Tindakan mereka ini memang sengaja dilakukan untuk menjadi populis dengan perhatian seluruh rakyat di Malaysia tertumpu kepada Pembentangan Bajet 2016 yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato'Seri Najib Tun Razak.
Perhatian bukan sahaja tertumpu di Malaysia malahan #Bajet2016 juga menduduki Trending ke 4 tertinggi didunia dikalangan pengguna twitter pada bajet dibentangkan.
Namun perlu diketahui juga tindakan MP pembangkang di parlimen tempohhari tidak mendapat sokongan semua ahli MP Pembangkang.
Ada beberapa ahli MP pembangkang PAS seperti Dato'Takiyuddin Hasan(Kota Baru),Ketua Penerangan Nasarudin Hasan dan Ketua pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Aziz tidak turut serta mengangkat sepanduk.
Tidak semua rupanya dikalangan pakatan pembangkang kelihatan seperti beruk yang kelaparan pisang terkinja-kinja meloncat tidak menghiraukan kemulian Dewan Rakyat yang menjadi intitusi yang dihormati di negara ini.
Malang sekali bagi rakyat Malaysia yang memilih Ahli Parlimen pembangkang mewakili merekayang langsung tidak mencerminkan keperibadian sebagai Yang Berhormat sebaliknya menunjukkan sikap yang menjengkelkan.
Barangkali elok disediakan setandan dua pisang untuk dihidangkan kepada mereka sebelum ahli MP pembangkang ini memasuki Dewan Rakyat agar tidak terkinja-kinja seperti beruk yang kelaparan.
Parlimen bukan medan mencari populariti sebaliknya medium untuk menyampaikan segala pendapat serta suara rakyat dikawasan yang diwakili.
Terpekik terlolong tanpa sebab dan beradab bukan budaya yang harus diamalkan sebaliknya berbincang dan berbahaslah secara teratur mengikut peraturan mesyuarat yang ditentukan.
Mungkin inilah legasi terbaik Anwar Ibrahim yang mampu melahirkan ramai MP berkelakuan seperti beruk-beruk yang sedang berpakat untuk mendapatkan setandan pisang.
No comments:
Post a Comment