ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: GST
Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

Thursday, 22 October 2015

HAPUSKAN CUKAI GST BAJET ALTERNATIF PAKATAN HARAPAN YANG TAK BOLEH HARAP



Pemimpin Pakatan Harapan melancarkan gimik cerita kartun mereka sekali lagi bila melancarkan Bajet Alternatif mereka.Sebagaimana lazimnya semua yang terlintas difikiran mereka yang boleh mendatangkan keuntungan politik akan di sajikan buat rakyat Malaysia yang tertumpu kepada pembentangan bajet 2016 yang akan dibawa oleh Perdana Menteri Jumaat ini.

Janji bulan dan bintang seperti mana yang terkandung dalam menifesto PRU dahulu pun masih belum tertunai kini tampil dengan janji ingin menghapuskan Cukai GST.Inilah tindakan dan janji populis ,jauh sekali memberikan input atau pandangan bernas kepada kerajaan untuk merangka Bajet 2016.

Mungkin dikalangan kita masih ingat antara janji mereka untuk menghapuskan TOL sekiranya berjaya berkuasa.Janji tinggal janji bilamana Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikat yang menguasai hampir kebanyakan syarikat konsesi lebuhraya di Selangor gagal menghalang kenaikan harga tol apatah lagi menghapuskannya.

antara perkara lain yang dijanjikan dalam dalam Bajet Alternatif :-

Pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

- Memisahkan portfolio Perdana Menteri dan Menteri Keewangan

-Menubuhkan tabung pembiayaan petroleum untuk penduduk  Sabah dan Sarawak

- Peruntukan kepada perbelanjaan pembinaan kereta api laju KL-  Singapura akan diagihkan semula kepada pembinaan landasan    kereta api di Sabah dan Sarawak.

- penjimatan RM30 bilion daripada langkah-langkah pencegahan      rasuah.

- Mengurangkan dividen Petronas kepada RM20 bilion.

- Penyusunan semula pembayaran bantuan kewangan secara  bersyarat berdasarkan pekerjaan dan kehadiran sekolah

- Menyusun semula subsidi padi dan meningkatkan hasil  pengeluaran pertanian.

Sunday, 26 April 2015

#PRKRompin : PAKATAN RAKYAT BAKAL DIHARAMKAN OLEH EKTRIMIS PAS


Kemelut Pakatan Rakyat makin sukar diselamatkan lagi walaupun sering diberitakan ianya hanyalah kocak air di dalam cawan.Cuma nama sahaja Pakatan Rakyat tetapi itu hanyalah pakatan politik menumbangkan UMNO tapi perbezaan ideologi jelas menunjukkan yang akhirnya akan membawa perpecahan terutama jika selepas keputusan PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh berpihak kepada BN maka hampir pasti Pakatan Rakyat berkubur.

Ianya bukan andaian tetapi keluar dari bebrapa pemimpin utama Pakatan Rakyat mutakhir ini.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP dipetik berkata :

"Sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita bersedia untuk mengakuinya atau tidak, kita tidak boleh mengabaikan implikasi pilihan raya kecil ini," katanya.

Pakatan lemah berikutan krisis hudud

Lim berkata Pakatan adalah lemah sekarang berbanding pada tahun 2013.

Lebih-lebih lagi selepas DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memfailkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ini mendorong PAS Kawasan Permatang Pauh mengancam untuk memboikot, dengan menuntut Wan Azizah memohon maaf kerana tidak menyokong tindakan Hadi itu.sila klik

Khalid Samad AJK PAS Pusat MP Shah Alam dipetik berkata :

Ahli jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mengulangi amarannya terhadap unsur-unsur "ekstrim" dalam PAS yang menjadi ancaman kepada gabungan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, sekiranya sikap seperti ini diberikan mandat di peringkat PAS Pusat, maka mungkin akan difatwakan bahawa “PAS haram bersama Pakatan kerana Pakatan tolak hudud”

"...Sepertimana difatwakan “haram mengundi orang yang tolak hudud”," tulis Khalid dalam blognya malam tadi.

Khalid merujuk kepada satu kenyataan seorang pemimpin PAS Permatang Pauh baru-baru ini bahawa haram dan berdosa mengundi mereka yang menolak hudud.silaklik

Omar Hasan YDP PAS Permatang Pauh dipetik sebagai berkata :

PAS Permatang Pauh membuat keputusan untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju" dengan pendirian yang diambil oleh PKR berhubung isu hudud selepas mengadakan pertemuan pertemuan dengan pimpinan PKR dan PAS Isnin lalu.

Yang Dipertuanya Omar Hassan berkata pihaknya mendengar penjelasan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Azmin Ali mengenai isu yang berbangkit termasuk hudud dalam pertemuan itu.

