Kisah ugutan dan ancaman keselamatan yang dimainkan oleh Tengku Zulpuri ADUN DAP Mentakab nampaknya tidak dapat meraih simpati ahli DAP untuk mempertahankan jawatan yang disandang sejak dua tahun lalu.
Beliau tewas dalam pemilihan sebagai Pengerusi DAP Pahang kepada ADUN Tanah Rata Leong Ngah Ngah sebaliknya hanya dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP satu jawatan lantkan sebagai menjaga hati orang Melayu yang berada dalam DAP Pahang.
Tengku Zulpuri hanya mendapat 109 pencalonan berbanding Leong Ngah Ngah yang mendapat 158 pencalonan pada pemilihan parti DAP Pahang yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Bagi senarai AJK DAP Pahang hanya dua orang berbangsa Melayu iaiutu Tengku Zulpuri dan Datuk Mohamad Arif Sabri menunjukkan orang Melayu memang tiada tempat di dalam sebuah parti yang mendakwa tidak mengamalkan perkauman.
15 AJK yang dipilih inilah yang menentukan siapakah yang layak menjadi Pengerusi DAP Pahang menyaksikan Tengku Zulpuri selaku Ketua Pembangkang di DUN Pahang dimalukan sedemikian rupa oleh partinya sendiri.
Seperti dijangka beliau hanya diperkudakan oleh DAP dengan meletakkan beliau sebagai calon DAP di Mentakab dan sebagai Pengerusi DAP pada 2013/2015 dengan harapan seandainya pembangkang dapat menawan Pahang pada PRU 13 seterusnya meletakkan beliau sebagai Menteri Besar Pahang.
Menjadi ayam laga dalam isu khutbah Khas Adil Adha JAIP dengan mengambil jalan ingin menyaman Jabatan Agama Islam sebenarnya meletakkan beliau semakin dipinggirkan oleh ahli DAP sendiri kerana isu tersebut akhirnya seperti senjata makan tuan.
Sudah terang lagi bersuluh DAP sebuah parti cauvanist yang hanya mempergunakan segelintir pemimpin Melayu bagi mengaburi mata rakyat khususnya orang Melayu yang akhirnya tidak akan diterima berada lama dalam hirarki kepimpinan tertinggi DAP.
No comments:
Post a Comment