ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Dato Hasan Arifin
Showing posts with label Dato Hasan Arifin. Show all posts
Showing posts with label Dato Hasan Arifin. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

#PRKROMPIN BN KEKALKAN KERUSI ROMPIN KENAPA PERLU SENTAP DENGAN MAJORITI



Calon BN Dato Hasan Arifin telah diumumkan sebagai Ahli Parlimen Rompin setelah menewaskan pencabarnya dari parti PAS Nazri Ahmad.


Pertandingan dua penjuru ini menyaksikan Dato'Hasan Arifin yang memperolehi 23,796 undi manakala calon PAS Nazri Ahmad memperolehi 14,901 undi bermakna BN menang dengan maoriti 8,895 undi.

Sudah menjadi amalan demokrasi kemenangan dikira walaupun mengatasi dengan satu undi.Seperti biasa sudah ada kedengaran tentang majoriti yang dikatakan menurun hampir separuh iaitu 15,114 pada PRU 13 sementara pada PRK kali ini BN memperolehi 8,895 undi.

Perlu diingat tentang peratusan yang keluar mengundi kali ini menurun sekitar 73% berbanding 86% pada PRU13.Jika dilihat dari segi undi yang diterima PAS sebenarnya mereka merosot  25 undi  kerana pada PRK ini PAS mendapat 14,901 manakala pada PRU 13 PAS mendapat 14,926.

Kesimpulan yang cukup mudah dan tidak perlu memeningkan kepala ialah BN sebenarnya mempunyai hampir 6,000 undi pengundi luar yang tidak pulang mengundi pada PRK Rompin kali ini yang diadakan pada waktu hari bekerja.Jumlah 45,800 orang pengundi jika ditolak dengan 39,288 termasuk undi rosak 591 sekitar 6,000 undi kemerosotan memang datang dari pengundi luar yang tidak pulang mengundi yg jatuh pada hari bekerja.






Pilihanraya Umum P091 : 2013

Jumlah Undi : 46,035
Undi Rosak : 883

BN : 30,040
PAS : 14,926

Majoriti : 15,114

_____________________

Pilihanraya Kecil P091 : 2015

Jumlah Pengundi : 53,294

Jumlah Undi :
Undi Rosak : 591

BN : 23,796
PAS : 14,901

Majoriti : 8,895-

Friday, 1 May 2015

#PRKROMPIN INGAT PAS INGAT U TURN..KRIIIK..! ..kRIIIK..!



Kita masih tertanya tanya tentang penyebaran cek yang bernilai 2.5 juta ni,Saja nak tanya sebagaimana yang Tun M tanya..apakah merupakan satu kesalahan bertanya tetapi sejuta persoalan yang timbul jika tidak dijawab dan sehingga sekarang tiada penafian.

Jika Tun M bertanya maka akan ramai yang respon seolah olah menuduh .Namun bagi rakyat marhaen seperti kita bertanya bukan menuduh tetapi ianya tetap memerlukan jawapan kerana bukan Tun M sahaja berhak bertanya dan mahukan jawapan.

Jika jawapan tak diberikan maka mudahlah rakyat membuat kesimpulan tentang apa saha ja yang ditanya itu merupakan satu kebenaran.Penafian sahaja pun belum cukup kerana alasan orang politik yang paling menuduh pihak lain yang sengaja menimbulkan provokasi.

Jika dilihat pada awalnya bermain tarik tali seolah olah tiada siapa dapat menghalang Ketua Dewan Pemuda PAS dan PAS Permatang Pauh itu sendiri hanya akan menerima arahan dari Presiden PAS berhubung permintaan agar AMK Keadilan menarik balik segala kenyataan berhubung hudud dan kritikan terhadapa Presiden PAS.

Namun PAS Kawasan Permatang Pauh dan Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh lupa bahawa permainan licik PKR dan DAP mempergunakan PAS untuk terus mendominasi Pakatan Rakyat dan sebagai bahan pencuci najis Pakatan Rakyat ... PAS merelakan diri.PAS P.Pinang mula mula membuat U turn dan dikuti pula DPP Permatang Pauh yang ternyata tidak mampu menongkah arus bila telinga mereka mudah sahaja ditarik dikhalayak ramai.

Mungkin calon PAS PRK Rompin merasakan ianya tidak ada kena mengena dengan mereka tetapi harus diingat sebarang perkembangan politik tidak sahaja berdasarkan sentimen setempat tetapi di isu di peringkat nasional seperti penyebaran cek bernilai RM 2.5 juta ini mengajar supaya PAS jangan mengajar anak berjalan lurus kerana PAS sendiri seperti ibu ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan lurus...sampai disuatu ketika buat U turn...

Masa buat keputusan memboikot PRK Permatang Pauh tanpa segan silu buat sidang media tetapi bila ditanya perihal cek RM 2.5 juta kenapa masih tak panggil wartawan untuk membuat penafian..?

Tuesday, 28 April 2015

#PRKRompin SUARA DPP P.PINANG PUN MASUK BAKUL SAMPAH..KEMANA SUARA RAKYAT ROMPIN,,?


Sekalipun PAS Permatang Pauh telah membuat U turn berikutan isu memboikot PRK Permatang Pauh tetapi tidak bagi DPP Permatang Pauh yang tetap berpegang kepada keputusan DPP Pulau Pinang yang akan memboikot PRK Permatang Pauh.Kenapa perlu sibuk denga PRK Permatang Pauh dengan PRK Rompin..?



"Kita tuntut Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang untuk membuat penafian berhubung kenyataan terbuka terhadap PAS dan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) serta hudud..."tegas  Ketua DPP Pulau Piang Mohd Yusni Mohd Piah.


Tetapi sehingga kini masih belum ada pembelaan yang dilakukan oleh Hj Hadi berhubung nasib yang akan menimpa Ketua DPP Pulau Pinang Mohd Yusni Mohd Piah yang akan berhadapan tindakan displin.Apa yang menarik Ketua Pemuda Pas Pusat Suhaizan Kaiat menyokong tindakan diambil terhadap Mohd Husni.

Jika beginilah cara bagaimana PAS menguruskan suara akar umbi yang terdiri dari ahli partinya sendiri,..bagaimanakah pengundi Rompin mahu mempertaruhkan nasib mereka bakal terbela sedangkan Mohd Husni selaku ketua yang mewakili hasrat akar umbi mahu membela presiden parti di bakul sampahkan.

Parti jenis apakah ini ..Presiden tiada pengaruh dan membela orang yang menyokongnya.Presiden tidak ada kuasa menentukan kerjasama politik atau mungkin kerandut Prsiden dalam genggaman Pro Pakatan..bisa dicabut dan direntap pada bila-bila masa.Perjuangan parti kononnya mahukan pemerintahan Islam seperti Hudud dimainkan di Rompin tetapi terpaksa di bekukan dalam peti ais sewaktu kempen PRK Permatang Pauh memuncak.

