ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Krisis MB Selangor
Showing posts with label Krisis MB Selangor. Show all posts
Showing posts with label Krisis MB Selangor. Show all posts

Sunday, 28 September 2014

ADUN Barua PAS Bakal Sertai DAP


ADUN PAS yang mendapat gelaran ADUN Barua oleh Presiden PAS,Hasnul Baharudin sudah berpatah arah berkerat rotan.Walaupun mendapat kecaman dan bakal menghadapi tindakan tatatertib dari PAS namun tidak bagi DAP yang menjulang mereka sebagai wira.Mereka mendapat tepokan gemuruh sewaktu menghadiri Makan Malam Anjuran DAP di Petaling Jaya malam tadi sekaligus diangkat sebagai "penyelamat Pakatan Rakyat".

Bekas Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu dalam ucapannya sebagai berkata "Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat manakala ADUN Bukit Gasing berkata "Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.."



Sementara itu ADUN PAS ketika berucap di majlis makan malam itu berkata " tak kisah, saya tak jadi calon Pas pun tak apa, saya boleh jadi calon DAP,.."

Belum pun dikenakan tindakan dispilin sudah ada hati nak masuk DAP walhal dua ADUN Barua ini hanya bakal dipanggil oleh jawatankuasa tatatertib minggu hadapan.Beginilah nilai wakil rakyat PAS yang perlu taat pada baiah sebelum menjadi calon pilihanraya,bagaimana agaknya jika mereka tidak melafazkan baiah mungki lebih ramai akan mengenali wajah sebenar peminpin PAS jika kepentingan peribadi mereka terancam.

Meroyan royan Hasnul Baharudin minta Hadi Awang minta bukti dia dibeli dan mendahului keputusan parti dengan menyokong Wan Azizah sebagai calon MB Selangor tapi adakah Pakatan Rakyat berjaya memberikan bukti penyelewengan Khalid Ibrahim.....yang ketawa akhirnya DAP yang berjaya memperkudakan PKR dan PAS..
















Pemuda DAP Sarawak Tamatkan Kerjasama Dengan Pas Petanda Awal Kehancuran Pakatan Rakyat



Bagai retak menanti belah itulah yang paling sesuai digambarkan ekoran penamatan kerjasama antara Pemuda DAP Sarawak dengan Pemuda PAS.Semunya gara-gara kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Pemuda PAS,Mohd Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS tidak menolak untuk keluar Pakatan Rakyat bila tiba masanya ekoran pengurangan kuota kerusi Exco dari 4 kepada 3 dalam perlantikan Exco Negeri Selangor yang baharu oleh Azmin Ali.

Tindakan itu diumumkan oleh Ketua Pemuda DAP Sarawak,Chong Chein Jen itu jelas menunjujkkan bahawa ugutan beliau pada bulan Julai dahulu bukan sekadar ugutan tapi diterjemahkan dalam bentuk tindakan setelah tidak berpuas hati dengan pendirian PAS melaksanakan hukum hudud.Tercabar dengan ugutan Naib Ketua Pemuda PAS beliau terlebih dahulu menamatkan kerjasama antara parti di Sarawak seakan menunjukkan jalan keluar kepada PAS dalam Pakatan Rakyat khususnya di Sarawak.

Ketidakpuasan hati beliau juga dikatakan berpunca daripada tindakan empat Exco PAS yang terus berada dalam kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim membelakangkan pendirian Pakatan dan semangat Pakatan Rakyat dan kelihatan seperti mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Friday, 26 September 2014

Sultan Selangor Murka Pakatan Rakyat Tidak Faham Fungsi Institusi Raja


Buat kesekian kalinya Sultan Selangor melahirkan rasa kecewa dan murka dengan tindakan ahli politik di Selangor khususnya melibatkan isu Menteri Besar Selangor.Baginda kali ini menegur ahli politik di Selangor supaya benar-benar memahami fungsi Institusi Raja yang sebenarnya kurang mendapat kefahaman yang jelas.

