ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: pencemaran bauksit
Showing posts with label pencemaran bauksit. Show all posts
Showing posts with label pencemaran bauksit. Show all posts

Thursday, 28 January 2016

IKAN BELANAK OH...! IKAN BELANAK..BAUKSIT OH..! BAUKSIT..!


Tempoh bertenang....itulah yang dapat di perkatakan waktu ini di Kuantan Pahang setelah Maratorium bauksit membawa kepada penyelesaian jangka pendek,pastinya kaedah-kaedah terbaik turut dirangka bagi penyelesaian jangka panjang  untuk menangani kemelut yang melanda.

Siapa sangka perlombongan bauksit mencipta pula industri hiliran iaitu industri anak ikan belanak.Namun sayang sekali moratorium bauksit memendekkan rezeki pencari anak ikan belanak untuk dicampakkan ke dalam anak sungai sekitar Kuantan bagi membuktikan sisa toksid yang mencemarkan sungai di Kuantan akibat perlombongan bauksit.

Barangkali selepas tiga bulan seandainya industri bauksit diteruskan semula,sauk bermata kecil dan jaring berbagai saiz akan laris di jual di Kuantan kerena perlunya anak ikan belanak pelbagai saiz di tabur sepanjang anak anak sungai di Kuantan kerana selama ini saiz anak belanak yang sama sahaja mati akibat toksid di Kuantan menimbulkan tanda tanya?kenapa hanya sejenis ikan yang alah kepada toksid yang dikaitkan dengan perlombongan bauksit?Ada baiknya semua sungai di Kuantan dinamakan Sungai belanak hanya kerana spesis ikan tersebut mampu hidup di situ.

Black Opps. yang kurang bijak ini yang dilakukan pihak yang berkepentingan,disambut dengan penuh minat oleh media arus perdana.Seolah justifikasinya terarah kepada MB Pahang yang harus diasak dari segenap penjuru dengan persepsi negatif .Media arus perdana terperangkap dengan arahan-arahan dari tangan ghaib 
yang ceria sambil mengurut misai dan janggut apabila berita sedemikian muncul secara berterusan di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen.

Media sosial tak perlulah dinafikan peranan mereka kerana kebenaran adalah bukan syarat nombor "wahid" sebaliknya menyiarkan berita separuh masak adalah tabiat setiap kali terlintas dibenak fikiran tanpa perlu berfikir panjang implikasi kepada orang lain.

Mungkin juga perlu National Geografik membuat liputan bagaimana hebatnya ikan belanak yang mampu hidup di sungai-sungai sekitar Kuantan selain keajaiban adaptasi berubah mengikut isu politik bukannya sifat semulajadi.









Wednesday, 13 January 2016

BAUKSIT ANTARA MB PAHANG DAN MANUSIA BERSALAH PART 1


Isu bauksit di Pahang masih belum reda umpama ribut yang meranapkan segenap pelusok kehidupan negeri Pahang.Isu tempatan yang awalnya,kini menjadi perhatian nasional akibat permainan politik pihak pihak tertentu.

Bukan sekadar ribut dalam cawan,bauksit melahirrkan manusia yang begitu prihatin dengan alam sekitar disebalik sikap hipokrasi diri sendiri terhadap pencemaran alam sekitar.Apatah lagi golongan cerdik pandai alam sekitar menjadikan bauksit sebagai testimoni kajian akademik bukan kehidupan manusia yang sebenarnya jauh lebih kompleks.

Agenda politik

Sasaran serangan yang di dendangkan saban waktu celiknya mata rakyat Malaysia di pagi hari di ulang ulang berkali kali secara berterusan dan konsisten melalui media arus perdana yang selama ini di label sebagai pro BN.

Wujud tangan-tangan ghaib di sebalik media arus perdana ini membelasah kepimpinan negeri Pahang khsusnya DSDR MB Pahang.Gerakkerja untuk menjatuhkan DSDR Adnan Hj Yaakob, MB Pahang bukan lah perkara baharu dan pastinya kita perlu berlapang dada sebagai ahli politik ianya adalah asam garam yang perlu di lalui.

