ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: PRK Rompin
Showing posts with label PRK Rompin. Show all posts
Showing posts with label PRK Rompin. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

#PRKROMPIN BN KEKALKAN KERUSI ROMPIN KENAPA PERLU SENTAP DENGAN MAJORITI



Calon BN Dato Hasan Arifin telah diumumkan sebagai Ahli Parlimen Rompin setelah menewaskan pencabarnya dari parti PAS Nazri Ahmad.


Pertandingan dua penjuru ini menyaksikan Dato'Hasan Arifin yang memperolehi 23,796 undi manakala calon PAS Nazri Ahmad memperolehi 14,901 undi bermakna BN menang dengan maoriti 8,895 undi.

Sudah menjadi amalan demokrasi kemenangan dikira walaupun mengatasi dengan satu undi.Seperti biasa sudah ada kedengaran tentang majoriti yang dikatakan menurun hampir separuh iaitu 15,114 pada PRU 13 sementara pada PRK kali ini BN memperolehi 8,895 undi.

Perlu diingat tentang peratusan yang keluar mengundi kali ini menurun sekitar 73% berbanding 86% pada PRU13.Jika dilihat dari segi undi yang diterima PAS sebenarnya mereka merosot  25 undi  kerana pada PRK ini PAS mendapat 14,901 manakala pada PRU 13 PAS mendapat 14,926.

Kesimpulan yang cukup mudah dan tidak perlu memeningkan kepala ialah BN sebenarnya mempunyai hampir 6,000 undi pengundi luar yang tidak pulang mengundi pada PRK Rompin kali ini yang diadakan pada waktu hari bekerja.Jumlah 45,800 orang pengundi jika ditolak dengan 39,288 termasuk undi rosak 591 sekitar 6,000 undi kemerosotan memang datang dari pengundi luar yang tidak pulang mengundi yg jatuh pada hari bekerja.






Pilihanraya Umum P091 : 2013

Jumlah Undi : 46,035
Undi Rosak : 883

BN : 30,040
PAS : 14,926

Majoriti : 15,114

_____________________

Pilihanraya Kecil P091 : 2015

Jumlah Pengundi : 53,294

Jumlah Undi :
Undi Rosak : 591

BN : 23,796
PAS : 14,901

Majoriti : 8,895-

Monday, 4 May 2015

#PRKROMPIN DURIAN RUNTUH PRK GEN2 FELDA DAPAT ISI..PAS KENA DURI..!!




PAS umpama cacing kepanasan dengan perkembangan terkini saat saat akhir pengundian yang hanya tinggal 48 jam lagi.Tradisi berceramah sepanjang musim pengundian gagal menarik perhatian serta gerakkerja PAS terhad.Parlimen Rompin yang luas ini menyukarkan jentera PAS yang hanya bergerak sendirisan sedangkan sekutu mereka PKR dan DAP mengerahkan segenap jentera mereka kep Permatang Pauh meninggalkan PAS terkontang kanting sendirian.


PAS mula mencipta alasan kekalahan yang semakin jelas kelihatan dengan mendakwa musim durian runtuh PRK Rompin menjejaskan peluang mereka yang keseorangan ditimpa duri durian sedangkan peneroka FELDA di Rompin lebih selesa duduk dibawah pohon durian yang lebat berbuah sambil makan bersama keluarga tercinta.

Kawasan tanah rancangan FELDA yang menjadi sasaran PAS berkempen bukanlah sesuatu tugas yang mudah.Sepatutnya PAS menerima kenyataan yang mereka sebenarnya tidak melakukan apa apa pun dalam memperjuangakan nasib generasi kedua FELDA sedangkan mereka juga mempunyai negeri dibawah kekuasaan PAS seperti di Kelantan.Ladang Rakyat di Kelantan jika nak di bandingkan dengan FELDA bagakan langit dengan bumi.




#PRKROMPIN : MAZLAN ALIMAN JADI HALIMUNAN..PM BERI KHABAR GEMBIRA PERUMAHAN GENERASI KE 2 FELDA


Ketika ini Mazlan Aliman dan juak juaknya sedang memerah otak memikirkan apakah lagi bentuk serangan yang akan mengubah pendirian anak muda generasi kedua.Menjadi juara kononnya membela nasib generasi kedua FELDA dengan membawa isu perumahan generasi kedua FELDA tetapi sebenarnya hanya mengambil kesempatan diatas kekeliruan warga FELDA yang senantisa dimomokkan dengan tuduhan dan fitnah dalam pada masa yang sama tidak melakukan apa apa waima sebuah tandas untuk apatah lagi membina perumahan buat generasi kedua FELDA.



Pengumuman Y.A.B PM dengan rancangan pembinaa 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin yang meliputi Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit,Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit .


Upacara pecah tanah yang dilakukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di FELDA Keratong hari ini bukan sekadar retorik politik tetapi perancangan yang telah dilakukan sebelum musim PRK Rompin.

Bukan itu sahaja Y.A.B PM juga peka dengan masalah yang disuarakan calon Barisan Nasional Dato'Hasan Arifin sewaktu kempen PRK Rompin ini membuat keputusan agar FELDA menurunkan harga dari RM 125,00.00 kepada RM 90,00.00.





Hanya kerana dapat sehelai baju berwarna oren Mazlan Aliman,anak anak muda ini sepertinya mahu menongkah arus dengan memilih sehelai baju berwarna oren berbanding perumahan yang bakal ditawarkan kepada generasi kedua FELDA di Rompin.Pastinya jika mereka tidak segan silu menolak FELDA..apakah pihak FELDA perlu segan silu untuk menolak permohonan meraka.Jangan salahkan FELDA jika anak muda berbaju oren ini nanti gagal memiliki Perumahan Generasi Baharu FELDA kerana mereka lebih berminat memiliki sehelai baju oren Mazlan Aliman dan PAS berbanding bersama FELDA.