"Bersetuju untuk tak bersetuju bahawa pimpinan PKR sebagai orang Islam, tidak boleh menolak hudud," katanya kepada pemberita di Dewan Haji Yusof Ar-Rawa, Permatang Pauh malam tadi.

"Selepas mendengar semua penjelasan dari Azmin (Ali) dan Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) tentang isu yang berkobar pada masa kini dengan begitu teliti dan harmoni, maka kami pun setuju. Kami setuju untuk tidak setuju.sila klik

PAS akan terperangkap kali ini dengan isu hudud.Menggunakan isu hudud untuk mendapatkan undi Melayu Islam tetapi terpaksa menggugurkannya ketika menyertai Pakatan Rakyat dengan harapan dapat menyenangkan hati PKR dan DAP tetapi malangnya bila sahaja tindakan PAS membawa RUU persendirian ke Parlimen tanpa merujuk kepada Pakatan Rakyat ianya menimbulkan kemarahan DAP dan PKR.

Riuh rendah dalam ceramah PAS kononnya Karpal Singh yang bukan Islam lebih faham hudud tetapi selepas melangkah mayat Karpal Singh sekalipun PAS masih gagal memberikan kefahaman tentang hudud.

Apakah mereka yang bukan Islam lebih memahami hudud berbanding orang Melayu yang telah terpancut lahir di Malaysia sebagai Islam sendiri pun masih gagal memahami perjuangan hudud PAS yang telah diperjuangkan semenjak merdeka .

Bagaimanakah Pakatan Rakyat mampu memerintah negara Malaysia yang tercinta kerana asyik bercakaran sesama sendiri apatah lagi ketiadaan Anwar menjadikan keadaan bertambah buruk.Entah siapa yang sebenarnya mengetuai Pakatan Rakyat?Siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri jika  Pakatan Rakyat memerintah jika soal begini masih tiada kesepakatan? 

Keamanan dan kestabilan nampak seperti slogan yang tidak menarik di dengar tetapi banyak hikmah untuk dinikmati.Apakah perlunya perubahan pemerintahan itu dilakukan bukan semudah yang disangka tanpa penilaian waras.Adakah kita lihat bagaimana konflik di Timur Tengah yang bergolak hanya kerana mahu menentukan siapakah lebih Islam? Adakah kita mahu melihat kehijauan dan kedamaian yang dinikmati kini bertukar bertukar menjadi padang jarak padang terkukur hanya kerana fahaman politik ektrimis agama yang semakin membarah dalam masyarakat kini?

Jangan hanya terpaksa membayar top up RM 10.60 kita sudah terpekik terlolong mendakwa kezaliman.Percayalah harga kedamaian ini dibawah pemerintahan Barisan Nasional jauh lebih bernilai dari jumlah nilai top up yang kita bayar.


Saturday, 25 April 2015

#PRKRompin MADU ATAU RACUN PART 2



Mengikut teori, barangan yang sudah mengenakan cukai SST sebelum ini tidak seharusnya dinaikkan harganya. Ini kerana cukai SST 10%-16% akan digantikan dengan GST 6%.Jika ada barangan yang boleh naik, ia adalah barangan dan servis yang sebelum ini tidak mengenakan cukai SST.

Itupun, kenaikan tersebut tidaklah sampai 6% kerana ada komponen kos barangan tersebut yang tidak semestinya naik.Tetapi sebagaimana yang kita tahu, sebilangan besar peniaga Malaysia adalah peniaga yang begitu cekap dari segi mengira kos mereka.

Sebab itu apabila harga minyak naik 5 sen sekalipun, harga barangan mereka akan naik dalam masa satu malam.Malangnya kecekapan ini tidak terjadi apabila harga minyak turun berpuluh sen.

Oleh yang demikian- kita tahu, di akhirnya peniagalah yang menentukan perlaksanaan GST. Baik buruk imej kerajaan bergantung bagaimana peniaga memahami dan melaksanakan cukai ini.

Malangnya- kerajaan terlalu bersangka baik dengan peniaga-peniaga di Malaysia. Walaupun kebanyakannya adalah peniaga yang jujur, ramai juga yang 'opportunis'/

Sebab itu kerajaan tidak sepatutnya memberikan gambaran ‘semuanya indah’ dengan pengenalan GST. Sebaliknya, mereka perlu memberi amaran kepada orang ramai bahawa terdapat kemungkinan harga barang akan naik.

Jika kerajaan sedikit licik, mereka boleh sahaja ‘play the victim card’ dengan mengalihkan amarah rakyat kepada peniaga yang mengambil kesempatan.

Dalam hal ini, tidak ada salahnya jika mereka belajar daripada Pakatan Rakyat yang melaksanakan polisi tidak popular dengan menyalahkan kerajaan persekutuan.

