ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Felda Ulu Jempol
Showing posts with label Felda Ulu Jempol. Show all posts
Showing posts with label Felda Ulu Jempol. Show all posts

Sunday, 4 October 2015

MANAFAATKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TAMBAH PENDAPATAN


MARAN - 3/10/2015 - Masyarakat luar bandar seharusnya memafaatkan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan kerajaan bagi menambah pendapatan.Mereka seharusnya merebut peluang dalam era globalisasi ,kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan menggunakan pelbagai kemudahan seperti pembinaan Pusat Internet 1Malaysia terutama di luar bandar bagi membantu mengurangkan jurang digital dengan masyarakat di bandar.

"Kenaikan kos sara hidup sekarang boleh dikurangkan dengan menceburkan diri dalam bidang keushawanan online yang semakin popular sekarang.Kerajaan melalui SKMM menyediakan prasarana bagi tujuan itu dengan membina Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dan turut memberi latihan keusahawanan online kepada bakal-bakal usahawan dan usahawan yang sedia ada selain memberikan tunjuk ajar dalam bidang ICT melalui tenaga pengajar mahir yang terlatih."ujar YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika merasmikan Pusat Internet i Malaysia Felda Ulu Jempol hari ini.

Di Pahang sebanyak 74 buah Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) telah beroperasi manakala dan daripada jumlah itu 74 daripadanya berada di Maran daripada 535 buah yang beroperasi setakat ini diseluruh Malaysia.PI1M ini diselaraskan sebagai Projek Kampung Tanpa Wayar yang telah dipilih bagi membolehkan kawasan tersebut memperolehi capaian internet tanpa wayar dengan turut menyediakan 5 kawasan hotspot di setiap kampung yang mempunyai PI1M.Setakat ini sebanyak 5,687 buah kampung telah dipilih sebagai Projek Kg Tanpa Wayar di seluruh Malaysia.

Pelbagai acara diadakan pada Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia Felda Ulu Jempol antaranya slot usahawan bersama Tekun Nasional,pertandingan kuiz online,menaip pantas,kuiz online,teka silangkata klik dengan bijak,pertandingan mengayam ketupat,pertandingan mengupas epal sukaneka selain pameran pelbagai agensi.



Saturday, 18 October 2014

Cerita Terpilu Kejohanan Balapan & Padang SK Ulu Jempol


Setiap hujung tahun seperti kelaziman sukan menjadi menu wajib untuk dihidangkan di sekolah.Akhir-akhir ini kakak kerap pulang petang kerana bersukan dan bila sampai di muka pintu rumah,raut wajahnya ceria seakan menyembunyikan keletihan.Kakak tahu dia tidak boleh menunjukkan rasa letih jika tidak gegendang telinganya bisa tersumbat  mendengar leteran mama dan papa.

Semalam... 

Kakak ceria..pengkhabaran gembira buat papa dan mama membawa pulang dua pingat emas.Esok kak akan akan berlari lagi dalam beberapa acara.Kakak memang berbakat..tapi bakat sahaja tidak cukup jika tiada sokongan papa dan mama.Kakak minta papa dan mama datang ke sekolah meyaksikan betapa kakak mampu mengalahkan siapa sahaja di padang.Kakak pinta papa dan mama menghiasi rumah sukannya agar kelihatan ceria dengan belon-belon kuning dan replika bunga matahari menjadi inspirasi kepada kejayaan kakak menakluk balapan nanti.



Papa tak kekok dan jemu membina menara buloh di hadapan rumah sukan..kakak boleh saja naik di menara buloh papa dan jeritkan sekuat hati biar seantero dunia tahu siapa kakak penakluk balapan.Mama menghiasi jalur kuning di setiap inci rumah sukan kebanggaan kakak.Belon kuning di muka pintu yang mama hias pasti menyambut kepulangan kakak setiap kali pulang berlari di balapan 

Hari ini...