Dua PRK yang sama tetapi hudud hanya di Rompin..tak sentuh langsung di Permatang Pauh kerana tunduk kepada tekanan DAP dan PKR.Apakah boleh diharap sebuah parti PAS mentadbir negara jika masih dibawah kelangkang DAP dan PKR..perlu di saat ghairahkan kuasa sahaja.

#PRKROMPIN APA DIHARAP PADA MP PAS YANG SERING PONTENG MESYUARAT PARLIMEN


Ibarat kata pepatah makan jangan sebarang makan nanti tercirit di tengah jalan..cakap jangan sebarang cakap nanti kena saman begitu juga halnya dalam kita memilih pemimpin yang mewakili pengundi Rompin di Parlimen.Sebenarnya Rompin bumi bertuah kerana diwakili mantan MP Rompin Dr Tan Sri Jamaludin Jarjis yang begitu komited membawa kemajuan ,kemakmuran ekonomi dan sosial di daerah Rompin.Adalah sesuatu yang malang jika tiada kesinambungan itu terhenti di PRK Rompin dengan memilih calon PAS .

Dari segi logiknya sekalipun PAS membuat kejutan pada PRK Rompin ini ianya tidak memberikan apa apa makna kepada kedudukan BN yang masih menguasai Parlimen.Alasan yang diberikan ialah soal tuntutan demokrasi dan signal bantahan rakyat terhadap dasar dasar kerajaan yang dikatakan kononnya menzalimi rakyat.

Rakyat di Rompin perlulah memikirkan bahawa suara mereka perlu diterjemahkan dalam bentuk undian dan desakan pembangkang sahaja tidak cukup untuk mengubah sesuatu dasar kerajaan.Pada masa yang sama sudah tentulah sebarang kemudahan yang selama ini dinikmati oleh rakyat di Rompin akan dibekukan kerana mereka memilih pembangkang jadi biarlah pembangkang yang menyelesaikan masalah mereka.

Berbalik kepada kehadiran wakil rakyat pembangkang sebenarnya amat mengecewakan.Mereka hanya berstatus Ahli Parlimen dan bukannya mempunya jawatan menteri yang pastinya perlu juga komited kepada kementerian yang dikepalai.Persidangan Parlimen tidak bermakna segala urusan Kementerian tidak berjalan,ketidakhadiran menteri mmempunyai tugasan rasmi bukan alasan

Bagaimana pula dengan Ahli Parlimen Pembangkang yang diberi gaji dan elaun tetapi tidak hadir jelas mengkhianti amanah yang diberikan.Berbahas berdegar degar sahaja hingga hingar bingar ruang  perbahasan Parlimen tidak memadai tetapi mesti diterjemahkan melalui undi dengan pengundian yang dijalankan bagi meluluskan sesuatu undang undang dan usul yang dibawa ke Parlimen.Ini menunjukkan sikap konsisten kepada prinsip melalui kata kata dan tindakan bukan sewaktu bersidang dan pengundian di Parlimen mereka ponteng.


Mencanangkan kehidupan rakyat dicengkam derita tetapi bilamana kerajaan menaikkan gaji dan elaun ahli Parlimen,tiada pula bantahan..senyap sunyi umpama bilik pengantin dimalam pertama di rumah mertua.Hanya rengekan kecil dan keasyikan.Rakyat diluar sana peduli apa...hipokrit ada dimana mana.

Jangankan Mesyuarat Persidangan Parlimen,mesyuarat sesama gabungan Pakatan Rakyat juga ponteng.Malang sungguh mempunyai kepimpinan parti yang tidak peka kepada permuafakatan ataupun lebih Islamik berbahasa Arab..tahaluf siasi.
Jika Presiden PAS kencing berdiri  makan MP PAS kencing berlarilah...mana mungkin ketam ingi mengajar anaknya berjalan lurus..apa diharap MP PAS mewakili Rompin jika begini kisahnya.






#PRKROMPIN IDEOLOGI KOMUNISME DAN PAS YANG SAMA TAPI TAK SERUPA


Bilamana musim pilihanraya berbagai persoalan yang ditimbulkan dan jawapan yang diberikan.Antara yang menarik tetapi sering diulang ulang siar dan adakala lebih kerap dari tayangan Astro.Kempen pilihanraya kelazimannya berkisar tentang janji dan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sekiranya diberi mandat semula mewakili penduduk daerah Rompin di Parlimen.

BN : Jika calon BN dipilih sebagai wakil rakyat Parlimen Rompin maka pelbagai bentuk kemudahan dan pembangunan dapat diberikan kepada warga Rompin selain kestabilan politik yang dapat menjamin kemakmuran ekonomi dan sosial

PAS : Itu memang sudah menjadi tanggungjawab mana mana kerjaan persekutuan untuk membantu pengundi.Negara komunis juga melakukan perkara yang sama kepada rakyatnya dengan memberikan kemudahan dan pembangunan

Ianya jawapan yang cukup mudah dengan membuat persamaan tanggungjawab kerajaan dalam menyediakan segala kemudahan asas rakyat seterusnya pembangunan namun langsung tidak mengambil kira elemen lain selain dari itu.apakah makna negara komunis,kapitalis,sosialis atau demokrasi tidak lagi menjadi sndaran jawapan.Otak yang jumud kepada jawapan yang ringkas dan mudah tanpa membezakan erti memperlihatkan kebodohan peringkat tertinggi pengikut parti pembangkang di Malaysia.

Mari kita lihat sebuah kerajaan Demokrasi Berparlimen dengan sebuah Negara Komunis dengan Korea Utara sebagai contoh.Jika jawapannya ya..kepada tanggungjawab kerajaan kepada menyediakan segala keperluan asas tetapi bagaimanakah kaitannya dengan hal hal yang selain dari tanggungjawab.Adakah persamaan antara demokrasi di Malaysia dan Komunis di Korea Utara.


10 AKTIVITI TERLARANG DI KOREA UTARA


Korea Utara, apa yang kita tahu mengenai negara ini? Secara basic, kita tahu negara ini milik komunis. Sehinggakan Google Maps nak memeta negara ini pun tidak dibenarkan. Punyalah 'terlarang' Korea Utara ni kan?

Tak nak cakap baca, jom kita baca 10 aktiviti harian yang terlarang di negara ini.

1. Menonton Televisyen

Rakyat Korea Utara dilarang menonton rancangan atau program televisyen luar kecuali rancangan/program propaganda negara itu sendiri.

Dalam 2 tahun yang lalu, pihak berkuasa Korea Utara telah melaksanakan hukuman mati di tempat awam terhadap 130 rakyatnya kerana didapati menonton rancangan/program televisyen Korea Selatan.