Hakikat bahawa kerajaan Selangor dan Penang yang cukup gemar menjual tanah negeri atas alasan dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan membuktikan kelicikan mereka.

Ini sememangnya strategi yang ‘low-class’ tetapi kerajaan juga tidak mendapat nasihat yang bijak. Jadi apa salahnya menjadi ‘low-class’ jika tidak mampu menjadi ‘high-class’?

Berbalik kepada GST; kerajaan mempunyai masa selama 18 bulan untuk menyediakan rakyat kepada sebarang kenaikan harga.Kempen yang sepatutnya diguna pakai adalah terdapat barang yang akan naik. Ini adalah barang yang tidak mengenakan cukai SST sebelum ini.

Bagi barangan yang sudah sedia tertakluk dengan SST, sepatutnya harga barang tersebut mestilah turun kerana kadar SST adalah 6-10% yang mana lebih tinggi berbanding dengan GST 6%.

Mengambil kira perangai orang Malaysia yang ‘mudah dan cepat lupa’, tidak ada salahnya jika GST diperkenalkan dengan ‘positioning’ bahawa ia akan menaikkan kos sara hidup.

Sepanjang 18 bulan itulah sepatutnya kerajaan mendedahkan penyelewengan sebilangan syarikat yang menipu memasukkan cukai SST ke dalam harga barangan tetapi tidak disiarkan di dalam resit.

Senarai syarikat-syarikat yang ‘under-declared’ jualan bagi mendapatkan kadar cukai yang rendah juga wajar disiarkan. Ini sekaligus menguatkan alasan mengapa cukai SST perlu dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

Kejatuhan harga minyak yang mendadak sepatutnya menjadi rahmat kepada pengenalan GST.Ini membuka mata kepada rakyat bahawa terdapat peniaga yang memang tidak akan menurunkan harga barangan waima apa yang berlaku sekalipun.

Mereka ini wajar diboikot dan kerajaan boleh menggunakan alasan ini untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk lebih berwaspada apabila GST berkuatkuasa.

Tetapi malangnya, seorang menteri telah terperangkap dengan saranan memboikot barangan sesuatu bangsa.Tindakan perlu diambil bagi peniaga yang melakukan jualan pra-GST. Peniaga yang membuat jualan 'pra-GST' seharusnya dikenakan audit menyeluruh kerana secara terang-terangan memperlekehkan polisi kerajaan.

Mereka ini secara tidak langsung menanamkan benih ke dalam minda orang ramai bahawa kerajaanlah yang menyebabkan harga barangan naik.Adalah lebih cantik jika tindakan ini digerakkan oleh penyokong atau ahli politik parti pemerintah. Ini penting untuk menunjukkan bahawa penyokong kerajaan juga tidak suka barang naik.

Bukankah ahli UMNO sahaja berjumlah 3 juta orang? Di manakah mereka semua?Barisan kabinet juga tampak seperti tidak bekerja dalam pasukan. Pengenalan GST bukanlah tanggungjawab Kementerian Kewangan dan KPDNKK semata-mata.

Ia adalah polisi yang memerlukan kesemua menteri menjawab, bersemuka dan menerangkan kepada orang ramai kerana GST tertakluk bagi kesemua sektor kementerian.Setakat ini,GST seolah-olah dilihat seperti polisi Ahmad Maslan. Adakah ini strategi barisan kabinet? Atau menteri-menteri yang lain risau untuk menjadi lebih tidak popular?

Sebenarnya ada pelbagai lagi cara bagi mendapatkan ‘buy-in’ daripada orang ramai. Kerajaan tidak semestinya melakukan kesemua perkara yang disebutkan di atas.Saya percaya terdapat lebih ramai bijak pandai di luar sana yang boleh memberikan cadangan yang jauh lebih bernas.

Tetapi melihatkan kempen ‘pacak billboard kartun GST’, lagu GST oleh kastam dan mantera ‘harga barang tidak naik’ oleh sesetengah menteri membuktikan kerajaan mempunyai masalah mendapatkan nasihat dan strategi yang tepat.

Bagaimana masih ada yang percaya bahawa kerajaan sekarang begitu licik dalam melakukan konspirasi liwat kepada idola mereka sedangkan polisi sebagus GST ini tidak mampu diatur dan dicatur dengan lancar?

SUMBER


#PRKRompin GST :MADU ATAU RACUN PART 1


GST semakin popular dan menjadi siulan bibir rakyat dimana mana sahaja dari warung nasi lemak dipinggir jalan sehinggalah ke Parlimen,bermula tambak Johor sehinggalah ke Indera Kayangan malah mungkin sampai di kaki gunung Kinabalu.Anak kecil lebih mudah diajar dengan GST berbanding ABC tanpa pelat.Apek tua dari Tongsan di Pekan Kuala Rompin juga begitu lancar menyebut GST,begitu juga mamak dari Kerala sambil memegang mesin kira menghitung harga yang dikenakan kepada pelanggan di pekan Muadzam Shah.