Saat dinantikan sudah tiba..kakak perlu berlari selaju mungkin,sorakan papa,mama dan rakan-rakan seakan menolak akan jauh meninggalkan pesaing yang lain.Setiap langkah larian kakak adalah harapan..harapan bergelar juara.Setiap kalungan emas di leher kakak bukanlah impian.Kakak sepertinya berada di gunung yang tinggi yang tak tergapai lagi bila membawa pulang 5 emas.Kakak boleh saja berdiri di menara buloh rumah sukan yang papa dirikan dan jeritkan sekuat hati..akulah juara.







Sayang seribu kali sayang..kakak berada di puncak tapi tiada siapa yang nampak..nama kakak tidak diumumkan sebagai Olahragawati Harapan.Kakak sugul..kakak kecewa..kakak berduka..kakak perlu menjawab persoalan, mengapakah yang memenangi dua pingat emas dinobatkan sebagai Olahragawati Harapan..?,mengapa tidak kakak yang memenangi 5 emas..?.Kakak gagal menjawab soalan matematik ini walaupun kakak juga pelajar cemerlang mendapat nombor satu setiap kali peperiksaan dari penggal pertama sehingga penggal ketiga.

Esok...

Papa dan mama ada jawapan untuk kakak.Anggaplah ini adalah acara sukan terakhir buat kakak.Tahun hadapan kakak tak perlu berdukalara lagi.Lupakanlah balapan dan sukan kegemaran kakak kalau itu semua hanya bisa menambah luka dihati.Perlu apakah berpanas terik di bawah pancaran mentari,mengerah kudrat sedaya mungkin jika hanya sekadar menjadi bahan hiburan dan bukan penghargaan dan pengiktirafan.Kakak tak layak mengenal erti kecewa..kakak tetap juara di hati papa dan mama biarpun tidak bagi orang lain.

Wednesday, 20 August 2014

SKETSA HARI RAYA SONGKOK TINGGI THE MOVIE


Aku masih dalam mood raya selagi bulan Syawal belum habis,artikel raya walaupun boleh basi macam rendang tapi kalau dipanaskan boleh jadi serunding.Sedap juga dimakan.Selain untuk mengelakkan blog aku ni dinyahkan dari blogspot yang begitu bermurah hati membenarkan aku berada didalam dunia bloggger dengan percuma.Hampir setahun tak menulis..kisah akhir aku di Gua Mulu..selama itu juga selepas selesai pertapaan aku di Gua Mulu aku muncul lagi..cam bagus je ayat.

Ok..entry Sketsa Hari Raya Songkok Tinggi The Movie bermula di pagi Raya.Selepas solat Aidilfitri,bermaafan bersama keluarga tak lengkap rasaanya jika tidak mengunjungi jiran tetangga.Aku ni bukanlah anti sosial tapi bilamana tahun ni Cik Puan Isteri mengajak aku bertandang kerumah jiran tetangga aku menggangguk juga walaupun keberatan kerana kelazimannya sejak berumahtangga ni aku lebih suka menternak lemak dengan melakukan aksi tidur kucing diatas sofa.Dengan muka kelat2 masin,aku lima beranak pun mengunjungi salah sebuah rumah jiran tetangga.

Kedatangan kami disambut oleh tuan rumah dengan lapang dada.Mungkin sebab agaknya kami sekeluarga jarang kelihatan.Suasana agak hinggar binggar kerana rupanya bukan kami sekeluarga sahaja yang datang berkungjung tetapi ada dua tiga kelamin yang sarat dengan tentera masing-masing yang aku anggarkan keseluruhannya jika dihitung dengan jari kaki dan tangan taak cukup.Kebanyakan mereka yang hadir adalah anak menantu yang balik kerumah keluarga masing-masing.Sudah tentunya banyak kisah yang dibualkan tetapi aku lebih senang berbual dengan tuan rumah berbanding tetamu yang yang lain.

Tiba-tiba salah seorang tetamu tuan rumah yang juga menantu jiranku menegur dan mengajak aku berbual tetapi niat ku untuk berbual seperti dimandulkan bila sahaja terpacul ayat sebegini.

