Aku ingatkan dah jadi mahasiswa kat universiti ni cerdik-cerdik,kalau manusia macam aku ni memang kurang cerdik tapi tak bodoh macam lembu yang berdemonstrasi kerana ingin kononnya supaya PTPTN dimansuhkan.Jadi diatas ketidakcerdikan ni aku dengan bangganya dan kembang hidungnya nak menggelarkan diri mereka MAHASEWEL.Saman lah blog aku ni,aku sikit tak heran sebab mereka ni aku nak ludah depan muka kalau aku jumpa khasnya budak sewel Adam Adli ni kalau aku jumpa.Aku kira tak perlulah aku menggunakan bahasa yang berhemah kerana mereka MAHASEWEL ini ingin menjadi ahli politik dan bukannya nak belajar sangat.
PTPTN(Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)
Namanya PPTN,kalau MASEWEL tak tahu nak baca dan eja aku nak suruh anak aku yang darjah tiga tolong ajar,kenapa lah samdul sangat sampai tak boleh bezakan antara pinjaman dan biasiswa.Langsung tak ade sifat bersyukur dan terima kasih di atas segala kemudahan yang disediakan kerajaan dalam membantu anak bangsa mendapat pendidikan yang sempurna.MAHASEWEL ini sebenarnya tidak tahu bagaimana susahnya ibubapa mereka mencari nafkah membanting tulang siang dan malam bagi memastikan mereka sampai keuniversiti dan kemurahan hati kerajaan menyediakan pinjaman dibalas dengan sikap biadap dan kurang ajar.Apa yang meyedihkan rata-rata yang menghadiri demonstrasi adalah berbangsa Melayu yang telah diperalatkan oleh parti pembangkang.
Bila kita kata mahasiswa masih kurang matang dan tidak boleh berpolitik seperti yang terkandung dalam AUKU,inilah sebabnya kerana mereka masih mentah dalam memahami isu dan kehidupan.Sesuatu isu bukan sekadar diterjemahkan dalam bahan bacaan seperti buku tetapi harus digarap bersama pengalaman kehidupan supaya pertimbangan rasional dan hasil yang baik dapat dihasilkan.Pinjaman disediakan kepada pelajar yang mahukan pinjaman,tiada paksaan dan kalau tak suka boleh guna duit mak bapak kalau mampu tetapi aku yakin 110%kebanyakan mereka tidak mampu meneruskan pengajian tanpa pinjaman.
Kehidupan dikampus dikatakan banyak dipengaruhi dengan persatuan yang dikatakan Islamik.Terbiasa dengan Islamik tetapi hutang tak nak bayar..mana punya kitab bagi tunjuk kat aku walaupun aku tak pakai kopiah putih dan janggut berjela.Dalam Islam pun hutang harus dibayar dan seperti juga pinjaman konvensional yang lain peminjam dikehendaki membayar hutang jika tidak mahu disenaraihitam oleh pihak bank.
Jika semuanya nak percuma payah nak buat,takkan semua hasil negara nak dikorbankan kepada pendidikan sahaja,apakah hanya mahasiswa sahaja yang berhak merasai nikmat kemakmuran ekonomi Malaysia dan bagaimana pula untuk rakyat Malaysia yang lain yang tidak bergelar mahasiswa.Sikit-sikit PETRONAS..sikit-sikit PETRONAS..aku ingat bagilah PETRONAS kat Persatuan Mahasiswa kat kampus yang urus kalau pandai sangat.Aku ingat tak sampai 3 bulan..tinggal taik minyak dengan kelendar PETRONAS je yang tinggal.Tumpukan kepada pelajaran dahulu,habis belajar,jangan lupa bayar balik pinjaman supaya orang lain atau mungkin adik-adik kita akan dapat kemudahan yang serupa untuk bangsa kita.Ini baru kerja setahun dua dah keluar kereta besar,hutang tak nak bayar..inilah penyakit anak muda melayu.
Nak ikut kepala Tian Chua dan Nurul Izah..pikir sikit pakai otak..Tian Chua tu bangsa dia kaya raya..tak perlukan pinjaman boleh belajar sampai Australia,dia nak politikkan isu ini kononnya dialah wira..lepas ni kalau ada pelajar yang dikenakan tindakan oleh pihak universiti dan dibuang universiti,dia nak sara tak kehidupan keluarga mahasiswa tersebut.Taik kucing lah.Nurul Izah tu bapak dia orang kaya memanglah tak perlukan pinjaman,anak Dato' lah katakan.
P/S:Kalau MAHASEWEL nak jadi ahli politik sangat,demo lah tiap-tiap hari,baring atas jalan tu..kereta lalu jangan lari..baring je..mati berdemo untuk Tian Chua dan Nurul Izah.Sebab dalam kubur nanti ada universiti percuma tak payah nak bayar sebab dalam dunia ni banyak yang nak kene bayar dik oooooooooiiiii....!Jika mahasiswa sertai demonstrasi mereka sebenarnya membogelkan diri sendiri kerana mereka memang jenis manusia tak tahu malu dan tak mengenang budi.
CUBA TENGOK VIDEO NI..APA PAKCIK DAN MAKCIK TU KATA
Ingatkan betul-betul bogel tadi. Terkejut jap. Amerika sangat kalau demo bogel-bogel.. hehe
ReplyDeleteTerbaru >Artikel Sempena Demonstrasi Mansuhkan PTPTN : Percuma Ke Pendidikan Percuma Mereka? >Facebook Comment di phreak-id.com >Movie Review - Battleship
Hutang tetap hutang. Perlu dibayar. Soal riba itu boleh diselesaikan mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. Ilmu muamalat penting untuk menyelesaikan isu PTPTN ini. Sebagai contoh, istilah refinancing atau cleansing boleh digunakan. Bukan cara berdemo untuk lupuskan hutang. Bacalah artikel2 ustaz Zaharuddin. Pasti ketemui caranya. SELESAIKAN MASALAH MENGIKUT CARA YANG ISLAM ANJURKAN.
ReplyDeleteSedangkan pembunuh, pencuri dan penzina pun boleh bertaubat. Tidak perlu la kita saling memaki, cth:
Tau dosa apesal membunuh?
Tau dosa apesal melacur?
Tau dosa apesal berzina?
Tau RIBA dosas apesal ambik PTPTN?
Ape penyelesaian sebenar: TAUBAT!
Dalam isu PTPTN, yg berhutang itu perlu membuat refinancing dengan meminjam dari bank Islam untuk sekaligus melupuskan hutang PTPTN.
Menurut ustaz Azhar Idrus, bayar semua pun boleh hutang, dengan syarat jangan redha dengan RIBA itu.
Ada alternatif untuk selesaikan masalah. Demo tak dpt selesaikan masalah tetapi ilmu MUAMALAT yang penting dalam selesaikan MASALAH SEBENAR.
Wallahualam...
Pandangan dari seorang peminjam PTPTN yang masih berusaha melunaskan hutang dengan cara paling diredhai ALLAH.