eREZEKI merupakan saru platform untuk menjana pendapatan melalui digital."Program ini adalah hasil inisiatif daripada Multimedia Development Corporation(MDeC) dibawah Program Digital Malaysia yang menawarkan peluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan memberikan tumpuan kepada rakyat dan penduduk berpendapatan rendah di Malaysia."ujar YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika di wawancara berkaitan Program eREZEKI di Radio Pahang FM Kuantan Pahang.
Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas ,berkebolehan menggunakan komputer serta memahami Bahasa Inggeris adalah dipelawa mendaftar.Selain itu walaupun anda mempunyai pendapaan tetap juga layak memndaftar bagi mencari pendapatan sampingan.Suri rumahtangga,bekas atau pelajar di IPTA/IPTS,pesara-pesara atau sesiapa yang berminat layak untuk mendaftar untuk program ini.
Tiada Bayaran akan dikenakan.Mereka yang berminat untuk menyertai program e REZEKI ini bolehlah mendaftar mulai 17hb Jun jam 11.00am di Pusat induk Komuniti atau menghubungi talian 09-5609788.Para Peserta akan diberikan latihan bagaimanana menggunakan sistem eREZEKI tersebut secara percuma.Selepas selesai menjalani latihan,Digital Worker boleh menggunakan tugasan e-REZKI secara online dimana sahaja asalkan mempunyai kemudahan internet.
Majlis pelancaran Program eREZEKI Peringkat Negeri Pahang akan diadakan pada 17hb Jun 2015,Rabu jam 4.00pm.Program juga akan disiarkan secara langsung Majlis Pelancaran Program eREZEKI Peringkat Kebangsaan yang akan dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato'Sri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur.
Pada jam 5.00pm satu video conference diadakan diantara Tapak Utama di Kuala Lumpur bersama tapak satelit lain di Pahang,Terengganu,Shah Alam dan Kedah.
Program eREZEKI Peringkat Negeri Pahang akan bermula seawal 11 am di Dataran MSC Cybercentre dengan kerjasama SKMM dan beberapa syarikat Telekomunikasi spt Timne Dot Com,TM,Celcom,Maxis Digi serta penglibatan IPT tempatan iaitu IKIP dan juga terdapat pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Jabatan Kesihatan selain cabutan bertuah bagi memeriahkan acara tersebut.
Booth khas untuk eREZEKI juga disediakan untuk pendaftaran dan penerangan yang lebih jelas oleh pegawai PTR (Pahang Technology Resouces)
Program pada 17hb Jun 2015 ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperkenalkan Program eREZEKI diNegeri Pahang selain penghebahan di media sosial.Pengguna laman sosial bolehlah like fb page MSC Malaysia Pahang dan Pusat Induk Komuniti Pahang untuk keterangan lebih lanjut mengenai eREZEKI.
Selain itu Pusat Induk Komuniti di Jalan Putra Square 4 Kuantan akan menjadi Pusat komuniti eREZEKI Negeri Pahang atau lebih senang dengan panggilan DWC(Digital Worker Centre) untuk Digital Worker yang tidak mempunyai kemudahan seperti komputer dan internet.Digital Worker boleh berkunjung ke DWC Pahang dan menggunkan kemudahan tersebut secara percuma untuk menyiapkan tugasan eREZEKI.
Rakyat Negeri Pahang yang betul betul ingin menambah pendapatan bolehlah mendaftar bagi Program eREZEKI kerana tugasannya amat mudah kerana terdapat lebih 80 juta tugas dari seluruh dunia untuk tahun ini.
Kepada yang tidak hadir pada 17hb ini,mereka tidak perlu risau kerana mereka boleh mendaftar pada bila bila masa.
No comments:
Post a Comment