ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday, 24 April 2015

#PRKRompin PAS HANYA MAKLUK PEROSAK DI TANAH RANCANGAN FELDA - ISA SAMAD


Kehadiran PAS di kawasan Tanah Rancangan FELDA adalah umpama mahluk perosak.Strategi hit n run yang diamalkan PAS bagaikan menabur fitnah sepanjang musim pilihanraya dan kemudianya hilang dari tanah rancangan FELDA bila berakhirnya pilihanraya.Berbeza dengan kerajaan melalui FELDA yang akan sentiasa bersama peneroka tak kira masa.

Tan Sri Isa Samad Pengerusi FELDA berkata sedemikian sewaktu berucap merasmikan bangunan Dewan Semai Bakti Felda Keratong 10 di Muadzam Shah Rompin Pahang.Turut hadir pada majlis tersebut calon Barisan Nasional Dato'Hasan Arifin PRK Rompin.Peneroka FELDA yang merupakan 51% dari pengundi Parlimen Rompin yang meliputi 17 buah tanah rancangan menjadi sasaran  PAS menabur dakyah dengan memutarbelikan isu.

Adalah satu tindakan yang bodoh bagi ahli politik melaksanakan dasar yang akan membuatkan mereka hilang undi dan pada masa yang sama sesuatu dasar dilaksanakan juga tidak boleh memudaratkan negara.Sebagai ahli politik yang bertanggungjawab kepada negara ada kala dasar yang dilakukan adalah tidak popular dikalangan rakyat.

Penjelasan Isu Semasa

GST
Pada musim pilihanraya apa sahaja perkara akan menjadi isu sepertimana GST.Di England rakyatnya mengambil masa setahun untuk memahami VAT tetapi berbeza dengan Malaysia kerana di sana ianya tidak dipolitikkan.Walhal sebenarnya pada suatu ketika nanti rakyat Malaysia akan sedar juga akan kebaikan GST kerana mereka perlu memahami GST melalui transisi.

HUTANG EPF

Begitu juga tohmahan FELDA berhutang sebanyak RM 6 billion telah dimaikan juga pada PRU13 yang lepas dimainkan sekali lagi pada PRK Rompin oleh PAS.Sebenarnya FELDA mempunyai kemampuan untuk meminjam dan sewajarnya peneroka FELDA berbangga jika tidak kerana kebolehupayaan FELDA pastinya EPF tidak akan memberikan pinjaman.Adakah EPF akan memberikan pinjaman kepada Koperasi PAS?jangankan pinjaman..borang pinjaman pun belum tentu dan sehingga kini FELDA mampu membayar balik pinjaman.Pinjaman sebenarnya adalah lumrah dalam urusan perniagaan.

FGV
PAS terus membuat tohmahan mengatakan tanah mereka bakal tergadai dengan penyenaraian FGV.Mengikut pecahan syer yang dimiliki oleh Felda adalah sebanyak 37%,peneroka asal FELDA seramai 112,635 peserta sebanyak 20% manakala selebihnya dimiliki oleh EPF dan Tabung Haji serta Institusi kewangan.FGV sebenarnya menyewa tanah dari FELDA dengan bayaran RM 450 juta setahun samada dari keluasan tanah seluas 355 ribu hektar.

51% saham yang dipegang aakan memastikan kepentingan peneroka dan adalah mustahil kerajaan akan membiarkan sesuatu yang merugikan peneroka.Begitu juga tohmahan terhadap Tan Sri Isa Samad yang memiliki 180,00 unit sahan diberikan oleh FELDA walhal ianya dibeli dengan kouta sebagai Pengerusi FELDA walaupun sepatutnya diberikan 1 juta unit namun FELDA hanya membenarkan sebanyak 180,00 unit untuk dibeli oleh beliau.Ahli Lembaga Pengarah FELDA yang lain juga turut diperuntukkan 150,00 untuk dibeli bukan diberi.Sebaliknya peneroka diberikan 20% keuntungan FGV yang akan kekal selama lamanya dan boleh diwarisi oleh ahli keluarga .