Menurut baginda ahli politik datang dan pergi sedangkan beliau mengambil dan menggalas tugas yang berat bukan seperti ahli politik yang mungkin berubah setiap lima tahun sekali.Pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat yang mendapat mandat memerintah di Selangor menjatuhkan MB Selangor dengan cara yang tidak berkhemah dan melampaui batas terutama dilakukan ketika bulan Ramadhan seolah olah tidak menghormati bulan yang suci.

Langkah Kajang yang diwarnai dengan fitnah dan menghasut dalam usaha menjatuhkan Khalid Ibrahim bena-benar mengecewakan baginda.Antara lain titah Sultan Selangor ketika Majlis Mengangkat Sumpah Exco Kerajaan Negeri Baru negeri Selangor:-


"Kemelut dan pergolakan dalam PR ini bermula daripada Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Abdul Khalid. Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap beliau berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh ALLAH untuk membersihkan dosa dan maksiat.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan Ramadan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Abdul Khalid," titah baginda dalam ucapan pada Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor di sini, hari ini.

"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya yang akan datang. Tetapi kedudukan beta sebagai sultan yang memerintah negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta," titahnya.

"Sebagai sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor yang beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

"Beta ingin mengingatkan bahawa sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Selangor hidup dalam keamanan dan maju jaya," titahnya.

"Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

"Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959," katanya.



PAS Hilang Sumber Kewangan Tanpa Khalid Di Selangor


Kenapa Presiden PAS Hj Hadi Awang mahu kekalkan TS Khalid kini bukan rahsia.Ketidakhadiran Hj Hadi dalam mesyuarat Pakatan Rakyat untuk membincangkan pertukarn MB baru bersebab.TS Khalid amat bermakna kerana PAS mendapat manafaat yang habuan yang besar dengan kawalan keatas GLC di Selangor melalui proksi mereka yang di kenali sebagai Raja Idris yang juga merupakan sahabat baik Hj Hadi Awang.dengan perlantikan Azmin Ali bermakna tiada lagi "lombong emas" untuk digali. 




Video di atas menjelaskan segalanya bagaimana ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yang tidak senada dengan Hj Hadi dengan melakukan serangan terbuka bagaimana GLC merupakan faktor kenapa Hj Hadi lebih berminat agar dikekalkan sebagai MB Selangor.


PAS Hilang Kerusi Exco Selangor Dendam PKR Berbalas


Dendam PKR terbalas dengan pengurangan kuota Exco Kerajaan Negeri Selangor menyaksikan PAS hanya diberikan 3 kerusi berbanding 4 kerusi sebelumnya.Senarai baru yang diumumkan Azmin yang bakal menyaksikan PKR 4 kerusi,DAP kekal 3 kerusi manakala PAS semakin kehilangan pengaruh di Selangor walaupun mempunyai 15 kerusi DUN hanya diberikan 3 kerusi.

Dua Exco lama Dr Halimah Ali(Selat Kelang) dan Sallehen Muhkhyi(Sabak) tidak dilantik semula adalah merupakan orang kuat Khalid Ibrahim .DAP ternyata berjaya menghukum Dr Halimah Ali berikutan isu berkaitan peruntukan sekolah persendirian Cina di Selangor manakala Sallehen berkaitan dengan isu rampasan Bible yang mengguris hati DAP.

Bagi menenangkan gelora politik di Selangor Azmin menganugerahkan kerusi Timbalan Speaker Dewan kepada PAS yang akan diputuskan calonnya sewaktu Sidang DUN November ini.Operasi pembersihan dilakukan Azmin bagi menghilangkan bayangan mereka yg pro Khalid sekaligus membuktikan kecaman DAP keatas 4 exco PAS berjaya direalisasikan dan merukan amaran awal Azmin Ali.Mungkin kali ini nasib baik masih menyebelahi Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunos dari PAS agar sentiasa akur dengan PR atau menerima nasib yang sama seperti Dr Halimah dan Sallehen Mukhyi.

