Sepanjang Perhimpunan Agung UMNO selalunya yang menarik perhatian adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO.Adakalanya kenyataan yang dikeluarkan diluar perkara utama dan hal-hal remeh temeh.
Antaranya kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaludin yang akan memukul dan sebat perwakilan terutama perwakilan Pemuda UMNO yang merokok di dalam bangunan PWTC yang diwartakan sebagain kawasan di larang merokok.
Merokot itu tabiat,mungkin bagi yang tidak merokok ia adalah satu tabiat yang buruk namun sebaliknya tidak bagi perokok dengan alasan-alasan tersendiri.
Namun apakah tabiat perwakilan ataupun pemimpin di dalam bangunan PWTC yang saban tahun menghadiri Perhimpunan Agung UMNO menyedari selain merokok,tabiat 'menjilat' juga perlu dilarang.Tak perlulah diterangkan apakah makna 'menjilat' bagi pengamal politik kerana ianya seperti umpama terang lagi bersuluh.
Namun bagi penjilat tegar,mana mungkin bisa membuang tabiat menjilat sewaktu berucap sebagai di pentas mahupun kenyataan yang diberikan kepada akhbar.
Menjilat adalah seni berpolitik yang diamalkan turun temurun,barang harus diingat kebolehan menjilat turut menjadi faktor merit untuk ahli politik pergi lebih jauh.
Meludah juga adalah dilarang namun meludah dan jilat kembali bukan sesuatu yang luar biasa.Ramai pemimpin UMNO yang terkenal dengan kepantasan dan kebolehan meludah di merata-rata tempat apatah lagi di PWTC terpaksa menjilat kembali.
Nama nama besar turut mempunyaikemahiran dan skil yang tinggi seperti Mahathir Muhamad yang pernah mengistiharkan diri keluar dari UMNO dan kembali ke dalam parti.
Kini beliau kembali kepada tabiat lamanya meludah lagi di PWTC dengan melakukan serangan tanpa henti terhadap kepimpinan Presiden UMNO DS Najib.
Kebarangkalian beliau untuk menjilat kembali tetap wujud sepertimana Tengku Razaleigh dan Lokman Nor Adam sebagai contoh mereka yang pandai meludah dan menjilat kembali diangkat menjadi pemimpin UMNO
Selamat bersidang kepada semua perwakilan,selamat merokok di Riverside,selamat menjilat ketika berbahas dan selamat meludah dan jilat kembali.Pastinya Muhyiddin Yasin ketika ini sedang mengumpulkan segenap air liur dan kahaknya sekali untuk meneruskan tradisi memusnahkan parti sendiri dengan meludah semahu mahunya di PWTC.
Hidup UMNO.....!
No comments:
Post a Comment