Namun amat dikesali mengapa harus ada campurtangan orang luar Pahang dalam merealisasikan impian menjatuhkan DSDR MB Pahang.Seolah-olah Pahang Darul Makmur tidak lagi makmur,tiada kestabilan politik  dan ekonomi serta masalah sosial yang tidak terkawal.

Mereka di luar sana lebih arif apa yang sedang berlaku di Pahang dan cuba mencorakkan kepimpinan politik malah lebih dikesali ianya didalangi oleh orang UMNO sendiri.Pihak pembangkang umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan DSDR MB Pahang sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima kritikan tetapi biarlah secara bersopan dan mempunyai keterbatasan.Tidak wujud "denial syndrome"apatah lagi menidakkan apa yang betul tetapi perlu juga melihat kepada penyelesaian secara holistik kerana slogan suara rakyat sahaja tidak menjadikannya kerajaan berdiri dengan sendiri.

"Kerajaan" itu perlu dimengertikan maksud dan perlaksana suara majoriti yang dipilih scara demokrasi tetapi tetap menjurus menjaga institusi beraja,memayungi rakyat dan kesinambungan bangsa Melayu apatah lagi anak-anak Pahang.Jika di Johor,sudah timbul semangat kenegerian membela bangsa Johor tetapi mengapa tidak di Pahang.

Teruk sangatkah politik di Pahang jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia jika keputusan PRU 13 menjadi ukuran.Daripada 14 kawasan hanya 4 kawasan dimenangi oleh pembangkang di peringkat Parlimen manakala bagi kerusi DUN 30 dari 42 kerusi milik BN,daripada seramai 611786 pengundi,BN memperolehi 337,596 (55.18%)undi manakala PR mendapat 271,411 (44.36) undi popular.

Tsunami masyarakat Cina pada PRU ke 13 tempias ke Pahang merupakan isu nasional dan bukan isu tempatan seperti perlombongan ,pembalakan mahupun isu alam sekitar.

Sekadar mengambil contoh  negeri yang hampir sama besar dengan Pahang (35960km/persegi) manakala Perak (21,005km/persegi) undi popular yang dimiliki BN Perak yang mengundi BN 44.71% manakala PR mendapat 54.48%  undi popular.Secara relatifnya BN di Pahang mengatasi undi popular BN Perak yang sebenarnya tewas namun tiada sebarang serangan politik terhadap kepimpinan MB Perak seperti dialami oleh kepimpinan BN di Pahang.

Di Perak dari 24 kerusi Parlimen sebanyak 12 di menenagi oleh BN dan 12 dimenangi oleh PR menunjukkan betapa getirnya politik di sana manakala di perinkat DUN dari 59 kerusi BN memanagi 31 kerusi manakala PR 28 kerusi adalah situasi nyawa-nyawa ikan.

Pola taburan pengundi menunjukkan bahawa undi Melayu di Perak telah kembali kepada BN berbanding PRU 12 dimana PAS yang membawa sembah derhaka gagal memenangi hati kaum Melayu.Kemenangan BN di Perak purata di menangi oleh UMNO dengan 3O kerusi manakala 1 kerusi di menangi oleh MCA itupun majoriti pengundi Melayu.

Apakah relevannya keputusan pilihanraya tersebut.Jika ada pihak yang beriya-iya ingin menyeret MB Pahang dengan istana terhadap isu bauksit di Pahang fikirlah apa yang terjadi di Perak tanpa penglibatan istana dalam politik sesebuah negeri beraja.Hanya mereka yang menjadi Menteri Besar di negeri beraja tahu mengurus situasi tidak semudah yang di sangkakan.

Sikap tidak bijak menuding jari hanya kepada MB Pahang kepada setiap permasalahan yang wujud hanya akan merugikan BN sendiri.
Tanah runtuh salah MB,orang kemalangan jalanraya akibat lori bauksit salah MB,tebang balak untuk jajaran laluan tiang TNB salah MB seolah olah MB bukan lagi istilah Menteri Besar Pahang tetapi Manusia Bersalah yang dibicarakan di mahkamah rakyat yang terbina dengan sokongan mereka yang ketandusan idea.