Saturday, 2 May 2015

#PRKROMPIN ANAK PENEROKA ROMPIN SOKONG PAS BUAT U TURN..PM UMUMKAN PERUMAHAN GEN 2


PAS membuat kesilapan besar bila memainkan isu perumahan generasi ke dua FELDA kerana ia akan memakan diri.Selama ini pun mereka hanya bijak menangguk di air keruh tanpa apa apa sumbangan kearah memajukan masyarakat FELDA.Buktinya selama ini masyarakat FELDA adalah penyokong kuat dari dahulu hinggalah saat ini dan tidak keterlaluan dikatakan FELDA adalah kubu kuat BN.

Cuma kebelakangan ini perkembangan media sosial seiring dengan masa di zaman ledakan teknologi maklumat disalahgunakan oleh pembangkang khususnya mempengaruhi anak muda generasi kedua FELDA.Tanpa menghayati sejarah penubuhan FELDA sehinggalah kini yang telah melalui proses Tranformasi yang dilhamkan oleh Y.A.B DS Najib Tun Razak.

Musism PRK Rompin menjadi wadah PAS mempengaruhi generasi kedua FELDA.Generasi kedua yang terpengaruh ini wajar memikirkan berkali kali keputusan mereka untuk terus menyokong PAS atau berada bersama parti yang mewakili kerajaan.


Jika mereka merasa sudah cukup selesa..ayuhlah..teruskan bersama PAS namun FELDA tentunya tidak akan berdiam diri.Jangan pula ada dikalangan generasi kedua nanti yang merasa dianiaya kerana tidak mendapat tempat Projek Perumahan generasi baru FELDA yang akan dilaksanakan di Rompin mengikut fasa.Pastinya kelibat Mazlan Aliman tiada lagi disaat penyerahan kunci itu nanti dan anak muda generasi kedua FELDA perlu tunggu sehingga musim pilihanraya akan kemunculan Mazlan Aliman .Fikir..fikirkan lah.....bak kata pepatah Melayu....

" mendengar guruh dilangit..air ditempayan dicurahkan.."

Kenyataan YAB PM tentang Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin


1. Kerajaan sentiasa peka dan sentiasa mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya untuk generasi baru.

2. Komitmen kerajaan terhadap perkara ini telah dizahirkan dengan pembinaan 1504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.


3. Menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah tersebut dikaji semula, saya telah mengarahkan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada untuk menawarkan harga baru rumah-rumah tersebut kepada RM90,000 untuk pembelian secara jual-beli.

4. Untuk segelintir generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian jual beli rumah-rumah tersebut, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli dimana generasi baru ini akan dapat menduduki rumah tersebut selama 5 tahun secara sewaan dengan kadar yang munasabah dan tawaran pembelian dibuat selepas itu tertakluk kepada syarat-syarat dan perjanjian kedua-dua pihak.

5. Kerajaan akan terus menjulang agenda pemilikan rumah oleh rakyat khususnya di tanah-Tanah rancangan FELDA ini terus disemarakkan. Adalah diharapkan jua, pengumuman ini dapat merealisasikan impian warga generasi baru FELDA khususnya di Parlimen Rompin untuk memiliki rumah idaman mereka.





#PRKROMPIN NEGARA ISLAM..NEGARA BERKEBAJIKAN DAN NEGARA U TURN PAS..!!! PART 2


Kehebatan PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam semakin tenggelam sejak menjadi balaci dengan DAP dan PKR.Bergegar gema takbir pada setiap ceramah PAS yang memainkan sentimen agama pada setiap ceramah gagal menggerunkan DAP dan PKR kerana mereka tahu PAS tiada kekuatan tanpa Pakatan Rakyat.

Jika sesiapa mengenali Cikgu Non atau lebih dikenali C.H Al Afghani pastinya menepok dahi dua kali mendengar penjelasan beliau.Beliau yang sarat dengan pengalaman di dalam PAS tetapi memilih berjuang di Afghanistan menentang pencerobohan Soviet semata-mata ingin mati syahid.namun Tuhan menentukan hidup mati manusia,beliau pulang ke tanahair untuk meneruskan perjuangannya untuk melihat sebuah negara Islam PAS lahir di Malaysia.


Sekembalinya ke Malaysia beliau pulang ke Kedah dan amat terkejut dengan penderitaan yang dialami oleh 14 balu Memali yang tiada pembelaan dari PASyang hidup merempat dan dalam kesusahan.Diatas kesedaran membantu beliau telah mengahwini salah seorang dari balu Memali dengan niat membantu.Untuk terus memastikan balu Memali mendapat pembelaan sewajarnya beliau telah berjumpa dengan kepimpinan PAS diwaktu itu untuk mendapat pembiayaan bagi meringankan beban yang ditanggung balu yang kesempitan.

Menyedari PAS ketika itu sering mengadakan Hari Memperingati Memali pada 19 November saban tahun dengan mengadakan kutipan derma dan dikhabarkan kutipannya mencecah jutaan ringgit.malang sekali Cikgu Non di maki hamun dengan mengatakan  PAS akan menguruskan sendiri wang tersebut.

Jadi dimanakan letakknya Negara Berkebajikan yang dicanangkan sedangkan 14 balu Memali pun PAS tak mampu .Jangan bicaralah untuk memperjuangkan 28 juta penduduk di Malaysia jika beginilah sikap mereka.Menjadikan peristiwa Memali sebagai modal politik tetapi kebajikan balu serta anak anak Memali gagal mendapat pembelaan yang sewajarnya meskipun telah menguasai Kerajaan Kedah pada tahun 2008,diberitakan jalan menuju ke pusara Memali dan kuburnya mereka gagal diselenggarakan dengan baik.

