ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
MINYAK NAIK SEPOSEN DAN MUKA JADI SEPOSEN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday, 1 July 2015

MINYAK NAIK SEPOSEN DAN MUKA JADI SEPOSEN



Gamatnya dunia bani Melayu hari ini,saya tercari cari apakah punca,di kedai kopi banyak cawan pecah kerana pakcik-pakcik menghentak meja,dinding kedai retak seribu bila mereka menghentakkan kepada tanda protes kenaikan harga minyak ,amarah pakcik-pakcik tidak terbendung lagi.

Ooohhh...!rupanya minyak naik lagi dan ramai yang naik minyak.Saya melihat ke jalanraya,sunyi sepi umpama tanah perkuburan.Cuma sekali sekala kelihatan kereta lembu dan basikal menjadi pengangkutan terkini.Tiada lagi pencemaran kenderaan,anak anak bebas berlari lari kerana jalanraya sudah lengang,Ada juga yang sedang bermain gasing dan layang layang di atas jalanraya.

Terasa pula ingin ke pasar Ramadhan petang ini.Ingin menikmati juadah berbuka.Sesampainya di pasar Ramdan,saya pelik melihat juadah yang disediakan semuanya berbeza.Kueh popiah dan murtabak tidak lagi digoreng sebaliknya hanya dimasak stim 3 rasa.

Baru saya perasan rupanya minyak masak tiada subsidi lagi.Cuma rasa murtabak dan popiah steam 3 rasa seakan ada berbau kayu api kerana gas memasak juga tiada subsidi memaksa penjual kueh mencari kayu api sebagai bahan bakar.

Sesekali saya menutup hidung,bau hamis ketiak pengunjung pasar ramadhan mematikan selera saya untuk terus membeli juadah.Mungkin juga mereka ramai yang tidak mandi kerana air tiada lagi subsidi,mereka tidak lagi mampu untuk mandi..kasihan..

Sesampainya di rumah saya termenung sendirian dan membayangkan kemungkinan kemungkinan akibat kenaikan seposen harga minyak,memikirkan nasib bani Melayu,mereka benar benar susah sekarang,mungkin kerajaan terpaksa menggalakkan import unta dari padang pasir menggantikan kereta yang tersadai kerana tidak mampu lagi membeli minyak.

Anak-anak yang mendapat biasiswa dan yang mendapat makan bersubsidi di asrama terpaksa pulang ke  rumah kerana kerajaan sudah tidak mampu.Mereka semua tidak boleh lagi bersekolah kerana tiada lagi bantuan RM 100 persekolahan,RM 250 baucer buku pelajar universiti.Yang pastinya mereka bakal menggantikan pekerja bangladesh bekerja di ladang ladang sawit dan petrol pam kerana mereka tiada pendidikan.

Hospital juga kini sunyi sepi,tiada lagi suara ibu ibu yang meraung kesakitan ketika melahirkan anak sebaliknya industri membuat ragi berkembang dengan pesat menggantikan pil perancang keluarga.Tiada lagi subsidi di hospital kerajaan,kerjaya mak bidan dan tok bomoh semakin mendapat tempat di hati penduduk kerana kerjaya baru itu membawa pulangan yang lumayan.

Disamping itu perkhidmatan Tok Bomoh yang boleh memberikan khidmat pengangkutan baru tikar terbang semakin popular menggantikan kereta dan motor yang tersadai dibawah rumah kerana minyak yang naik harga.

Lamunan aku terhenti...sayup sayup kedengaran suara azan menandakan waktu berbuka puasa.Berbuka dengan air jerneh sahaja kerana gula tidak mampu dibeli kerana tiada subsidi.Hanya senyuman manis menggantikan air yang tawar ketika berbuka.Aku menjamah popiah dan murtabak 3 rasa yang dimasak stim..eerhm.....!boleh tahan sedapnya seperti yang diberitahu penjual di pasar ramadhan tadi..

"bang...!kulit popiah dan kulit murtabak ini saya cipta sendiri adunannya.Tak guna tepung kerana tiada subsidi...saya guna kulit pokok getah yang mudah didapati di kebun saya.."

Kenyal kenyal rasanya bila mengunyah,sambil muka berkerut kerut ala-ala muka seposen seperti mana minyak yang naik seposen.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...