PRK Parlimen Rompin bagaikan menerima taufan Katrina meratakan segala isi alam bumi Rompin lantaran ceritera dongeng yang dibawa PAS kesegenap pelusok dan cerok rantau.Kaum Asli Kedaik melihat GST umpama babi hutan yang harus disumpit bila mendengar khabar dusta pembangkang yang mengambil kesempatan dimusim PRK kali ini.Ceritera GST ini bagai tiada kesudahan sehingga lah hari pembuangan undi.

Namun GST bukanlah sepertimana yang digambarkan,perlaksanaannya baharu sahaja tak sampai sebulan bagaimanapun segala penghakiman telah dibuat berdasarkan persepsi negativ tanpa memberi peluang dan waktu kepada proses transisi.Pasaran masih belum menunjukkan tindakbalas yang meyakinkan di peringkat awal namun sesuatu perkara baru memrlukan masa untuk difahami.Bagi yang berminat untuk membaca,memahami dan menghalusi GST.Tapi jika dah jumud dengan fahaman politik sempit..teruskanlah kerana anda berhak meletakkan diri anda sebaris dengan pemikiran tidak cerdik pembangkang di Malaysia yang membabi buta kayu.

Kos mentadbir dan mengurus negara semakin meningkat. Ianya begitu kerana populasi penduduk yang kian bertambah.Ini enyebabkan kos seperti perubatan, pendidikan, duit pencen dan subsidi juga bertambah.

Dan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia.Di UK misalnya, pelajar antarabangsa sudah dikenakan surcaj perubatan. Ini antara langkah yang diambil oleh Britain bagi mengelakkan berlakunya defisit belanjawan sebanyak RM165 billion menjelang 2020.

Setiap kerajaan mempunyai pelbagai cara bagi menambahkan pendapatan mereka dalam memenuhi keperluan di masa akan datang.Malaysia memilih dengan memperkenalkan cukai GST.Memperkenalkan cukai baru bukanlah bermakna kerajaan sekarang boros, tamak, zalim dan muflis.

Sebaliknya, ia lebih kepada persediaan untuk jangka masa hadapan. Sebagaimana yang diceritakan, kos operasi kerajaan akan sentiasa meningkat.Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentulah perlu mencari sumber pendapatan yang baru bagi memenuhi tuntutan di masa akan datang.

Jika kita tahu bakal menerima cahay mata yang baru, adakah kita mencari duit tambahan selepas anak itu dilahirkan? Atau kita bersedia dari awal?Kerajaan boleh sahaja mengambil jalan mudah dengan menaikkan cukai korporat dan individu.

Kerajaan juga boleh menaikkan cukai ‘dosa’ seperti rokok, arak, judi dan sebagainya. Bahkan kerajaan boleh menaikkan tarif cukai taksiran, lesen perniagaan, bayaran parking dan menjual tanah negeri sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Tetapi ini hanyalah bersifat sementara. Lebih teruk- ianya tidak adil.Bayangkan 1.9 juta sahaja daripada 8 juta pekerja yang membayar cukai pendapatan. Adakah wajar golongan ini sahaja yang perlu menanggung beban demi manfaat kesemua rakyat?

Jika cukai korporat dinaikkan terlalu tinggi pula, ia akan menjadikan Malaysia kurang menarik buat pelabur. Lebih teruk, silap-silap syarikat Malaysia pula lari ke negara lain.Tidak mustahil insta-instashop yang membayar cukai akan ‘mengamuk’ di instagram ekoran cukai korporat yang tinggi.

Oleh itu, pilihan yang ‘lesser evil’ adalah dengan cukai GST. Hanya mereka yang berbelanja ke atas produk dan servis yang bukan keperluan akan dikenakan membayar cukai 6%. Tidakkah ini lebih demokratik dan adil?Siapa yang berbelanja, dialah yang bayar. Siapa yang belanja lebih- kebiasaannya adalah mereka yang berkemampuan.

Kerajaan Malaysia mungkin terlalu berani mengambil pendekatan yang tidak popular ini. Mereka boleh dihukum di dalam pilihanraya akan datang jika rakyat tidak berpuas hati tetapi ini tetap tidak menafikan kelebihan GST.

Pertama- GST bukan sekadar sumber pendapatan yang baru. Tetapi ianya sumber pendapatan yang ‘berterusan’.

Memandangkan GST adalah cukai perbelanjaan dan orang ramai akan terus berbelanja, maka cukai akan tetap diperolehi tidak kiralah ketika ekonomi makmur ataupun merudum.

