ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Hasan Arifin
Showing posts with label Hasan Arifin. Show all posts
Showing posts with label Hasan Arifin. Show all posts

Saturday, 2 May 2015

#PRKROMPIN ANAK PENEROKA ROMPIN SOKONG PAS BUAT U TURN..PM UMUMKAN PERUMAHAN GEN 2


PAS membuat kesilapan besar bila memainkan isu perumahan generasi ke dua FELDA kerana ia akan memakan diri.Selama ini pun mereka hanya bijak menangguk di air keruh tanpa apa apa sumbangan kearah memajukan masyarakat FELDA.Buktinya selama ini masyarakat FELDA adalah penyokong kuat dari dahulu hinggalah saat ini dan tidak keterlaluan dikatakan FELDA adalah kubu kuat BN.

Cuma kebelakangan ini perkembangan media sosial seiring dengan masa di zaman ledakan teknologi maklumat disalahgunakan oleh pembangkang khususnya mempengaruhi anak muda generasi kedua FELDA.Tanpa menghayati sejarah penubuhan FELDA sehinggalah kini yang telah melalui proses Tranformasi yang dilhamkan oleh Y.A.B DS Najib Tun Razak.

Musism PRK Rompin menjadi wadah PAS mempengaruhi generasi kedua FELDA.Generasi kedua yang terpengaruh ini wajar memikirkan berkali kali keputusan mereka untuk terus menyokong PAS atau berada bersama parti yang mewakili kerajaan.


Jika mereka merasa sudah cukup selesa..ayuhlah..teruskan bersama PAS namun FELDA tentunya tidak akan berdiam diri.Jangan pula ada dikalangan generasi kedua nanti yang merasa dianiaya kerana tidak mendapat tempat Projek Perumahan generasi baru FELDA yang akan dilaksanakan di Rompin mengikut fasa.Pastinya kelibat Mazlan Aliman tiada lagi disaat penyerahan kunci itu nanti dan anak muda generasi kedua FELDA perlu tunggu sehingga musim pilihanraya akan kemunculan Mazlan Aliman .Fikir..fikirkan lah.....bak kata pepatah Melayu....

" mendengar guruh dilangit..air ditempayan dicurahkan.."

Kenyataan YAB PM tentang Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin


1. Kerajaan sentiasa peka dan sentiasa mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya untuk generasi baru.

2. Komitmen kerajaan terhadap perkara ini telah dizahirkan dengan pembinaan 1504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.


3. Menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah tersebut dikaji semula, saya telah mengarahkan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada untuk menawarkan harga baru rumah-rumah tersebut kepada RM90,000 untuk pembelian secara jual-beli.

4. Untuk segelintir generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian jual beli rumah-rumah tersebut, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli dimana generasi baru ini akan dapat menduduki rumah tersebut selama 5 tahun secara sewaan dengan kadar yang munasabah dan tawaran pembelian dibuat selepas itu tertakluk kepada syarat-syarat dan perjanjian kedua-dua pihak.

5. Kerajaan akan terus menjulang agenda pemilikan rumah oleh rakyat khususnya di tanah-Tanah rancangan FELDA ini terus disemarakkan. Adalah diharapkan jua, pengumuman ini dapat merealisasikan impian warga generasi baru FELDA khususnya di Parlimen Rompin untuk memiliki rumah idaman mereka.





Thursday, 23 April 2015

#PRKRompin WARNA WARNI HARI PENAMAAN CALON, LAUTAN BIRU DI BUMI ROMPIN


Penamaan Calon PRK Rompin berjalan lancar dan seperti tradisinya menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara Barisan Nasional yang diwakili oleh Dato'Hasan Arifin manakala lawannya diwakili oleh calon PAS Nazri Ahmad.Kehadiran ribuan penyokong BN yang ramai jelas menunjukkan sokongan penduduk dan jentera Barisan Nasional berada ditahap terbaik untuk mengekalkan kerusi Parlimen Rompin.

