ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: SKMM
Showing posts with label SKMM. Show all posts
Showing posts with label SKMM. Show all posts

Saturday, 7 November 2015

POLIS DAN SKMM SERBU MELOYAKINI..MANA MAHU LARI


Hari ini bukanlah Hari Ini Dalam Sejarah buat Meloyakini yang diserbu oleh SKMM dan polis ekoran aduan yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara kerana yang pasti ianya bukanlah yang pertama kali.

Meloyakini yang sudah lama dikenali sebagai kilang fitnah dan menjadi pengesport utama produk-produk yang berkaitan fitnah di dalam dan luar negara dikunjungi sekumpulan 10 orang pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dan anggota polis jam 5 petang semalam.

Serbuan yang dilakukan berdasarkan laporan yang mendedahkan seorang pendakwa raya SPRM telah dipindahkan secara mengejut selepas terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting.

Portal Meloyakini sering menjadi kitab suci anutan pembangkang di Malaysia.Ianya seperti menjadi rujukan no wahid kononnya laporan dan berita itu wahyu yang tidak boleh dipertikaikan.

Namun sekalipun ianya di dakwa dan didapati bersalah di mahkamah,tidak akan menjejaskan kewibawaan Meloyakini yang sudah sebati dengan ramuan fitnah yang sering menjadi hidangan ahli pembangkang di Malaysia.

Antara lain laporan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara ialah laporan Meloyakini yang dibuat"secara niat jahat dan merosakkan nama baik peguam negara".

Berikutan itu siasatan telah dijalankan keatas portal berkenaan dan sebuah komputer telah dirampas,mengenal pasti pengarang terbabit dan mengambil kenyataan menikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

Bukan perkara yang mustahil serbuan SKMM dan polis ke atas Meloyakini akan mendapat reaksi dari sekutu-sekutu mereka yang bersimpati dengan perjuangan pembangkang Malaysia.

Kerajaan zalim,tiada kebebasan media,usaha menakutkan media melaporkan kebobrokan ,penyalahgunaan kuasa ,menyekat kebebasan dan hak asasi.

Meloyakini tetap menjadi dewa berita,menggali lubang perkauman sedalam dalamnya untuk semua rakyat Malaysia.Mereka bertepok tangan di atas melihat betapa rakyat Malaysia bersengketa sesama sendiri.

Dan yang menguntungkan ialah ahli politik pembangkang di Malaysia yang menuai hasil dari jualan terlajak laris yang dijalankan oleh dewa berita tohmah dan fitnah...Meloyakini.




Sunday, 18 October 2015

WASPADA KONGSI MAKLUMAT PERIBADI DI MEDIA SOSIAL


18/10/2015 ROMPIN - Penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dikawasan luar bandar adalah merupakan salah satu program yang dirangka oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk merapatkan jurang digital dengan masyarakat bandar.

PI1M Felda Selendang sebagai contohnya merupakan salah satu kawasan yang dipilih secara kolektif bagi memberikan peluang kemudahan akses internet dan peluang kepada masyarakat luarbandar mendekati dan mendalami teknologi komputer dan internet.







"Namun begitu adalah diingatkan supaya pengguna internet khususnya dilaman sosial lebih bijak menggunakan kemudahan yang disediakan seperti di PI1M.Memuatnaik status peribadi seperti lokasi dan masa  dimana kita berada boleh memudahkan tugas penjenayah "

"Sikap cuai dengan berkongsi apa sahaja kisah peribadi harus dielakkan kerana bukan semua rakan media sosial kita kenali".ujar YB Dato'Shahaniza Hj.Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Felda Selendang Rompin Pahang.

Hadir sama di majlis perasmian tersebut YB Kapten(B) Dato'Johari Hussain Exco Belia dan Sukan merangkap ADUN Pulau Tioman.



Tuesday, 6 October 2015

SKMM DIMINTA CARI INISIATIF MUDAHKAN PEMANTAUAN KOMUNIKASI DI KAWASAN BANJIR


KUANTAN, 5 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta mencari inisiatif untuk memasuki kawasan banjir bagi memudahkan pemantauan liputan talian komunikasi di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata dalam keadaan banjir buruk, SKMM perlu lebih bersedia bagi memastikan talian telekomunikasi berfungsi dengan baik bagi memudahkan tugas mencari dan menyelamat.