Ini menjelaskan mengapa 169 buah negara mempunyai GST. Dan tidak semua 169 buah negara ini adalah negara maju yang mana rakyatnya sudah kaya raya. Negara membangun seperti Burkina Faso, Vietnam, Thailand juga mempunyai GST.

Di negara maju seperti UK, Japan, Jerman, Korea Selatan dan Singapura pula mengenakan GST atau VAT yang amat tinggi (sekitar 10-20%).Perlu ditekankan juga bahawa tidak mungkin kesemua 169 buah negara ini adalah negara bebas rasuah dan tidak berlaku ketirisan perbelanjaan.

Bahkan sebilangan besar daripada negara-negara yang mempunyai GST ini adalah lebih mundur pengurusan ekonominya berbanding dengan Malaysia.

Apa maknanya kesemua ini?

Ini bermaksud- jumlah pendapatan rakyat, tahap pengurusan ekonomi, indeks rasuah sesebuah negara tidak pernah dijadikan sebagai kayu ukur untuk melaksanakan GST.Oleh sebab itulah GST sudah lama dibincangkan di Malaysia sejak dari zaman Tun Daim sebagai Menteri Kewangan Malaysia lagi.

Kedua- kerajaan perlu mengurangkan lagi kebergantungan kepada Petronas. Ini kerana cukai daripada Petronas adalah tidak ‘sustainable’.Kita dapat lihat penurunan 30% harga minyak sahaja menyusutkan pendapatan negara sebanyak RM20 billion.

Walaupun kos subsidi berkurangan untuk menampung kekurangan pendapatan itu, hakikatnya sumber pendapatan telah menyusut.Lagipun, bukankah orang ramai sering menyelar kerajaan yang dikatakan sering menggunapakai wang Petronas untuk perbelanjaan kerajaan? Secara logiknya, mereka patut menyokong GST.

Ketiga- GST adalah mekanisme cukai yang lebih menyeluruh dan telus berbanding dengan cukai SST.Antara masalah dengan cukai SST adalah- ia terdedah kepada penyelewengan.

Syarikat-syarikat boleh sahaja memanipulasi jumlah jualan mereka dan ‘under-declare’ keuntungan di akhir tahun supaya mereka tidak dikenakan cukai yang tinggi kepada kerajaan.Hal ini boleh berlaku kerana tidak ada mekanisme yang merekodkan hasil jualan mereka. Dan mengapa mereka perlu memberitahu kerajaan jumlah jualan mereka?

Amalan audit kewangan syarikat di dalam sistem sedia ada pula adalah mengikut ‘yearly-basis’. Ini secara tidak langsung memberi lebih banyak masa bagi syarikat untuk ‘adjust’ jualan dan keuntungan mereka.

Sejujurnya, syarikat-syarikat seboleh mungkin mahu membayar cukai serendah yang mungkin.Masalah seterusnya, senarai produk dan servis yang dikenakan cukai SST adalah tidak begitu jelas. Ada kedai yang mengenakan cukai SST kepada pengguna tetapi di dalam resit nereka, cukai tersebut tidak ditulis berasingan.

Kita sendiri pun tidak mengetahui barangan tersebut pernah mengenakan SST ataupun tidak. Oleh yang demikian, bolehkah kita jangka cukai SST yang dibayar kepada mereka ini akan disalurkan kepada kerajaan?

Kelemahan-kelemahan cukai SST ini menyebabkan kerajaan kehilangan ‘pendapatan’ yang sepatutnya diperolehi. Situasi ini dipanggil sebagai ‘hidden economy’.Tidak ada data yang khusus berapakah kehilangan pendapatan kerajaan tetapi menurut LHDN, ‘hidden economy’ di Malaysia adalah sekitar 20-30% daripada keseluruhan saiz ekonomi negara.

Ini bermaksud jumlahnya adalah sekitar RM200-250 bil. Melalui GST, jumlah ini dapat dikurangkan.GST memastikan kerajaan memperolehi pendapatan di setiap rantaian ekonomi daripada pengeluar, pemborong, peruncit hinggalah kepada pengguna.

Oleh sebab itu, perkara pertama yang mesti dilakukan apabila ingin memperkenalkan GST adalah dengan mendaftarkan syarikat-syarikat.Ini penting supaya kerajaan dapat mengetahui berapa banyak syarikat yang hasil jualannya layak untuk dikenakan cukai GST.

Syarikat juga terpaksa merekod dan melaporkan hasil jualan mereka setiap bulan. Ini memberi insentif kepada mereka supaya tidak memanipulasi jualan. Jika tidak rekod, mereka tidak dapat ‘claim’ rebat GST dan akan dikenakan denda.

