Bila terdengar orang berkata sedemikian aku memikirkan berkali-kali kebenarannya secara simbolik dan realitinya.Orang Melayu memang selalu sinis dalam menterjemahkan perlakuan manusia.Apakah tiada binatang lain untuk dijadikan contoh sebagai mangsa kekejaman lelaki atau adakah lelaki digambarkan sebagai seorang yang suka menganiaya binatang.Suka memijak semut yang kecil.Diandaikan lelaki pijak semut pun tak mati ianya bermakna betapa lelaki memandang semut dengan penuh kasih sayang..semut bukanlah lawan lelaki.
Lelaki yang berpura-pura..?
Berpura-pura kerana apa...ohhh..kalau depan isteri si suami cukup cover line..takut tembelang pecah,bukan ape sebenarnya lelaki ni dia bukan cam perempuan yang memang suka dengan sikap menunjuk-nunjuk.Memang dia tahu dia handsome dan mempunyai kebolehan dalam hal menawan hati perempuan lain selain dari isterinya tapi mungkin juga dah menjadi amanah tok guru yang ilmu tu kalau menunjuk-nunjuk di depan orang,lama-lama tak menjadi.
Lelaki itu Seorang Yang Pemurah
Bila si suami dikaitkan dengan kecurangan,jari telunjuk tanpa segan silu dan rasa bersalah di halakan kepada sikap lelaki yang miang,gatal,hidung belang dan yang perkataan yg sewaktu dengannya.Lelaki itu pemurah sebenarnya..sanggup menyediakan ruang-ruang,parking lot malah kondominium di dalam hatinya jika ada wanita2 yang memerlukan tempat untuk berteduh dan menumpang kasih .Dasar pintu dan tingkap hati yang sentiasa terbuka untuk wanita ini menjadikan hati lelaki ni akan sentiasa segar kerana dikunjungi ramai wanita yg ingin berkebun dan bercucuk tanam.Kehijauan di taman hati menjadikan lelaki lebih ceria tanpa perlu menonton Upin & Ipin untuk membuatkannya tidur dalam senyuman.Dan itu semua adalah penawar bagi segala penyakit.
P/S :Kalau isteri melihat si suami tidur sambil tersenyum itu tandanya ,suaminya mungkin panjang umur..takde masalah la katakan..lalalalalalalalala.....
hehe.. biasa la lelaki camtu.. tp kekdg kita kena tgk jugak mgkin kita sdri yg silap menyebabkn diaorg tersasar jauh.. heheh
ReplyDelete