ADUN PAS yang mendapat gelaran ADUN Barua oleh Presiden PAS,Hasnul Baharudin sudah berpatah arah berkerat rotan.Walaupun mendapat kecaman dan bakal menghadapi tindakan tatatertib dari PAS namun tidak bagi DAP yang menjulang mereka sebagai wira.Mereka mendapat tepokan gemuruh sewaktu menghadiri Makan Malam Anjuran DAP di Petaling Jaya malam tadi sekaligus diangkat sebagai "penyelamat Pakatan Rakyat".
Bekas Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu dalam ucapannya sebagai berkata "Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat manakala ADUN Bukit Gasing berkata "Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.."
Sementara itu ADUN PAS ketika berucap di majlis makan malam itu berkata " tak kisah, saya tak jadi calon Pas pun tak apa, saya boleh jadi calon DAP,.."
Belum pun dikenakan tindakan dispilin sudah ada hati nak masuk DAP walhal dua ADUN Barua ini hanya bakal dipanggil oleh jawatankuasa tatatertib minggu hadapan.Beginilah nilai wakil rakyat PAS yang perlu taat pada baiah sebelum menjadi calon pilihanraya,bagaimana agaknya jika mereka tidak melafazkan baiah mungki lebih ramai akan mengenali wajah sebenar peminpin PAS jika kepentingan peribadi mereka terancam.
Meroyan royan Hasnul Baharudin minta Hadi Awang minta bukti dia dibeli dan mendahului keputusan parti dengan menyokong Wan Azizah sebagai calon MB Selangor tapi adakah Pakatan Rakyat berjaya memberikan bukti penyelewengan Khalid Ibrahim.....yang ketawa akhirnya DAP yang berjaya memperkudakan PKR dan PAS..
No comments:
Post a Comment