Apakah yang diharapkan pada Negara Islam bila bertukar menjadi Negara Berkebajikan namun jika negara berkebajikan juga gagal bagaimanakan arah perjuangan PAS yang sebenarnya menunjukkan belang hipokrit pemimpin PAS.Mungkin Negara U Turn menjadi dasar mereka pada masa-mas akan datang jika melihat senario politik PAS semenjak menjadi balaci PKR dan DAP...







#PRKROMPIN NEGARA ISLAM..NEGARA BERKEBAJIKAN DAN NEGARA U TURN PAS..!!! PART 1


Semenjak PAS menyertai pakatan luar tabie dengan PKR dan pakatan songsang bersama DAP arah perjuangan PAS menjadi carca marba.Negara Islam entah kemana diganti pula negara berkebajikan demi memenangi hati Pakatan Rakyat.

7 April 1981 di Kg Banggol Paradong Kuala Terengganu masih melekat di hati umat Islam di Malaysia yang terkesan sehingga kini dengan Amanat haji Hadi yang menegaskan...

"Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’".


Akibat dari Amanat Hj Hadi itu maka berlakulah perpecahan dikalangan umat Melayu Islam yang sungguh menyedihkan antaranya :

)Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

2) Haram dimakan daging binatang sembelihan orang
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.

3) Terfasakh nikah di antara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

4)Tidak sah akad nikah oleh imam dari golongan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

5) Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6) Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) di perkuburan Islam.

7) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan ke atasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan ke atas mayat
orang Pas.

8) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh
Tuhan amalan itu daripada mereka.

Kemuncak Amanat Hj Hadi adalah peristiwa Memali pada tahun 19 November 1985 apabila Ibrahim Libya yang ketika itu bekerja di Pusat Islam meninggalkan segala kemudahan yang diterima,tinggalkan bilik berhawa dingin dan berbaju kot di pejabat.Beliau memilih menanggalkan baju kot dengan memakai jubah,memasang janggut dan serban dan pulang ke kg halamannya di Baling semata mata tertarik dengan perjuangan Negara Islam.


Bertolak dari itu beliau sanggup bertempur dengan pihak polis yang juga beragama Islam..tuhan yang sama,nabi yang sama,kiblat yang sama dan akibatnya 4 orang polis terbunuh dengan alasan mereka adalah polis UMNO adalah polis kafir layak dibunuh.

Dalam peristiwa yang menyayat hati itu Ibrahim Libya bersama 13 pengikutnya juga terbunuh.Pimpinan PAS waktu itu telah mengistiharkan mereka mati syahid dimana mayat mereka dikebumikan dalam satu liang di Parit Panjang tanpa  dimandikan dan dikapankan dengan alasan mereka mati kerana mahukan negara Islam adalah mati syahid.

Apa yang dikatakan PAS bertopengkan agama bila mana selepas 30 tahun peritiwa Memali berlaku,PAS yang telah membuat pakatan luar tabiee bersama PKR dan pakatan songsang bersama DAP segalanya berubah.Akibat penyakit gila kan undi Kristian,gilakan undi Cina dan kemaruk mahu ke Putrajaya dan gila mahukan kemenangan didalam pilihanraya di Muktamar Agung PAS 2011,Hj Hadi yang mengatakan... 

"Negara Islam tiada dalam Al Quran...yang ada Negara Berkebajikan..."

Begitulah sandiwara PAS yang sebenarnya tanpa memikirkan kesan kepada Ibrahim Libya yang berjuang untuk Negara Islam kerana terpengaruh dengan Amanat Hj Hadi dan selepas 30 tahun, tuhan ingin menunjukkan kebenarannya tentang pembohongan PAS takkala Hj Hadi sendiri mengumumkan tiada Negara Islam dalam Al Quran sebaliknya yang ada Negara Berkebajikan.

Bagaimanakah kita mahu mengatakan Ibrahim Libya dan rakan rakan sebagai mati syahid yang tidak dimandikan dan dikapankan bila selepas 30 tahun Hj Hadi istiharkan tiada Negara Islam tiada dalam Al Quran sebaliknya Negara Berkebajikan.

Akibatnya perpecahan sesama Islam yang begitu dasyat abang dan adik tidak bertegur sapa akibat fahaman politik..suami isteri yang bercerai berai.. pulau memulau kenduri kendara di kampung begitu juga sembahyang dua imam di masjid dan surau akibat fahaman politik PAS yang membiak dikalangan jemaah mereka hanya kerana Amanat Hj Hadi dan Negara Islam yang di cita citakan namun akhirnya hanyalah dongeng yang menjadi hiburan di setiap ceramah ceramah PAS dari dahulu hingga kini.






Friday, 1 May 2015

#PRKRompin PAS HANYA PENGEMIS DALAM PAKATAN RAKYAT... MELAYU JANGAN BUTAKAN MATA


Apakah kaitannya PAS dengan Pakatan Rakyat dan PRK Rompin?Pas masih lagi dalam Pakatan Rakyat maka segala bentuk tindakan dan dasar PAS tidak boleh dilakukan secara unilateral.DAP memang tiada cabang di Rompin menjadikan mereka mengatakan penglibatan mereka pada PRK Rompin pada paras yang minima.Mereka sedar pengundi cina di Rompin tak sampai 10%,jadi dengan meletakkan PAS yang dikira mampu memperalatkan PAS.

Pengundi di Pahang khususnya di Rompin perlu menyedari bahawa kafir harbi seperti DAP memang tidak boleh dipercayai.Kita ambil pengalaman PAS yang mengalami kehilangan banhyak kerusi sementara rakannya dalam Pakatan Rakyat menambah bilangan kerusi di Parlimen

PRU13 yang lalu,menyaksikan PAS mengalami kemerosotan berbanding tahun 2008. PRU-13 menyaksikan PAS kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan hanya peroleh 21 kerusi Parlimen.


Pada 2008, PAS kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi.