2. Mengamalkan Ajaran Agama

Golongan Atheist Korea Utara mempunyai kebebasan untuk mempercayai apa saja amalan kepercayaan agama.

Namun pada tahun 2013, 80 penganut agama Kristian menjalani hukuman mati di stadium hanya kerana memiliki 'bible'.

3. Minum Minuman Alkohol

Rakyat Korea Utara hanya boleh minum minuman alkohol pada hari perayaan saja. Jika pelajar didapati berbuat demikian, mereka akan disoal-siasat.

Pada tahun 2012, seorang pegawai tentera Korea Utara dibunuh dengan menggunakan mortar hanya kerana minum minuman alkohol ketika tempoh berkabung 100 hari kematian Kim Jong-iL.

4. Memandu

Rakyat di negara itu diharamkan memandu dan bergerak secara bebas di negara sendiri.

5. Bermain Muzik

Kesemua muzik di Korea Utara dikawal ketat oleh kerajaan dan muzik yang dihasilkan mestilah menyanjung rejim komunis.

Mana-mana pihak yang memainkan muzik dari luar negara itu adalah dianggap sebagai jenayah menentang negara itu dan akan dibunuh jika didapati berbuat demikian.

6. Panggilan Antarabangsa

Komunikasi dengan orang di luar Korea Utara akan menyebabkan rakyatnya dihukum bunuh.

2013, seorang warga Korea Utara dibunuh oleh pasukan penembak hanya kerana menghubungi rakannya di Korea Selatan.

7. Bercakap

Mana-mana rakyatnya yang didapati mengkritik atau berbincang mengenai Kerajaan Korea Utara akan dihantar ke kem pendidikan semula dimana mereka akan diajar semula mengenai ideologi, doktrin, serta kebaikan regim komunis.

8. Keluar Dari Negara

Adalah satu kesalahan yang paling besar jika rakyatnya keluar atau meninggalkan negara mereka sendiri.

Jika didapati berbuat demikian, pesalah akan dipaksa pulang untuk menjalani hukuman mati.

9. P0rn0grafi

Menonton atau menjual video lu-cah boleh menyebabkan pesalah dikenakan hukuman mati.

2013, bekas kekasih Kim Jon-Un dihukum bunuh di depan keluarga mangsa hanya kerana membuat rakaman video lucah.

10. Melayari Internet

Penggunaan internet hanya dibenarkan dengan mendapat keizinan dari pihak berkuasa di negara itu. Ini kerana kerajaan Korea Utara bimbang dengan penyebaran propaganda yang akan menyebabkan rakyatnya menentang kerajaan.

Terlalu banyak sebenarnya perbezaannya antara demokrasi berparlimen di Malaysia dan Komunisme di k
Korea Utara.Namun bila mana ada jawapan yang mengatakan persamaan tanggungjawab kerajaan semata mata..jelas menunjukkan jawapan pembangkang cukup mengelirukan dengan menyembunyikan erti sebenar yang saling berhubung kait  bukan sahaja dari segi tanggungjawab kerajaan sebaliknya banyak perkara yang sangat kompleks di dalam sesebuah negara.


Monday, 27 April 2015

#PRKRompin CALON PAS DAKWA PENEROKA TIDAK PANDAI DIDIK ANAK



Keghairahan calon PAS berkempen dan mendapatkan publisiti pada PRK Rompin kali ini bagaikan kacang lupakan kulit.Lupa segala galanya cuma yang terbayang dimata hanyalah undi tanpa menyedari apa yang terpacul dimulut mereka.Walaupun berserban dan berkopiah putih sepanjang masa tetapi tidak menjamin mulut meraka seperti yang kita gambarkan.


Ketika ditemubual oleh  wartawan MStar calon PAS PRK Rompin Nazri Ahmad tanpa segan silu menghina peneroka yang gagal memberikan pendidikan sempurna kepada anak anak meraka yang mendorong kepada gejala sosial yang tidak sihat.


Apakah hak beliau boleh menilai bahawa peneroka tiada berpendidikan tidak memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak anak.Apakah hanya beliau anak peneroka yang berpendidikan..?

Berpuluh ribu sudah anak peneroka yang berjaya dalam pendidikan dengan melanjutkan pelajaran dan ada diantara mereka sebenarnya lebih tinggi pendidikan dan akhlaknya yang tidak pernah mendabik dada dengan segala yang mereka miliki.

Sekalipun peneroka kurang berpendidikan adalah tidak wajar membandingkan peneroka dengan ibu bapa dibandar,Ianya satu penghinaan yang keterlaluan.

Belumpun bergelar wakil rakyat sudah gtunjukkan belang sebenarnya...entah lah jika ditakdirkan menjadi wakil rakyat...peneroka akan menerima penghinaan yang lebih teruk dari ini hanya kerana peneroka dikatakan tiada pendidikan dan gagal mendidik anak-anak.

Seolah olah segala masalah sosial yang terjadi sekarang berpunca dari ibu bapa peneroka yang tidak tahu mendidik anak-anak mereka.


Sunday, 26 April 2015

#PRKRompin : PAKATAN RAKYAT BAKAL DIHARAMKAN OLEH EKTRIMIS PAS


Kemelut Pakatan Rakyat makin sukar diselamatkan lagi walaupun sering diberitakan ianya hanyalah kocak air di dalam cawan.Cuma nama sahaja Pakatan Rakyat tetapi itu hanyalah pakatan politik menumbangkan UMNO tapi perbezaan ideologi jelas menunjukkan yang akhirnya akan membawa perpecahan terutama jika selepas keputusan PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh berpihak kepada BN maka hampir pasti Pakatan Rakyat berkubur.

Ianya bukan andaian tetapi keluar dari bebrapa pemimpin utama Pakatan Rakyat mutakhir ini.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP dipetik berkata :

"Sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita bersedia untuk mengakuinya atau tidak, kita tidak boleh mengabaikan implikasi pilihan raya kecil ini," katanya.

Pakatan lemah berikutan krisis hudud

Lim berkata Pakatan adalah lemah sekarang berbanding pada tahun 2013.

Lebih-lebih lagi selepas DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memfailkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ini mendorong PAS Kawasan Permatang Pauh mengancam untuk memboikot, dengan menuntut Wan Azizah memohon maaf kerana tidak menyokong tindakan Hadi itu.sila klik

Khalid Samad AJK PAS Pusat MP Shah Alam dipetik berkata :

Ahli jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mengulangi amarannya terhadap unsur-unsur "ekstrim" dalam PAS yang menjadi ancaman kepada gabungan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, sekiranya sikap seperti ini diberikan mandat di peringkat PAS Pusat, maka mungkin akan difatwakan bahawa “PAS haram bersama Pakatan kerana Pakatan tolak hudud”

"...Sepertimana difatwakan “haram mengundi orang yang tolak hudud”," tulis Khalid dalam blognya malam tadi.

