ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Parlimen Rompin
Showing posts with label Parlimen Rompin. Show all posts
Showing posts with label Parlimen Rompin. Show all posts

Tuesday, 21 April 2015

#PRKRompin BILA SRIKANDI MENYINSING LENGAN LURAH DALAM TAKKAN BAH PADANG KERING MENJADI SAWAH


Wanita UMNO Malaysia telah melancarkan jentera jalinan rakyatnya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di PRK Rompin.Pelancaran jentera pilihanraya Wanita UMNO disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO, YB Dato'Seri Hishamuddin Tun Husin di Dewan Besar Dara Bandar Muadzam Shah Rompin.Lautan merah biru yang memenuhi segenap ruang dewan menunjukkan tulang belakang UMNO sentiasa memberikan sokongan semaksima munkin pada setiap kali pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil.


Turut hadir pada majlis pelancaran jentera Wanita UMNO Datuk Seri Panglima Sharizat Abdul Jalil yang akan mengepalai bala tenteranya membantu calon Barisan Nasional PRK Rompin Dato'Hasan Arifin.


Dato'Seri Hishamuddin dalam ucapannya menggariskan 3 perkara yang wajar diberi perhatian bagi mengekalkan kerusi Parlimen Rompin P091.

1. Memastikan jaringan komunikasi yang berkesan dan seragam supaya pihak pembangkang tidak memanipulasikan setiap kenyataan yang di lafazkan. Ini penting kerana kira-kira 53,000 orang pengundi dimana 60% daripadanya adalah pengundi di Felda

2. Memastikan kemenangan calon Barisan Nasional di sebalik serangan pelbagai penjuru dari pihak-pihak berkenaan. Kemenangan ini penting kerana Pahang adalah Negeri kelahiran Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Andai Tewas di Rompin, Barisan Nasional jelas telah menghantar mesej dan imej yang buruk kepada masyarakat bahawa rakyat di Negeri Pahang sendiri menolak kepimpinan Perdana Menteri.

3. Menjawab sebaik mungkin sentimen luar seperti isu perkauman dan keagamaan. Malah isu-isu semasa seperti GST, 1MDB dan perlbagai lagi isu berbangkit harus di fahami secukupnya oleh jentera supaya jawapan jentera selaras dan menjadi lidah tidak rasmi kerajaan dalam menjawab sebarang isu.


Kemenangan PRK Rompin penting bagi BN bagi melenyapkan kritikan yang semakin lantang ketika ini.Bagi tujuan itu BN tiada pilihan lain kecuali menang dengan majoriti yang sama dan lebih bergaya lagi jika mampu meningkatkan majoriti.


Monday, 20 April 2015

#PRKROMPIN ANTARA MARUAH BN DAN KEMENANGAN PERIBADI



PRK Rompin kali ini bukan sahaja membawa sejuta pengertian kepada calon BN Dato'Hasan Arifin tetapi apa yang lebih penting mengekalkan penguasaan enam penggal BN di Rompin lebih dari itu.Senario politik terkini menagih kemenangan bergaya bukan sahaja menang tetapi peningkatan majoriti akan meletakkan maruah BN yang dijaja oleh Pakatan Rakyat sebagai barangan paling murah di pasar politik ciptaan mereka.

Tentunya kemenangan pada PRK Rompin membawa konotasi BN masih mendapat kepercayaan rakyat dan implikasi kepada PRK Permatang Pauh.Apakah benar serangan dari luar dan dalam UMNO mutakhir ini memberikan impak kepada pengundi di Parlimen Rompin?Serangan Tun M misalnya berkisar tentang isu Altantunya,1MDB,Jambatan Bengkok,BR1M,kedudukan ringgit dan hutang negara,ISA dan POTA serta GST mempengaruhi pola pengundian kali ini.

