ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Exco Pahang
Showing posts with label Exco Pahang. Show all posts
Showing posts with label Exco Pahang. Show all posts

Friday, 20 May 2016

LAUTAN MANUSIA BANJIRI CERAMAH USTAZ DON DI FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA



TEMERLOH - 20/5/2016  Ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Don Danial  mendapat sambutan luar biasa di Festival Wanita Untuk Wanita yang sedang berlangsung di Dataran Temerloh.Festival yang bermula pada 19hb  sehingga 22 Mei memulakan tirai dengan menjemput penceramah terkenal Ustaz Don Danial.

Lautan manusia membanjiri Dataran Temerloh untuk mendengar dan melihat sendiri penceramah tersebut .Turut hadir di malam tersebut bersama rakyak di negeri Pahang ialah YB Dato Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Perbagai acara menarik akan berlangsung antaranya booth jualan usahawan,pemeran agensi kerajaan,sukan rakyat,kenduri rakyat,Pahang Idol dan banyak lagi acara menarik selain penampilan 50 artis bagi memeriahkan Festival yang julung-julung kalinya diadakan.

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh YAB Dato Seri Di Raja Adnan Hj Yaakob Menteri Besar Pahang yang akan diiringi oleh Dato Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia pada 22hb Mei 2016.











Wednesday, 18 November 2015

KADAR CAPAIAN JALUR LEBAR DI PAHANG SEMAKIN MENINGKAT


Kadar capaian jalur lebar di Negeri Pahang semakin meningkat dari 74 peratus pada suku pertama 2015 kepada 75.8 peratus pada suku tahun kedua.

Berdasarkan kepada maklumat langganan perkhidmatan internet yang disediakan oleh pihak Telekom Malaysia(TM),terdapat 74,040 yang menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan di Pahang.

Pihak SKMM sentiasa memberikan perhatian dan beberapa punca gangguan perkhidmatan yang dialami pengguna dikenalpasti antaranya kawasan terlindung (blindspot) yang mempunyai liputan yang kurang memuaskan dari segirangkaian 2G mahupun rangkaian 3G berpunca dari faktor mukabumi dan hutan/belukar yang tebal di sekitarnya dan memberi kesan kepada jarak pancaran rangkaian daripada menara telekomunikasi yang berkenaan.

Selain langkah menambah menara baru untuk menyelesaikan masalah liputan rangkaian,kerja-kerja kejuruteraan (reengineering) dilakukan secara berterusan.

Pihak SKMM tidak menafikan kewujudan masalah liputan kurang memuaskan di kawasan-kawasan tertentu.Perlu dijelaskan juga jarak liputan selular 3G sekitar 1 km sahaja  darilokasi menara dan jarak ini akan berkurangan jika terdapat halangan keatas pemancaran gelombang atau kadar penggunaan perkhidmatan selular yang tinggi pada satu satu masa.

Bagi mengatasi masalah ini,kerjasama dari semua pihak amat diperlukan oleh SKMM.Sekiranya terdapat masalah dari segi liputan dan kualiti perkhidmatan selular,aduan bolehlah dikemukakan kepada SKMM diportal aduan SKMM di http://aduan.skmm.gov.my. .Aduan juga boleh di buat di laman sesawang setiap penyedia perkhidmatan di pautan berikut :-



Selain daripada itu aduan juga boleh juga dibuat kepada pihak Consumer Forum yang bertanggungjawab mengendalikan aduan berkaitan industri telekomunikasi di http://www.complaint.cfm.org.my

Perkara ini dinyatakan oleh YB Dato'Shahaniza binti Hj Shamsuddin, Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika menjawab soalan berkaitan lipuran internet di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Penggal ke 3 Kali ke 13 yang sedang berlangsung dari 16hb-24hb Nov 2015.







Tuesday, 3 November 2015

NGO PERLU DEKATI MASYARAKAT WUJUDKAN KESEDARAN PENYAKIT KANSER


Kanser merupakan satu penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.Menyedari tentang bahayanya penyakit kanser ini peranan memberikan kesedaran masyarakat tidak harus dipikul oleh kerajaan sahaja  sebaliknya NGO juga mempunyai tanggungjawab tersendiri.

YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Penegrusi Pembangunan Wanita Keluarga
Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang


Pengerusi PUSPANITA Daeran Maran Datin Sharipah Noraihan menerima cek
Sumbangan dari Bendahari PUSPANITA Kebangsaan

"NGO perlu tampil kehadapan dengan mempelbagaikan program bukan sahaja dikalangan ahli tetapi segenap lapisan masyarakat.Bagi tujuan itu NGO boleh bekerjasama dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dengan melibatkan penyertaan JKK dikampung kampung agar segala maklumat dapat disalurkan berkaitan kesedaran kanser khususnya wanita."ujar YB Dato'Shahaniza binti Hj Shamsuddin Pengerusia Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang dimajlis perasmian Program Kesedaran Kanser Untuk Wanita yang dianjurkan oleh PUSPANITA Daerah Maran di Dewan Jubli Perak Maran Pahang.

Sempenan bulan Oktober yang juga merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara,PUSPANITA Daerah Maran mengambil inisiatif mengadakan  program ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini.

Kebanyakan orang tahu penyakit ini tetapi tidak mengambil langkah awal untuk mengesan penyakit ini.

Bagi wanita,mereka boleh melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara(PSS) setiap bulan dan menggalakkan rakan-rakan dan yang tersayang turut serta berbuat demikian.

Bagi kaum lelaki sebarkan kesedaran melalui perkongsian maklumat dengan rakan rakan wanita dan keluarga.

Mencari tanda-tanda awal kanser payudara amat penting kerana iamemberi lebih banyak pilihan rawatan dan peluang yang lebih tinggi untuk terus hidup.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Datin Sri Dato Jamaliah binti Zainal Abidin,Pengerusi PUSPANITA Negeri Pahang dan Pengerusi PUSPANITA Caw.Daerah Maran Datin Sharipah Norraihan binti Syed Agel.

Program ini turut mendapat kerjasama   Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kuantan serta Pejabat Kesihatan Daeran Maran




Wednesday, 21 October 2015

ISU BAUKSIT :PENGGUNAAN ADHEREX 120 KAWAL DEBU LOMBONG BAUKSIT DI KUANTAN


Kuantan - Kerajaan Negeri Pahang sedang dalam pertimbangan untuk menggunakan sejenis agen kawalan debu bagi mengurangkan masalah pencemaran debu yang mengundang rungutan masyarakat khususnya di bandar Kuantan.

Mesyuarat Exco yang turut dihadiri wakil ADUN Pembangkang dan Media
 Menteri Besar Pahang Dato'Seri DiRaja Adnan Yaakob berkata, produk yang dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Kanada Kam Bio Technology didapati berkesan dengan mengubah partikel kecil kepada besar seterusnya membentuk biopolimer yang panjang.Struktur bio-polimer yang terbentuk menyebabkan debu tidak lagi berterbangan.


Exco Kerajaan Negeri Nurol Azali dlam seisi demo bersama Prof Mongi Ferchici
Kos bagi penggunaan Adherex juga adalah lebih murah berbanding penggunaan penyemburan air dikawasan perlombongan bauksit dan phak operator perlombongan akan menanggung kos penggunaan agen kawalan debu tersebut.

Dengan kekerapan penggunaan 10 hari sekali pada setiap sebulan berbanding penggunaan penyemburan air setiap hari ternyata ianya menjimatkan.

Prof Mongi Ferchichi dari Kam Biotechnologi Ltd Kanada sampaikan taklimat
Taklimat penggunaan Adherex 120 disampaikan oleh Prof Monggi Ferchichi  Ketua Pegawai Eksekutif Kam Technology Ltd dihadapan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri,ADUN dari kawasan yang terlibat dengan masalah akibat perlombongan bauksit di Kuantan termasuk ADUN pembangkang serta wakil media.