Saham FGV yang jatuh dipasaran juga menjadi modal PAS.Memang benar diatas kertas saham itu mengalami kejatuhan tetapi ianya tidak akan membebankan peneroka kerana sejumlah 800 unit saham yang jatuh itu dibayar oleh FELDA sebagai pendahuluan dan akan dipotong bayaran dari peneroka secara berperingkat.Pernahkan selama ini peneroka yang berhutang dengan FELDA akan dikenakan apa2 tindakan oleh FELDA?berapa ramaikah peneroka yang dibuang rancangan kerana tidak membayar bayaran tanam semula FELDA?

PERUMAHAN GENERASI KEDUA

Sepertimana yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri,FELDA menyasarkan pembinaan sebanyak 20,000 buah rumah dan setakat hari ini 9,000 telah berjaya dibina.Bagaimanapun buat sementara waktu ianya ditangguhkan bagi kerajaan memikirkan kaedah bagaimana caranya generasi kedua membiayai pinjaman untuk memiliki rumah.Pada dasarnya kerajaan mungkin akan menjalankan sewa beli selama lima tahun dan sekiranya mereka dapat menunjukkan komitmen untuk membayar sewa maka mereka akan ditawarkan untuk membeli rumah tersebut.

Penangguhan itu juga disebabkan pada waktu ini FELDA sedang menguruskan pinjamannya dari institusi kewangan.Felda tidak akan menggunakan dana FELDA sendiri sebaliknya meminjam dari bank seperti mana amalan yang dilakukan oleh mana mana urusan perniagaan yang memerlukan pembiayaian.

Mengenai harga rumah FELDA masih sedang mempertimbangkan harga dan mustahil dapat dijual pada harga RM 90,000 dan kebawah kerana FELDA mesti menjula mengikut harga pasaran semasa serta kemudahan lain yang akan disediakan termasuk api dan jalanraya ataupun tangki air.Keluasan yang ditawarkan juga adalah seluas 1,000 kaki persegi berbanding rumah PPRT cuma dalam lingkungan 650 kaki persegi.Keberangkalian harga mungkin sekitar RM 120,000.

Antara lain isu yang dimainkan oleh PAS ialah Malaysia mengalami krisis kewangan dan ekonomi yang merudum.Walhal adalah sesuatu yang ganjil jika sukuk sebanyak USD 1.5 billion yang ditawarkan terlebih langganan 7 kali dan sukuk bernilai USD 1.0 Billion selama 30 tahun terlebih langganan sebanyak 6 kali.Pastinya petunjuk daari terlebih langganan ini keyakinan pelabut terhadap ekonomi negara.

Justeru itu peneroka di tanah rancangan di Parlimen perlulah berfikiran waras dengan mengundi Dato Hasan Arifin sebagai calon mereka pada PRK Rompin kali ini.Dan sebagai tanda ingatan FELDA buat peneroka,sebuah Dewan Semai Bakti akan dibina di Felda Keratong 10.Ingatlah bahawa akan ada mahluk perosak seperti PAS akan tak pernah jemu datang ke tanah rancangan FELDA bagi merosakkan kedamaian warga FELDA hanya kerana undi dan akan hilang sebaik sahaja pilihanraya berlalu...


Thursday, 23 April 2015

#PRKROMPIN PUTERI UMNO TEKAD BANTU CALON BN DI PRK ROMPIN


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia semalam telah melancarkan jentera pilihanrayanya di PRK Rompin di Tapak Dewan Terbuka Majlis Daerah Rompin.Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO Dato'Seri Hishamuddin Hussein dan dihadiri oleh calon Barisan Nasional PRK Rompin Dato'Hasan Arifin selepas selesai penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.