Hakikat bahawa 345,376 syarikat iaitu 95000 lebih daripada sasaran 250,000 syarikat yang berdaftar dengan GST sahaja membuktikan begitu besar saiz ‘hidden economy’ di Malaysia.

Adakah salah untuk kerajaan mengenakan GST supaya mendapat sedikit pendapatan daripada rantaian ekonomi ini? Mereka yang sinis berkata jika GST terlalu bagus, mengapa hanya dikenakan 6%?

Panadol juga bagus untuk demam- tetapi tidak diambil sehingga dua papan untuk pening kepala.

Tuntasnya- GST adalah usaha mereformasikan sistem cukai di Malaysia. Kerajaan tidak menjadi kaya raya dalam masa terdekat.
Hasil kutipan GST pada tahun pertama adalah RM23.2 billion. Daripada jumlah ini, RM3.8 billion akan ditolak bagi menampung kos barangan dan serivs yang dikecualikan.

Pemansuhan SST pula menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM13.8 billion. Ini menjadikan hasil bersih daripada GST adalah sebanyak RM5.6 billion.

Dalam konteks sebuah kerajaan, RM5.6 billion bukanlah satu jumlah yang besar. Jika kerajaan begitu terdesak mahukan dana sebesar ini, kerajaan boleh sahaja menerbitkan bon atau sukuk.

Ataupun kerajaan boleh menjual tanah kerajaan di kawasan premium yang dengan mudahnya membawa hasil billion ringgit.Cara-cara ini tidak perlu mengambil masa 18 bulan, memperkenalkan Akta baru di parlimen, menjadi bahan kutukan pembangkang dan mendaftar ratusan ribu syarikat seperti yang berlaku dengan pengenalan GST.

Adalah satu tindakan yang kurang bijak jika demi RM5.6 billion ini, sebuah kerajaan sanggup mengambil risiko untuk mengenalkan cukai baru dan berkemungkinan kalah di dalam pilihan raya.Sebagaimana polisi PPSMI, GST adalah contoh terbaik bagaimana bagus pun sesebuah polisi itu, jika perlaksanaannya bercempara, ia tetap akan mendatangkan masalah kepada kerajaan.

Usaha seperti kartun GST, lagu GST dan kenyataan ‘harga tidak naik’ menunjukkan kerajaan ‘underestimate’ fikrah orang ramai. Kerajaan juga ‘underestimate’ peniaga Malaysia yang diketahui suka mengambil kesempatan di atas peluang-peluang sebegini.

Asalkan minyak naik 10 sen pun harga naik (tetapi tidak turun bila harga minyak turun), inikan pula pengenalan cukai baru.Hakikat bahawa mereka terang-terangan melakukan jualan pra-GST yang secara tidak langsung memberi gambaran harga akan naik adalah satu ‘direct confrontation’ kepada kerajaan sendiri.

Malangnya, kerajaan sekadar berkata mereka ‘tidak cukup kakitangan’.Di mana ketegasan dan keberanian kerajaan untuk meneruskan sesuatu polisi yang tidak popular? Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang mengenakan GST, biarlah diaudit syarikat-syarikat yang memanipulasi ketakutan orang ramai dengan jualan pra-GST.

...bersambung di bahagian dua

SUMBER





Friday, 24 April 2015

#PRKRompin PAS HANYA MAKLUK PEROSAK DI TANAH RANCANGAN FELDA - ISA SAMAD


Kehadiran PAS di kawasan Tanah Rancangan FELDA adalah umpama mahluk perosak.Strategi hit n run yang diamalkan PAS bagaikan menabur fitnah sepanjang musim pilihanraya dan kemudianya hilang dari tanah rancangan FELDA bila berakhirnya pilihanraya.Berbeza dengan kerajaan melalui FELDA yang akan sentiasa bersama peneroka tak kira masa.

Tan Sri Isa Samad Pengerusi FELDA berkata sedemikian sewaktu berucap merasmikan bangunan Dewan Semai Bakti Felda Keratong 10 di Muadzam Shah Rompin Pahang.Turut hadir pada majlis tersebut calon Barisan Nasional Dato'Hasan Arifin PRK Rompin.Peneroka FELDA yang merupakan 51% dari pengundi Parlimen Rompin yang meliputi 17 buah tanah rancangan menjadi sasaran  PAS menabur dakyah dengan memutarbelikan isu.

Adalah satu tindakan yang bodoh bagi ahli politik melaksanakan dasar yang akan membuatkan mereka hilang undi dan pada masa yang sama sesuatu dasar dilaksanakan juga tidak boleh memudaratkan negara.Sebagai ahli politik yang bertanggungjawab kepada negara ada kala dasar yang dilakukan adalah tidak popular dikalangan rakyat.