Khalid merujuk kepada satu kenyataan seorang pemimpin PAS Permatang Pauh baru-baru ini bahawa haram dan berdosa mengundi mereka yang menolak hudud.silaklik

Omar Hasan YDP PAS Permatang Pauh dipetik sebagai berkata :

PAS Permatang Pauh membuat keputusan untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju" dengan pendirian yang diambil oleh PKR berhubung isu hudud selepas mengadakan pertemuan pertemuan dengan pimpinan PKR dan PAS Isnin lalu.

Yang Dipertuanya Omar Hassan berkata pihaknya mendengar penjelasan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Azmin Ali mengenai isu yang berbangkit termasuk hudud dalam pertemuan itu.

"Bersetuju untuk tak bersetuju bahawa pimpinan PKR sebagai orang Islam, tidak boleh menolak hudud," katanya kepada pemberita di Dewan Haji Yusof Ar-Rawa, Permatang Pauh malam tadi.

"Selepas mendengar semua penjelasan dari Azmin (Ali) dan Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) tentang isu yang berkobar pada masa kini dengan begitu teliti dan harmoni, maka kami pun setuju. Kami setuju untuk tidak setuju.sila klik

PAS akan terperangkap kali ini dengan isu hudud.Menggunakan isu hudud untuk mendapatkan undi Melayu Islam tetapi terpaksa menggugurkannya ketika menyertai Pakatan Rakyat dengan harapan dapat menyenangkan hati PKR dan DAP tetapi malangnya bila sahaja tindakan PAS membawa RUU persendirian ke Parlimen tanpa merujuk kepada Pakatan Rakyat ianya menimbulkan kemarahan DAP dan PKR.

Riuh rendah dalam ceramah PAS kononnya Karpal Singh yang bukan Islam lebih faham hudud tetapi selepas melangkah mayat Karpal Singh sekalipun PAS masih gagal memberikan kefahaman tentang hudud.

Apakah mereka yang bukan Islam lebih memahami hudud berbanding orang Melayu yang telah terpancut lahir di Malaysia sebagai Islam sendiri pun masih gagal memahami perjuangan hudud PAS yang telah diperjuangkan semenjak merdeka .

Bagaimanakah Pakatan Rakyat mampu memerintah negara Malaysia yang tercinta kerana asyik bercakaran sesama sendiri apatah lagi ketiadaan Anwar menjadikan keadaan bertambah buruk.Entah siapa yang sebenarnya mengetuai Pakatan Rakyat?Siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri jika  Pakatan Rakyat memerintah jika soal begini masih tiada kesepakatan? 

Keamanan dan kestabilan nampak seperti slogan yang tidak menarik di dengar tetapi banyak hikmah untuk dinikmati.Apakah perlunya perubahan pemerintahan itu dilakukan bukan semudah yang disangka tanpa penilaian waras.Adakah kita lihat bagaimana konflik di Timur Tengah yang bergolak hanya kerana mahu menentukan siapakah lebih Islam? Adakah kita mahu melihat kehijauan dan kedamaian yang dinikmati kini bertukar bertukar menjadi padang jarak padang terkukur hanya kerana fahaman politik ektrimis agama yang semakin membarah dalam masyarakat kini?

Jangan hanya terpaksa membayar top up RM 10.60 kita sudah terpekik terlolong mendakwa kezaliman.Percayalah harga kedamaian ini dibawah pemerintahan Barisan Nasional jauh lebih bernilai dari jumlah nilai top up yang kita bayar.


#PRKRompin DAERAH ROMPIN PALING RAMAI PENERIMA BIASISWA YAYASAN PAHANG


Menyedari betapa pentingnya pendidikan Kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang telah menyalurkan sebanyak RM470,00.00 bagi tahun 2015 kepada 784 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 4 daripada 22 buah sekolah di dalam daerah Rompin .Manakala 46 orang menerima hadiah cemerlang SPM,SMA dan STPM.

Y.A.B  Dato'Seri Di Raja Hj Adnan bin Hj Yaakob menyampaikan biasiwa Sekolah Menengah (BSM) dan Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC) Daerah Rompin di SMK Sg Puteri Rompin pada 26.4.2015.


Mereka adalah sebahagian daripada 900,000 orang pelajar yang mendapat manafaat yang menelan perbelanjaan sebanyak hampir 1,000 juta Yayasan Pahang yang membantu khususnya dalam bidang pendidikan bagi melihat anak-anak Pahang berjaya dalam pelajaran seterusnya memberiakn bakti mereka kepada negara bila berjaya kelak.

Isu yang mengatakan kerajaan zalim dan sebagainya amatlah dikesali kerana pemberian biasiswa dan bantuan pendidikan yang diberikan tidak mengira fahaman politik samada PAS PKR dan DAP tidak terkecuali menerima bantuan asalkan layak dalam ertikata mempunyai pencapaian baik dalam pelajaran dan dari kalangan golongan bukan berada.

Pengundi di Rompin perlu sedar bahawa kerajaan BN tidak akan menzalimi rakyatnya dan dalam kontek negeri Pahang khususnya Rompin perlulah bersyukur dan menzahirkannya dengan memberikan undi mereka kepada calon BN Nasional Dato Hasan Arifin bagi mnereuskan usaha membantu rakyat di Parlimen Rompin mendapat pembelaan sewajarnya.

PAS hanya unpama burung kakak tua yang hanya tahu berkata kata,Sebagai sebuah parti politik yang telah lama bertapak di Malaysia dan menjadi juara kononnya ingin membina sahsiah insan  tidak mampu menyediakan apa apa pun selama ini.Hanya bertaraf tadika PASTI sahaja tetapi masih mengenakan bayaran dalam pada masa yang sama memperjuangkan isu pendidikan percuma.



Saturday, 25 April 2015

#PRKRompin MADU ATAU RACUN PART 2



Mengikut teori, barangan yang sudah mengenakan cukai SST sebelum ini tidak seharusnya dinaikkan harganya. Ini kerana cukai SST 10%-16% akan digantikan dengan GST 6%.Jika ada barangan yang boleh naik, ia adalah barangan dan servis yang sebelum ini tidak mengenakan cukai SST.

Itupun, kenaikan tersebut tidaklah sampai 6% kerana ada komponen kos barangan tersebut yang tidak semestinya naik.Tetapi sebagaimana yang kita tahu, sebilangan besar peniaga Malaysia adalah peniaga yang begitu cekap dari segi mengira kos mereka.

Sebab itu apabila harga minyak naik 5 sen sekalipun, harga barangan mereka akan naik dalam masa satu malam.Malangnya kecekapan ini tidak terjadi apabila harga minyak turun berpuluh sen.