"Cantik Songkok..Songkok Tinggi..dia ni Geng Songkok Tinggi atau GST"dia ketawa sinis sambil matanya melirik kearah tetamu yang lain.Aku tersentap..niat diawal tadi ingin melahap tapai yang disediakan terkubur begitu sahaja.Inilah antara sebab aku keberatan nak berkunjung ke rumah jiran tetangga,niat dihati kita ingin bermesra tetapi disambut dengan gurauan yang aku kira tak wajar dilafazkan dipagi mulia.Aku bukannya budak kecil yang mudah dipermainkan sedemikian rupa tetapi bagi mengelakkaan suasana tidak harmoni,aku membisu tanpa kerelaan hati.


Aku melihat dia semakin kecil dan kecil..jadi sebelum aku menjadi hulk dan bertukar menjadi hijau aku meminta izin dari tuan rumah untuk pulang.Dalam perjalanan kurasakan beratus batu sedangkan rumah kami hanya beberapa langkah kerana asyik melayan perasaan dan terkenangkan apa yang diperkatakan tadi.Bersongkok tinggi tidak salah tetapi jika ia dikaitkan dengan politik itu yg menjadi masalah.Suka hati akulah nak pakai berapa tinggi songkok aku kerana ia takakan menjadi kudis buta pun buat oarang lain.memang aku bekerja dengan orang politik dan seharusnya imej dan pendirian aku mesti selari.Aku tau mereka tidak sukakkan GST dan berbeza pendapat dengan aku tetapi wajarkah bagi mereka yang dikatakan kununnya lebih Islamik dengan berketayap ala-ala sopan la sangat tu tak boleh nak jaga mulut.Itulah kekurangan paling ketara yang aku dapat rasakan bilamana mereka jenis manusia yang berpolitik tak kira masa waimma hari raya masih ingin menyakiti hati orang lain tetapi yang peliknya fahaman politik mereka tetap menjadi ikutan.

P/S:Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin





Sunday, 8 July 2012

Lemang Muncul Lagi


Pejam celik pejam celik Ramadhan makin makin hampir,bulan yang paling ditunggu oleh semua masyarakat Islam.Berbagai cara diamalkan oleh masyarakat sebagai memanjatkan kesyukuran kepada Allah,semoga dipanjangkan usia bagi menyambut Ramadhan.Aku tertarik menulis tentang bagaimana Ramadhan itu begitu dekat dihati bila terdapat juga amalan yang dilakukan oleh masyarakat setempat dengan menyediakan lemang walaupun sebenarnya Hari Raya Aidilfitri masih jauh lagi tetapi bahang sudah terasa seperti panasnya bahang ketika membakar lemang.


Proses membuat lemang tidaklah mudah tetapi  tetapi yg penting sentuhan otai-otai penting bagi memastikan lemang tu sedap di makan..kata orang macam Roti Gardinier,,Enak DiMakan Begitu Saja.Bermula dari proses memcari bahan asas seperti buluh yang dipilih.Bukan sebarangan buluh.,buluh lemang yang tumbuh meliar dihutan pun perlu dipilih sesuai dengan ketebalannya,daun pisang,pulut dan santan.


Setelah semua lemang dan daun pisang dibersihkan,pulut yang akan dimasukkan kedalam buluh yang terlebih dahulu dimasukkan daun pisang sehingga hampir penuh .


 Masa  inilah antara masa yang amat menyeronokkan,oleh kerana masa untuk memasak lemang ini agak panjang diantara 5 sehingga 6 jam bergantung kepada kemahiran mengawal api.Bagi mendapatkan lemang yang memenuhi piawaian antarabangsa dan ISO 1900,lemang harus dibakar menggunakan bara sahaja.Terdapat juga lemang yang dipasaran menggunakan kaedah yang salah seperti penjual lemang di sepanjang highway Karak- KL yang kebiasaannya memasak pulu dan kemudiannya dimasukkan ke dalam buluh namun taktik ini selalunya akan berjaya dikesan oleh penggemar tegar lemang yang dapat membezakan ketulenan lemang.