"Apa yang berlaku tahun lepas, banyak kawasan gagal dihubungi menggunakan telefon, dan SKMM tidak dapat memantau perkara ini kerana mereka mendakwa tidak memiliki kemudahan untuk memasuki kawasan banjir.

"Ini kerana semua bot agensi penyelamat digunakan sepenuhnya untuk tugas memindahkan penduduk yang terjejas banjir. Jadi, rasanya SKMM perlu mempunyai bot sendiri untuk memudahkan pemantauan talian telekomunikasi ketika musim tengkujuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Peringkat Pahang di sini, Isnin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri, Fairojibanu Zainal Abidin.

Shahaniza berkata SKMM dan syarikat pengendali telekomunikasi juga perlu mengambil tindakan segera terhadap gangguan liputan telekomunikasi yang teruk ketika musim tengkujuh termasuk di Kuala Krau, Temerloh dan Kuala Lipis.

"Saya akan mengadakan pertemuan dengan semua syarikat pengendali telekomunikasi dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka...serta mengetahui apa langkah yang sudah atau akan diambil bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Sunday, 30 August 2015

MERDEKA BUKAN SEKADAR MENGANGKAT BENDERA



Sambutan Hari Kemerdekaan yang juga Hari Kebangsaan bukan sahaja dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebaliknya perlu dihayati."Bagi tujuan itu kerajaan mengadakan pelbagai program untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan muda betapa pentingnya menghayati makna sebenar kemerdekaan."ujar YB Dato Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat,Telekomunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.


"Kemerdekaan Malaysia perlu berasaskan lahirnya Malaysia melalui kontrak sosial diantara masyarakat majmuk di Malaysia dengan kaum Cina dan India diberikan hak kewarganegaraan namun dalam masa yang sama perlu menghormati hak-hak orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia".

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutup Program Pertandingan Penceritaan Kemerdekaan #SehatiSejiwa Bersama Belia Negeri Pahang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 58 di Arkib Negara Cawangan Pahang Kuantan.


Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Rossiela Sofia binti Talib dari Raub yang membawa pulang hadiah wang tunai  RM 1,500.Pemenang kedua Nik Nur Hidayatul Fitri binti Nik Ibrahim dan ketiga Nurfazlin binti Mohd Mokhtar masing masing mebawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000 dan RM 500.

Program yang mendapat kerjasama Pejabat Setiausaha Negeri Pahang serta SKMM ini menyasarkan golongan belia dan kebanyakan yang menyertai pertandingan yang dianjurkan ini adalah terdiri dari belia belia yang menggunakan Pusat Internet 1 Malaysia serta perlajar IPTA dan IPTA tempatan.









Saturday, 20 September 2014

Kabel dasar laut sedang dibaiki, internet perlahan




SHAH ALAM – Pengguna perkhidmatan jalur lebar Telekom Malaysia (TM) yang mengalami gangguan semasa melayari internet sejak semalam mungkin terpaksa menunggu seketika sementara sistem teknikal pihaknya dibaik pulih.
Kabel dasar laut sedang dibaiki, internet perlahan

Laman mikro Twitter Telekom Malaysia (TM) @TMConnect yang turut mengesahkan kenyataan tersebut berkata, masalah itu oleh kerosakan pada kabel dasar laut AAG (Asia America Gateway).

“Kami mengalami sedikit kesulitan melibatkan penghantaran dan penerimaan trafik data daripada dan kepada Amerika Syarikat (AS) yang disebabkan oleh kerosakan pada kabel dasar laut AAG.

“Masalah berkenaan sedang diatasi, dan kerja membaik pulih kabel AAG tersebut sedang dilakukan.Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan daripada pihak kami,” katanya seperti yang dipetik melalui laman rasmi Twitter TM.

Kabel dasar laut AAG menghubungkan pengguna Asia kepada ke pelayar (server) yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Perkhidmatan pesanan seperti Whatsapp juga dijangka terganggu.

Menurut beberapa kemaskini (update) oleh @TMConnects pihaknya juga berusaha untuk mempercepatkan proses baik pulih yang kini sedang giat dijalankan.


SUMBER


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...