![]() |
Josept Kalang Tie merayaikan kejayaan selepas menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan menentang Kemboka |
Kemenangan ini juga harus membuat Dollah Salleh ceria selepas berjaya merakamkan kemenangan pertama sejak dia mengambil alih tugasan ketua jurulatih kebangsaan.
Skuad Harimau Malaya hanya memerlukan tujuh minit untuk mendahului pelawat dengan gol jaringan pemain sayap dari Sarawak, Joseph Kalang Tie.
Gol kedua tuan rumah menyusul pada minit ke-15 menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan, Moul Daravron yang tertampan masuk bola percubaan penyerang kebangsaan, Abdul Manaf Mamat.
Selepas rehat, tiga pertukaran oleh Dollah membawa hasil apabila pasukan negara melebarkan lagi kedudukan dengan gol ketiga pada minit ke-64 menerusi lambungan kemas Joseph.
Kelekaan barisan tengah menyaksikan Kemboja berjaya merapatkan sedikit jurang dengan gol pada minit ke-79 menerusi rembatan pemain gantian, Sok Chanrasmey.
Tersentak, Harimau Malaya bangkit mengemaskan permainan dan berjaya mendapatkan gol keempat hasil rembatan kencang Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81.
No comments:
Post a Comment