Wednesday, 21 October 2015

ISU BAUKSIT :PENGGUNAAN ADHEREX 120 KAWAL DEBU LOMBONG BAUKSIT DI KUANTAN


Kuantan - Kerajaan Negeri Pahang sedang dalam pertimbangan untuk menggunakan sejenis agen kawalan debu bagi mengurangkan masalah pencemaran debu yang mengundang rungutan masyarakat khususnya di bandar Kuantan.

Mesyuarat Exco yang turut dihadiri wakil ADUN Pembangkang dan Media
 Menteri Besar Pahang Dato'Seri DiRaja Adnan Yaakob berkata, produk yang dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Kanada Kam Bio Technology didapati berkesan dengan mengubah partikel kecil kepada besar seterusnya membentuk biopolimer yang panjang.Struktur bio-polimer yang terbentuk menyebabkan debu tidak lagi berterbangan.


Exco Kerajaan Negeri Nurol Azali dlam seisi demo bersama Prof Mongi Ferchici
Kos bagi penggunaan Adherex juga adalah lebih murah berbanding penggunaan penyemburan air dikawasan perlombongan bauksit dan phak operator perlombongan akan menanggung kos penggunaan agen kawalan debu tersebut.

Dengan kekerapan penggunaan 10 hari sekali pada setiap sebulan berbanding penggunaan penyemburan air setiap hari ternyata ianya menjimatkan.

Prof Mongi Ferchichi dari Kam Biotechnologi Ltd Kanada sampaikan taklimat
Taklimat penggunaan Adherex 120 disampaikan oleh Prof Monggi Ferchichi  Ketua Pegawai Eksekutif Kam Technology Ltd dihadapan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri,ADUN dari kawasan yang terlibat dengan masalah akibat perlombongan bauksit di Kuantan termasuk ADUN pembangkang serta wakil media.


Antara lain kebaikan Adherex 120 ialah ianya tidak merbahaya dan mudah terurai apabila ianya memamsuki tanah tasik ataupun laut selain tiada kesan toksid yang merbahayakan haiwan aquatik sekiranya memasuki ke laut.

Prof Monggi juga menolak kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan penggunaan bauksit sebagai bahan utama pembuatan alumunium mengandungi arsenik ataupun merkuri dan menyatakan tiada penemuan saintifik bahan merbahaya tersebut.

MB Pahang berkata "terdapat dua perkara penting yang sentiasa menjadi pertimbangan Kerajaan Negeri Pahang iaitu kepentingan manusia dan kepentingan ekonomi.Kita perlu berlaku adil kepada semua pihak melibatkan mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan bauksit tetapi dalam masa yang sama mereka juga perlu kepada SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri jika mahu meneruskan aktiviti perlombongan bauksit."

"Penggunaan Adherex 120 jika diluluskan nanti bukanlah penyelesaian secara holistik kepada masalah yang timbul akibat aktiviti perlombongan seperti debu yang mengakibatkan pencemaran,tetapi ianya salah satu kaedah selain langkah-langkah lain yang akan diambil dengan mengambil kira kepentingan semua pihak." ujar Menteri Besar pahang ketika seisi taklimat tersebut.

"Sebarang keputusan akan dibuat selepas mesyuarat Exco yang akan datang samada akan menggunakan Adherex 120 atau sebaliknya.Namun kita berharap rakyat sedar yang seisi taklimat khas ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang serius menangani isu bauksit selain mahu memastikan aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan baik tanpa menjejaskan kehidupan masyarakat khususnya di Kuantan"






Wednesday, 27 May 2015

PELOMBONG BAUKSIT DIKENAKAN TINDAKAN KERAS JIKA MASIH GAGAL PATUHI PERATURAN


Kerajaan Negeri Pahang memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti perlombongan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan dan kepentingan masyarakat akan tetap diutamakan.Ini berikutan pelbagai aduan  dan rungutan masyarakat sekitar Kuantan yang merasa kehidupan mereka terjejas akibat pencemaran daripada aktiviti perlombongan bauksit.

Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa pertemuan dengan mereka yang terlibat dalam aktiviti perlombongan dan Jabatan yang berkaitan bagi menyelesaikan masalah tersebut.Antara lain tujuan pertemuan tersebut adalah untuk memberikan penerangan tentang syarat-syarat yang perlu di patuhi pelombong.

Isu utama yang menjadi rungutan masyarakat ialah pencemaran jalan-jalan yang dilalui oleh lori yang mengangkut bauksit serta pencemaran air sungai yang menuju ke laut akibat kerja2 pembersihan lori di Pelabuhan Kuantan.

Beberapa kawasan perlombongan haram telah dikenal pasti antaranya

1- Bukit Goh Kuantan - tanah milik persendirian
2- Bukit Goh dan Bukit Sagu Kuantan
3- Belakang Taman Dato Abd Rasyid Kuantan
4- Belakang Taman Damansara Kuantan
5- Belakang ASPA Cotege Kuantan

Manakala kawasan yang diberikan lesen meliputi

1- Kota SAS Kuantan
2- Bukit Goh berdekatan sekolah
3- Tepi Jalan Sg Lembing

Bagi memastikan mereka yang terlibat dengan aktiviti perlombongan bauksit mematuhi peraturan Kerajaan Negeri Pahang telah meletakkan 5 tempat sekatan atau checkpoint.Antara agensi penguatkuasa yang terlibat membuat pemeriksaan ialah Pejabat Tanah dan Galian (PTG),PDRM,SPAD,JPJ,MPK dan RELA.

Kesalahan kesalahan yang dikenalpasti dari pemeriksaan dibuat :-
  1. Tiada permit dimana tindakan sita kenderaan dibawah kuasa      PTG dilaksanakan
  2. Guna permit tipu seperti salinan photostat yang dikeluarkan oleh   PTG
  3. Guna Permit orang lain
  4. Salahguna MOL iaitu digunakan untuk mengesport sedangkan   sepatutnya untuk tujuan simpanan sahaja.Lesen 4B dan 4C yang sepetutnya hanya digunakan untuk menambun tanah juga  disalahgunakan untuk tujuan mengangkut untuk dieksport


Tindakan segera yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi mengatasi masalah ini :-

  1. Mengetatkan syarat MOL yang dikeluarkan dan memastikan mereka mematuhi syarat MOL hanya untuk menyimpan dan bukan untuk dieksport
  2. Penguatkuasa akan pergi terus ke tapak perlombongan haram dan tindakan menyita jentera yang terlibat serta tidakan kompaun akan dikenakan kepada pelombong haram
  3. Operasi pemeriksaan di setiap sekatan akan diteruskan tetapi dikurangkan kepada 3 checkpoit dari 5  checkpoint yang sedia ada sahaja bagi mengatasi kekurangan kakitangan penguatkuasa.
  4. Waktu pertukaran shift akan diselaraskan supaya sewaktu pertukaran syift kakitangan penguakkuasan lori didapati menggunakan kesempatan ini.
  5. Pintu A di Pelabuhan Kuantan tidak lagi dibenarkan dilalui oleh lori lori yang mengangkut bauksit sebaliknya hanya boleh menggunakan Pintu B Pelabuhan Kuantan supaya pemantauan lebih efisyen dapat dilakukan.
  6. Mengkaji cadangan mengenakan deposit kepada pelombong bagi memastikan syarat syarat yang dikenakan.

Bermula dari 2hb April sehingga 23hb Mei 2015 hasil dari pemantauan,sekatan dan penguatkuasaan yang dijalankan :-

  1. Sejumlah 43,278 buah lori telah diperiksa.
  2. Sejumlah   1,394 buah lori telah disita atas pelbagai kesalahan.
  3. Sejumlah RM 601,000.00 jumlah kompaun telah dibayar dari sejumlah RM 2.1 juta kompaun yang dikenakan.Daripada jumlah tersebut JPJ mengenakan kompaun sejumlah RM 180,00,RM 3,000 kompaun dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan manakala RM 105,600.00 pula kompaun dikenakan oleh PDRM.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...