ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Raja Berpelembagaan
Showing posts with label Raja Berpelembagaan. Show all posts
Showing posts with label Raja Berpelembagaan. Show all posts

Friday, 26 September 2014

Ugut Keluar Pakatan Rakyat dan Sandiwara DAP


Ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khairudin yang mengatakan telah tiba masanya untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat mendapat reaksi spontan rakan seangkatannya Naib Ketua Pemuda PKR ,Fahmi Fadzil.Nak tumpang semangkuk sebab selama dalam pergerakan pemuda pakatan nama mereka tenggelam timbul dan ramai yang tak sedar pun kehadiran mereka dalam arena sepak terajang politik Malaysia.



Jika mahu keluar Pakatan Rakyat pun bukanlah disebabkan betapa jantannya Pemuda PAS atau PKR sebab mereka hanyalah melukut ditepi gantang parti.Dalam Pakatan Rakyat abang besar adalah DAP yang akan mencatur segala gerakan.Ugutan sebegini tidak menjadi kudis kepada DAP kerana mereka tahu  matlamat mereka memecahbelahkan Melayu berjaya.

DAP cukup mahir baling batu sembunyi tangan,pada awal isu krisis MB Selangor sudah dilihat wajah sebenar mereka.Usaha menjatuhkan Khalid didalangi oleh DAP yang tidak berpuashati dengan pelbagai isu seperi kalimah Allah dan rampasan Bible dalam bahasa Malaysia di Selangor.Mereka mahukan ahli politik Melayu yg dapat mereka peralatkan demi merealisasikan matlamat politik mereka.

TS Khalid gagal dikudakan DAP sepenuhnya,khususnya dalam hal melibatkan Melayu,Islam dan Institusi Raja lalu DAP cuba meletakkan Wan Azizah sebagai MB boneka mereka kerana mereka tahu Wan Azizah mudah diperalatkan.Lihat sahaja bagaimana DAP menggelar 4 exco PAS sebagai pengkhianat apabila enggan menurut langkah meletak jawatan serta menyokong Wan Azizah dan DAP juga tidak bersetuju jika ADUN PAS yang dilantik sebagai MB Selangor.

DAP berjaya menghasut PKR dan PAS menyanggah titah Sultan Selangor.DAP berjaya menggabungkan Melayu di Perak berguling-guling di atas jalanraya sewaktu krisis MB Perak tetapi percayalah Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan sentiasa menyeru kearah kebaikan dan kesopanan tetapi yang menjadi persoalan sekarang mengapakah masih ada Melayu didalam Pakatan Rakyat yang termakan Nasi Kangkang DAP semakin berselera memusnahkan perpaduan sesama Melayu.


Friday, 13 April 2012

Bila Ketuanan Melayu Di Hina,Dimanakah Kita Bila Raja Melayu Di Persenda


Dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung ..itu adalah puluhan juta peribahasa Melayu yang sebenarnya banyak bersembunyi dengan kata-kata dengan alasan ketertiban dan sopan santun.Menyampaikan secara lisan secara turun temurun agar di dengari dari generasi-generasi namun alunan peribahasa ini terlalu sentimental ala-ala gurindam dan syair yang mendodoikan anak-anak muda dalam lena yang cukup panjang.Takkala satu persatu maruah bangsa dilondehkan dan di lelong di pasar paling murah,anak muda Melayu lebih leka melayari fesbuk di ruangan gossip bersama Aaaron Aziz atau Nealofa..peduli apa dengan politik..asalkan aku boleh berfesbuk bersama bahan-bahan picisan yang langsung tidak membantu membina minda apatah lagi jasad bangsa yang semakin reput di mamah masa dan petualang bangsa.

Kisah Maruah bangsa Melayu yang semakin dipersenda bukanlah perkara baru,tsunami politik selepas PRU12 menyaksikan beberapa rentetatan peristiwa yang begitu meruntum jiwa,tak perlulah disenaraikan kerana ianya seperti meletakkan garam kedalam luka yang tak mungkin sembuh.Terbaharu ketika berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.Perlakuan beberapa ahli politik pembangkang yang dikatakan mempersendakan dan mengejek-ngejek Raja-Raja Melayu.Kejadian ini di ceritakan oleh Dr Rahman Kadir di dalam fesbuk beliau.
Sebenarnya tidak kira lah siapapun kita samada pemimpin kerajaan ataupun pembangkang dan begitu juga rakyat jelata Institusi Raja tidak perlu diheret dalam pertimbangan politik.Kebebbasan dalam berpolitik tidak bermakna mereka sebagai ahli politik boleh memiliki kebebasan mutlak.Jika mereka sebagai pemimpin politik tidak menghormati Institusi Raja,adakah mereka ini boleh menghormati rakyat kebanyakan  seperti kita?Rakyat kebanyakan hanya di hargai tiap kali ingin meraih undi bagi mencapai cita-cita politik.Dan episod penderhakaan ini lebih sadis lagi kerana dilakukan oleh segelintir pemimpin politik berbangsa Melayu yang begitu bangga menelanjangkan maruah bangsa.Bagi bangsa lain yang mengaku sebagai rakyat Malaysia seharusnya membaca Rukun Negara dan menghayatinya kerana jika anda tidak memahaminya..berhijrahlah ke sebelah tambak Johor sana..mungkin di sana akan ditakdirkan batu nesan anda.

     Kredit : 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...