Calon Barisan Nasional Dato Hasan Arifin tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.04 pagi manakala calon PAS Nazri Ahmad pula pada jam 8.45 pagi.Namun hasrat seorang calon Bebas Mohd Shukri Ramly atau lebih dikenali sebagai CMK bertanding pada PRK Rompin kali ini gagal apabila tidak memenuhi syarat kerana tidak membawa pencadang dan penyokong..

Dengan majoriti besar yang dimenangi oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis sebanyak 15,114 yang menewaskan Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohamad Saleh pada PRU 13 yang lepas..peluang BN pada PRK kali ini amat cerah dan dengan bantuan jentera pilihanraya dari seluruh Pahang serta negeri berdekatan dijangkakan dapat mengekalkan kemenangan dan menambah majoriti kali.

Ketidakhadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon khusus PKR dan DAP jelas menunjukkan Pakatan Rakyat berhadapan laluan sukar kali ini.Boleh dikatakan tiada seorangpun wakil parti DAP yang hadir membuktikan penglibatan mereka dalam politik Malaysia yang untuk mempergunakan Pakatan Rakyat demi mencapai cita cita politik mereka.


















Wednesday, 22 April 2015

#PRKRompin PERSEPSI MENDAHULUI FAKTA ,CABARAN KEUPAYAAN BN DI PRK ROMPIN



Tiada lagi kepercayaan kepada sumber yang bersifat tunggal bagaikan mendorong berkembangnya budaya anti esteblisment.Sekalipun berbagai berbentuk program dan pelbagai jenis bantuan diberikan oleh kerajaan sebagai bukti kesungguhan menunaikan tanggungjawab dan memenangi hati rakyat ,sayang seribu kali sayang cara sebegini  dianggap habuan berbentuk limpahan dan terjemahan balas budi bukan lagi satu pilihan muktamad.

Cabaran kerajaan cukup besar seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dalam menangani persepsi yang mendahului fakta.Kelewatan menjawab persoalan yang ditimbulkan dengan segala alasan alasan dianggap membuka pintu kebohongan seluas luasnya.Pemimpin dianggap gagal mengurus persepsi berselindung dibalik perisai kekuasaan sistem kerajaan.

Persepsi negative seperti ketirisan,intergriti,salahguna kuasa dan rasuah menjadi lagu yang enak didendangkan khususnya sewaktu pilihanraya. Kepercayaan terhadap kerajaan semakin hari semakin luntur sekalipun dari semasa ke semasa penambahbaikan dilakukan demi memuaskah hati namun ianya bukanlah mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

Jika dijawab soalan hari ini...paling tidak menjelang esok aakan ada soalan baru seperti bercambahnya kilang-kilang fitnah yang di asakan oleh pembangkang dinegara ini demi kelangsungan politik mereka.

Sehingga akhirnya keputusan pilihanraya adalah kayu ukur sejauh mana persepsi itu mendahului fakta.Di PRK Rompin pembangkang hanya perlu mengulangi berulangkali pembohongan kerana dengan harapan apa yang diulangulang itu diterima sebagai satu kebenaran.



Tuesday, 21 April 2015

#PRKRompin BILA SRIKANDI MENYINSING LENGAN LURAH DALAM TAKKAN BAH PADANG KERING MENJADI SAWAH


Wanita UMNO Malaysia telah melancarkan jentera jalinan rakyatnya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di PRK Rompin.Pelancaran jentera pilihanraya Wanita UMNO disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO, YB Dato'Seri Hishamuddin Tun Husin di Dewan Besar Dara Bandar Muadzam Shah Rompin.Lautan merah biru yang memenuhi segenap ruang dewan menunjukkan tulang belakang UMNO sentiasa memberikan sokongan semaksima munkin pada setiap kali pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil.


Turut hadir pada majlis pelancaran jentera Wanita UMNO Datuk Seri Panglima Sharizat Abdul Jalil yang akan mengepalai bala tenteranya membantu calon Barisan Nasional PRK Rompin Dato'Hasan Arifin.