Proses membakar yang bermula pukul 3.00 petang itu akhirnya berakhir sehingga jam 8.00 malam..hahaha..lama tu..cuma makan je yang sekejap..Kalau kulit yang sensitiv tu tak payahlah nak mencuba kerana muka anda akan sedikit rentung..silap haribulan janggut pun tak tumbuh kerana kepanasan.

Saat membelah lemang yang sudah siap dibakar


Akhirnya hidangan lemang beserta rendang ayam dan daging siap,yang belum tentu dapat dilakukan oleh Masterchef apatah lagi Masterchef Celebriti dan aku rasa Azwan Ali pasti menangis berguling-guling jika menikmati lemang yang disediakan oleh rakan-rakan aku ni MBFM belia Ulu Jempol.Sedapnya mengalahkan KFC..sehingga menjilat siku..apa kata kita roll on you tube ni..YB Shahaniza ADUN Kuala Sentul tidak ketinggalan turut serta dalam program Bakar Lemang Sempena Menyambut Ramadhan Anjuran MBFM Felda Ulu Jempol.

P/S :Terima Kasih buat Dato'Shahaniza Shamsuddin ADUN Kuala Sentul ,Saudara Juhari Che Lah AJK Pemuda UMNO Bahagian Maran,Saudara Amir Ismail Pengerusi MBFM Felda Ulu Jempol ,Belia dan Beliawanis yang hadir bagi menjayakan Program Bakar Lemang Sempena Menyambut Ramadhan Anjuran MBFM Felda Ulu Jempol.

Tuesday, 8 May 2012

Peneroka FELDA Dapat Durian Runtuh Berjumlah RM 1.6 Billion


Hari ini adalah hari yang penuh bermakna kepada lebih113,00 orang peneroka FELDA di seluruh negara apabila Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak mengumumkan durian runtuh bernilai RM 1.6 billion kepada warga  peneroka.Pengumuman tersebut dilakukan di FELDA Jengka 8 Jerantut Pahang dengan melibatkan beberapa fasa.Desas desus durian runtuh mula diperkatakan sejak akhir-akhir ini menjadi kenyataan dan bukan janji kosong kerajaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan peneroka apabila kerajaan mengumumkan untun menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh lebih 30,000 orang peneroka yang menantikan ketibaan Perdana Menteri.



Berikutan dengan pengumuman tersebut pembahagian durian runtuh itu terbahagi kepada 3 fasa iaitu :

FASA PERTAMA 

Setiap ketua peneroka FELDA akan mendapat RM 5,000.00

FASA KEDUA

Setiap isteri peneroka akan mendapat RM 5,000.00

FASA KETIGA

Generasi Kedua FELDA akan mendapat RM 5,000.00

Pemberian durian runtuh tidak berakhir di situ sahaja kerana PM juga mengumumkan akan membertikan dividen dari Tabung Amanah yang akan ditubuhkan sebanyak 20% dari keuntungan selepas ditolak cukai.Sekiranya jumlah keuntungan FGVH mencecahRM 1.6 billion,setiap warga peneroka bakal menerima lebih kurang RM RM 1,000.00 setiap peneroka dan jika keuntungan itu bertambah maka jumlah dividen yang bakal diterima juga bertambah.Tidak cukup dengan itu juga PM juga mengumumkan akan memberikan "pinkform' kepada peneroka sebagai saguhati dan menasihati peneroka tidak menjualnya sebagai tabungan dimasa hadapan.
Semua durian runtuh ini tidak menjejaskan pemberian FELDA kepada peneroka sebelum ini seperti bonus hari raya,bonus produktiviti,saham KPF,pinjaman perumahan dan pelbagai insentif yang dinikmati selama ini. 
Tidak dilupakan juga kakitangan FELDA disemua peringkat,semua petugas FELDA yang banyak membantu FELDA sehingga mencapai kejayaan kini dengan pemberian bonus dua bulan setengah gaji...ALHAMDULILLAH

P/S :bersyukurlah dengan apa yang dinikmati..jangan mudah terpedaya dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang hanya ingin mencapai tujuan politik mereka.