Antara lain kebaikan Adherex 120 ialah ianya tidak merbahaya dan mudah terurai apabila ianya memamsuki tanah tasik ataupun laut selain tiada kesan toksid yang merbahayakan haiwan aquatik sekiranya memasuki ke laut.

Prof Monggi juga menolak kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan penggunaan bauksit sebagai bahan utama pembuatan alumunium mengandungi arsenik ataupun merkuri dan menyatakan tiada penemuan saintifik bahan merbahaya tersebut.

MB Pahang berkata "terdapat dua perkara penting yang sentiasa menjadi pertimbangan Kerajaan Negeri Pahang iaitu kepentingan manusia dan kepentingan ekonomi.Kita perlu berlaku adil kepada semua pihak melibatkan mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan bauksit tetapi dalam masa yang sama mereka juga perlu kepada SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri jika mahu meneruskan aktiviti perlombongan bauksit."

"Penggunaan Adherex 120 jika diluluskan nanti bukanlah penyelesaian secara holistik kepada masalah yang timbul akibat aktiviti perlombongan seperti debu yang mengakibatkan pencemaran,tetapi ianya salah satu kaedah selain langkah-langkah lain yang akan diambil dengan mengambil kira kepentingan semua pihak." ujar Menteri Besar pahang ketika seisi taklimat tersebut.

"Sebarang keputusan akan dibuat selepas mesyuarat Exco yang akan datang samada akan menggunakan Adherex 120 atau sebaliknya.Namun kita berharap rakyat sedar yang seisi taklimat khas ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang serius menangani isu bauksit selain mahu memastikan aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan baik tanpa menjejaskan kehidupan masyarakat khususnya di Kuantan"






Thursday, 8 October 2015

IBUBAPA MENJAGA OKU PERLU TINGKATKAN PENGETAHUAN KEIBUBAPAAN


Maran 8/10/2015 - Setiap insan istimewa tidak pernah diminta untuk dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan.Jika diberi peluang mereka juga ingin menikmati kehidupan normal seperti manusia lain yang bebas bergerak,lancar komunikasi dan pantas berfikir.

Shahaniza(tengah)bersama anak anak OKU dan peserta Program
"Kemahiran keibubapaan tidak hanya terbatas kepada menjaga anak-aanak mereka,tetapi perlu menjangkau perkara yang lebih luas seperti dalam aspek pendidikan,pembangunan diri,kesihatan dan sebagainya" ujar YB Dato'Shahniza Exco Pembangunan Wanita Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika merasmikan  Program Kemahiran Keibubapaan Anak berkeperluan khas(OKU) di Dewan Kompleks Rakan Muda Maran.

Program yang disertai hampir 150 peserta terdiri daripada ibubapa serta perjaga OKU itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN),Kementerian Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat dengan kerjasama Persatuan Isteri Bekas Tentera Daerah Maran (Serikandi).

Antara lain pengisian program adalah ceramah dari Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Pegawai Bahagian OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang selain dari pemerikasaan Mamogram,perkhidmatan suntikan  HPV,pemeriksaan kesihatan dan ujian tekanan/stress.

Turut hadir dimajlis berkenaan Puan Zakiah binti Mohd Noh wakil Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negeri Pahang,Hj Yaakub bin Badu Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Maran,Kapten Zainab bin Abu Bakar wakil YDP Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Pahang serta Pn Hajjah Hashimah binti Hashim Ketua Serikandi Daerah Maran.




Tuesday, 6 October 2015

SKMM DIMINTA CARI INISIATIF MUDAHKAN PEMANTAUAN KOMUNIKASI DI KAWASAN BANJIR


KUANTAN, 5 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta mencari inisiatif untuk memasuki kawasan banjir bagi memudahkan pemantauan liputan talian komunikasi di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata dalam keadaan banjir buruk, SKMM perlu lebih bersedia bagi memastikan talian telekomunikasi berfungsi dengan baik bagi memudahkan tugas mencari dan menyelamat.

