ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
AZMIN ALI REALISASIKAN KERAJAAN DAP SELANGOR PADA PRU 14..? | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Monday, 7 December 2015

AZMIN ALI REALISASIKAN KERAJAAN DAP SELANGOR PADA PRU 14..?


Azmin Ali ,Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dengan pendirian mahu meneruskan hubungan dengan PAS.Seolah -olah tindakan beliau ini tidak mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh pemimpin AMANAH yang beriya-iya melobi untuk diterima oleh PKR terutama di Selangor.

"Kita mengikut ketetapan Majlis Kepimpinan Pusat PKR pada 11 Oktober lalu iaitu mengukuhkan Pakatan Harapan serta meneruskan kerjasama dan tahaluf siyasi dengan PAS.

"Sekiranya Amanah tidak mahu ada 2 gabungan pakatan pembangkang dan menolak untuk bekerjasama dengan PAS itu adalah keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri di Shah Alam, hari ini.

Jawapan tersebut jelas amat mengecewakan Khalid Samad yang beriya-iya mahukan PKR bekerjasama dengan AMANAH melalui Pakatan Harapan yang turut disertai oleh DAP dan tidak dengan PAS yang tidak berada dalam pakatan Harapan.

Nampaknya pada PRU 14 akan datang tiada lagi pertandingan dua penjuru jika Azmin masih mahu sebantal dan seranjang dengan PAS di Selangor.

Orang Melayu di Selangor sewajarnya membuka mata dan minda mereka dengan percaturan politik licik DAP dalam memecahbelahkan dominasi parti Melayu dan pemimpin Melayu di Selangor.

Sekalipun rakyat di Selangor tidak mahukan Barisan Nasional,adakah mereka sanggup membiarkan Selangor jatuh ke tangan kerajaan DAP sepertimana P.Pinang.

Mereka sengaja mencipta Pakatan Harapan kerana mereka tahu PAS tidak akan tunduk kali ini dan siang siang sudah mngumumkan akan bertanding di 8 kerusi DUN Selangor yang yang pada perkiraan mereka akan berjaya di menangi DAP di Selangor sekaligus peluang PAS yang turut bertandinguntuk menang di 8 kerusi tersebut amat tipis kerana tiada lagi pertandingan  dua penjuru seperti pada PRU 13.

Jika telahan DAP benar satu lagi kerajaan DAP di selangor akan terbentuk memandangkan pada ketika ini suasana 15 kerusi DAP dan 15 kerusi PAS di Selangor pasti akan mengalami perubahan.

PKR hanya lah sebagai boneka untuk kerusi MB dan bukan mustahil jika hampir semua kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor akan dimonopoli oleh DAP.

Kalau ada pun satu dua kerusi akan diberi kepada PKR untuk menjaga hati selain kerusi MB Selangor memandangkan syarat untuk dilantik MB Selangor perlulah Melayu Islam.

Apapun keputusan mungkin juga berubah di saat akhir PRU 14 kerana pada ketika ini Azmin Ali mahu terus duduk dikerusi panas MB Selangor.

Sebarang tindakan yang melukan hati PAS di Selangor akan membuatkan Azmin Ali terpelanting dari kerusi empuk yang dimiliki sekarang.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...