Jika sebelum ini Presiden PAS Hj Hadi Awang pernah membuat kenyataan tidak kemaruk jawatan..maka terimalah dengan hati terbuka dengan keputusan Azmin Ali.PAS akan dilanda demam berpanjangan sedangkan PKR hanya batuk dan selsema sahaja.Walaupun terasa sengal akibat demam berpanjangan yang tak kebah akibat permainan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat dalam krisis MB Selangor dan Langkah Kajang ciptaan PKR ,walaupun dicemuh golongan Erdogan dalam Muktamar Agung PAS..PAS rela menjadi Pak Turut yang paling setia dalam sejarah politik Malaysia..ayuh teruskan kesetian kepada Pakatan Rakyat biarkan PAS menjadi gelandangan politik jika itu yang mereka mahukan. 


Ugut Keluar Pakatan Rakyat dan Sandiwara DAP


Ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khairudin yang mengatakan telah tiba masanya untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat mendapat reaksi spontan rakan seangkatannya Naib Ketua Pemuda PKR ,Fahmi Fadzil.Nak tumpang semangkuk sebab selama dalam pergerakan pemuda pakatan nama mereka tenggelam timbul dan ramai yang tak sedar pun kehadiran mereka dalam arena sepak terajang politik Malaysia.



Jika mahu keluar Pakatan Rakyat pun bukanlah disebabkan betapa jantannya Pemuda PAS atau PKR sebab mereka hanyalah melukut ditepi gantang parti.Dalam Pakatan Rakyat abang besar adalah DAP yang akan mencatur segala gerakan.Ugutan sebegini tidak menjadi kudis kepada DAP kerana mereka tahu  matlamat mereka memecahbelahkan Melayu berjaya.

DAP cukup mahir baling batu sembunyi tangan,pada awal isu krisis MB Selangor sudah dilihat wajah sebenar mereka.Usaha menjatuhkan Khalid didalangi oleh DAP yang tidak berpuashati dengan pelbagai isu seperi kalimah Allah dan rampasan Bible dalam bahasa Malaysia di Selangor.Mereka mahukan ahli politik Melayu yg dapat mereka peralatkan demi merealisasikan matlamat politik mereka.

TS Khalid gagal dikudakan DAP sepenuhnya,khususnya dalam hal melibatkan Melayu,Islam dan Institusi Raja lalu DAP cuba meletakkan Wan Azizah sebagai MB boneka mereka kerana mereka tahu Wan Azizah mudah diperalatkan.Lihat sahaja bagaimana DAP menggelar 4 exco PAS sebagai pengkhianat apabila enggan menurut langkah meletak jawatan serta menyokong Wan Azizah dan DAP juga tidak bersetuju jika ADUN PAS yang dilantik sebagai MB Selangor.

DAP berjaya menghasut PKR dan PAS menyanggah titah Sultan Selangor.DAP berjaya menggabungkan Melayu di Perak berguling-guling di atas jalanraya sewaktu krisis MB Perak tetapi percayalah Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan sentiasa menyeru kearah kebaikan dan kesopanan tetapi yang menjadi persoalan sekarang mengapakah masih ada Melayu didalam Pakatan Rakyat yang termakan Nasi Kangkang DAP semakin berselera memusnahkan perpaduan sesama Melayu.


Tuesday, 23 September 2014

Wan Azizah Terkilan Azmin Dilantik MB Selangor


Perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor menamatkan segala usaha PKR yang menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal.PKR ingin menunjukkan kuasa mereka dengan menidakkan titah Sultan Selangor dengan menghantar dua nama atau lebih tetapi tetap berkeras hingga ke saat akhir.Signal yang diberikan pihak istana adalah pembayang awal Wan Azizah tidak akan mengisi kerusi panas yang bakal di tinggalkan TS Khalid.

Sejurus menerima berita perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor Majlis Pimpinan Pusat (MPP)telah mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan resolusi begitu juga kenyataan media dari Wan Azizah yang seakan terkilan dengan keputusan Baginda Sultan Selangor.

"Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu  diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip  demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati  peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada  usaha membela rakyat di Selangor."

Perlu apa lagi beliau menunjukkan protes sebegini,sebagai ahli politik sepatutnya beliau lebih matang bila berhadapan dengan krisis terutama dengan Istana.Sikap beliau umpama mengiyakan apa yang dikatakan oleh Hj Hadi Awang beliau tidak layak menjadi MB Selangor bukan soal gender tetapi kebolehan sebagai pemimpin tiada pada Wan Azizah,pemimpin yang tidak boleh menjawab soalan di Parlimen dan Dewan Negeri bagaimana mahu diangkat menjadi  Menteri Besar Selangor yang memerlukan seorang pemimpin yang benar-benar layak.










Monday, 22 September 2014

Sultan Berkenan Lantik Azmin Ali MB Selangor.



Mohamed Azmin Ali sah dilantik menjadi MB Selangor yang baharu menggantikan TS Khalid Ahmad.Surat pemberitahuan perlantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor,Datuk Munir Bani telah diserahkan kepada beliau hari ini dan salinannya telah diedarkan kepada media di ibu pejabat PKR Petaaling Jaya petang tadi.

Mohamed Azmin diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.30 pagi esok.

Mohamed Azmin Ali ,50,merupakan ADUN Bukit Antarabangsa telah berkhidmat sejak 8 Mac 2008 menjadi pilihan Sultan Selangor selepas dia menjadi antara 3 nama yang disebut mengisi jawatan MB Selangor selain dua lagi calon menteri besar iaitu ADUN Chempaka merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.


Azmin dilahirkan di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dan Institut Teknikal, Jalan Cheras sebelum melanjutkan pelajaran ke University of Minnesota, Amerika Syarikat dalam bidang Sains Matematik dan Ekonomi.

Beliau antara ahli politik yang menubuhkan Parti Keadilan Nasional sebelum ditukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 1998.

Azmin memenangi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum 2008 setelah mengalahkan calon Barisan Nasional Said Anuar Said Ahmad selain turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Selangor.

Azmin Ali Bakal Dilantik MB Selangor,Sanggupkah PKR Pecat Beliau?


Desas desus perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baharu menggantikan TS Khalid semakin bertiup kencang.Beliau dijangka akan mengadakan sidang media sebaik sahaja pengumuman rasmi dan upacara Majlis Angkat Sumpah di Istana Alam Shah Kelang.Proses temuduga calon telah diadakan oleh pihak Istana yang mana diantara ketiga-tiga calon Azmin ADUN Bukit Antarabangsa, Adun Chempaka, Iskandar Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan,proses menemuduga Azmin memakan masa yang paling lama berbanding dua lagi calon lain.

Ramai pemerhati politik berpendapat adalah mustahil calon dari PAS akan mengisi kerusi panas dan perkembangan terkini senario politik Pakatan Rakyat terutama selepas Muktamar Agong PAS ke 60 di Johor baru baru ini.PAS tentunya tidak mahu disamakan dengan BN yang dikatakan khianat kepada PAS dalam sejarah penubuhan Kerajaan Campuran di Kelantan dahulu.Komitmen kepada konsensus Pakatan Rakyat yang memberikan hak jawatan MB Selangor kepada PKR akan tetap menjadi pilihan muktamad PAS yg tidak mahu krisis MB Selangor yang menjadikan PAS semakin tunggang langgang.

Presiden PAS Hj Hadi walaupun melakukan serangan balas keatas PR dengan menggelar Barua dan Broker kepada mereka yang khianat kepada PAS bila dua ADUN PAS "dicuri" benar-benar mengguris hati PAS namun ianya hanyalah alasan membela diri beliau yang teruk dibelasah oleh golongan profesional dalam PAS yg mahukan PAS setia kepada Pakatan Rakyat.Jawapan paling selamat andaikata calon PAS sekiranya calon PAS dilantik sebagai MB ialah kerana menghormati titah Sultan kerana PAS juga tidak mahu dilihat sebagai sebuah parti yang tidak menghormati institusi Raja.

