ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: ulama
Showing posts with label ulama. Show all posts
Showing posts with label ulama. Show all posts

Sunday, 19 April 2015

#PRKROMPIN KEKALAHAN PAS DI ROMPIN LENGKAPKAN MISI PASMA

                                       

Pertandingan belum bermula tetapi PAS cepat mencari alasan di pinggiran untuk diketengahkan jika ditakdirkan dan sememangnya secara realitinya PAS akan tewas di PRK Rompin yang merupakan kubu kuat BN.Istilah istiqamah perjuangan hanya mengaburi mata dan membutakan hati penyokong PAS demi kelangsungan survival pemimpin politik.


"Kita bertanding dalam pilihanraya ini bukan untuk menang. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan terbuka dalam sistem demokrasi kita. Soal menang kalah tidak penting, Ini ruang yang kita ada, kita harus gunakan."sila klik

Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man di petik berkata ketika ditanya wartawan tentang peluang dalam PRK Rompin.PAS sebenarnya hanya perlu mendendangkan lagu lama setiap kali merasakan mereka tidak menaruh harapan dan mengharapkan kejutan pada PRK kali ini bagi menidakkan kemenangan BN di PRK Rompin dengan majoriti
besar 15,114 undi dari keseluruhan pengundi 53,294 pada PRU13.

Beliau yang juga dilabelkan sebagai team ulama yang akan menempuhi jalan sukar dalam kerjaya politik kerana pada waktu yang sama sedang menghadapi pemilihan parti yang berakhir pada bulan Jun.Kekalahan PAS di PRK Rompin membawa implikasi kepada beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan sudah pasti mengepalai kempen jentera PAS kali ini.3 kekalahan dari PRU 13 sewaktu bertanding di DUN Jengka dan sekiranya tercalon lagi sebagai calon PAS PRK Rompin,beliau sengaja menambah koleksi kegagalan seorang ulama politik.

PASMA tentunya akan bertepok tangan,Khalid Samad mengurut janggut,Mat Sabu mengurut misai dan mungkin senyuman sinis Mujahid Rawa.Hanipa Maidin akan lagi galak berdendang betapa golongan pro Pakatan Rakyat seakan mengharapkan calon yang dikatakan ulamak menjadi calon PAS di Rompin.Tugas PASMA dan mereka yang dilabelkan Jebon oleh Hj Hadi ataupun barua menjadi lebih mudah jika PAS tewas lagi di PRK Rompin seraya berkata mereka.."lihatlah...rakyat dan penyokong PAS tidak mahu hanya ulama sahaja menguasai PAS dan kami tidak layak berada di syaf kepimpinan tertinggi PAS...."



#PRKROMPIN ANTARA FAKTOR BAKAL MENYEBABKAN KEKALAHAN PAS


Pencalonan Dato'Hasan Arifin sebagai calon BN bagi kerusi PO91 Parlimen Rompin umpama igaun ngeri buat parti PAS.Berbekalkan pengalaman dan ketokohan dalam bidang pengurusan serta pentadbiran serta  disenangi oleh penduduk Rompin peluang PAS sebenarnya hampir berkubur.Cuma batu nisan perjuangan PAS di Rompin akan di pacakkan pada hari pembuangan undi pada 5hb Mei ini.

Faktor faktor yang bakal menjadi punca kekalahan PAS pada PRK Rompin kali ini ialah

1.Faktor calon anak tempatan BN

 PAS mengharapkan calon BN datang dari orang luar Rompin dan mereka akan memilih anak tempatan.Ianya menjadi isu basi setiap PRK yang mana calon tempatan mempengaruhi pengundi.Hasrat PAS untuk meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang yang bukan anak Pahang sudah terbantut.

Hj Hadi dan golongan pro ulama pastinya mahu meletakkan Tuan Ibrahim sbg calon bagi memulihkan pengaruh Hj Hadi yang teruk merosot sejak berlaku krisis dalam Pakatan Rakyat.Saban hari Hj Hadi teruk dikritik kalau dahulu hanyalah secara bisik bisik di dalam kelambu kini tidak lagi.Perang terbuka dengan mengkritik Presiden PAS secara terbuka oleh golongan Anwarinas dalam PAS dan yang cenderung kepada Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad,Hanipa Maidin,Mujahid Rawa dan ramai lagi yang dilabel Jebon oleh puak Hj Hadi yg pro ulama.

Bagi meraih undi PAS terpaksa meletakkan calon tempatan yang pastinya pro ulama.Sebarang usaha meletakkan calon luar mengundang padah kerana penduduk Rompin pastinya akan memastikan mereka diwakili oleh wakil rakyat seperti Dato Hasan Arifin yang sudah dikenali oleh penduduk setempat.

2.Krisis Perpecahan Pakatan Rakyat 


Bukan rahsia lagi hubungan parti PAS dalam Pakatan Rakyat akan menjejaskan gerakkerja pilihanraya.Sekutu mereka DAP pastinya tidak akan turun membantu khususnya pemimpin DAP yang sudah berpatah arang dengan memutuskan hubungan dengan Hj Hadi dan PRK Rompin mereka akan menunjukkan isyarat yang jelas tanpa bantuan jentera Pakatan rakyat PAS tidak akan kemana.

