ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
NAIK ROLLER COASTER TANPA SEURAT BENANG SAHUT KEMPEN PENYAKIT KANSER | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday, 28 October 2015

NAIK ROLLER COASTER TANPA SEURAT BENANG SAHUT KEMPEN PENYAKIT KANSER


LONDON – Kira-kira 57 orang penggemar permainan lasak sanggup melakukan aksi nekad dengan bertelanjang bulat sambil ceria menaiki jentera roller coaster untuk menyumbang kepada sebuah projek dana amal tempatan.

Kesanggupan mereka itu menyebabkan ramai pengunjung menyampaikan derma 10,000 pound (RM65,345) untuk disumbangkan kepada Yayasan Amal Hospital Southend dekat sini yang mengurus ramai pesakit kanser.


Aksi sama pernah dilakukan pada 2010 lalu apabila seramai 102 orang tanpa selembar benang pakaian pun beraksi menaiki permainan Green Scream di taman tema Adventure Island di Southend juga untuk projek dana kebajikan.

Kumpulan dengan aksi unik ini sebenarnya sudah mengelilingi beberapa bandar di England dan Scotland untuk mengumpul derma bagi pelbagai projek amal tempatan antaranya di Edinburgh, Newcastle dan Swindon.


Menurut media di Britain, mereka sedia melakukan pelbagai aksi lasak dan sensasi termasuk dengan cara berbogel habis bagi menarik minat masyarakat menderma sambil ‘mencuci’ mata melihat kemontokan tubuh peserta itu.

“Ini sungguh hari hebat dengan ramai orang dapat menikmati peluang berbuat sesuatu berkesan, menyenangkan, dan menghasilkan wang dalam jumlah banyak,”kata Pengarah Operasi Adventure Island, Andrew Renton.


Penganjur bagaimanapun gagal memecah rekod dunia Guinness yang dicatatkan pada 2010 kerana penyertaan kali ini kurang hampir separuh selain tidak mencapai sasaran derma sebanyak 20,000 pound (kira-kira RM130,750).

Taman tema keluarga yang dibuka secara percuma serta diasaskan pada 1976 itu mengandungi pelbagai tarikan popular termasuk lima jenis roller coaster, 32 jenis permainan sukaneka berbeza dan sebuah taman rekreasi air.

“Kami dengar pelbagai kisah yang mengagumkan baik secara langsung mahupun tidak langsung daripada begitu ramai pesakit yang pernah hidap barah dan mereka ingin ‘membalasnya’ semula,” ujar beliau lagi.

Renton menyatakan perasaan bangga terhadap Adventure Island yang berbuat sesuatu demi membantu mereka yang memerlukan. Dia juga terharu apabila banyak aksi mereka masih dicatatkan dalam rekod dunia Guinness.

Lucy Thomas Clayton dari Yayasan Amal Hospital Southend turut berasa kagum atas keberanian dan pengorbanan pencari kebajikan tersebut yang sukarela bertelanjang di depan khalayak ramai. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...