Manusia bernama Lim Kit Siang memang mudah bermimpi di siang hari,mendesak supaya kerajaan memansuhkan Biro Tata Negara (BTN)yang dituduh sebagai agen menyalakan api perkauman, perpecahan, ketaksuban dan sikap tidak tolak ansur di kalangan rakyat Malaysia.
Sebenarnya beliau maklum semenjak 30 tahun lalu peranan yang dimainkan oleh BTN adalah antara penyebab usaha DAP melebarkan pengaruh khususnya dikalangan orang Melayu gagal.
DAP ingin menjadi juara sebagai parti yang kononnya tidak rasis dan memberikan peluang sama rata berdasarkan merit seperti yang dilakukan oleh parti saudara kandungnya PAP di Singapura.
Tetapi bilamana kerajaan BN mencadangkan supaya sekolah vernakular dihapuskan bagi merapatkan hubungan antara kaum,DAP bagaikan cacing kepanasan mempertahankan sekolah vervakular dengan berselindung disebalik NGO pendidikan kaum Cina seperti Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), iaitu Dong Jiao Zong (DJZ).
Fungsi BTN adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.
BTN bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan dasar-dasar kerajaan disampaikan dengan tepat dan jelas menerusi pelabagai program yang dianjurkan.
Namun pada masa yang sama agenda bumiputera perlu diselaraskan dengan memupuk kesedaran dikalangan pelajar,belia mahupun masayarakat keseluruhannya dan tidak terkecuali kepada pemimpin-pemimpin agar mereka memahami aspirasi kerajaan dan mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.
No comments:
Post a Comment