Kehilangan Negeri Kedah pada PRU 13 menunjukkan Pakatan Rakyat sebenarnya hanya menguntungkan DAP dan PKR.Sekalipun Kerajaan Kedah PAS pada 2008 menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR tiga dan DAP satu kerusi,namun tidak dapat membantah kemahuan DAP walau pun DAP hanya memiliki 1 kerusi.

Sebagai contoh satu kes di Mergong Alor Setar dimana Kerajaan PAS Kedah memutuskan untuk menutup sebuah rumah sembelihan yang berada di kawasan majoritinya orang Melayu..ianya mendapat bantahan keras DAP yang mengugut bahawa pemimpin PAS dengan berkata .."u roboh ini rumah sembelihan babi ini,kita kasi keluar DAP dari Kedah".

Ugutan berkenaan menyebabkan Kerajaan PAS Kedah membatalkan arahan meroboh hanya dengan hanya seorang wakil DAP dalam kerajaan negeri Kedah.

Kes kedua yang menjadi contoh ialah bagaimana Kerajaan PAS Kedah pada waktu itu ingin menutup semua pusat hiburan daripada beroperasi pada bulan Ramadan.

Karpal Singh yang masih hidup waktu itu telah mengeluarkan kata dua kepada PAS agar membatalkan arahan tersebut dengan mengatakan bahawa PAS telah menandatangani perjanjian bersama Pakatan Rakyat yang ditandatangani bersama pada 19 November 2009 yang tidak membenarkan PAS melaksanakan dasar Islam.

Di Pulau Pinang semasa kempen PRK Kecil Permatang Pasir Pakatan Rakyat menjannjikan kerusi Exco Aagama kepada calon PAS sekiranya menang memandangkan calon PAS ketika itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang,Ustaz Saleh Man yang mempunyai kelulusan agama.Selepas menang PRK,Ustaz Saleh Man tidak dilantik menjadi Exco Agama P.Pinang sebaliknya melantik Malik Kasim ADUN PKR Batu Maung.

Di Selangor misalnya pada waktu itu mempunyai kuasa pengimbang di DUN Selangor dengan memiliki 8 kerusi DUN.Ini membolehkan Dato' Dr Hasan Ali ADUN Sri Gombak dilantik menjadi Exco Agama telah di pecat atas saranan Azmin Ali yang tidak berpuashati.

Ketegasan beliau adalam hal hal berkaitan murtad dan penjualan arak di Selangor tidak disenangi DAP Selangor.Kemuncak kemarahan Pakatan bilamana Dato'Hasan Ali melarang perhimpunan menyokong Anwar atas sebab kemaslahan masyarakat menyebabkan Azmin Ali menghantar surat meminta PAS memecat Dr Hasan Ali sebagai Exco Agama tanpa dipanggil membela diri dan menghantar surat tunjuk .

Ada banyak contoh lagi berkaitan bagaimana PAS ini hanyalah kuda tunggangan Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan Melayu tetapi sebenarnya amat merugikan Melayu Islam itu sendiri.

PRK Rompin itu juga tidak terkecuali walaupun tanpa penglibatan Pakatan Rakyat yang jelas tetapi PAS sebenarnya tidak boleh menidakkan kuasa yang ada pada Pakatan Rakyat dalam menentukan apa yang mereka mahukan.Dasar Islam sebenarnya tiada langsung dalam kesepakatan yang mereka capai bersama.











#PRKROMPIN TAPAK PERUMAHAN GEN 2 FELDA DICEROBOH CALON PAS ROMPIN




Ibarat kokok berderai-derai,ekor berderai tahi..itu lah yang dapat dikatakan kepada mereka yang cakap tak serupa bikin.Di PRK Rompin kali ini antara isu yang kerap dicanangkan dan dijaja di tanah rancangan FELDA adalah perumahan generasi kedua FELDA.

Bagaimana mahu memperjuangkan perumahan generasi ke dua FELDA sedangkan calon PAS di PRK Rompin Nazri Ahmad diberitakan telah menceroboh tanah FELDA dengan membina bangunan Tahfiz ditanah rezab FELDA.

Bila isu ini ditimbulkan pastinya akan ada suara-suara yang akan mengatakan inilah dia kerajaan BN yang senantiasa menindas pendidikan agama.Pembinaan Tahfiz atau apa apa yang berkaitan agama seharusnya bukan dijadikan alasan kita menghalalkan cara dan pendekatan kita dalam sebuah masyarakat.

Calon PAS dikatakan telah menceroboh tanah rezab FELDA di Keratong  yang pada awalnya dengan tujuan untuk membina kilang keropok tetapi akhirnya telah membina bangunan sekolah tahfiz di tanah rezab FELDA tanpa membuat sebarang permohonan kepada FELDA tuan punya tanah.

Apa yang menjadi persoalan sekarang beberapa lagi bangunan tambahan telah dibina sehingga memasuki Tapak Perumahan Generasi Kedua FELDA yang dicadangkan.Jika ini berterusan apakah nasib generasi kedua FELDA yang lain untuk memiliki rumah sedangkan mereka juga berhak.Isunya adalah kepentingan orang ramai seharusnya menjadi keutamaan dan bukannya hak individu.

FELDA tidak zalim dengan merobohkan sebarang binaan sekolah Tahfiz berkenaan tetapi jika kepentingan orang ramai terganggu sudah pasti adalah tidak adil kepada generasi kedua  yang inginkan perumahan mereka yang dicadangkan tetapi telah diceroboh oleh calon PAS yang selama ini begitu lantang memperjuangkan nasib anak peneroka FELDA khususnya perumahan generasi kedua.

FELDA telah beberapa kali menghantar surat amaran bagi memberhentikan pembinaan bangunan tersebut tetapi tidak diendahkan,bukan niat untuk meroboh tetapi binaan binaan yang baharu dibuat itu telahpun memasuki tapak cadangan perumahan generasi kedua yang dicadangkan.