"Apa yang berlaku tahun lepas, banyak kawasan gagal dihubungi menggunakan telefon, dan SKMM tidak dapat memantau perkara ini kerana mereka mendakwa tidak memiliki kemudahan untuk memasuki kawasan banjir.

"Ini kerana semua bot agensi penyelamat digunakan sepenuhnya untuk tugas memindahkan penduduk yang terjejas banjir. Jadi, rasanya SKMM perlu mempunyai bot sendiri untuk memudahkan pemantauan talian telekomunikasi ketika musim tengkujuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Peringkat Pahang di sini, Isnin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri, Fairojibanu Zainal Abidin.

Shahaniza berkata SKMM dan syarikat pengendali telekomunikasi juga perlu mengambil tindakan segera terhadap gangguan liputan telekomunikasi yang teruk ketika musim tengkujuh termasuk di Kuala Krau, Temerloh dan Kuala Lipis.

"Saya akan mengadakan pertemuan dengan semua syarikat pengendali telekomunikasi dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka...serta mengetahui apa langkah yang sudah atau akan diambil bagi mengatasi masalah ini," katanya.

BUDAYA KREATIF DAN INOVATIF LENGKAPKAN KECEMERLANGAN ANAK -ANAK


Kuantan - 5/10/2015 Program Pintar Kreatif Perpaduan Peringkat Negeri Pahang merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Naisonal  sebagai usaha mengetengahkan bakat dan kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti yang menguji kepintaran akademik juga kreativiti dan inovasi

"Walaupun ramai yang mementingkan kecemerlangan akademik sehingga lupa bahawa daya kreativiti dan innovasi anak-anak juga mampu mencorakkan masa depan yang lebih baik."ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika berucap merasmikan Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Peringkat Negeri Pahang di berjaya Megamal Kuantan hari ini.

"Kejayaan Bill Gates misalnya harus dijadikan pembakar semangat buat semua pihak terutama pendidik agar memberikan fokus mengembangkan daya kreativiti dan inovasi.Walaupun beliau tidak begitu cemerlang di dalam akademik tetapi mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang menjadikan antara manusia yang berjaya di dunia kini"katanya.
















Sunday, 4 October 2015

MANAFAATKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TAMBAH PENDAPATAN


MARAN - 3/10/2015 - Masyarakat luar bandar seharusnya memafaatkan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan kerajaan bagi menambah pendapatan.Mereka seharusnya merebut peluang dalam era globalisasi ,kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan menggunakan pelbagai kemudahan seperti pembinaan Pusat Internet 1Malaysia terutama di luar bandar bagi membantu mengurangkan jurang digital dengan masyarakat di bandar.

"Kenaikan kos sara hidup sekarang boleh dikurangkan dengan menceburkan diri dalam bidang keushawanan online yang semakin popular sekarang.Kerajaan melalui SKMM menyediakan prasarana bagi tujuan itu dengan membina Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dan turut memberi latihan keusahawanan online kepada bakal-bakal usahawan dan usahawan yang sedia ada selain memberikan tunjuk ajar dalam bidang ICT melalui tenaga pengajar mahir yang terlatih."ujar YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika merasmikan Pusat Internet i Malaysia Felda Ulu Jempol hari ini.

Di Pahang sebanyak 74 buah Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) telah beroperasi manakala dan daripada jumlah itu 74 daripadanya berada di Maran daripada 535 buah yang beroperasi setakat ini diseluruh Malaysia.PI1M ini diselaraskan sebagai Projek Kampung Tanpa Wayar yang telah dipilih bagi membolehkan kawasan tersebut memperolehi capaian internet tanpa wayar dengan turut menyediakan 5 kawasan hotspot di setiap kampung yang mempunyai PI1M.Setakat ini sebanyak 5,687 buah kampung telah dipilih sebagai Projek Kg Tanpa Wayar di seluruh Malaysia.

Pelbagai acara diadakan pada Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Jempol antaranya slot usahawan bersama Tekun Nasional,pertandingan kuiz online,menaip pantas,kuiz online,teka silangkata klik dengan bijak,pertandingan mengayam ketupat,pertandingan mengupas epal sukaneka selain pameran pelbagai agensi.