Oleh yang demikian- kita tahu, di akhirnya peniagalah yang menentukan perlaksanaan GST. Baik buruk imej kerajaan bergantung bagaimana peniaga memahami dan melaksanakan cukai ini.

Malangnya- kerajaan terlalu bersangka baik dengan peniaga-peniaga di Malaysia. Walaupun kebanyakannya adalah peniaga yang jujur, ramai juga yang 'opportunis'/

Sebab itu kerajaan tidak sepatutnya memberikan gambaran ‘semuanya indah’ dengan pengenalan GST. Sebaliknya, mereka perlu memberi amaran kepada orang ramai bahawa terdapat kemungkinan harga barang akan naik.

Jika kerajaan sedikit licik, mereka boleh sahaja ‘play the victim card’ dengan mengalihkan amarah rakyat kepada peniaga yang mengambil kesempatan.

Dalam hal ini, tidak ada salahnya jika mereka belajar daripada Pakatan Rakyat yang melaksanakan polisi tidak popular dengan menyalahkan kerajaan persekutuan.

Hakikat bahawa kerajaan Selangor dan Penang yang cukup gemar menjual tanah negeri atas alasan dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan membuktikan kelicikan mereka.

Ini sememangnya strategi yang ‘low-class’ tetapi kerajaan juga tidak mendapat nasihat yang bijak. Jadi apa salahnya menjadi ‘low-class’ jika tidak mampu menjadi ‘high-class’?

Berbalik kepada GST; kerajaan mempunyai masa selama 18 bulan untuk menyediakan rakyat kepada sebarang kenaikan harga.Kempen yang sepatutnya diguna pakai adalah terdapat barang yang akan naik. Ini adalah barang yang tidak mengenakan cukai SST sebelum ini.

Bagi barangan yang sudah sedia tertakluk dengan SST, sepatutnya harga barang tersebut mestilah turun kerana kadar SST adalah 6-10% yang mana lebih tinggi berbanding dengan GST 6%.

Mengambil kira perangai orang Malaysia yang ‘mudah dan cepat lupa’, tidak ada salahnya jika GST diperkenalkan dengan ‘positioning’ bahawa ia akan menaikkan kos sara hidup.

Sepanjang 18 bulan itulah sepatutnya kerajaan mendedahkan penyelewengan sebilangan syarikat yang menipu memasukkan cukai SST ke dalam harga barangan tetapi tidak disiarkan di dalam resit.

Senarai syarikat-syarikat yang ‘under-declared’ jualan bagi mendapatkan kadar cukai yang rendah juga wajar disiarkan. Ini sekaligus menguatkan alasan mengapa cukai SST perlu dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

Kejatuhan harga minyak yang mendadak sepatutnya menjadi rahmat kepada pengenalan GST.Ini membuka mata kepada rakyat bahawa terdapat peniaga yang memang tidak akan menurunkan harga barangan waima apa yang berlaku sekalipun.

Mereka ini wajar diboikot dan kerajaan boleh menggunakan alasan ini untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk lebih berwaspada apabila GST berkuatkuasa.

Tetapi malangnya, seorang menteri telah terperangkap dengan saranan memboikot barangan sesuatu bangsa.Tindakan perlu diambil bagi peniaga yang melakukan jualan pra-GST. Peniaga yang membuat jualan 'pra-GST' seharusnya dikenakan audit menyeluruh kerana secara terang-terangan memperlekehkan polisi kerajaan.

Mereka ini secara tidak langsung menanamkan benih ke dalam minda orang ramai bahawa kerajaanlah yang menyebabkan harga barangan naik.Adalah lebih cantik jika tindakan ini digerakkan oleh penyokong atau ahli politik parti pemerintah. Ini penting untuk menunjukkan bahawa penyokong kerajaan juga tidak suka barang naik.

Bukankah ahli UMNO sahaja berjumlah 3 juta orang? Di manakah mereka semua?Barisan kabinet juga tampak seperti tidak bekerja dalam pasukan. Pengenalan GST bukanlah tanggungjawab Kementerian Kewangan dan KPDNKK semata-mata.

Ia adalah polisi yang memerlukan kesemua menteri menjawab, bersemuka dan menerangkan kepada orang ramai kerana GST tertakluk bagi kesemua sektor kementerian.Setakat ini,GST seolah-olah dilihat seperti polisi Ahmad Maslan. Adakah ini strategi barisan kabinet? Atau menteri-menteri yang lain risau untuk menjadi lebih tidak popular?

Sebenarnya ada pelbagai lagi cara bagi mendapatkan ‘buy-in’ daripada orang ramai. Kerajaan tidak semestinya melakukan kesemua perkara yang disebutkan di atas.Saya percaya terdapat lebih ramai bijak pandai di luar sana yang boleh memberikan cadangan yang jauh lebih bernas.

Tetapi melihatkan kempen ‘pacak billboard kartun GST’, lagu GST oleh kastam dan mantera ‘harga barang tidak naik’ oleh sesetengah menteri membuktikan kerajaan mempunyai masalah mendapatkan nasihat dan strategi yang tepat.

Bagaimana masih ada yang percaya bahawa kerajaan sekarang begitu licik dalam melakukan konspirasi liwat kepada idola mereka sedangkan polisi sebagus GST ini tidak mampu diatur dan dicatur dengan lancar?

SUMBER


#PRKRompin GST :MADU ATAU RACUN PART 1


GST semakin popular dan menjadi siulan bibir rakyat dimana mana sahaja dari warung nasi lemak dipinggir jalan sehinggalah ke Parlimen,bermula tambak Johor sehinggalah ke Indera Kayangan malah mungkin sampai di kaki gunung Kinabalu.Anak kecil lebih mudah diajar dengan GST berbanding ABC tanpa pelat.Apek tua dari Tongsan di Pekan Kuala Rompin juga begitu lancar menyebut GST,begitu juga mamak dari Kerala sambil memegang mesin kira menghitung harga yang dikenakan kepada pelanggan di pekan Muadzam Shah.

PRK Parlimen Rompin bagaikan menerima taufan Katrina meratakan segala isi alam bumi Rompin lantaran ceritera dongeng yang dibawa PAS kesegenap pelusok dan cerok rantau.Kaum Asli Kedaik melihat GST umpama babi hutan yang harus disumpit bila mendengar khabar dusta pembangkang yang mengambil kesempatan dimusim PRK kali ini.Ceritera GST ini bagai tiada kesudahan sehingga lah hari pembuangan undi.