Kepentingan orang ramai harus diutamakan,janganlah jadikan tanah FELDA ini sebagai tanah nenek moyang sendiri kerana FELDA adalah tuan punya tanah yang sah.Apa yang kita akan rasa dan kata jika tanah milik kita orang lain ceroboh sesuka hati tanpa meminta kebenaran...pastinya ia akan menimbulkan rasa tidak puashati.

Di Pahang sekolah pendidikan agama telah dan semakin banyak dibina termasuklah tahfiz menjadikan negeri tertinggi memiliki dan membiayai sekolah agama rakyat dan tahfiz di negeri ini.Mengatakan kerajan negeri tidak peka kepada pendidikan agama adalah sesuatu yang tidak benar.

PAS seharusnya berhenti menjadi juara rakyat khususnya di FELDA kerana tiada apa yang dilakukan untuk kebaikan warga FELDA selain memecahbelahkan keharmornian di tanah FELDA.Calon PAS pula jangan kuat sangat berkokok...sebab ekor berderai tahi...





#PRKROMPIN TIDAK AKAN ADA TSUNAMI POLITIK MELAYU DI PRK ROMPIN


Tinggal beberapa hari lagi PRK Rompin dan Permatang Pauh sudah kedengaran tsunami Melayu akan berlaku yang digerakkan oleh segelintir pihak."Tsunami penolakan Melayu yang dikatakan akan berlaku ketika dua PRK iaitu di Rompin dan Permatang Pauh adalah merupakan satu perang saraf yang digerakkan pembangkang mengelirukan rakyat.Apa yang penting ialah pengundi BN keluar mengundi di PRK Rompin bagi memastikan kemenangan.."tegas Dato'Seri Hishamuddin Tun Hussein Naib Presiden UMNO.

"Ini semua kemungkinan dirancangkan bagi mengagalkan usaha kerajaan melaksanakan pembangunan dan Pusat Internet 1 Malaysia adalah salah satu contoh bagaimana kerajaan mahu memastikan pembangunan yang dirancang bukan ketika musim pilihanraya tetapi dibuat setahun sebelum PRK Rompin.Jadi apakah sebab akan pengundi mahu menolak kita.

Pusat Internet 1 Malaysia di kg Tekek Pulau Tioman ini merupakan salah satu dari lebih 500 buah yang telah dibina di Malaysia walaupun menelan belanja yang besar berbanding di tempat lain kerana faktor pulau yang agak jauh serta pelbagai prasarana berkaitan telekumunikasi lain yang turut dibina.

Turut hadir di Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia di Kg Tekek Pulau Tioman ialah YB Dato' Seri Shabbery Chik Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia,YB Dato'Shahaniza Shamsuddin,Pengerusi Pembangunan Wanita dan Komunikasi Negeri Pahang dan YB Dato Johari Husin Exco Belia dan Sukan Negeri Pahang yang juga ADUN Pulau Tioman.















#PRKROMPIN INGAT PAS INGAT U TURN..KRIIIK..! ..kRIIIK..!



Kita masih tertanya tanya tentang penyebaran cek yang bernilai 2.5 juta ni,Saja nak tanya sebagaimana yang Tun M tanya..apakah merupakan satu kesalahan bertanya tetapi sejuta persoalan yang timbul jika tidak dijawab dan sehingga sekarang tiada penafian.

Jika Tun M bertanya maka akan ramai yang respon seolah olah menuduh .Namun bagi rakyat marhaen seperti kita bertanya bukan menuduh tetapi ianya tetap memerlukan jawapan kerana bukan Tun M sahaja berhak bertanya dan mahukan jawapan.

Jika jawapan tak diberikan maka mudahlah rakyat membuat kesimpulan tentang apa saha ja yang ditanya itu merupakan satu kebenaran.Penafian sahaja pun belum cukup kerana alasan orang politik yang paling menuduh pihak lain yang sengaja menimbulkan provokasi.

Jika dilihat pada awalnya bermain tarik tali seolah olah tiada siapa dapat menghalang Ketua Dewan Pemuda PAS dan PAS Permatang Pauh itu sendiri hanya akan menerima arahan dari Presiden PAS berhubung permintaan agar AMK Keadilan menarik balik segala kenyataan berhubung hudud dan kritikan terhadapa Presiden PAS.

Namun PAS Kawasan Permatang Pauh dan Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh lupa bahawa permainan licik PKR dan DAP mempergunakan PAS untuk terus mendominasi Pakatan Rakyat dan sebagai bahan pencuci najis Pakatan Rakyat ... PAS merelakan diri.PAS P.Pinang mula mula membuat U turn dan dikuti pula DPP Permatang Pauh yang ternyata tidak mampu menongkah arus bila telinga mereka mudah sahaja ditarik dikhalayak ramai.

Mungkin calon PAS PRK Rompin merasakan ianya tidak ada kena mengena dengan mereka tetapi harus diingat sebarang perkembangan politik tidak sahaja berdasarkan sentimen setempat tetapi di isu di peringkat nasional seperti penyebaran cek bernilai RM 2.5 juta ini mengajar supaya PAS jangan mengajar anak berjalan lurus kerana PAS sendiri seperti ibu ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan lurus...sampai disuatu ketika buat U turn...

Masa buat keputusan memboikot PRK Permatang Pauh tanpa segan silu buat sidang media tetapi bila ditanya perihal cek RM 2.5 juta kenapa masih tak panggil wartawan untuk membuat penafian..?

Tuesday, 28 April 2015

#PRKRompin SUARA DPP P.PINANG PUN MASUK BAKUL SAMPAH..KEMANA SUARA RAKYAT ROMPIN,,?


