landasan keretapi yang dikenakan tol.

Mungkin elok rasanya Zizan dan Johan Mahara Lawak yang selalu mendominasi Maharaja Lawak perlu mengundurkan diri untuk memberikan peluang kepada Wan Azizah menunjukkan bakat sebenar beliau sebagai pelawak berbanding sebagai Ketua Pembangkang Malaysia.


Sel-sel otak Wan Azizah semakin hari semakin kurang berhubung mungkin kerana menghampiri usia nyanyuk tapi memang itulah yang diperlukan oleh Pakatan Pembangkang di Malaysia.

Kelembapan cara berfikir Wan Azizah ini akan mudah diekploitasi oleh DAP untuk mencorakkan perjuangan Pakatan Pembangkang yang semakin hari semakin menuju ke longkang.





Wednesday, 21 October 2015

WAN AZIZAH KENA MAIN LAGI...!

Percaturan pembangkang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen kelihatan semakin kelam kelibut.Muslihat untuk mengaburi rakyat mudah dihidu membayangkan betapa pencatur strategi politik pembangkang hilang punca.

Bermula dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang pada awalnya dibawa oleh  anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR kemarin di Parlimen.

Usus berkenaan diletakkan dalam senarai ke 25 hampir pasti tidak akan didengar pada perbahasan kali ini.Menyedari pembangkang perlu mengambil peluang,PKR terpaksa melalui Ketua Pembangkang Wan Azizah menghantar notis baru ke Parlimen walaupun menyedarai 14 hari di perlukan dibawah Peraturan Mesyuarat.

Pembangkang mengharapkan bahawa usul tersebut mendapat sokongan penuh disamping undian tambahan dijangka diperolehi daripada kalangan MP Parlimen BN.Dengan bilangan anggota pembangkang seramai 88 orang,lambaian kepada 24 orang anggota BN perlu untuk merealisasikan usul tersebut diluluskan.

Diandaikan usul tersebut diterima sekalipun oleh Spekear Dewan,pembangkang akan berdepan dengan pelbagai kemungkinan dan implikasi buruk andainya gagal.

Adakah pembangkang yakin akan memperolehi undi 100% dari ahli Parlimen mereka?Usul yang dibawa oleh Wan Azizah itu yang isikandungnya hanya dibincangkan di kalangan tiga parti iaitu DAP,PKR dan Amanah melalui Pakatan Harapan manakala PAS di sisihkan.

Pastinya usaha memujuk PAS ini diserahkan kepada Wan Azizah memandangkan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.Setelah berkali-kali pemimpin DAP mengganyang Hj Hadi hingga terlibat dengan menaja gerombolan ahli politik PAS menubuhkan Parti Amanah.

Terkini DAP tanpa segan silu meminta PAS bertanding di kawasan tertentu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru bila berhadapan dengan BN...adakah Hj Hadi mahu beliau dianggap budak-budak dengan mengikut sahaja apa kemahuan DAP?

Wan Azizah pastinya tidak mahu usul ini gagal memandangkan ketika ini dengan kehangatan pelbagai isu seperti 1MDB,kejatuhan nilai ringgit serta masalah dalaman UMNO,ditambah pula dengan pemain tambahan UMNO seperti Tun Mahathir,Sanusi Junid,Tun Daim,Tengku Razaleigh Hamzah,Muhyidin Yasin,Shafie Afdal tugas Wan Azizah kelihatan mudah.

Beliau menyedari usul ini bakal gagal sebab itu usul itu awalnya dibawa oleh MP Petaling Jaya Selatan.Tetapi oleh kerana desakan kuat DAP yang mahukan kesepakatan dikalangan pembangkang melalui ususl beliau sebagai Ketua Pembangkang degan harapan Hj Hadi alah malu untuk tidak menyokong.

Sejarah menunjukkan pengundian yang pernah berlaku di Parlimen menyaksikan 24 MP pembangkang ponteng undian POTA yang dibentangkan baru2 ini.

Bagi ahli Parlimen BN,Wan Azizah tidak mempunya pengaruh yang kuat untuk membeli hati mereka.Hanya berharap mereka yang nothing to lose seperti Tengku Razaleigh,Muhyiddin Yassin,Shafie Afdal dan mungkin seorang dua lagi yang benar-benar sudah berpatah arang berkerat rotan.

Menang sekalipun undian usul tidak percaya kepada Perdana Menteri,BN tetap berkuasa dan BN pasti melantik PM baru dikalangan ahli BN bukannya Wan Azizah....itulah hakikatnya..Wan Azizah kena main lagi..huhuhuhuhu....




Tuesday, 23 September 2014

Wan Azizah Terkilan Azmin Dilantik MB Selangor


Perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor menamatkan segala usaha PKR yang menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal.PKR ingin menunjukkan kuasa mereka dengan menidakkan titah Sultan Selangor dengan menghantar dua nama atau lebih tetapi tetap berkeras hingga ke saat akhir.Signal yang diberikan pihak istana adalah pembayang awal Wan Azizah tidak akan mengisi kerusi panas yang bakal di tinggalkan TS Khalid.

Sejurus menerima berita perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor Majlis Pimpinan Pusat (MPP)telah mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan resolusi begitu juga kenyataan media dari Wan Azizah yang seakan terkilan dengan keputusan Baginda Sultan Selangor.

"Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu  diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip  demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati  peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada  usaha membela rakyat di Selangor."

Perlu apa lagi beliau menunjukkan protes sebegini,sebagai ahli politik sepatutnya beliau lebih matang bila berhadapan dengan krisis terutama dengan Istana.Sikap beliau umpama mengiyakan apa yang dikatakan oleh Hj Hadi Awang beliau tidak layak menjadi MB Selangor bukan soal gender tetapi kebolehan sebagai pemimpin tiada pada Wan Azizah,pemimpin yang tidak boleh menjawab soalan di Parlimen dan Dewan Negeri bagaimana mahu diangkat menjadi  Menteri Besar Selangor yang memerlukan seorang pemimpin yang benar-benar layak.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...