ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
JADIKAN KISAH WILMA RUDOLPH MOTIVASI PELAJAR HADAPI PEPERIKSAAN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Monday, 12 October 2015

JADIKAN KISAH WILMA RUDOLPH MOTIVASI PELAJAR HADAPI PEPERIKSAAN


Maran 12/10/2015 - Keterbatasan dan kekurangan tidak boleh dijadikan alasan untuk berjaya dalam hidup sebaliknya harus dijadikan pencetus semangat untuk mengecap kejayaan

"kamu mampu melakukan apapun yang kamu inginkan dalam hidupmu jika kamu memiliki keyakinan, kegigihan, keberanian dan semangat yang menggelora untuk merealisasikannya.”kata kata semangat yang diberikan oleh YB Dato' Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 (SMKJ2) sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi menghadapi Peperiksaan PT3 yang diadakan hari ini.


"kisah kejayaan Wilma Rudolph berasal dari keluarga miskin yang serba kekurangan dan lahir sebagai manusia cacat kaki tetapi kerana kegigihan serta semangat ingin membuktikan kemampuan diri membuahkan hasil bila berjaya memenangi pingat emas  acara 100 meter Olimpik pada tahun 1960"


 "sebagai pelajar juga kamu semua harus menjadikan kisah seperti Wilma Rudolph yang kekurangan dari banyak segi namun akhirnya berjaya menjadi juara pecut dunia.Beliau yang sering diketawakan apabila  tewas perlumbaan lumba lari yang disertai namun sikap tidak mahu menyerah kalah ,melupakan kekurangan diri sebaliknya berusaha gigih mengejar cita-cita ingin berjaya dalam karier meletakkan Wilma Rudolph sebagai seorang yang berjaya akhirnya dalam karier beliau."

Seramai 175 pelajar tingkatan 3 SMKJ2 menghadapi peperiksaan PT3 tahun ini diberikan motivasi pembakar semangat oleh YB Dato Shahaniza Shamsuddin sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Hadir sama di pada pertemuan tersebut Pengetua SMKJ2 Hajjah Saimah Hasan,YDP PIBG Idris Shah Musa,Ketua-ketua kampung,pengurus pengurus rancangan FELDA berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...