Dato'Seri Hishamuddin dalam ucapannya menggariskan 3 perkara yang wajar diberi perhatian bagi mengekalkan kerusi Parlimen Rompin P091.

1. Memastikan jaringan komunikasi yang berkesan dan seragam supaya pihak pembangkang tidak memanipulasikan setiap kenyataan yang di lafazkan. Ini penting kerana kira-kira 53,000 orang pengundi dimana 60% daripadanya adalah pengundi di Felda

2. Memastikan kemenangan calon Barisan Nasional di sebalik serangan pelbagai penjuru dari pihak-pihak berkenaan. Kemenangan ini penting kerana Pahang adalah Negeri kelahiran Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Andai Tewas di Rompin, Barisan Nasional jelas telah menghantar mesej dan imej yang buruk kepada masyarakat bahawa rakyat di Negeri Pahang sendiri menolak kepimpinan Perdana Menteri.

3. Menjawab sebaik mungkin sentimen luar seperti isu perkauman dan keagamaan. Malah isu-isu semasa seperti GST, 1MDB dan perlbagai lagi isu berbangkit harus di fahami secukupnya oleh jentera supaya jawapan jentera selaras dan menjadi lidah tidak rasmi kerajaan dalam menjawab sebarang isu.


Kemenangan PRK Rompin penting bagi BN bagi melenyapkan kritikan yang semakin lantang ketika ini.Bagi tujuan itu BN tiada pilihan lain kecuali menang dengan majoriti yang sama dan lebih bergaya lagi jika mampu meningkatkan majoriti.


Monday, 20 April 2015

#PRKROMPIN MENANAM BUDI MENUAI KASIH KEMANA SOKONGAN PENEROKA FELDA?


Tidak dapat dinafikan keputusan PRK Rompin bergantung kepada tangan tangan peneroka yang mewakili majoriti pengundi dengan 17 kawasan FELDA didalam Parlimen Rompin.Mereka ini yang selama 6 penggal tidak pernah beralih arah berubah hati sentiasa meletakkan calon BN mewakili mereka di setiap pilihanraya umun sejak merdeka hingga kini.

Kesetian mererka kini diuji lagi pada PRK Rompin.Namun kesetian mereka yang tidak pernah menduakan kasih selama ini sring menjadi sasaran anasir anasir yang cuba mengganggu gugat daerah yang penuh dengan kedamaian ini.PAS yang sudah mula menjadi tetamu setiap kali musim pilihanraya.Kawasan FELDA umpama hotel bagi mereka berkunjung dan mengadudomba warganya dan pulang dengan girang apabila berjaya mencampakkan benih kebencian di tanah rancangan FELDA.

Isu isu yang dibawa PAS

i)Saham FGV - Penurunan saham FGV di pasaran dijadikan modal bagi memlekehkan ketidakbolehupayaan FELDA.


Rakaman di atas menjelaskan dengan bagaimana keadaan dan situasi saham FGV.Secara mudahnya saham FGV yang diberiakan kepada setiap warga FELDA melalui pinjaman sebanyak 800 unit itu tidak makan membebankan peneroka.Sekalipun mengalami susut nilai dan peneroka terpaksa membayar kerugian hanya diatas kertas sebaliknya ianya dibayar oleh FELDA secara ansuran.Peneroka tidak perlu mengeluarkan sesen pun dan terasa teraniaya.

ii)Perumahan Generasi Kedua FELDA - Menyedari keperluan perumahan kerajaan telah menyasarkan sebanyak 20,000 buah rumah dan sebanyak 4,000 buah rumah telah terbina setakat ini di Pahang.Namun buat masa ini projek tersebut masih menantikan proses kelulusan pinjaman bank yang dibuat oleh FELDA bagi membiayai kos perumahan dan tidak sesekali menggunakan dana FELDA bagi tujuan tersebut.