Namun GST bukanlah sepertimana yang digambarkan,perlaksanaannya baharu sahaja tak sampai sebulan bagaimanapun segala penghakiman telah dibuat berdasarkan persepsi negativ tanpa memberi peluang dan waktu kepada proses transisi.Pasaran masih belum menunjukkan tindakbalas yang meyakinkan di peringkat awal namun sesuatu perkara baru memrlukan masa untuk difahami.Bagi yang berminat untuk membaca,memahami dan menghalusi GST.Tapi jika dah jumud dengan fahaman politik sempit..teruskanlah kerana anda berhak meletakkan diri anda sebaris dengan pemikiran tidak cerdik pembangkang di Malaysia yang membabi buta kayu.

Kos mentadbir dan mengurus negara semakin meningkat. Ianya begitu kerana populasi penduduk yang kian bertambah.Ini enyebabkan kos seperti perubatan, pendidikan, duit pencen dan subsidi juga bertambah.

Dan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia.Di UK misalnya, pelajar antarabangsa sudah dikenakan surcaj perubatan. Ini antara langkah yang diambil oleh Britain bagi mengelakkan berlakunya defisit belanjawan sebanyak RM165 billion menjelang 2020.

Setiap kerajaan mempunyai pelbagai cara bagi menambahkan pendapatan mereka dalam memenuhi keperluan di masa akan datang.Malaysia memilih dengan memperkenalkan cukai GST.Memperkenalkan cukai baru bukanlah bermakna kerajaan sekarang boros, tamak, zalim dan muflis.

Sebaliknya, ia lebih kepada persediaan untuk jangka masa hadapan. Sebagaimana yang diceritakan, kos operasi kerajaan akan sentiasa meningkat.Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentulah perlu mencari sumber pendapatan yang baru bagi memenuhi tuntutan di masa akan datang.

Jika kita tahu bakal menerima cahay mata yang baru, adakah kita mencari duit tambahan selepas anak itu dilahirkan? Atau kita bersedia dari awal?Kerajaan boleh sahaja mengambil jalan mudah dengan menaikkan cukai korporat dan individu.

Kerajaan juga boleh menaikkan cukai ‘dosa’ seperti rokok, arak, judi dan sebagainya. Bahkan kerajaan boleh menaikkan tarif cukai taksiran, lesen perniagaan, bayaran parking dan menjual tanah negeri sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Tetapi ini hanyalah bersifat sementara. Lebih teruk- ianya tidak adil.Bayangkan 1.9 juta sahaja daripada 8 juta pekerja yang membayar cukai pendapatan. Adakah wajar golongan ini sahaja yang perlu menanggung beban demi manfaat kesemua rakyat?

Jika cukai korporat dinaikkan terlalu tinggi pula, ia akan menjadikan Malaysia kurang menarik buat pelabur. Lebih teruk, silap-silap syarikat Malaysia pula lari ke negara lain.Tidak mustahil insta-instashop yang membayar cukai akan ‘mengamuk’ di instagram ekoran cukai korporat yang tinggi.

Oleh itu, pilihan yang ‘lesser evil’ adalah dengan cukai GST. Hanya mereka yang berbelanja ke atas produk dan servis yang bukan keperluan akan dikenakan membayar cukai 6%. Tidakkah ini lebih demokratik dan adil?Siapa yang berbelanja, dialah yang bayar. Siapa yang belanja lebih- kebiasaannya adalah mereka yang berkemampuan.

Kerajaan Malaysia mungkin terlalu berani mengambil pendekatan yang tidak popular ini. Mereka boleh dihukum di dalam pilihanraya akan datang jika rakyat tidak berpuas hati tetapi ini tetap tidak menafikan kelebihan GST.

Pertama- GST bukan sekadar sumber pendapatan yang baru. Tetapi ianya sumber pendapatan yang ‘berterusan’.

Memandangkan GST adalah cukai perbelanjaan dan orang ramai akan terus berbelanja, maka cukai akan tetap diperolehi tidak kiralah ketika ekonomi makmur ataupun merudum.

Ini menjelaskan mengapa 169 buah negara mempunyai GST. Dan tidak semua 169 buah negara ini adalah negara maju yang mana rakyatnya sudah kaya raya. Negara membangun seperti Burkina Faso, Vietnam, Thailand juga mempunyai GST.

Di negara maju seperti UK, Japan, Jerman, Korea Selatan dan Singapura pula mengenakan GST atau VAT yang amat tinggi (sekitar 10-20%).Perlu ditekankan juga bahawa tidak mungkin kesemua 169 buah negara ini adalah negara bebas rasuah dan tidak berlaku ketirisan perbelanjaan.

Bahkan sebilangan besar daripada negara-negara yang mempunyai GST ini adalah lebih mundur pengurusan ekonominya berbanding dengan Malaysia.

Apa maknanya kesemua ini?

Ini bermaksud- jumlah pendapatan rakyat, tahap pengurusan ekonomi, indeks rasuah sesebuah negara tidak pernah dijadikan sebagai kayu ukur untuk melaksanakan GST.Oleh sebab itulah GST sudah lama dibincangkan di Malaysia sejak dari zaman Tun Daim sebagai Menteri Kewangan Malaysia lagi.

Kedua- kerajaan perlu mengurangkan lagi kebergantungan kepada Petronas. Ini kerana cukai daripada Petronas adalah tidak ‘sustainable’.Kita dapat lihat penurunan 30% harga minyak sahaja menyusutkan pendapatan negara sebanyak RM20 billion.

Walaupun kos subsidi berkurangan untuk menampung kekurangan pendapatan itu, hakikatnya sumber pendapatan telah menyusut.Lagipun, bukankah orang ramai sering menyelar kerajaan yang dikatakan sering menggunapakai wang Petronas untuk perbelanjaan kerajaan? Secara logiknya, mereka patut menyokong GST.

Ketiga- GST adalah mekanisme cukai yang lebih menyeluruh dan telus berbanding dengan cukai SST.Antara masalah dengan cukai SST adalah- ia terdedah kepada penyelewengan.

Syarikat-syarikat boleh sahaja memanipulasi jumlah jualan mereka dan ‘under-declare’ keuntungan di akhir tahun supaya mereka tidak dikenakan cukai yang tinggi kepada kerajaan.Hal ini boleh berlaku kerana tidak ada mekanisme yang merekodkan hasil jualan mereka. Dan mengapa mereka perlu memberitahu kerajaan jumlah jualan mereka?

Amalan audit kewangan syarikat di dalam sistem sedia ada pula adalah mengikut ‘yearly-basis’. Ini secara tidak langsung memberi lebih banyak masa bagi syarikat untuk ‘adjust’ jualan dan keuntungan mereka.

Sejujurnya, syarikat-syarikat seboleh mungkin mahu membayar cukai serendah yang mungkin.Masalah seterusnya, senarai produk dan servis yang dikenakan cukai SST adalah tidak begitu jelas. Ada kedai yang mengenakan cukai SST kepada pengguna tetapi di dalam resit nereka, cukai tersebut tidak ditulis berasingan.

