Siapakah gerangan yang merasakan mempunyai bulu ketiak yang menarik dan mengasyikkan boleh lah mencuba nasib.Di tengah kegilaan selfie ni anda boleh sahaja mempamerkan keistimewaan anda jika merasakan orang lain tidak akan muntah hijau melihat betapa seninya bulu ketiak anda.
Sebenarnya pertandingan ini bukanlah diadakan di Malaysia sebaliknya di China yang bermula pada 26 Mei lalu dan hanya berjaya menarik 40 peserta.
Namun demikian ia menjadi topik perbualan hangat dan perdebatan mengenai kecantikan wanita.Adakah bulu ketiak juga diklasifikasikan sebagai salah satu kecantikan wanita...! Konpius aku,..
Pertandingan yang dijalankan melalui laman Weibo itu menggunakan hashtag #WomenArmpitHairCompetition berjaya menarik 1.3 juta memberikan pandangan masing-masing.
Seorang aktivis hak asasi wanita Xiao Meili yang melancarkan peraduan itu menyarankan wanita harus membersihkan bulu ketiak dengan tidak membiarkan ianya tumbuh.
"Lelaki mempunyai lebih banyak kebebasan dari segi apa yang perlu dilakukan dengan tubuh mereka. Jadi kita tidak harus berfikir perempuan yang mempunyai bulu di ketiak adalah menjijikkan, tidak bersih atau tidak cukup feminin," tambah beliau.
Xiao mendakwa amalan mencukur bulu ketiak adalah satu konsep yang agak baru di China kerana baru sahaja dipopularkan sekitar 1990an.
Mungkin selepas ini akan ada pertandingan selfie bulu hidung pula..ada berani selfie dengan bulu hidung anda yang dah macam semak samun belakang rumah...huiish..!macam macam dunia sekarang...
No comments:
Post a Comment