Persoalannya adakah Azmin bakal dipecat oleh PKR sekiranya menerima jawatan MB Selangor sepertimana nasib TS Khalid ingkar arahan parti.Azmin juga ada musuh politik dalam parti yang tidak mahu beliau terlalu kehadapan..kalau tidak kenapakah hanya nama Wan Azizah menjadi calon tunggal MB Selangor.Pelbagai isu bakal dimainkan dan bukan mustahil Azmin juga bakal ditelanjangkan oleh pihak PKR.Antaranya..

Menghina Sultan Selangor

Mungkin ramai yang masih ingat kenyataan Dr. Abdul Rahman Kadir seorang pakar perubatan bagaimana Azmin dan rakan-rakan pembangkangnya menghina Tuanku Sultan Selangor dan Raja-Raja Melayu serta pemimpin negara semasa istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April 2012 di Balairong Seri Istana Negara.


Dr. Abdul Rahman antara lain dipetik mendedahkan bagaimana apabila nama Baginda Tuanku Sultan Selangor diumumkan dan Baginda berjalan masuk ke Balairong Seri, 'Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai seperti kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, "Tangan jangan masuk poket...nanti dia marah". Semua mereka ketawa termasuk Dr. Siti Mariah sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, "I don't care".' (sila rujuk http://brojinggo.blogspot.com/2012/04/pembangkang-hina-raja-melayu.html).

Sehingga hari ini tiada laporan polis dan tindakan diambil terhadap Dr Abd.Rahman terhadap kenyataan beliau.Adakah manusia bernama Azmin layak dijadikan penasihat kepada Sultan Selangor dengan sikap sedemikian?

Kalimah Allah dan Akidah

Pendirian beliau dalam isu kalimah Allah jelas bertentangan dengan pendirian Majlis Agama Islam Selangor.Beliau bertegas dengan kenyataan Majlis Presiden Pakatan Rakyat  Pembangkang memperakui Kristian boleh menggunakan kalimah  Allah walaupun tidak menepati kehendak Al Quran.Paling tidak TS Khalid patuh kepada titah Tuanku Sultan sehingga hari ini beliau tidak mengembalikan Bible dalam bahasa Melayu yang dirampas MAIS kepada Bible Society Of Malaysia.

Namun keputusan Sultan tentunya muktamad andaikata memilih Azmin.PKR terpaksa akur dan jika mereka memilih untuk terus dengan Langkah Kajang,PKR akan memecat Azmin sebagai ahli parti dan itulah tindakan yang adil sebagaimana pemecatan TS Khalid.Agenda menobatkan Wan Azizah sebagai MB masih lagi menjadi asas kepada Langkah Kajang menuju ke Putrajaya.Adakah PKR mempunyai cukup kejantanan memecat Azmin Ali?

































Sunday, 21 September 2014

PAS Diambang Perpecahan

Hj Hadi Awang President PAS berkata sesuatu kepada Mustafa Ali Setiausaha Agong Pas Ddi Muktamar Agong PAS kali ke 60 di Batu Pahat Credit foto BERNAMA
BATU PAHAT: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengakui parti itu di ambang perpecahan berikutan terdapat dakwaan parti itu berpecah kepada dua kumpulan iaitu golongan ulama dan profesional.

"Suasana pada hari ini berbeza dengan perjuangan PAS pada waktu dulu. Kini, wujudnya kumpulan ulama dan profesional dan kerana adanya kumpulan ini, sukar bagi PAS untuk disatukan.

"Psikologi itu sudah ditanam tetapi saya yakin ia boleh disatukan," katanya pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, perpecahan yang berlaku kini tidak pernah berlaku di dalam parti itu sebelum ini.