Kita sendiri pun tidak mengetahui barangan tersebut pernah mengenakan SST ataupun tidak. Oleh yang demikian, bolehkah kita jangka cukai SST yang dibayar kepada mereka ini akan disalurkan kepada kerajaan?

Kelemahan-kelemahan cukai SST ini menyebabkan kerajaan kehilangan ‘pendapatan’ yang sepatutnya diperolehi. Situasi ini dipanggil sebagai ‘hidden economy’.Tidak ada data yang khusus berapakah kehilangan pendapatan kerajaan tetapi menurut LHDN, ‘hidden economy’ di Malaysia adalah sekitar 20-30% daripada keseluruhan saiz ekonomi negara.

Ini bermaksud jumlahnya adalah sekitar RM200-250 bil. Melalui GST, jumlah ini dapat dikurangkan.GST memastikan kerajaan memperolehi pendapatan di setiap rantaian ekonomi daripada pengeluar, pemborong, peruncit hinggalah kepada pengguna.

Oleh sebab itu, perkara pertama yang mesti dilakukan apabila ingin memperkenalkan GST adalah dengan mendaftarkan syarikat-syarikat.Ini penting supaya kerajaan dapat mengetahui berapa banyak syarikat yang hasil jualannya layak untuk dikenakan cukai GST.

Syarikat juga terpaksa merekod dan melaporkan hasil jualan mereka setiap bulan. Ini memberi insentif kepada mereka supaya tidak memanipulasi jualan. Jika tidak rekod, mereka tidak dapat ‘claim’ rebat GST dan akan dikenakan denda.

Hakikat bahawa 345,376 syarikat iaitu 95000 lebih daripada sasaran 250,000 syarikat yang berdaftar dengan GST sahaja membuktikan begitu besar saiz ‘hidden economy’ di Malaysia.

Adakah salah untuk kerajaan mengenakan GST supaya mendapat sedikit pendapatan daripada rantaian ekonomi ini? Mereka yang sinis berkata jika GST terlalu bagus, mengapa hanya dikenakan 6%?

Panadol juga bagus untuk demam- tetapi tidak diambil sehingga dua papan untuk pening kepala.

Tuntasnya- GST adalah usaha mereformasikan sistem cukai di Malaysia. Kerajaan tidak menjadi kaya raya dalam masa terdekat.
Hasil kutipan GST pada tahun pertama adalah RM23.2 billion. Daripada jumlah ini, RM3.8 billion akan ditolak bagi menampung kos barangan dan serivs yang dikecualikan.

Pemansuhan SST pula menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM13.8 billion. Ini menjadikan hasil bersih daripada GST adalah sebanyak RM5.6 billion.

Dalam konteks sebuah kerajaan, RM5.6 billion bukanlah satu jumlah yang besar. Jika kerajaan begitu terdesak mahukan dana sebesar ini, kerajaan boleh sahaja menerbitkan bon atau sukuk.

Ataupun kerajaan boleh menjual tanah kerajaan di kawasan premium yang dengan mudahnya membawa hasil billion ringgit.Cara-cara ini tidak perlu mengambil masa 18 bulan, memperkenalkan Akta baru di parlimen, menjadi bahan kutukan pembangkang dan mendaftar ratusan ribu syarikat seperti yang berlaku dengan pengenalan GST.

Adalah satu tindakan yang kurang bijak jika demi RM5.6 billion ini, sebuah kerajaan sanggup mengambil risiko untuk mengenalkan cukai baru dan berkemungkinan kalah di dalam pilihan raya.Sebagaimana polisi PPSMI, GST adalah contoh terbaik bagaimana bagus pun sesebuah polisi itu, jika perlaksanaannya bercempara, ia tetap akan mendatangkan masalah kepada kerajaan.

Usaha seperti kartun GST, lagu GST dan kenyataan ‘harga tidak naik’ menunjukkan kerajaan ‘underestimate’ fikrah orang ramai. Kerajaan juga ‘underestimate’ peniaga Malaysia yang diketahui suka mengambil kesempatan di atas peluang-peluang sebegini.

Asalkan minyak naik 10 sen pun harga naik (tetapi tidak turun bila harga minyak turun), inikan pula pengenalan cukai baru.Hakikat bahawa mereka terang-terangan melakukan jualan pra-GST yang secara tidak langsung memberi gambaran harga akan naik adalah satu ‘direct confrontation’ kepada kerajaan sendiri.

Malangnya, kerajaan sekadar berkata mereka ‘tidak cukup kakitangan’.Di mana ketegasan dan keberanian kerajaan untuk meneruskan sesuatu polisi yang tidak popular? Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang mengenakan GST, biarlah diaudit syarikat-syarikat yang memanipulasi ketakutan orang ramai dengan jualan pra-GST.

...bersambung di bahagian dua

SUMBER





Friday, 24 April 2015

#PRKRompin HUDUD : PAS LIDAH BERCABANG DUA BILA BICARA SOAL HUDUD


Soal hudud tiada siapa yang boleh bicara kecuali mereka yang dikatakan ulama sahaja yang boleh berbicara.Full stop..sesiapa yang berbicara melainkan mereka yang dikatakan ulama akan dituduh dengan pelbagai tuduhan kafir,fasik dan entah apa apa lagi hukum agama dengan memetik sumber Al Quran mengikut keperluan politik semasa PAS.

Hudud dan PAS tak dapat di pisahkan  dan menjadi modal untuk kelangsungan politik.Sejak merdeka hingga kini PAS yang asalnya di asaskan oleh orang yang kecewa dalam politik UMNO. Hj Ahmad Fuad Hasan yang tewas dalam pertandingan menentang Tunku Abd Rahman sebagai yang Di Pertua UMNO memilih untuk keluar dari UMNO setelah rakan baiknya Tun Hussein Onn juga kecewa akibat gagasannya ingin membawa bukan Melayu ke dalam UMNO ditolak oleh UMNO.

Sudah 13 kali pilihanraya umum dan sudah 58 tahun negara ini merdeka dan rakyat negara ini bebas memilih siapakah yang nereka inginkan menjadi pemerintah melalui parti yang bertanding.Namun perjuangan yang dikatakan syumul oleh PAS dengan mendakwa ingin membentuk Negara Islam telah lama berkumandang tapi mengapakah jika benar perjuangan mereka benar sehingga kini PAS masih gagal melakukannya.

PAS begitu yakin sejak merdeka berjuang sendirian tetapi masih gagal sehinggalah memikirkan bahawa mereka tak mampu tanpa kerjasama penyertaan parti lain walaupun berlainan ideologi agama dan bangsa maka lahirlah Angkatan Perpaduan Ummah yang tutut disertai Semangat 46 dan DAP.Gagasan 1 Malaysia yang menjadi slogan tetapi PAS telah menyembunyikan soal hudud seketika kerana pada waktu itu ianya dikepalai oleh Tengku Razalegh yang dikatakan sekular sama seperti UMNO iaitu semangat 46.