Tuesday, 20 March 2012

Gempar Hantu Di Pintu Gerbang Felda Bulu Sejempol


Percaya atau tidak..benar atau tidak..ada aku kisah korang nak percaya ke atau tidak tetapi harus diingat..aku nak bagi amaran ni sekali sahaja.Kalau tak nak dengar suka hati koranglah sebab aku jamin kalau korang kena sampuk dengan Hantu Pintu Gerbang tu..sendiri mau ingat.Panggillah bomoh dari Kandahar pun takkan sembuh punyaHantu ni memang power dan ada kelas ,kelas F tak main la..walaupun tak sekolah tinggi namun dikalangan hantu-hantu yang bermastautin di Felda Bulu Sejempol dia memiliki banyak kuasa dan kesaktian.

Berbekalkan kuasa dan kesaktian ini dia menjadikan Pintu Gerbang Felda Hulu Sejempol sebagai lokasi dia menguji segala ilmu yang ada di dada.Hantu Pintu gerbang pandai bertukar wajah,kejap boleh jadi Pak Imam macam M.Rajoli,kejap boleh jadi orang jahat macam S.Kadarisman.Dan menurut orang-orang tua  setempat,Hantu Pintu Gerbang telah menanam Tangkal Penunduk di waktu malam Jumaat Kliwon ditepi tiang Pintu Gerbang yang dibuat hasil dari ramuan Bomoh Yahya Badak Berendam  antaranya
bangkai Anjing Hitam yang mati depan kedai pomen Motor Alex Yoong di langgar oleh Mat rempit dan ikan mata 1 dari Kolam Puaka Mat Buah Melaka Bandaraya Bersejarah

Barangsiapa yang melalui Pintu Gerbang Felda Bulu Sejempol nescaya akan...
  1. Segala kepandaian dan kebijaksanaan yang dimiliki menjadi kebodohan dan ketololan
  2. Yang petah bercakap akan terkunci mulut ,bibir tidak akan dapat mengucapkan kata-kata dan melekat seperti disapu gam gajah
  3. Kepala akan sentiasa mengangguk-angguk,tidak boleh menggeleng-gelengkan kepala.
  4. Lidah akan menjadi panjang dan sentiasa mahu mahu menjilat-jilat

Memandangkan cerita tersebut telah dibongkar Wayang Tinggi Rendah Produksi bercadang menerbitkan filem kelakar seram berjudul"Puaka Hantu Pintu Gerbang" dan dijangka pecah panggung.Filem penuh dengan aksi seram kelakar dan diwarnai dengan aksi hantu berterbangan di sana sini dan magis mengalahkan Harry Potter dan penyapu ajaib cuma bezanya digantikan dengan sabit kait buah kelapa sawit ajaib yang disumbangkan oleh Felda Technoplant .Bakal dibarisi pelakon terkenal Filem Melayu dan Hindi seperti:

Aaaron Aziz-watak Abadi Romeo -hero lah tu
Nealofa - Juliet Abadi -heroin
Sivaji -watak Kudin Kedah
Johan Maharaja Lawak  - watak Man Katak Puru
Zizan Raja Lawak -Watak Mat Melaka Bandaraya Bersejarah
Fizo Omar - Amir Bulu Sejempol -Ketua Belia

Pelakon tambahan memang ramai nak pakai..aku ingat mahu  5 atau enam ribu orang bagi memberikan impak kepada aksi mengejar hantu beramai-ramai berganti-ganti 4 x 100 dalam guni.Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftarkan diri sebagai pembaca dan pengikut http://zulcomz.blogspot.com.T-shirt bundle dan iphone public phone akan diberikan kepada mereka yang mendaftar awal.

P/S:Satira ini asalnya mahu dibukukan tetapi memberikan peluang kepada Novel "Shit "karya Shahnon Ahmad box office dan mungkin akan di pentaskan di Istana Budaya dibawah arahan Stephen Spielberg.Mesti pecah panggung dan pecah diperut cuma jangan pecah dimulut.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...