Sekalipun PAS Permatang Pauh telah membuat U turn berikutan isu memboikot PRK Permatang Pauh tetapi tidak bagi DPP Permatang Pauh yang tetap berpegang kepada keputusan DPP Pulau Pinang yang akan memboikot PRK Permatang Pauh.Kenapa perlu sibuk denga PRK Permatang Pauh dengan PRK Rompin..?



"Kita tuntut Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang untuk membuat penafian berhubung kenyataan terbuka terhadap PAS dan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) serta hudud..."tegas  Ketua DPP Pulau Piang Mohd Yusni Mohd Piah.


Tetapi sehingga kini masih belum ada pembelaan yang dilakukan oleh Hj Hadi berhubung nasib yang akan menimpa Ketua DPP Pulau Pinang Mohd Yusni Mohd Piah yang akan berhadapan tindakan displin.Apa yang menarik Ketua Pemuda Pas Pusat Suhaizan Kaiat menyokong tindakan diambil terhadap Mohd Husni.

Jika beginilah cara bagaimana PAS menguruskan suara akar umbi yang terdiri dari ahli partinya sendiri,..bagaimanakah pengundi Rompin mahu mempertaruhkan nasib mereka bakal terbela sedangkan Mohd Husni selaku ketua yang mewakili hasrat akar umbi mahu membela presiden parti di bakul sampahkan.

Parti jenis apakah ini ..Presiden tiada pengaruh dan membela orang yang menyokongnya.Presiden tidak ada kuasa menentukan kerjasama politik atau mungkin kerandut Prsiden dalam genggaman Pro Pakatan..bisa dicabut dan direntap pada bila-bila masa.Perjuangan parti kononnya mahukan pemerintahan Islam seperti Hudud dimainkan di Rompin tetapi terpaksa di bekukan dalam peti ais sewaktu kempen PRK Permatang Pauh memuncak.

Dua PRK yang sama tetapi hudud hanya di Rompin..tak sentuh langsung di Permatang Pauh kerana tunduk kepada tekanan DAP dan PKR.Apakah boleh diharap sebuah parti PAS mentadbir negara jika masih dibawah kelangkang DAP dan PKR..perlu di saat ghairahkan kuasa sahaja.

#PRKROMPIN APA DIHARAP PADA MP PAS YANG SERING PONTENG MESYUARAT PARLIMEN


Ibarat kata pepatah makan jangan sebarang makan nanti tercirit di tengah jalan..cakap jangan sebarang cakap nanti kena saman begitu juga halnya dalam kita memilih pemimpin yang mewakili pengundi Rompin di Parlimen.Sebenarnya Rompin bumi bertuah kerana diwakili mantan MP Rompin Dr Tan Sri Jamaludin Jarjis yang begitu komited membawa kemajuan ,kemakmuran ekonomi dan sosial di daerah Rompin.Adalah sesuatu yang malang jika tiada kesinambungan itu terhenti di PRK Rompin dengan memilih calon PAS .

Dari segi logiknya sekalipun PAS membuat kejutan pada PRK Rompin ini ianya tidak memberikan apa apa makna kepada kedudukan BN yang masih menguasai Parlimen.Alasan yang diberikan ialah soal tuntutan demokrasi dan signal bantahan rakyat terhadap dasar dasar kerajaan yang dikatakan kononnya menzalimi rakyat.

Rakyat di Rompin perlulah memikirkan bahawa suara mereka perlu diterjemahkan dalam bentuk undian dan desakan pembangkang sahaja tidak cukup untuk mengubah sesuatu dasar kerajaan.Pada masa yang sama sudah tentulah sebarang kemudahan yang selama ini dinikmati oleh rakyat di Rompin akan dibekukan kerana mereka memilih pembangkang jadi biarlah pembangkang yang menyelesaikan masalah mereka.

Berbalik kepada kehadiran wakil rakyat pembangkang sebenarnya amat mengecewakan.Mereka hanya berstatus Ahli Parlimen dan bukannya mempunya jawatan menteri yang pastinya perlu juga komited kepada kementerian yang dikepalai.Persidangan Parlimen tidak bermakna segala urusan Kementerian tidak berjalan,ketidakhadiran menteri mmempunyai tugasan rasmi bukan alasan

Bagaimana pula dengan Ahli Parlimen Pembangkang yang diberi gaji dan elaun tetapi tidak hadir jelas mengkhianti amanah yang diberikan.Berbahas berdegar degar sahaja hingga hingar bingar ruang  perbahasan Parlimen tidak memadai tetapi mesti diterjemahkan melalui undi dengan pengundian yang dijalankan bagi meluluskan sesuatu undang undang dan usul yang dibawa ke Parlimen.Ini menunjukkan sikap konsisten kepada prinsip melalui kata kata dan tindakan bukan sewaktu bersidang dan pengundian di Parlimen mereka ponteng.


Mencanangkan kehidupan rakyat dicengkam derita tetapi bilamana kerajaan menaikkan gaji dan elaun ahli Parlimen,tiada pula bantahan..senyap sunyi umpama bilik pengantin dimalam pertama di rumah mertua.Hanya rengekan kecil dan keasyikan.Rakyat diluar sana peduli apa...hipokrit ada dimana mana.

Jangankan Mesyuarat Persidangan Parlimen,mesyuarat sesama gabungan Pakatan Rakyat juga ponteng.Malang sungguh mempunyai kepimpinan parti yang tidak peka kepada permuafakatan ataupun lebih Islamik berbahasa Arab..tahaluf siasi.
Jika Presiden PAS kencing berdiri  makan MP PAS kencing berlarilah...mana mungkin ketam ingi mengajar anaknya berjalan lurus..apa diharap MP PAS mewakili Rompin jika begini kisahnya.