Pada pilihanraya 1990 dan 1995 Angkatan Perpaduan Ummah masih gagal membentuk kerajaan dan berkubur pada tahun 1996 apabila semangat 46 dibubarkan dan ramai yang menyertai semula UMNO selenbihnya menyertai PAS.PAS kembali berjuang sendirian dengan istiqamah kononnya..tetapi masih gagal berada di persada politik kerana hanya menjadi pembangkang di Parlimen kecuali menguasai negeri Kelantan di peringkat DUN.

Sehinggalah pada tahun 1999,Barisan Alternatif ditubuhkan melibatkan PKR-DAP-PAS setelah peristiwa pemecatan Anwar pada tahun 1988,PAS sekali lagi menyembunyikan hasrat dan menggugurkan menifesto negara Islam.Entah kemana dihumbankan Dokumen negara Islam itu tapi kini dikutip kembali dengan hasrat melaksanakan Hudud.

Ketiadaan Anwar menyebabkan PAS merasakan tiada lagi penghalang hasrat mereka dalam Pakatan Rakyat begitu juga dengan kubur Karpal Singh yang boleh mereka langkah sekarang.Kalau dahulu semasa mula bersama Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat,PAS mendakwa Karpal Singh lebih faham Islam berbading UMNO demi teman sebantal dalam Pakatan rakyat.

Adalah tidak masuk akal sebagai orang Melayu UMNO yang terpancut lahir kebumi Malaysia yang bertuah ini tidak faham Islam dan Karpal Singh lebih memahami Islam.Betapa tidak warasnya penyokong PAS mempercayai semua ini.Sekejap gugur negara Islam..sekejap nak laksana hukum Islam..tapi bila gagal laksanakan apa yang dihajati secara mudahnya salahkan UMNO sebagai Islam tetapi tidak menyokong hudud.

UMNO lebih faham hudud PAS ini bukan hudud yang berlandaskan Al Quran tetapi digubah mengikut citara PAS.Sebab UMNO percaya sehingga hari ini syiar Islam tetap terjaga dan berkembang sementara undang undang Islam dilakanakan mengikut kemampuan  dan keperluan semasa.

Maka munculah dua puak dalam PAS iaitu puak yang menyokong kepimpinan ulama yang bertegas mahu melaksanakan hudud tetapi bacul membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat keranan bimbang kalah dalam pilihanraya dan kalah dalam pemilihan parti PAS.Hudud adalah talian hayat pemimpin politik yang dikatakan ulama..di satu pihak lain golongan yang lebih liberal dan dianggotai oleh ramai profesional yang Pro Pakatan Rakyat.Menjaga hati PKR dan DAP dengan harapan Pakatan Rakyat adalah gabungan yang mampu menumbangkan UMNO dan BN.Soal hudud bagi mereka boleh dibekukan dahulu kerana politik mereka tak ubah seperti sumpah sumpah...bertukar warna mengikut masa dan ketika...





Thursday, 23 April 2015

#PRKRompin WARNA WARNI HARI PENAMAAN CALON, LAUTAN BIRU DI BUMI ROMPIN


Penamaan Calon PRK Rompin berjalan lancar dan seperti tradisinya menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara Barisan Nasional yang diwakili oleh Dato'Hasan Arifin manakala lawannya diwakili oleh calon PAS Nazri Ahmad.Kehadiran ribuan penyokong BN yang ramai jelas menunjukkan sokongan penduduk dan jentera Barisan Nasional berada ditahap terbaik untuk mengekalkan kerusi Parlimen Rompin.

Calon Barisan Nasional Dato Hasan Arifin tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.04 pagi manakala calon PAS Nazri Ahmad pula pada jam 8.45 pagi.Namun hasrat seorang calon Bebas Mohd Shukri Ramly atau lebih dikenali sebagai CMK bertanding pada PRK Rompin kali ini gagal apabila tidak memenuhi syarat kerana tidak membawa pencadang dan penyokong..

Dengan majoriti besar yang dimenangi oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis sebanyak 15,114 yang menewaskan Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohamad Saleh pada PRU 13 yang lepas..peluang BN pada PRK kali ini amat cerah dan dengan bantuan jentera pilihanraya dari seluruh Pahang serta negeri berdekatan dijangkakan dapat mengekalkan kemenangan dan menambah majoriti kali.

Ketidakhadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon khusus PKR dan DAP jelas menunjukkan Pakatan Rakyat berhadapan laluan sukar kali ini.Boleh dikatakan tiada seorangpun wakil parti DAP yang hadir membuktikan penglibatan mereka dalam politik Malaysia yang untuk mempergunakan Pakatan Rakyat demi mencapai cita cita politik mereka.


















Wednesday, 22 April 2015

#PRKRompin PERSEPSI MENDAHULUI FAKTA ,CABARAN KEUPAYAAN BN DI PRK ROMPIN



Tiada lagi kepercayaan kepada sumber yang bersifat tunggal bagaikan mendorong berkembangnya budaya anti esteblisment.Sekalipun berbagai berbentuk program dan pelbagai jenis bantuan diberikan oleh kerajaan sebagai bukti kesungguhan menunaikan tanggungjawab dan memenangi hati rakyat ,sayang seribu kali sayang cara sebegini  dianggap habuan berbentuk limpahan dan terjemahan balas budi bukan lagi satu pilihan muktamad.

Cabaran kerajaan cukup besar seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dalam menangani persepsi yang mendahului fakta.Kelewatan menjawab persoalan yang ditimbulkan dengan segala alasan alasan dianggap membuka pintu kebohongan seluas luasnya.Pemimpin dianggap gagal mengurus persepsi berselindung dibalik perisai kekuasaan sistem kerajaan.

Persepsi negative seperti ketirisan,intergriti,salahguna kuasa dan rasuah menjadi lagu yang enak didendangkan khususnya sewaktu pilihanraya. Kepercayaan terhadap kerajaan semakin hari semakin luntur sekalipun dari semasa ke semasa penambahbaikan dilakukan demi memuaskah hati namun ianya bukanlah mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

Jika dijawab soalan hari ini...paling tidak menjelang esok aakan ada soalan baru seperti bercambahnya kilang-kilang fitnah yang di asakan oleh pembangkang dinegara ini demi kelangsungan politik mereka.

Sehingga akhirnya keputusan pilihanraya adalah kayu ukur sejauh mana persepsi itu mendahului fakta.Di PRK Rompin pembangkang hanya perlu mengulangi berulangkali pembohongan kerana dengan harapan apa yang diulangulang itu diterima sebagai satu kebenaran.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...