ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Pro Ulama
Showing posts with label Pro Ulama. Show all posts
Showing posts with label Pro Ulama. Show all posts

Sunday, 7 June 2015

HANIPA MAIDIN MERAUNG MINTA SIMPATI






Diantara babak-babak yang mungkin menyentuh jiwa  drama sebabak Muktamar Agung ke 61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor apabila Ahli Parlimen Sepang yang juga bekas AJK PAS Hanipa Maidin selak menangis ketika penggulungan selaku Pengerusi Lajnah Undang Undang dan Hak Asasi Manusia

Tak terbayangkan bagaimana seorang MP PAS yang pada tanggapan ramai seorang yang kental dan berjiwa besar,lagaknya bagai pahlawan Melaka ketika berhujah di Parlimen bertukar watak.Kalau di Sidang Parlimen memang tiada orang lain yang sering berdiri samada ketika berbahas atau mencelah mengganggu perbahasan.

Nasibnya mungkin umpama lebai Malang yang sebelum ini turut di" boo" oleh perwakilan di Muktamar kali ke 61 ini.Selain di label sebagai golongan progresif atau lebih manja dengan golongan Jebon atau lebih mesra dengan panggilan golongan Anwarinas atau lebih ganas dengan nama golongan Erdorgan  atau mereka yang cenderong kpd PASMA , kali ini turut tersenarai sebagai mereka yang dicampakkan keluar melalui tingkap  oleh perwakilan PAS.

Beliau nampaknya terpaksa menambat perahu di pelabuhan bersama sama Mat Sabu,Khalid Samad,Salehudin Ayub,Husam Musa,Hatta Ramly,Mujahid Rawa,Dzulkifli Ahmad dan Suhaizan Kaiat.

Mungkin dengan mengungkit kisah perjuangan beliau bersama lawyer2 PAS ketika musim pilihanraya memungkinkan perwakilan mahupun kepimpinan PAS menunjukkan simpati namun tak kelihatan sesiapapun meraung dan meratap bersama.

Tindakan Nik Mohamad Abduh menghulurkan tisu supaya air mata dan air hingus beliau tidak merosakkan mikrofon kerana masih ada orang lain yang mahu menggunakan mikrofon itu untuk berucap,bukan kerana Nik Mohamad Abduh tumpang sedih...tak touching pun..




Monday, 27 April 2015

#PRKRompin HIMPUNAN PERDANA SELAMATKAN FELDA DIBATALKAN .? MAT SABU SENTAP..KRIIK...!.KRIKK..!


PAS menerima tamparan hebat kerana kegagalan Himpunan Perdana Selamatkan FELDA2.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) malam semalam.Kemuncak acara Himpunan Perdana Selamatkan FELDA sepatutnya ditutup secara rasminya oleh Naib Presiden PAS Mat Sabu terpaksa dibatalkan di saat saat akhir.


Menurut sumber sumber yang dipercayai pembatalan program Himpunan Perdana Selamatkan FELDA 2.0 adalah akibat timbul rasa tidak puas hati puak PRO Ulama atau PRO  UG yang dikatakan kurang senang apabila upacara tersebut menampilkan Mat Sabu.Calon PAS pada PRK Rompin kali ini adalah penyokong kuat Presiden yang sedang berhempas pulas membersihkan pengaruh  Mat Sabu dan puak yang dikatakan golongan profesional,Anwarinas dan PASMA.


Mereka tidak mahu Mat Sabu menggunakan kesempatan di PRK Rompin untuk melakukan kempen pemilihan PAS yang sedang berlangsung.Akibat daripada itu dikhabarkan berlaku kekecoohan antara Mazlan Aliman dan penyokong pro ulama memaksa ia mungkin dipindahkan di FELDA Selancar 2 yang menerima Mat Sabu untuk melakukan upacara penutupan Himpunan Perdana Selamatkan FELDA 2.0.

Ada bagusnya Himpunan Perdana Selamatkan FELDA 2.0 ini ditukar tajuk menjadi Himpunan Selamatkan Presiden PAS yang semakin tidak mendapat kepercayaan ahli ahli PAS khususnya golongan yang pro pakatan rakyat..

Wednesday, 22 April 2015

#PRKRompin MAT SABU DILARANG BERCERAMAH DI PRK ROMPIN ..PAS MAKIN TERTEKAN


Pergeseraan antara puak ulama dan Pro Pakatan tidak dapat disembunyikan lagi bilamana dikatakan sudah ada arahan supaya cawangan cawangan PAS tidak menjemput mereka Pro Pakatan berceramah diatas pentas PRK Rompin.Antara nama yang jelas dipulaukan kali ini ialah Mat Sabu.

"Jadinya, yang akan berkempen di Rompin tu hanyalah manusia-manusia macam Nasrudin Hassan At Tantawi, Nik Mohamad Abduh, Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani sahaja.


“Biarlah puak-puak ni je yang berceramah di Rompin. Kita tengok lah jutaan manusia yang akan mendengar ceramah mereka,.." menurut sumber dalaman PAS yang dikenali sebagai Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib .




Kemenangan calon PAS sekarang sebagai YDP PAS Rompin iaitu Nazri Ahmad adalah dengan bantuan golongan yang Pro Ulama dalam PAS.Berdasarkan hubungan baik dengan Mokhtar Senik yang juga guru kepada Ahmad Nazri.Dendam kesumat jelas terpancar bagi pihak yang Pro Pakatan yang mendakwa kebanyakan dari mereka telah disisihkan dalam jawatan parti sewaktu pemilihan yang berlaku sekarang dan Rompin adalah salah satu daripadanya.


Golongan yang Pro Ulama yang dikatakaan ustaz-ustaz ini terpaksalah melakukan kerja-kerja tambahan sempena musim PRK ini dari panjat pokok kelapa memasang bendera dan mengutip derma tin Milo sehinggalah berkorban harta benda demi memenangkan calon PAS PRK Rompin yang Pro Ulama.Ustaz kena minum banyak tongkat Ali lah kali ini..bukan sekadar memegang remote kontrol seperti Tuan Presiden parti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...