Berbagai mekanisme sedang dipertimbangkan oleh  FELDA bagi memudahkan anak peneroka yang memiliki rumah bagi yang tidak mempunyai slip gaji seperti jaminan ibu bapa terhadap mereka yang berminat dan layak memiliki perumahan yang dibina.

iii)Harga komoditi - Zaman telah jauh berubah dan cara bagaimana perdagangan seiring dengan perkembangan masa.Harga berdasarkan pasaran hadapan yang diniagakan bergantung kepada keadaan ekonomi dunia.Pastinya sawit dan getah juga tidak terkecuali menerima tempias kepada sebarang pergerakan harga pasaran dunia.Harga bukannya ditentukan oleh FELDA dan dakyah PAS ini hanya mahu mengelirukan peneroka FELDA.

Kebanyakan pemimpin PAS yang hadir di bumi Rompin hanyalah tetamu yang mahu meninggalkan najis mereka.Peneroka tidak wujud dengan sendiri,peneroka wujud dengan faktor penarik dan penolakan yang membawa mereka bak kata orang jawa "from zero to hero".Dimanakah mereka dahulu ,..dimanakah mereka sekarang antara kehidupan yang penuh ranjau bagi membina kehidupan dan akhirnya kini menuai hasil atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional .Tradisi membela rakyat yang tiada penghujungnya.......






#PRKROMPIN ANTARA MARUAH BN DAN KEMENANGAN PERIBADI



PRK Rompin kali ini bukan sahaja membawa sejuta pengertian kepada calon BN Dato'Hasan Arifin tetapi apa yang lebih penting mengekalkan penguasaan enam penggal BN di Rompin lebih dari itu.Senario politik terkini menagih kemenangan bergaya bukan sahaja menang tetapi peningkatan majoriti akan meletakkan maruah BN yang dijaja oleh Pakatan Rakyat sebagai barangan paling murah di pasar politik ciptaan mereka.

Tentunya kemenangan pada PRK Rompin membawa konotasi BN masih mendapat kepercayaan rakyat dan implikasi kepada PRK Permatang Pauh.Apakah benar serangan dari luar dan dalam UMNO mutakhir ini memberikan impak kepada pengundi di Parlimen Rompin?Serangan Tun M misalnya berkisar tentang isu Altantunya,1MDB,Jambatan Bengkok,BR1M,kedudukan ringgit dan hutang negara,ISA dan POTA serta GST mempengaruhi pola pengundian kali ini.

Krebiliti Y.A.B DS Najib Tun Razak dipertikaikan sehingga mendesak penyingkiran beliau dengan cara yang tidak demokratik.Kaedah Tun M hampir sama dengan pemikiran pembangkang dengan alasan kepentingan rakyat dan rakyat berhak tahu dengan memanipulasi sikap DS Najib yang cuba menyelesaikan secara berkhemah.

Apa yang dilontarkan oleh Tun M segera disambut oleh orpurtunis politik dari Pakatan Rakyat dengan turut menyanyikan lagu yang senada walaupun sebenarnya sumbang dan terus ke laut.

5hb Mei 2015 bakal menyaksikan Dato'Hasan Arifin membawa maruah BN serta DS Najib Tun Razak.Hanya dengan mengekalkan kemenangan serta peningkatan majoriti mampu menutup mulut pengkritik dari terus terusan menyajikan rakyat Malaysia dengan hidangan politik yang memualkan.Pengundi di Rompin pastinya tahu menilai siapakah yang wajar diberikan mandat.

Rekod cemerlang Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis yang berjaya menukar landskap politik,pendidikan dan sosial ekonomi setempat pasti meninggalkan kesan mendalam pada setiap warga pengundi Rompin.

Begitu juga adunan pengalaman dan ketokohan Dato Hasan Arifin di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan adalah nilai tambah kepada pembangunan yang telah lama dikecapi warga setempat tidak terhenti setakat ini sahaja dengan memberikan undi kepada calon PAS.Tepok dada tanyalah selera dan bukan menepok dada dan bermegah dengan politik retorik Pakatan Rakyat yang belum teruji untuk mentanbir negara Malaysia yang tercinta ini.