Penjelasan Isu Semasa

GST
Pada musim pilihanraya apa sahaja perkara akan menjadi isu sepertimana GST.Di England rakyatnya mengambil masa setahun untuk memahami VAT tetapi berbeza dengan Malaysia kerana di sana ianya tidak dipolitikkan.Walhal sebenarnya pada suatu ketika nanti rakyat Malaysia akan sedar juga akan kebaikan GST kerana mereka perlu memahami GST melalui transisi.

HUTANG EPF

Begitu juga tohmahan FELDA berhutang sebanyak RM 6 billion telah dimaikan juga pada PRU13 yang lepas dimainkan sekali lagi pada PRK Rompin oleh PAS.Sebenarnya FELDA mempunyai kemampuan untuk meminjam dan sewajarnya peneroka FELDA berbangga jika tidak kerana kebolehupayaan FELDA pastinya EPF tidak akan memberikan pinjaman.Adakah EPF akan memberikan pinjaman kepada Koperasi PAS?jangankan pinjaman..borang pinjaman pun belum tentu dan sehingga kini FELDA mampu membayar balik pinjaman.Pinjaman sebenarnya adalah lumrah dalam urusan perniagaan.

FGV
PAS terus membuat tohmahan mengatakan tanah mereka bakal tergadai dengan penyenaraian FGV.Mengikut pecahan syer yang dimiliki oleh Felda adalah sebanyak 37%,peneroka asal FELDA seramai 112,635 peserta sebanyak 20% manakala selebihnya dimiliki oleh EPF dan Tabung Haji serta Institusi kewangan.FGV sebenarnya menyewa tanah dari FELDA dengan bayaran RM 450 juta setahun samada dari keluasan tanah seluas 355 ribu hektar.

51% saham yang dipegang aakan memastikan kepentingan peneroka dan adalah mustahil kerajaan akan membiarkan sesuatu yang merugikan peneroka.Begitu juga tohmahan terhadap Tan Sri Isa Samad yang memiliki 180,00 unit sahan diberikan oleh FELDA walhal ianya dibeli dengan kouta sebagai Pengerusi FELDA walaupun sepatutnya diberikan 1 juta unit namun FELDA hanya membenarkan sebanyak 180,00 unit untuk dibeli oleh beliau.Ahli Lembaga Pengarah FELDA yang lain juga turut diperuntukkan 150,00 untuk dibeli bukan diberi.Sebaliknya peneroka diberikan 20% keuntungan FGV yang akan kekal selama lamanya dan boleh diwarisi oleh ahli keluarga .

Saham FGV yang jatuh dipasaran juga menjadi modal PAS.Memang benar diatas kertas saham itu mengalami kejatuhan tetapi ianya tidak akan membebankan peneroka kerana sejumlah 800 unit saham yang jatuh itu dibayar oleh FELDA sebagai pendahuluan dan akan dipotong bayaran dari peneroka secara berperingkat.Pernahkan selama ini peneroka yang berhutang dengan FELDA akan dikenakan apa2 tindakan oleh FELDA?berapa ramaikah peneroka yang dibuang rancangan kerana tidak membayar bayaran tanam semula FELDA?

PERUMAHAN GENERASI KEDUA

Sepertimana yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri,FELDA menyasarkan pembinaan sebanyak 20,000 buah rumah dan setakat hari ini 9,000 telah berjaya dibina.Bagaimanapun buat sementara waktu ianya ditangguhkan bagi kerajaan memikirkan kaedah bagaimana caranya generasi kedua membiayai pinjaman untuk memiliki rumah.Pada dasarnya kerajaan mungkin akan menjalankan sewa beli selama lima tahun dan sekiranya mereka dapat menunjukkan komitmen untuk membayar sewa maka mereka akan ditawarkan untuk membeli rumah tersebut.

Penangguhan itu juga disebabkan pada waktu ini FELDA sedang menguruskan pinjamannya dari institusi kewangan.Felda tidak akan menggunakan dana FELDA sendiri sebaliknya meminjam dari bank seperti mana amalan yang dilakukan oleh mana mana urusan perniagaan yang memerlukan pembiayaian.

Mengenai harga rumah FELDA masih sedang mempertimbangkan harga dan mustahil dapat dijual pada harga RM 90,000 dan kebawah kerana FELDA mesti menjula mengikut harga pasaran semasa serta kemudahan lain yang akan disediakan termasuk api dan jalanraya ataupun tangki air.Keluasan yang ditawarkan juga adalah seluas 1,000 kaki persegi berbanding rumah PPRT cuma dalam lingkungan 650 kaki persegi.Keberangkalian harga mungkin sekitar RM 120,000.