Kesungguhan bagi membantu jelas terpancar disetiap wajah ahli Puteri UMNO yang hadir biarpun terpaksa berjalan kaki hampir 2 km kerana kesesakan jalanraya untuk ke majlis pelancaran jentera pilihanraya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Dato'Mas Ermieyati ketika ditemu berkeyakinan Puteri UMNO mampu menggals tugas pada PRK Rompin kali ini khususnya dalam mendekati pengundi muda.Walaupun berdepan dengan kritikan pembangkang yang berkisar tentang umur calon,beliau menegaskan ianya bukan faktor utama dalam membawa aspirasi anak muda sebaliknya rangkuman pengalaman yang ada pada calon mampu menterjemahkan kehendak dan kemahuan pengundi muda dapat direalisasikan.

Pengalaman mewakili rakyat di dua kawasan DUN serta bekas Timbalan Menteri Besar calon BN Dato'Hasan Arifin memudahkan beliau mengenalpasti dan menyelesaikan permasalahan penduduk setempat











#PRKRompin MAT SABU MALU BESAR, CERAMAH TIADA SAMBUTAN BUKTI PERPECAHAN PAS

 

Penampilan Mat Sabu selaku Naib Presiden PAS gagal menarik kehadiran orang ramai di tengah kehangatan PRK Rompin kali ini.Ceramah yang diadakan di Kg Mentara Kuala Rompin malam semalam turut mengundang YDP PAS Cameroon Higland iaitu Karim Mohd Noor.Kehadiran yang mengecewakan jelas menunjukkan bahawa Mat Sabu adalah antara mereka yang tidak mendapat tempat di hati penyokong PAS sendiri .

Penolakan ini jelas tidak dapat dinafikan bila salah seorang pihak yang Pro Pakatan Khalid Samad yang berceramah di bandar Kuala Rompin semalam menerima nasib yang sama.Jika penyokong PAS sendiri gagal hadir untuk memenuhi ruang bagaimanakah agaknya sokongan dari penduduk Rompin.


Kehadiran  Mat Sabu dalam penamaan hari semalam hanyalah lakonan semata mata memandangkan sekarang beliau sedang kempen untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS dan bukannya atas jemputan pemimpin PAS di peringkat cawangan yang melarang Mat Sabu berceramah dipentas ceramah ketika kempen PRK Rompin memandangkan calon PAS ketika ini Nazri Ahmad adalah dari mereka yang dikatakan penyokong Presiden PAS Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan calon Naib Presiden untuk pemilihan PAS yang masih berlangsung kini.





#PRKRompin WARNA WARNI HARI PENAMAAN CALON, LAUTAN BIRU DI BUMI ROMPIN


Penamaan Calon PRK Rompin berjalan lancar dan seperti tradisinya menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara Barisan Nasional yang diwakili oleh Dato'Hasan Arifin manakala lawannya diwakili oleh calon PAS Nazri Ahmad.Kehadiran ribuan penyokong BN yang ramai jelas menunjukkan sokongan penduduk dan jentera Barisan Nasional berada ditahap terbaik untuk mengekalkan kerusi Parlimen Rompin.

Calon Barisan Nasional Dato Hasan Arifin tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.04 pagi manakala calon PAS Nazri Ahmad pula pada jam 8.45 pagi.Namun hasrat seorang calon Bebas Mohd Shukri Ramly atau lebih dikenali sebagai CMK bertanding pada PRK Rompin kali ini gagal apabila tidak memenuhi syarat kerana tidak membawa pencadang dan penyokong..

Dengan majoriti besar yang dimenangi oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis sebanyak 15,114 yang menewaskan Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohamad Saleh pada PRU 13 yang lepas..peluang BN pada PRK kali ini amat cerah dan dengan bantuan jentera pilihanraya dari seluruh Pahang serta negeri berdekatan dijangkakan dapat mengekalkan kemenangan dan menambah majoriti kali.

Ketidakhadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon khusus PKR dan DAP jelas menunjukkan Pakatan Rakyat berhadapan laluan sukar kali ini.Boleh dikatakan tiada seorangpun wakil parti DAP yang hadir membuktikan penglibatan mereka dalam politik Malaysia yang untuk mempergunakan Pakatan Rakyat demi mencapai cita cita politik mereka.


















Wednesday, 22 April 2015

#PRKRompin MAT SABU DILARANG BERCERAMAH DI PRK ROMPIN ..PAS MAKIN TERTEKAN


Pergeseraan antara puak ulama dan Pro Pakatan tidak dapat disembunyikan lagi bilamana dikatakan sudah ada arahan supaya cawangan cawangan PAS tidak menjemput mereka Pro Pakatan berceramah diatas pentas PRK Rompin.Antara nama yang jelas dipulaukan kali ini ialah Mat Sabu.

"Jadinya, yang akan berkempen di Rompin tu hanyalah manusia-manusia macam Nasrudin Hassan At Tantawi, Nik Mohamad Abduh, Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani sahaja.


“Biarlah puak-puak ni je yang berceramah di Rompin. Kita tengok lah jutaan manusia yang akan mendengar ceramah mereka,.." menurut sumber dalaman PAS yang dikenali sebagai Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib .




Kemenangan calon PAS sekarang sebagai YDP PAS Rompin iaitu Nazri Ahmad adalah dengan bantuan golongan yang Pro Ulama dalam PAS.Berdasarkan hubungan baik dengan Mokhtar Senik yang juga guru kepada Ahmad Nazri.Dendam kesumat jelas terpancar bagi pihak yang Pro Pakatan yang mendakwa kebanyakan dari mereka telah disisihkan dalam jawatan parti sewaktu pemilihan yang berlaku sekarang dan Rompin adalah salah satu daripadanya.


Golongan yang Pro Ulama yang dikatakaan ustaz-ustaz ini terpaksalah melakukan kerja-kerja tambahan sempena musim PRK ini dari panjat pokok kelapa memasang bendera dan mengutip derma tin Milo sehinggalah berkorban harta benda demi memenangkan calon PAS PRK Rompin yang Pro Ulama.Ustaz kena minum banyak tongkat Ali lah kali ini..bukan sekadar memegang remote kontrol seperti Tuan Presiden parti.

#PRKRompin PERSEPSI MENDAHULUI FAKTA ,CABARAN KEUPAYAAN BN DI PRK ROMPIN



Tiada lagi kepercayaan kepada sumber yang bersifat tunggal bagaikan mendorong berkembangnya budaya anti esteblisment.Sekalipun berbagai berbentuk program dan pelbagai jenis bantuan diberikan oleh kerajaan sebagai bukti kesungguhan menunaikan tanggungjawab dan memenangi hati rakyat ,sayang seribu kali sayang cara sebegini  dianggap habuan berbentuk limpahan dan terjemahan balas budi bukan lagi satu pilihan muktamad.

Cabaran kerajaan cukup besar seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dalam menangani persepsi yang mendahului fakta.Kelewatan menjawab persoalan yang ditimbulkan dengan segala alasan alasan dianggap membuka pintu kebohongan seluas luasnya.Pemimpin dianggap gagal mengurus persepsi berselindung dibalik perisai kekuasaan sistem kerajaan.

Persepsi negative seperti ketirisan,intergriti,salahguna kuasa dan rasuah menjadi lagu yang enak didendangkan khususnya sewaktu pilihanraya. Kepercayaan terhadap kerajaan semakin hari semakin luntur sekalipun dari semasa ke semasa penambahbaikan dilakukan demi memuaskah hati namun ianya bukanlah mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

Jika dijawab soalan hari ini...paling tidak menjelang esok aakan ada soalan baru seperti bercambahnya kilang-kilang fitnah yang di asakan oleh pembangkang dinegara ini demi kelangsungan politik mereka.