#PRKROMPIN VARIASI KEPIMPINAN BN ROMPIN USIA HANYA ANGKA


Sudah mula kedengaran suara suara yang hebat membincangkan konotasi"meremajakan"parti.Perbualan makin hangat di mana mana sekitar Parlimen Rompin apatah lagi setelah pengumuman Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin meletakkan Dato'Hasan Arifin sebagai calon Parlimen Rompin.Signal penerimaan berubah mengikut pelbagai pandangan dari pelbagai lapisan masyarakat khususnya pembangkang menjustifikasikan usia sebagai tanda aras calon yang menjadi wakil rakyat Parlimen Rompin.

Adalah kurang tepat jika kita mahu merumuskan tidak akan berlaku peremajaan parti sekiranya calon yang dipilih menjadi wakil rakyat seorang yang berusia.Jawatan bukannya solusi bagi penyelelesaian menyeluruh hasrat memberikan nafas baru seolah olah jawatan mempunyai kuasa yang tiada had sepertimana kemahuan rakyat yang tiada batasnya.

Di dalam konteks kepimpinan politik di Rompin sebenarnya peremajaan parti tidak pernah diketepikan sebaliknya ianya menjadi pelengkap dalam usaha menarik golongan muda agar aspirasi tiap lapisan masyarakat dapat bukan sahaja didengar malah keterlibatan secara langsung dalam politik.


Sebagai contoh YB Dato'Johari Husin 42,ADUN Pulau Tioman yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang yang terletak dalam Parlimen Rompin adalah mewakili golongan muda selain ADUN Bukit Ibam Dato'Wan Kadri Wan Mahusin serta Dato'Maznah Mazlan ADUN Muadzam Shah.Kolaborasi ini membuahkan hasil yang membanggakan jika dilihat dari aspek pembangunan fizikal yang menyaksikan daerah Rompin antara kawasan yang pesat membangun.

Perlu dijelaskan peremajaan parti itu lebih relevan dengan perubahan dari segi gaya berfikir,gaya gerakkerja dan fokus kepada golongan muda bagaimana memenuhi kehendak mereka masa kini.Usia dan jawatan hanyalah pemankin tetapi peremajaan itu harus melalui saringan agar idealisme perjuangan parti berada dilandasan yang tepat tanpa meminggirkan secara total penglibatan golongan muda dalam arena politik.


Sunday, 19 April 2015

#PRKROMPIN KEKALAHAN PAS DI ROMPIN LENGKAPKAN MISI PASMA

                                       

Pertandingan belum bermula tetapi PAS cepat mencari alasan di pinggiran untuk diketengahkan jika ditakdirkan dan sememangnya secara realitinya PAS akan tewas di PRK Rompin yang merupakan kubu kuat BN.Istilah istiqamah perjuangan hanya mengaburi mata dan membutakan hati penyokong PAS demi kelangsungan survival pemimpin politik.


"Kita bertanding dalam pilihanraya ini bukan untuk menang. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan terbuka dalam sistem demokrasi kita. Soal menang kalah tidak penting, Ini ruang yang kita ada, kita harus gunakan."sila klik

Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man di petik berkata ketika ditanya wartawan tentang peluang dalam PRK Rompin.PAS sebenarnya hanya perlu mendendangkan lagu lama setiap kali merasakan mereka tidak menaruh harapan dan mengharapkan kejutan pada PRK kali ini bagi menidakkan kemenangan BN di PRK Rompin dengan majoriti
besar 15,114 undi dari keseluruhan pengundi 53,294 pada PRU13.

Beliau yang juga dilabelkan sebagai team ulama yang akan menempuhi jalan sukar dalam kerjaya politik kerana pada waktu yang sama sedang menghadapi pemilihan parti yang berakhir pada bulan Jun.Kekalahan PAS di PRK Rompin membawa implikasi kepada beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan sudah pasti mengepalai kempen jentera PAS kali ini.3 kekalahan dari PRU 13 sewaktu bertanding di DUN Jengka dan sekiranya tercalon lagi sebagai calon PAS PRK Rompin,beliau sengaja menambah koleksi kegagalan seorang ulama politik.