Secara kebetulan  PRK Permatang Pauh dijadikan alasan dengan menumpukan perhatian di sana dan membiarkan jentera PAS berjuang bersendirian.Apatah lagi jentera PKR yang pasti mengerahkan segala kekuatan parti kerana Permatang Pauh begitu simbolik kepada perjuangan mereka memandangkan ianya kawasan yang diwakili Ketua Umum dan Presiden PKR suatu ketika dahulu.

3.Isu nasional dan tempatan

PAS dijangka akan memainkan isu GST dan pembaziran kerajaan serta masalah FELDA.Adalah dijangka isu GST akan dimanipulasikan dengan dakyah mereka.Parlimen kawasan Rompin mempunyai 53,924 pemilih berdaftar dengan majoritinya Melayu kira-kira 45,000 pengundi; disusuli Orang Asli, kira-kira 7,000 pengundi; Cina, 1,300 pengundi; dan, India, 621 pengundi.


Dengan kebanyakan pengundi di luar bandar mereka menerima kesan GST yang paling minima tetapi manafaat GST.Pembangunan yang mencurah-curah semenjak wakil BN mewakili mereka sejak 6 penggal yang lalu tentunya



Thursday, 12 April 2012

Ulama Pun Kadangkala Mengarut-Fatwa Hancurkan Gereja oleh Mufti Besar Saudi Arabia Sheikh Abd.Aziz


Ulama adalah manusia yang mendapat tempat dan penghormatan di kalangan masyarakat.Pengetahuan agama dan keperibadian yang baik untuk dicontohi.Sebagai manusia yang dikatakan pewaris nabi ,setiap kata dan perbuatan akan menjadi garis panduan dalam menjalani kehidupan. Namun sebagai manusia biasa kadangkala mereka juga tidak terlepas dari membuat kesilapan.Ketaksuban sombrono ini jelas meluas dan mendapat tempat di kalangan Muslim amnya dan khususnya masyarakat melayu khasnya.Apakah manusia yang berserban ini mempunyai imuniti dari kritikan,amat jarang yang berani membuat kritikan terhadap golongan ini kerana serbannya begitu keramat,siapalah kita..bukan ingin menelanjangkan atau melondehkan maruah tetapi adalah wajar kita sebagai manusia yang juga dikurniakan akal dan fikiran berfikir berjuta-juta kali kerana jika setiap kata ulama itu merupakan satu fatwa yang harus diikuti dan dipatuhi hanya kerana dia ulama,maka inilah kedangkalan manusia dalam berfikir.

Aku ingin mengulas tindakan seorang ulama Sheikh Abd Aziz,Mufti Besar Arab Saudi yang menggesa supaya dimusnahkan semua Gereja di Rantau Telok.Kenyataan itu dibuat ketika pertemuan dengan komuniti Masyarakat Kebangkitan Islam yang berpusat di Kuwait setelah ditanya tentang hukum syariah pembangunan gereja di negara-negara Muslim dan beliau mengatakan pembangunangereja harus dihalang dan semua rumah ibadat orang Kristian harus dihancurkan.link


Gesaan ini sebenarnya sama seperti mana Pope yang pernah meminta supaya supaya semua masjid di Eropah dimusnahkan.Bagaimanapun pendapat itu telah ditentang oleh ulama besar di Turki yang menyatakan bahawa seruan Mufti Besar Arab Saudi itu bertentangan dengan ajaran damai agama Islam,toleransi dan kesucian rumah ibadat agama lain.Islam sentiasa menghormati kebebasan beragama dan bertentangan dengan perjanjian yang dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan masyarakat bukan Muslim di Madinah suatu waktu dahulu.Fatwa itu jelas mengabaikan hak imuniti yang diberikan oleh Islam kepada tempat suci atau kuil agama lain.

Natijahnya,persoalan pokok bukan sekadar isu gereja ataupun masjid tapi apa yang ingin aku perkatakan ialah sikap masyarakat kita yang masih melabelkan bahawa golongan ulama seakan maksum dalam kata-kata sehingga sukar dikritik hanya kerana status ulama.Kecelaruan makin bersimpang siur diminda masyarakat Islam dan Melayu khususnya bila ada ulama yang terlibat dalam politik menggunakan imej ulama sebagai pendinding agar tiada apa lagi yang perlu disanggah dan ditegah.Mengeluarkan kata-kata untuk tujuan polititk dan mereka juga menghalalkan cara bagi mencapai tujuan politik.

P/S:Aku bukan anti ulama,tidak berserban atau berjanggut panjang tidak bermakna aku terlalu naif dan tidak tahu menilai.Pendirian politik dan kepartian adalah hak individu dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tetapi Islam bukan milik individu dan bukan milik sesiapa yang ditakrifkan lebih Islamik dari segi pakaian.Dalam hati siapa nampak...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...