#PRKROMPIN IDEOLOGI KOMUNISME DAN PAS YANG SAMA TAPI TAK SERUPA


Bilamana musim pilihanraya berbagai persoalan yang ditimbulkan dan jawapan yang diberikan.Antara yang menarik tetapi sering diulang ulang siar dan adakala lebih kerap dari tayangan Astro.Kempen pilihanraya kelazimannya berkisar tentang janji dan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sekiranya diberi mandat semula mewakili penduduk daerah Rompin di Parlimen.

BN : Jika calon BN dipilih sebagai wakil rakyat Parlimen Rompin maka pelbagai bentuk kemudahan dan pembangunan dapat diberikan kepada warga Rompin selain kestabilan politik yang dapat menjamin kemakmuran ekonomi dan sosial

PAS : Itu memang sudah menjadi tanggungjawab mana mana kerjaan persekutuan untuk membantu pengundi.Negara komunis juga melakukan perkara yang sama kepada rakyatnya dengan memberikan kemudahan dan pembangunan

Ianya jawapan yang cukup mudah dengan membuat persamaan tanggungjawab kerajaan dalam menyediakan segala kemudahan asas rakyat seterusnya pembangunan namun langsung tidak mengambil kira elemen lain selain dari itu.apakah makna negara komunis,kapitalis,sosialis atau demokrasi tidak lagi menjadi sndaran jawapan.Otak yang jumud kepada jawapan yang ringkas dan mudah tanpa membezakan erti memperlihatkan kebodohan peringkat tertinggi pengikut parti pembangkang di Malaysia.

Mari kita lihat sebuah kerajaan Demokrasi Berparlimen dengan sebuah Negara Komunis dengan Korea Utara sebagai contoh.Jika jawapannya ya..kepada tanggungjawab kerajaan kepada menyediakan segala keperluan asas tetapi bagaimanakah kaitannya dengan hal hal yang selain dari tanggungjawab.Adakah persamaan antara demokrasi di Malaysia dan Komunis di Korea Utara.


10 AKTIVITI TERLARANG DI KOREA UTARA


Korea Utara, apa yang kita tahu mengenai negara ini? Secara basic, kita tahu negara ini milik komunis. Sehinggakan Google Maps nak memeta negara ini pun tidak dibenarkan. Punyalah 'terlarang' Korea Utara ni kan?

Tak nak cakap baca, jom kita baca 10 aktiviti harian yang terlarang di negara ini.

1. Menonton Televisyen

Rakyat Korea Utara dilarang menonton rancangan atau program televisyen luar kecuali rancangan/program propaganda negara itu sendiri.

Dalam 2 tahun yang lalu, pihak berkuasa Korea Utara telah melaksanakan hukuman mati di tempat awam terhadap 130 rakyatnya kerana didapati menonton rancangan/program televisyen Korea Selatan.


2. Mengamalkan Ajaran Agama

Golongan Atheist Korea Utara mempunyai kebebasan untuk mempercayai apa saja amalan kepercayaan agama.

Namun pada tahun 2013, 80 penganut agama Kristian menjalani hukuman mati di stadium hanya kerana memiliki 'bible'.

3. Minum Minuman Alkohol

Rakyat Korea Utara hanya boleh minum minuman alkohol pada hari perayaan saja. Jika pelajar didapati berbuat demikian, mereka akan disoal-siasat.

Pada tahun 2012, seorang pegawai tentera Korea Utara dibunuh dengan menggunakan mortar hanya kerana minum minuman alkohol ketika tempoh berkabung 100 hari kematian Kim Jong-iL.

4. Memandu

Rakyat di negara itu diharamkan memandu dan bergerak secara bebas di negara sendiri.

5. Bermain Muzik

Kesemua muzik di Korea Utara dikawal ketat oleh kerajaan dan muzik yang dihasilkan mestilah menyanjung rejim komunis.

Mana-mana pihak yang memainkan muzik dari luar negara itu adalah dianggap sebagai jenayah menentang negara itu dan akan dibunuh jika didapati berbuat demikian.

6. Panggilan Antarabangsa

Komunikasi dengan orang di luar Korea Utara akan menyebabkan rakyatnya dihukum bunuh.

2013, seorang warga Korea Utara dibunuh oleh pasukan penembak hanya kerana menghubungi rakannya di Korea Selatan.

7. Bercakap

Mana-mana rakyatnya yang didapati mengkritik atau berbincang mengenai Kerajaan Korea Utara akan dihantar ke kem pendidikan semula dimana mereka akan diajar semula mengenai ideologi, doktrin, serta kebaikan regim komunis.

8. Keluar Dari Negara

Adalah satu kesalahan yang paling besar jika rakyatnya keluar atau meninggalkan negara mereka sendiri.

Jika didapati berbuat demikian, pesalah akan dipaksa pulang untuk menjalani hukuman mati.

9. P0rn0grafi

Menonton atau menjual video lu-cah boleh menyebabkan pesalah dikenakan hukuman mati.

2013, bekas kekasih Kim Jon-Un dihukum bunuh di depan keluarga mangsa hanya kerana membuat rakaman video lucah.

10. Melayari Internet

Penggunaan internet hanya dibenarkan dengan mendapat keizinan dari pihak berkuasa di negara itu. Ini kerana kerajaan Korea Utara bimbang dengan penyebaran propaganda yang akan menyebabkan rakyatnya menentang kerajaan.

Terlalu banyak sebenarnya perbezaannya antara demokrasi berparlimen di Malaysia dan Komunisme di k
Korea Utara.Namun bila mana ada jawapan yang mengatakan persamaan tanggungjawab kerajaan semata mata..jelas menunjukkan jawapan pembangkang cukup mengelirukan dengan menyembunyikan erti sebenar yang saling berhubung kait  bukan sahaja dari segi tanggungjawab kerajaan sebaliknya banyak perkara yang sangat kompleks di dalam sesebuah negara.