PASMA tentunya akan bertepok tangan,Khalid Samad mengurut janggut,Mat Sabu mengurut misai dan mungkin senyuman sinis Mujahid Rawa.Hanipa Maidin akan lagi galak berdendang betapa golongan pro Pakatan Rakyat seakan mengharapkan calon yang dikatakan ulamak menjadi calon PAS di Rompin.Tugas PASMA dan mereka yang dilabelkan Jebon oleh Hj Hadi ataupun barua menjadi lebih mudah jika PAS tewas lagi di PRK Rompin seraya berkata mereka.."lihatlah...rakyat dan penyokong PAS tidak mahu hanya ulama sahaja menguasai PAS dan kami tidak layak berada di syaf kepimpinan tertinggi PAS...."



#PRKROMPIN ANTARA FAKTOR BAKAL MENYEBABKAN KEKALAHAN PAS


Pencalonan Dato'Hasan Arifin sebagai calon BN bagi kerusi PO91 Parlimen Rompin umpama igaun ngeri buat parti PAS.Berbekalkan pengalaman dan ketokohan dalam bidang pengurusan serta pentadbiran serta  disenangi oleh penduduk Rompin peluang PAS sebenarnya hampir berkubur.Cuma batu nisan perjuangan PAS di Rompin akan di pacakkan pada hari pembuangan undi pada 5hb Mei ini.

Faktor faktor yang bakal menjadi punca kekalahan PAS pada PRK Rompin kali ini ialah

1.Faktor calon anak tempatan BN

 PAS mengharapkan calon BN datang dari orang luar Rompin dan mereka akan memilih anak tempatan.Ianya menjadi isu basi setiap PRK yang mana calon tempatan mempengaruhi pengundi.Hasrat PAS untuk meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang yang bukan anak Pahang sudah terbantut.

Hj Hadi dan golongan pro ulama pastinya mahu meletakkan Tuan Ibrahim sbg calon bagi memulihkan pengaruh Hj Hadi yang teruk merosot sejak berlaku krisis dalam Pakatan Rakyat.Saban hari Hj Hadi teruk dikritik kalau dahulu hanyalah secara bisik bisik di dalam kelambu kini tidak lagi.Perang terbuka dengan mengkritik Presiden PAS secara terbuka oleh golongan Anwarinas dalam PAS dan yang cenderung kepada Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad,Hanipa Maidin,Mujahid Rawa dan ramai lagi yang dilabel Jebon oleh puak Hj Hadi yg pro ulama.

Bagi meraih undi PAS terpaksa meletakkan calon tempatan yang pastinya pro ulama.Sebarang usaha meletakkan calon luar mengundang padah kerana penduduk Rompin pastinya akan memastikan mereka diwakili oleh wakil rakyat seperti Dato Hasan Arifin yang sudah dikenali oleh penduduk setempat.

2.Krisis Perpecahan Pakatan Rakyat 


Bukan rahsia lagi hubungan parti PAS dalam Pakatan Rakyat akan menjejaskan gerakkerja pilihanraya.Sekutu mereka DAP pastinya tidak akan turun membantu khususnya pemimpin DAP yang sudah berpatah arang dengan memutuskan hubungan dengan Hj Hadi dan PRK Rompin mereka akan menunjukkan isyarat yang jelas tanpa bantuan jentera Pakatan rakyat PAS tidak akan kemana.

Secara kebetulan  PRK Permatang Pauh dijadikan alasan dengan menumpukan perhatian di sana dan membiarkan jentera PAS berjuang bersendirian.Apatah lagi jentera PKR yang pasti mengerahkan segala kekuatan parti kerana Permatang Pauh begitu simbolik kepada perjuangan mereka memandangkan ianya kawasan yang diwakili Ketua Umum dan Presiden PKR suatu ketika dahulu.