Antara lain isu yang dimainkan oleh PAS ialah Malaysia mengalami krisis kewangan dan ekonomi yang merudum.Walhal adalah sesuatu yang ganjil jika sukuk sebanyak USD 1.5 billion yang ditawarkan terlebih langganan 7 kali dan sukuk bernilai USD 1.0 Billion selama 30 tahun terlebih langganan sebanyak 6 kali.Pastinya petunjuk daari terlebih langganan ini keyakinan pelabut terhadap ekonomi negara.

Justeru itu peneroka di tanah rancangan di Parlimen perlulah berfikiran waras dengan mengundi Dato Hasan Arifin sebagai calon mereka pada PRK Rompin kali ini.Dan sebagai tanda ingatan FELDA buat peneroka,sebuah Dewan Semai Bakti akan dibina di Felda Keratong 10.Ingatlah bahawa akan ada mahluk perosak seperti PAS akan tak pernah jemu datang ke tanah rancangan FELDA bagi merosakkan kedamaian warga FELDA hanya kerana undi dan akan hilang sebaik sahaja pilihanraya berlalu...


Sunday, 19 April 2015

#PRKROMPIN ANTARA FAKTOR BAKAL MENYEBABKAN KEKALAHAN PAS


Pencalonan Dato'Hasan Arifin sebagai calon BN bagi kerusi PO91 Parlimen Rompin umpama igaun ngeri buat parti PAS.Berbekalkan pengalaman dan ketokohan dalam bidang pengurusan serta pentadbiran serta  disenangi oleh penduduk Rompin peluang PAS sebenarnya hampir berkubur.Cuma batu nisan perjuangan PAS di Rompin akan di pacakkan pada hari pembuangan undi pada 5hb Mei ini.

Faktor faktor yang bakal menjadi punca kekalahan PAS pada PRK Rompin kali ini ialah

1.Faktor calon anak tempatan BN

 PAS mengharapkan calon BN datang dari orang luar Rompin dan mereka akan memilih anak tempatan.Ianya menjadi isu basi setiap PRK yang mana calon tempatan mempengaruhi pengundi.Hasrat PAS untuk meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang yang bukan anak Pahang sudah terbantut.

Hj Hadi dan golongan pro ulama pastinya mahu meletakkan Tuan Ibrahim sbg calon bagi memulihkan pengaruh Hj Hadi yang teruk merosot sejak berlaku krisis dalam Pakatan Rakyat.Saban hari Hj Hadi teruk dikritik kalau dahulu hanyalah secara bisik bisik di dalam kelambu kini tidak lagi.Perang terbuka dengan mengkritik Presiden PAS secara terbuka oleh golongan Anwarinas dalam PAS dan yang cenderung kepada Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad,Hanipa Maidin,Mujahid Rawa dan ramai lagi yang dilabel Jebon oleh puak Hj Hadi yg pro ulama.

Bagi meraih undi PAS terpaksa meletakkan calon tempatan yang pastinya pro ulama.Sebarang usaha meletakkan calon luar mengundang padah kerana penduduk Rompin pastinya akan memastikan mereka diwakili oleh wakil rakyat seperti Dato Hasan Arifin yang sudah dikenali oleh penduduk setempat.

2.Krisis Perpecahan Pakatan Rakyat 


Bukan rahsia lagi hubungan parti PAS dalam Pakatan Rakyat akan menjejaskan gerakkerja pilihanraya.Sekutu mereka DAP pastinya tidak akan turun membantu khususnya pemimpin DAP yang sudah berpatah arang dengan memutuskan hubungan dengan Hj Hadi dan PRK Rompin mereka akan menunjukkan isyarat yang jelas tanpa bantuan jentera Pakatan rakyat PAS tidak akan kemana.

Secara kebetulan  PRK Permatang Pauh dijadikan alasan dengan menumpukan perhatian di sana dan membiarkan jentera PAS berjuang bersendirian.Apatah lagi jentera PKR yang pasti mengerahkan segala kekuatan parti kerana Permatang Pauh begitu simbolik kepada perjuangan mereka memandangkan ianya kawasan yang diwakili Ketua Umum dan Presiden PKR suatu ketika dahulu.

3.Isu nasional dan tempatan

PAS dijangka akan memainkan isu GST dan pembaziran kerajaan serta masalah FELDA.Adalah dijangka isu GST akan dimanipulasikan dengan dakyah mereka.Parlimen kawasan Rompin mempunyai 53,924 pemilih berdaftar dengan majoritinya Melayu kira-kira 45,000 pengundi; disusuli Orang Asli, kira-kira 7,000 pengundi; Cina, 1,300 pengundi; dan, India, 621 pengundi.


Dengan kebanyakan pengundi di luar bandar mereka menerima kesan GST yang paling minima tetapi manafaat GST.Pembangunan yang mencurah-curah semenjak wakil BN mewakili mereka sejak 6 penggal yang lalu tentunya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...