ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Jentik Menjentik Dalam Kehidupan | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Monday, 9 April 2012

Jentik Menjentik Dalam Kehidupan


Jentik dan jentik-jentik adalah sesuatu yang berbeza.Jari selalu dikaitkan dengan menjentik tetapi itu tidak bermakna jentik hanya difahami dengan cara sedemikian.Bagi yang biasa menggunakan metafora dalam perlambangan bahasa jentik itu boleh di sifatkan sebagai sesuatu yang subjectif dan terpulang kepada maksud bersesuaian dgn keadaan.Apa yang mudah difahami perbuatan menegur atau mengusik dari segi bahasa,penulisan dan perbuatan juga boleh juga dikatakan dengan jentik.Selalunya yang menjentik itu meminta supaya apa yang dimaksudkan itu mendapat perhatian atau sekadar meluahkan rasa hati.

Si Ayah Menjentik Anaknya.

Ini biasa terjadi dalam bentuk hukuman yg dianggap ringan di atas kesilapan anak.Cuping telinga selalunya menjadi sasaran paling mudah dan bukanlah sesuatu yang luar biasa cuping telinga anak boleh lebam jika selalu membuat kesilapan.Kalau dah tak dengar kata..menarik telinga anak kira sadis agaknya..nanti kalau telinga macam ET siapa nak jawab jadi adalah lebih baik dipraktikkan jejari ayah terpaksa menjentik telinga anaknya kerana kata-kata nasihat dan teguran umpama masuk telinga kiri..keluar telinga kanan.Jentik jangan tak jentik..

Suami Isteri Jentik Menjentik

Dalam menjalani kehidupan rumahtangga jarang perbuatan menjentik dilakukan oleh suamu isteri,tak tahulah pula kalau ada suami yang tergamak jentik telinga si isteri tetapi kalau suami atau isteri saling menggigit telinga tu aku pernah lah dengar..tetapi itu mungkin gigitan romantis.Kebiasaannya, menjentik perasaan isteri oleh suami adalah sebagai cara protes ,dari segi perbuatan mungkin dengan cara merajuk..buat-buat tak nak makan bila isteri mengajak makan bersama..buat-buat tidur bila si isteri merengek-rengek manja minta dibelai sewaktu dibilik tidur..dan begitu juga mungkin bagi pihak isteri yang muka muncung je..tak senyum langsung sepanjang hari gara-gara terbaca SMS berbaur cinta dalam Hand phone si suami dan segala macam tindakan protes dengan niat ingin menjentik hati pasangan masing-masing supaya menyedari kesilapan.Sindir menyindir juga mungkin berlaku seperti,

"saya tak suka makan madu walaupun baik untuk kesihatan"ujar isteri kepada si suami yang selalu pulang lewat ke rumah.
@
"Hantu Mak Limah dengan awak tu sekampung ke..saya tengok rambut awak sama je"ujar si suami bila melihat rambut isteri yang lebih kurang sama mengerbang.

Rakyat Menjentik Pemimpin

Ianya adalah gambaran ketidakpuasan dalam pelbagai tindakan dan melalui pelbagai cara..kata-kata,penulisan atau perbuatan.Rakyat terjentik hati untuk menjentik pemimpin  supaya denyut nadi mereka didengari kerana pemimpin biasanya hanya mendengar keluh kesah rakyat marhain hanya ketika semboyan pilihanraya kedengaran.Menulis dengan cara aneka cara melalui media baru atau lama mengharapkan dapat menjentik telinga dan hati pemimpin.Dan kalau itu tidak dapat menjentik hati mereka,peti undi adalah cara menjentik yang paling mustajab.


P/S:Kredit untuk PPU Maran di atas gambar di atas.Aku terpanggil buat entry ini bila melihat Pertandingan Carrom Jelajah Santai PPU.Menyaksikan ramai orang menjentik buah carrom,tetapi mungkin sekadar menjentik untuk riadah,hubungan sosial atau memang tabiat orang kita yang suka menjentik tetapi tidak suka dijentik atau mungkin suka menjadi jentik-jentik daripada selalu di jentik.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...