"Berpuluh tahun tidak timbul pun seperti mana yang timbul sekarang. Haji Hadi (Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berbisik pada saya, pemimpin dr era 70-an kini hanya tinggal empat orang saja antaranya beliau, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.

"Kumpulan yang dinamakan ulama dan profesional bukan perkara baru dalam PAS. Kenapa perkara itu wujud ketika ini?

"Jangan sampai isu kumpulan ulama dan profesional ini dibangkitkan hendak memimpin PAS. Kita memang sedang memimpin PAS bersama-sama.

"Siapa kata profesional tidak diperlukan dalam PAS, dia sebenarnya tidak memahami dinamik perjuangan PAS. Kalau kata ulama pun sama tidak faham... dua-dua kumpulan ini sebenarnya saling melengkapi satu sama lain," katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada ahli parti yang sentiasa bercanggah pendapat dengan pemimpin tertinggi supaya tidak menjatuhkan mana-mana pemimpin pada sesi pemilihan tahun depan.

"Jangan kita lihat pada sesi pemilihan muktamar tahun depan, ada yang mahu melihat orang-orang ini dijatuhkan.

"Pimpinan siapa yang tidak lakukan kesilapan? Jangan tidak puas hati dengan orang ini... datang sembelih... datang lagi orang lain tak puas hati, sembelih. Jika perkara ini berterusan, habislah," 

katanya.


 Isu MB Selangor bila nak selesai daaaaa.....BN pernah juga ada masalah isu MB tapi tak lah lama sangat..beginilah jika PAS hanyalah alat tunggangan PKR dan DAP dalam mencapai cita cita politik mereka.Dalam BN pengerusi BN ada kata putus bagi hal-hal yang menjadi pertikaian tetapi didalam Pakatan Rakyat ,Ketua Umum(KETUM) mempunyai kata putus tetapi mengapa PAS tidak menurut apa yang diputuskan oleh Anuar Ibrahim.?

Bagaimana agaknya nanti jika ditakdirkan mereka memerintah negara yang banyak keputusan lebih penting tetapi gagal mencapai kata sepakat,pakat berbalah menyalahkan antara satu sama lain dan perang media secara terbuka.Muktamar Agung PAS kali ke 60 menggambarkan bagaimanakah landskap perjuangan PAS sekarang.

Mahukah PAS bertelagah dengan Sultan Selangor semata-mata untuk menjaga kesetian kepada Pakatan Rakyat.?PAS tidak perlu terikut-ikut tarian Anwar Ibrahim yang mabuk kuasa,terima sahajalah jawatan MB Selangor andaikata Sultan berkenan supaya calon dari PAS mengisi jawatan tersebut.Jika PAS memilih untuk mencipta konflik pula dengan istana ianya bukanlah tindakan politik yang bijak kerana harus diingat ramai pengundi PAS juga terdiri daripada orang Melayu yang masih menghormati institusi DiRaja.

Dari kacamata Istana,calon PKR sukar mendapat tempat kerana sikap Anwar yang sudah beberapa kali mengguris perasaan Sultan Selangor dengan membuat kenyataan yang kurang menyenangkan baginda.Sikap menderhaka kepada titah Sultan dengan masih menghantar satu nama menunjukkan ego dan taring mereka seolah menidakkan kuasa yang dimiliki oleh Sultan Selangor dalam menentukan siapakah yang paling layak menggantikan TS Khalid Ibrahim dan hari Selasa nanti akan menentukan masa depan PR samada masih mampu bertahan atau tidak.

Saturday, 20 September 2014

3 Calon MB Selangor DiPanggil Temuduga Istana Selangor


Persaingan siapakah yang bakal mengisi kerusi panas MB Selangor bertambah sengit dan menuju klimaks bilamana Istana Selangor dijangka akan melakukan proses pemilihan akhir.3 calon akan dipanggil secara berasingan hari Ahad ini bakal menyaksikan Wan Azizah terpaksa mencari kipas sakti bagi memenuhi impian manusia Anugerah Tuhan yang bernama Anwar Ibrahim.Langkah Kajang terhenti walaupun kempen membakar sentimen Langkah Kajang dicanang kesetiap pelusok inci Negeri Selangor yang pada awalnya seakan enak untuk dihidangkan namun siapa sangka,seperti mana satey kajang yang boleh juga hangit.Bermula dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah dalam kes liwat dan kini hasrat meletakkan Wan Azizah sebagai MB tak mungkin kesampaian.


