Bagi memenuhi selera aku dan selera anda semua,aku nak minta berbanyak ampun dan maaf walaupun hari raya lambat lagi tapi bukan bermakna tak boleh nak minta maaf.Sebenarnya zulcomz.blogspot sedang menjalani proses menaik taraf untuk kepuasan hati pengunjung yang singgah bertandang.Seandainya kita melalui jalanraya di sekitar Malaysia pastinya bukan asing bagi kita terjumpa perkataan :Harap Maaf..kerja-keja sedang dijalankan,sebarang kesulitan amat-amat dihargai.Lebih kurang begitulah apa yang sedang aku lakukan,mencari sesuatu kelainan tetapi memilih dengan gaya dan citarasa terkini.Untuk mencari kesempurnaan total adalah mustahil namun aku sedang sedaya upaya menggodek di sana sini supaya memuaskan hati semua pihak.
Aku baru sahaja menukar template dan aku harap penampilan baru ini lebih nampak segak bergaya,lemak berkrim disukai ramai.Namun seperti tikus sedang membaiki labu tentunya aku berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal disini sana serta memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah berkaitan.
Harap Maklum
Kesulitan Amat Di Kesali
P/S:Aku baru sahaja berjaya menghantukkan kepala aku ke dinding jiran sebelah bagi melegakan sakit kepala memikirkan masalah template ini yang cukup membuatkan aku
bercakap sorang-sorang.
No comments:
Post a Comment