Beginilah nasib seorang warga emas,Masafumi Nagasaki 76 yang dikatakan tinggal di sebuah pulau di Sotobanari dan beliau memutuskan untuk mati sahaja di situ.Dengan tiada memakai apa-apa pakaian dan makan apa sahaja untuk hidup dia memilih untuk menghabiskan usia emasnya di sebuah pulau terpencil.Dengan keluasan lebih kurang satu kilometer,pulau itu lebih dekat dengan Taiwan berbanding Jepun namun jarang sekali dikunjungi para nelayan tempatan untuk memasang jaring ikan.
Pulau ini tiada bekalan air semulajadi dan sejak mendirikan rumah di situ,Nagasaki selalu dilanda ribut taufan serta gigitan serangga berbisa,namun kesukaran baginya tidak menghalang untuk terus berada di situ dengan kunjungan lawatan oleh ahli keluarga seminggu sekali membawa sekali beras dan wang saku $120.00.
"Saya tidak peduli apa yang masayarakt kata tentang saya tetapi saya amat menghormati alam semulajadi,Anda tidak boleh melawan alam semulajadi tetapi harus patuh kepada peraturannya.Itulah yang saya pelajari bila saya mula-mula datang ke sini dan dapat menjalani kehidupan di sini dengan baik."ujar Nagasaki.Beliau yang dahulunya bekerja dalam industri hiburan memilih untuk tinggal di pulau itu sendirian dan jauh dari tamadun dunia.Keazamannya untuk tinggal di situ telah beberapa kali di uji bila pulau tersebut dilanda taufan,hampir tiada tumbuhan yang tinggal dan hanya mampu berteduh dibawah sebuah khemah kecil.
"Saya hangus terbakar dibawah sinaran cahaya matahari",dan pada waktu itu saya memikirkan bahawa mustahil boleh hidup ditempat sebegini.Dia mula membaling kesemua pakaiannya pada tahun pertama beliau di sini kerana baginya pulau itu mula membuatkannya tidak merasa malu dengan apa yang dilakukannya.
"Berjalan dengan keadaan telanjang mungkin tidak sesuai dengan masyarakat biasa tetapi di pulau ini ianya seperti pakaian seragam.Jika anda memakai pakaian anda akan merasa terasing dari pulau ini.Mencari tempat untuk mati adalah perkara penting yang mesti dilakukan dan saya mengambil keputusan untuk mati di pulau ini ,mati disamping alam semulajadi dan bukannya dikelilingi keluarga atau dihospital"tambah beliau.
P/S :Kecewa pasal apa agaknya,mungkin ditinggalkan Lisa Suriani...huhuhu...kadangkala aku merasa takut nak menghadapai usia emas sebegini..ialah terbuang dan terpinggir
Satu yang aku tak faham. Wang saku 120.00 tu untuk apa? ada 7eleven ke kat pulau tu. hehehe
ReplyDeleteTerbaru >Artikel Sempena Demonstrasi Mansuhkan PTPTN : Percuma Ke Pendidikan Percuma Mereka? >Facebook Comment di phreak-id.com >Movie Review - Battleship
wowwww memang natural
ReplyDeletetakkan kecewa lisa dah kahwin smpi membawa diri ke pulau terpencil?ekekeke rilek ar haha
ReplyDelete