Antara mereka yang berjaya mendapat tempat di hati Sultan Selangor ialah seperti ramalan banyak pihak Azmin Ali Timbalan President PKR(ADUN Bukit Antarabangsa),Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang dan Iskandar Ahmad ADUN Chempaka.Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor akan diadakan Selasa ini di Istana Alam Shah Kelang dan surat jemputan telahpun diedarkan.Selain intu individu lain yang terlibat dalam proses temuduga itu turut dihadiri Setiausaha Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua lagi ahli Majlis Diraja Selangor.Pertemuan yang dijangka berlangsung lebih satu jam setiap calon itu merupakan proses akhir sebelum Sultan Selangor dijangka menentukan salah seorang nama mereka akan diumumkan pada hari Isnin ini.

Anwar diberitakan sudah bertemu dengan Azmin Ali perkembangan terbaharu ini dan bersetuju menggunakan slogan Masa Untuk Berubah demi menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PKR khususnya bagi meleraikan kekusutan berpanjangan isu MB Selangor.

Friday, 19 September 2014

Azmin Ali Bakal MB Selangor Selasa ini?


Teka teki siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor bakal terjawab pada 23hb September Selasa.Pihak Istana Selangor telah mengesahkan bahawa satu Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar yang baru akan diadakan di Istana Alam Shah,Kelang.Desas desus bertiup kencang seakan akan nama Wan Azizah bukan pilihan Istana.Begitu juga nama nama lain yang disebut sebut sehingga hari ini seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok daripada PKR Ijok  Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad dan ADUN PAS Sijangkang Yunus Hairi

Walaupun ketika ini perwakilan PAS di Muktamar Agong masih berharap TS Khalid Ibrahim terus menerajui Kerajaan Negeri Selangor paling tidak sehingga penggal berakhir yang senada dengan Hadi Awang tetapi demi tahalul siyasi mereka dan kata keramat" konsensus "bersama Pakatan Rakyat mereka dijangka akan lepas tangan sekiranya bukan Wan Azizah yg dilantik sebagai MB Selangor.

PAS tidak mampu menahan asakan PKR dan DAP,golongan Anwarinas yang subur membiak di dalam parti PAS kini mampu menyanggah kata-kata Presiden PAS secara terbuka.Apatah lagi mereka yang berada di luar parti PAS seperti AMK dan DAP.Adakah mereka mampu menolak undi tidak percaya DAP dan PKR dalam Sidang DUN Selangor bilamana dua ADUN PAS awal-awal telah berpihak kepada PKR dan DAP.



Langkah Kajang Anwar memakan diri,kerusi MB Selangor merupakan kerusi panas  yg telah membakar buntut 4 mantan MB sejak DatoHarun lagi dan kini TS Khalid Ibrahim ditunjukkan jalan keluar tetapi melalui tingkap walaupun masuk dngan gah melalui pintu hadapan sepertimana Dato Harun Idris,Dato'Abu Hasan Omar,Muhamad Taib,Khir Toyo dan terkini TS Khalid.Apakah Azmin Ali juga akan mengikut jejak mantan MB Selangor seandainya beliau di lantik kelak?Tentunya beliau berfikir seribu kali memandangkan "badi"yang sukar dielakkan.Kalau adapun kemahuan Azmin Ali mungkin juga kerana desakan Azwan Ali yang tidak mahu melepaskan peluang berselfie bersama abangnya sewaktu Majlis Angkat Sumpah di Istana Alam Shah Kelang sekiranya Azmin Ali dilantik sebagai MB Selangor yg baru.

   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...