ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
DULU SELAK KAIN JIJAH,SEKARANG KAIN NURUL IZAH | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Sunday, 6 December 2015

DULU SELAK KAIN JIJAH,SEKARANG KAIN NURUL IZAH


Dalam usaha menyelamatkan diri dan keluarga Nurul Izah terlupa bahawa beliau hanyalah menjadi alat permainan licik Tian Chua.Sudah beberapa kali dilondehkan oleh Tian Chua tetapi nampaknyanya beliau masih belum serik.Mungkin setiap kali dilondehkan kain sarungmya oleh Tian Chua Nurul Izah cepat-cepat mengangkatnya kembali dengan harapan tiada siapa sempat melihat akan kudis buta beliau di sana sini

Pertemuan Nurul Izah dengan anak pengganas Sulu Jacel Kiram mengundang rasa marah dan geram seluruh rakyat Malaysia terutama penduduk di Sabah apatah lagi keluarga mangsa serangan pencerobohan Lahad Datu yang masih segar dalam ingatan.

Lantaran kecaman yang berterusan sehingga ada usul yang dibawa ke Parlimen untuk membawa Nurul Izaah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,Nurul Izah mula menunjukkan lakonan kelas Hindustannya.

Cuba meraih simpati dengan menangis di Parlimen kononya beliau tidak bersalah dan hanya memenuhi undangan dan mencipta berbagai helah bagi membersihkan diri dan kebarangkalian akan digantung dari menghadiri sidang Parlimen tetap ada sekiranya didapati bersalah.

Mungkin antara sedar atau tidak,ada manusia lain yang sebenarnya bukanlah dibelakang tabir sebaliknya sentiasa berada di pintu jamban iaitu Tian Chua.Beliau merupakan tenaga penggerak kepada pertemuan antara Nurul Izah dan Jacel Kiram anak pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu Sabah.


Atas dasar apapun sekalipun jemputan tetapi pertemuan yang di atur untuk Nurul Izah jelas tidak mempunyai sensetiviti dan menjangkakan ianya memberikan keuntungan politik kepada beliau tetapi sebaliknya.

Mungkin ramai yang sudah lupa peranan yang dimainkan oleh Tian Chua dalam mengatur pertemuan Wan Azizah,Azmin Ali dan Khalid Jaafar dengan George Soros di Washinton DC.Pertemuan itu diatur oleh Tian Chua melalui wakilnya Elizebeth Wong dari SUARAM yang kini Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi mendapatkan dana pilihanraya.

Sewaktu pilhanraya 2004 Azmin Ali mengakui menerima dana dari George Soros sebanyak RM 3 juta untuk menempah t-shirt,topi dan bendera untuk digunakan sewaktu pilihanraya.Ini tidak termasuk dana dari Conrade Adeneur (Yayasan Kristian dari German), NDI, NED dan lain-lain sumber seperti sumber dari Singapura dan Taiwan yang menaja DAP.

Anehnya bila dana RM 2.6 billion yang diterima Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato'Seri Najib dari Pak Arab riuh rendah dimainkan dan dipalu.Apa yang amat menyedihkan ada juga segelintir ahli UMNO yang terikut-ikut rentak yang dimainkan oleh pembangkang di Malaysia  walhal sebenarnya tiada undang-undang yang menghalang dari ahli politik dari menerima dana pilihanraya.

Tiada siapa yang meroyan-royan bila PKR menerima dana dari Yahudi mahupun sumber dari Taiwan dan Singapura yang turut menaja DAP sebaliknya PM yang menerima dana pilihanraya dari Pak Arab Negara Islam di kecam begitu hebat.

Tian Chua ada agenda tersendiri dengan menggunakan Nurul Izah dan Wan Azizah sebagai kambing hitam dalam usaha menamatkan pemerintahan bangsa Melayu Islam.

Agenda beliau memecahbelahkan perpaduan Melayu nampaknya berkesan.PKR dan Cauvanis Cina DAP tiada pilihan lain selain memecahkan kesatuan umat Melayu Islam di Malaysia jika ingin membentuk kerajaan.









3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...