ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: parlimen beruk
Showing posts with label parlimen beruk. Show all posts
Showing posts with label parlimen beruk. Show all posts

Saturday, 22 October 2016

BERUK SARKIS KEMBALI BERAKSI KELUAR DEWAN SEISI PEMBENTANGAN BAJET 2017


Pembentangan bajet 2017 oleh DS Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini sekali lagi menyaksikan bagaimana kelibat beruk beruk sarkis kembali beraksi.

Aksi seperti beruk terkena belacan seperti ditunjukkan oleh ahli Parlimen pembangkang terutama dari parti PKR,DAP dan PAN dilakukan di Dewan Rakyat yang mulia ketika PM sedang membentangkan bajet sejurus perkataan 'sandiwara' keluar dari ucapan PM.


Bukan suatu yang aneh bagi seorang wakil rakyat pembangkang di Malaysia melakukan protes kerana memang itu cara mereka tetapi sebagai mereka yang dipilih oleh rakyat,diberikan penghormatan dengan panggilan Yang Berhormat tetapi kelakuan seperti yang ditunjukkan boleh dilihat di rimba atau pun di Zoo Negara.

Alasan Wan Azizah ialah Bajet 2017 adalah tidak realistik dan sandiwara dan dah ada transkrip ucapan bajet.Lepas tu main playckad Mo1 macam budak sekolah tadika..

Kalau dah ada transkrip,boleh download baik tak perlu jadi ahli Parlimen,duduk kat rumah diam diam main dengan kipas.Rakyat pilih wakil rakyat minta supaya menjaga kepentingan mereka didalam Dewan Rakyat,suara rakyat didengar di Parlimen.

Jika tidak puas hati,berhujahlah  semasa perbahasan boleh tunjuk kebolehan dengan berhujah sebagai ahli Parlimen.Tak dengar lagi Donald Trumph angkat playkad Hillary Clinton ,perbezaan pendapat perlu diluahkan dengan peraturan cara politik berparlimen.

Politik pembangkang di Malaysia semakin low class,bukan semakin matang dan menuju cara negara maju berpolitik.Barangkali PAS kini semakin sopan dengan terus kekal di Dewan Rakyat ketika Bajet 2017 dibentangkan.Cuma kelibat Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Bean yang terkinja kinja,maklumlah hanya kelulusan SRP.

Saturday, 24 October 2015

MENCARI SETANDAN PISANG BUAT GEROMBOLAN BEROK-BEROK DI PARLIMEN



Episod sarkis yang dilakonkan oleh MP pembangkang kini masih bersambung di Sidang Dewan Rakyat kali ini.Kalau dulu membawa sepanduk GST kali ini membawa sepanduk "MANA RM 2.6 BILLION"

 
Tindakan mereka ini memang sengaja dilakukan untuk menjadi populis dengan perhatian seluruh rakyat di Malaysia tertumpu kepada Pembentangan Bajet 2016 yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato'Seri Najib Tun Razak.

Perhatian bukan sahaja tertumpu di Malaysia malahan #Bajet2016 juga menduduki Trending ke 4  tertinggi didunia dikalangan pengguna twitter pada bajet dibentangkan.

Namun perlu diketahui juga tindakan MP pembangkang di parlimen tempohhari tidak mendapat sokongan semua ahli MP Pembangkang.


Ada beberapa ahli MP pembangkang PAS seperti Dato'Takiyuddin Hasan(Kota Baru),Ketua Penerangan Nasarudin Hasan dan Ketua pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Aziz tidak turut serta mengangkat sepanduk.

Tidak semua rupanya dikalangan pakatan pembangkang kelihatan seperti beruk yang kelaparan pisang terkinja-kinja meloncat tidak menghiraukan kemulian Dewan Rakyat yang menjadi intitusi yang dihormati di negara ini.

Malang sekali bagi rakyat Malaysia yang memilih Ahli Parlimen pembangkang mewakili merekayang langsung tidak mencerminkan keperibadian sebagai Yang Berhormat sebaliknya menunjukkan sikap yang menjengkelkan.

Barangkali elok disediakan setandan dua pisang untuk dihidangkan kepada mereka sebelum ahli MP pembangkang ini memasuki Dewan Rakyat agar tidak terkinja-kinja seperti beruk yang kelaparan.

Parlimen bukan medan mencari populariti sebaliknya medium untuk menyampaikan segala pendapat serta suara rakyat dikawasan yang diwakili.

Terpekik terlolong tanpa sebab dan beradab bukan budaya yang harus diamalkan sebaliknya berbincang dan berbahaslah secara teratur mengikut peraturan mesyuarat yang ditentukan.

Mungkin inilah legasi terbaik Anwar Ibrahim yang mampu melahirkan ramai MP berkelakuan seperti beruk-beruk yang sedang berpakat untuk mendapatkan setandan pisang.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...