Monday, 27 April 2015

#PRKRompin CALON PAS DAKWA PENEROKA TIDAK PANDAI DIDIK ANAK



Keghairahan calon PAS berkempen dan mendapatkan publisiti pada PRK Rompin kali ini bagaikan kacang lupakan kulit.Lupa segala galanya cuma yang terbayang dimata hanyalah undi tanpa menyedari apa yang terpacul dimulut mereka.Walaupun berserban dan berkopiah putih sepanjang masa tetapi tidak menjamin mulut meraka seperti yang kita gambarkan.


Ketika ditemubual oleh  wartawan MStar calon PAS PRK Rompin Nazri Ahmad tanpa segan silu menghina peneroka yang gagal memberikan pendidikan sempurna kepada anak anak meraka yang mendorong kepada gejala sosial yang tidak sihat.


Apakah hak beliau boleh menilai bahawa peneroka tiada berpendidikan tidak memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak anak.Apakah hanya beliau anak peneroka yang berpendidikan..?

Berpuluh ribu sudah anak peneroka yang berjaya dalam pendidikan dengan melanjutkan pelajaran dan ada diantara mereka sebenarnya lebih tinggi pendidikan dan akhlaknya yang tidak pernah mendabik dada dengan segala yang mereka miliki.

Sekalipun peneroka kurang berpendidikan adalah tidak wajar membandingkan peneroka dengan ibu bapa dibandar,Ianya satu penghinaan yang keterlaluan.

Belumpun bergelar wakil rakyat sudah gtunjukkan belang sebenarnya...entah lah jika ditakdirkan menjadi wakil rakyat...peneroka akan menerima penghinaan yang lebih teruk dari ini hanya kerana peneroka dikatakan tiada pendidikan dan gagal mendidik anak-anak.

Seolah olah segala masalah sosial yang terjadi sekarang berpunca dari ibu bapa peneroka yang tidak tahu mendidik anak-anak mereka.


#PRKRompin HIMPUNAN PERDANA SELAMATKAN FELDA DIBATALKAN .? MAT SABU SENTAP..KRIIK...!.KRIKK..!


PAS menerima tamparan hebat kerana kegagalan Himpunan Perdana Selamatkan FELDA2.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) malam semalam.Kemuncak acara Himpunan Perdana Selamatkan FELDA sepatutnya ditutup secara rasminya oleh Naib Presiden PAS Mat Sabu terpaksa dibatalkan di saat saat akhir.


Menurut sumber sumber yang dipercayai pembatalan program Himpunan Perdana Selamatkan FELDA 2.0 adalah akibat timbul rasa tidak puas hati puak PRO Ulama atau PRO  UG yang dikatakan kurang senang apabila upacara tersebut menampilkan Mat Sabu.Calon PAS pada PRK Rompin kali ini adalah penyokong kuat Presiden yang sedang berhempas pulas membersihkan pengaruh  Mat Sabu dan puak yang dikatakan golongan profesional,Anwarinas dan PASMA.


Mereka tidak mahu Mat Sabu menggunakan kesempatan di PRK Rompin untuk melakukan kempen pemilihan PAS yang sedang berlangsung.Akibat daripada itu dikhabarkan berlaku kekecoohan antara Mazlan Aliman dan penyokong pro ulama memaksa ia mungkin dipindahkan di FELDA Selancar 2 yang menerima Mat Sabu untuk melakukan upacara penutupan Himpunan Perdana Selamatkan FELDA 2.0.

Ada bagusnya Himpunan Perdana Selamatkan FELDA 2.0 ini ditukar tajuk menjadi Himpunan Selamatkan Presiden PAS yang semakin tidak mendapat kepercayaan ahli ahli PAS khususnya golongan yang pro pakatan rakyat..

#PRKRompin DITUDUH PECAH AMANAH RM 30 JUTA WANG PENEROKA JADI BARUA PAS BERCERAMAH DI PRK ROMPIN


Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 yang telah di adakan di Felda Keratong kali ini menampilkan seorang hero baru yang cuba diperkenalkan dengan harapan dapat melondehkan dan membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh FGV dihadapan peneroka FELDA.Tapi sayang seribu kali sayang sebagai parti yang dikatakan Islamik dan dikatakan kononnya maksum terlepas pandang dengan menjemput seorang penyamun yang dipecat sebagai CEO KPF Quality Food Sdn Bhd dituduh dimahkamah kerana menyonglap RM 30 juta wang syarikat.


Apakah sudah tidak ada tokoh lain yang boleh dijadikan penceramah semasa PRK Rompin ini dan jelas menunjukkan PAS sudah ketandusan pemimpin.Tangkap muat sahaja,penyamun pun penyamun lah janji boleh dijadikan alat bagi kepentingan politik PAS.

Mungkin sudah ditakdirkan mereka yang selama ini melabel Isa Samad Pengerusi FELDA sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai kerana terlibat dalam politik wang,kini tuduhan itu berpatah balik kepada mereka paling tidak Isa Samad tidak pernah didakwa dan didapati bersalah di mahkamah sedangkan penceramah idola mereka yang berceramah di pentas PAS ketika kempen PRK Rompin sedang menghadapi tuduhan yang amat berat menggelapkan wang syarikat sebanyak RM 30 juta wang peneroka FELDA.

Apakah orang yang dituduh menggelapkan wang peneroka FELDA sebanyak RM 30 juta ini layak bercakap tentang intergriti dan transparency orang lain.Hentikanlah...cerminlah diri sendiri dahulu sebelum menabur fitnah di kawasan tanah rancangan FELDA.

sila klik untuk melihat kebenaran...bukan mendengar orang fasik membawa berita seperti yang sering berkumandang dalam ceramah ceramah PAS






Bagi mereka yang hilang jawatan dan keistimewaan seperti beliau tentunya kekecewaan ini mengundah perasaan marah dan ingin membalas dendam dan menutup malu tetapi seperti kata pepatah melayu bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...