3.Isu nasional dan tempatan

PAS dijangka akan memainkan isu GST dan pembaziran kerajaan serta masalah FELDA.Adalah dijangka isu GST akan dimanipulasikan dengan dakyah mereka.Parlimen kawasan Rompin mempunyai 53,924 pemilih berdaftar dengan majoritinya Melayu kira-kira 45,000 pengundi; disusuli Orang Asli, kira-kira 7,000 pengundi; Cina, 1,300 pengundi; dan, India, 621 pengundi.


Dengan kebanyakan pengundi di luar bandar mereka menerima kesan GST yang paling minima tetapi manafaat GST.Pembangunan yang mencurah-curah semenjak wakil BN mewakili mereka sejak 6 penggal yang lalu tentunya



Saturday, 18 April 2015

#PRKRompin BIODATA DATO' HASAN ARIFIN CALON BN PRK ROMPIN


Dato'Hj Hasan bin Arifin telah diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya  P091 Parlimen Rompin yang telah diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini.

BIODATA 

Tarikh Lahir          28/4/1953
Umur                     62 Tahun

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

1976                     Sarjana Muda Ekonomi
                             Universiti Malaya Kuala Lumpur

1979                      Management Course Asia Institute  Of                                               Management Manila

PENGALAMAN DAN JAWATAN DALAM POLITIK

1976                        Menjadi Ahli UMNO

1978                        Menjadi AJK UMNO Bahagian Pekan

1984                        Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan

1986                        Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin

1990-2004               Ketua Bahagian UMNO Rompin

1996-2004              Ahli Majlis Tertinggi UMNO

1982-1986              Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan                                 Rompin Parlimen Pekan

1986-1990             Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan
                               Rompin Parlimen Pekan
1990-2004             Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan                               Ibam Parlimen Pekan

1986-1995             Exco Kerajaan Negeri Pahang

1995-1999             Timbalan Menteri Besar Pahang


i)   Bertanggungjawab membangunnkan Gebeng  Industrial Area

ii)  Menarik Pelaburan Di Pahang

iii) Bertanggungjawab keatas pembinaan Lebuhraya Pantai Timur        (Karak-Kuantan)

iv) Membesarkan Pelabuhan Kuantan

JAWATAN SEKARANG

i)   Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin

ii)  Pengerusi PERKIM Negeri Pahang

iii) Pengerusi Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan

iv) Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding Berhad.

PENGENALAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

1990-1999    Menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Perusahaan                        Pertanian (LKPP)

                     Bertanggungjawab :
                 
                 i) Memulihkan pentadbiran dan kewangan Lembaga
  
                ii) Membangunkan ladang sehingga mencecah 100,000                         ekar
      
               iii) Membangunkan kilang CPO dan lain lain kilang

               iv) LKPP merupakan agensi yang paling kukuh dan                               mempunyai harta yang banyak di Pahang

                v) Terlibat dalam menguruskan ladang ladang kecil                               peneroka ,keselamatan dan juga peserta rumah banjir

1991-1995 - Menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA

1995-1988  - Pengerusi DARA (Lembaga Pembangunan Kemajuan                      Wilayah Pahang Tenggara)

1976-1982 - Sebelum memasuki bidang politik pernah bekerja                             dengan ASPA..sebuah agensi kerajaan yang terlibat                           dalam industri Perkayuan.Jawatan terakhir adalah                             sebagai Pengurus Operasi Kilang.

PENGALAMAN ANTARABANGSA  & NGO

1995-2001 - Executive Council Commenwealth Parlimentary Association

                     Menghadiri Sidang Ahli Parlimen Negara Komenwel                       di Mauritus New Zealand Barbados Singapore United                       Kingdom Australia Trinidad & Tobago

LATARBELAKANG KELUARGA

Nama Isteri     : Datin Rozidah Binti Karim

Anak Pertama : Sudah Berumahtangga
                          Ahli Perniagaan

Anak Kedua    : Sudah Berumahtangga
                          Head Of Communication Tune Talk

Anak Ketiga   : Belum Berkahwin
                          Exsecutive Auditor Delloite

Anak Keempat  : IT Exsecutive




  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...