Monday, 15 June 2015

eREZEKI BUKTI KOMITMEN KERAJAAN BANTU RAKYAT TAMBAH PENDAPATAN.


eREZEKI merupakan saru platform untuk menjana pendapatan melalui digital."Program ini adalah hasil inisiatif daripada Multimedia Development Corporation(MDeC) dibawah Program Digital Malaysia yang menawarkan peluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan memberikan tumpuan kepada rakyat dan penduduk berpendapatan rendah di Malaysia."ujar YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika di wawancara berkaitan Program eREZEKI di Radio Pahang FM Kuantan Pahang.

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas ,berkebolehan menggunakan komputer serta memahami Bahasa Inggeris adalah dipelawa mendaftar.Selain itu walaupun anda mempunyai pendapaan tetap juga layak memndaftar bagi mencari pendapatan sampingan.Suri rumahtangga,bekas atau pelajar di IPTA/IPTS,pesara-pesara atau sesiapa yang berminat layak untuk mendaftar untuk program ini.

Tiada Bayaran akan dikenakan.Mereka yang berminat untuk menyertai program e REZEKI ini bolehlah mendaftar mulai 17hb Jun jam 11.00am di Pusat induk Komuniti atau menghubungi talian 09-5609788.Para Peserta akan diberikan latihan bagaimanana menggunakan sistem eREZEKI tersebut secara percuma.Selepas selesai menjalani latihan,Digital Worker boleh menggunakan tugasan e-REZKI secara online dimana sahaja asalkan mempunyai kemudahan internet.

Majlis pelancaran Program eREZEKI Peringkat Negeri Pahang akan diadakan pada 17hb Jun 2015,Rabu jam 4.00pm.Program juga akan disiarkan secara langsung Majlis Pelancaran Program eREZEKI Peringkat Kebangsaan yang akan dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato'Sri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur.

Pada jam 5.00pm satu video conference diadakan diantara Tapak Utama di Kuala Lumpur bersama tapak satelit lain di Pahang,Terengganu,Shah Alam dan Kedah.

Program eREZEKI Peringkat Negeri Pahang akan bermula seawal 11 am di Dataran MSC Cybercentre dengan kerjasama  SKMM dan beberapa syarikat Telekomunikasi spt Timne Dot Com,TM,Celcom,Maxis Digi serta penglibatan IPT tempatan iaitu IKIP dan juga terdapat pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Jabatan Kesihatan selain cabutan bertuah bagi memeriahkan acara tersebut.

Booth khas untuk eREZEKI juga disediakan untuk pendaftaran dan penerangan yang lebih jelas oleh pegawai PTR (Pahang Technology Resouces)

Program pada 17hb Jun 2015 ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperkenalkan Program eREZEKI diNegeri Pahang selain penghebahan di media sosial.Pengguna laman sosial bolehlah like fb page MSC Malaysia Pahang dan Pusat Induk Komuniti Pahang untuk keterangan lebih lanjut mengenai eREZEKI.

Selain itu Pusat Induk Komuniti di Jalan Putra Square 4 Kuantan akan menjadi Pusat komuniti eREZEKI Negeri Pahang atau lebih senang dengan panggilan DWC(Digital Worker Centre) untuk Digital Worker yang tidak mempunyai kemudahan seperti komputer dan internet.Digital Worker boleh berkunjung ke DWC Pahang dan menggunkan kemudahan tersebut secara percuma untuk menyiapkan tugasan eREZEKI.

Rakyat Negeri Pahang yang betul betul ingin menambah pendapatan bolehlah mendaftar bagi Program eREZEKI kerana tugasannya amat mudah kerana terdapat lebih 80 juta tugas dari seluruh dunia untuk tahun ini.

Kepada yang tidak hadir pada 17hb ini,mereka tidak perlu risau kerana mereka boleh mendaftar pada bila bila masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...