Semalam adalah hari yang paling sibuk bagi aku kerana terpaksa bergegas ke merata bandaraya utama di seluruh dunia bagi merakamkan gambar-gambar menarik sempena Earth Hour 2012 dalam usaha bagi memupuk kesedaran makhluk2 kat atas mukabumi tentang perubahan iklim dunia.Dua tiga kali isi minyak kapal terbang..sampai terpaksa guma minyak masak dan minyak dagu bagi menyaksikan fenomenan lampu dipadamkan.Begitulah aku..betapa seriusnyanya..korang tak tahulah camne..abis naik kapalterbang,naik bot..tukar pulak sampan dan bila penat mengayuh aku tumpang buaya untuk sampai ke destinasi bagi sama-sama menyahut cabaran kahwin sorang lagi...ehrrh..silap..menyahut cabaran Earth Hour 2o12 dan seperti dirakamkan gambat-gambar adalah seperti dibawah.Kalau korang tak heran dengan gambar-gambar bangunan tersebut paling kurang tengok lah puas-puas gambar tu sebab aku bawak korang melancung secara percuma...alah cam aku tak tahu korang bukannya pernah sampaipun...kih..kih..kih...!
Lampu di malapkan di kebanyakan bangunan pencakar langit di Sydney
Parliment Britain dilihat dari sudut River Thames
Eiffel Tower yang bergermelapan di waktu malam dan gelap seketika sempena Earth Hour 2012
Nasib baik lah kira cekap bawa kapalterbang..sikit lagi aku nak terlanggar Eiffel Tower tu,aku ingatkan pokok kelapa sawit..saje aku intai-intai dari kapalterbang kalau-kalau aku ternampak Lisa Suriani tengah memadu asmara dengan Yusri kat bawah Eiffel Tower tu....bukan jelous..cemburu je...huhuhuhu
P/S:Padamkan lampu elektrik yg berlebihan
Kurangkan cakap secara berlebihan
Kurangkan makan bagi menjaga perut yg berlebihan
wah bagosnye menara effeil pon sokong earth hour.
ReplyDelete