Krebiliti Y.A.B DS Najib Tun Razak dipertikaikan sehingga mendesak penyingkiran beliau dengan cara yang tidak demokratik.Kaedah Tun M hampir sama dengan pemikiran pembangkang dengan alasan kepentingan rakyat dan rakyat berhak tahu dengan memanipulasi sikap DS Najib yang cuba menyelesaikan secara berkhemah.

Apa yang dilontarkan oleh Tun M segera disambut oleh orpurtunis politik dari Pakatan Rakyat dengan turut menyanyikan lagu yang senada walaupun sebenarnya sumbang dan terus ke laut.

5hb Mei 2015 bakal menyaksikan Dato'Hasan Arifin membawa maruah BN serta DS Najib Tun Razak.Hanya dengan mengekalkan kemenangan serta peningkatan majoriti mampu menutup mulut pengkritik dari terus terusan menyajikan rakyat Malaysia dengan hidangan politik yang memualkan.Pengundi di Rompin pastinya tahu menilai siapakah yang wajar diberikan mandat.

Rekod cemerlang Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis yang berjaya menukar landskap politik,pendidikan dan sosial ekonomi setempat pasti meninggalkan kesan mendalam pada setiap warga pengundi Rompin.

Begitu juga adunan pengalaman dan ketokohan Dato Hasan Arifin di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan adalah nilai tambah kepada pembangunan yang telah lama dikecapi warga setempat tidak terhenti setakat ini sahaja dengan memberikan undi kepada calon PAS.Tepok dada tanyalah selera dan bukan menepok dada dan bermegah dengan politik retorik Pakatan Rakyat yang belum teruji untuk mentanbir negara Malaysia yang tercinta ini.

#PRKROMPIN VARIASI KEPIMPINAN BN ROMPIN USIA HANYA ANGKA


Sudah mula kedengaran suara suara yang hebat membincangkan konotasi"meremajakan"parti.Perbualan makin hangat di mana mana sekitar Parlimen Rompin apatah lagi setelah pengumuman Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin meletakkan Dato'Hasan Arifin sebagai calon Parlimen Rompin.Signal penerimaan berubah mengikut pelbagai pandangan dari pelbagai lapisan masyarakat khususnya pembangkang menjustifikasikan usia sebagai tanda aras calon yang menjadi wakil rakyat Parlimen Rompin.

Adalah kurang tepat jika kita mahu merumuskan tidak akan berlaku peremajaan parti sekiranya calon yang dipilih menjadi wakil rakyat seorang yang berusia.Jawatan bukannya solusi bagi penyelelesaian menyeluruh hasrat memberikan nafas baru seolah olah jawatan mempunyai kuasa yang tiada had sepertimana kemahuan rakyat yang tiada batasnya.

Di dalam konteks kepimpinan politik di Rompin sebenarnya peremajaan parti tidak pernah diketepikan sebaliknya ianya menjadi pelengkap dalam usaha menarik golongan muda agar aspirasi tiap lapisan masyarakat dapat bukan sahaja didengar malah keterlibatan secara langsung dalam politik.


Sebagai contoh YB Dato'Johari Husin 42,ADUN Pulau Tioman yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang yang terletak dalam Parlimen Rompin adalah mewakili golongan muda selain ADUN Bukit Ibam Dato'Wan Kadri Wan Mahusin serta Dato'Maznah Mazlan ADUN Muadzam Shah.Kolaborasi ini membuahkan hasil yang membanggakan jika dilihat dari aspek pembangunan fizikal yang menyaksikan daerah Rompin antara kawasan yang pesat membangun.

Perlu dijelaskan peremajaan parti itu lebih relevan dengan perubahan dari segi gaya berfikir,gaya gerakkerja dan fokus kepada golongan muda bagaimana memenuhi kehendak mereka masa kini.Usia dan jawatan hanyalah pemankin tetapi peremajaan itu harus melalui saringan agar idealisme perjuangan parti berada dilandasan yang tepat tanpa meminggirkan secara total penglibatan golongan muda dalam arena politik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...