Sehingga akhirnya keputusan pilihanraya adalah kayu ukur sejauh mana persepsi itu mendahului fakta.Di PRK Rompin pembangkang hanya perlu mengulangi berulangkali pembohongan kerana dengan harapan apa yang diulangulang itu diterima sebagai satu kebenaran.



Tuesday, 21 April 2015

#PRKRompin BILA SRIKANDI MENYINSING LENGAN LURAH DALAM TAKKAN BAH PADANG KERING MENJADI SAWAH


Wanita UMNO Malaysia telah melancarkan jentera jalinan rakyatnya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di PRK Rompin.Pelancaran jentera pilihanraya Wanita UMNO disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO, YB Dato'Seri Hishamuddin Tun Husin di Dewan Besar Dara Bandar Muadzam Shah Rompin.Lautan merah biru yang memenuhi segenap ruang dewan menunjukkan tulang belakang UMNO sentiasa memberikan sokongan semaksima munkin pada setiap kali pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil.


Turut hadir pada majlis pelancaran jentera Wanita UMNO Datuk Seri Panglima Sharizat Abdul Jalil yang akan mengepalai bala tenteranya membantu calon Barisan Nasional PRK Rompin Dato'Hasan Arifin.


Dato'Seri Hishamuddin dalam ucapannya menggariskan 3 perkara yang wajar diberi perhatian bagi mengekalkan kerusi Parlimen Rompin P091.

1. Memastikan jaringan komunikasi yang berkesan dan seragam supaya pihak pembangkang tidak memanipulasikan setiap kenyataan yang di lafazkan. Ini penting kerana kira-kira 53,000 orang pengundi dimana 60% daripadanya adalah pengundi di Felda

2. Memastikan kemenangan calon Barisan Nasional di sebalik serangan pelbagai penjuru dari pihak-pihak berkenaan. Kemenangan ini penting kerana Pahang adalah Negeri kelahiran Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Andai Tewas di Rompin, Barisan Nasional jelas telah menghantar mesej dan imej yang buruk kepada masyarakat bahawa rakyat di Negeri Pahang sendiri menolak kepimpinan Perdana Menteri.

3. Menjawab sebaik mungkin sentimen luar seperti isu perkauman dan keagamaan. Malah isu-isu semasa seperti GST, 1MDB dan perlbagai lagi isu berbangkit harus di fahami secukupnya oleh jentera supaya jawapan jentera selaras dan menjadi lidah tidak rasmi kerajaan dalam menjawab sebarang isu.


Kemenangan PRK Rompin penting bagi BN bagi melenyapkan kritikan yang semakin lantang ketika ini.Bagi tujuan itu BN tiada pilihan lain kecuali menang dengan majoriti yang sama dan lebih bergaya lagi jika mampu meningkatkan majoriti.


#PRKRompin NAZRI AHMAD CALON PAS PRK ROMPIN SI TANGGANG MODEN


Bilamana kita tidak mengenang budi,bilamana kita tidak bersyukur..bilamana tiada lagi perasaan keinsafan dalam diri yang tinggal hanya lah sifat angkuh dan bongkak mendabik dada tanpa menyedari dimanakah asal kita.Inilah yang dapat dilabelkan bagi calon PAS PRK Rompin Nazri Ahmad yang diumumkan semalam.

Anak Kelahiran FELDA Keratong 5 ini yang membesar dan bersekolah di SK Keratong 4 ini kini sudah lupa asal usul.FELDA bukanlah lahir dari sebuah lampu ajaib yang di gosok oleh Aladin tapi adalah cetusan ilham mantan Perdana Menteri Malaysia Allahyarham Tun Razak yang mahu melihat orang Melayu yang suatu ketika dahulu keluar dari kepompong kemiskinan.

Sebagai anak FELDA Nazri Ahmad adalah contoh lahirnya Si Tanggang Moden dari kawasan FELDA atau mungkin jua Si Malim Kundang yang sudah lupa segala yang dikecapi beliau dan keluarga di tanah rancangan FELDA.Kejayaan FELDA sebagai agensi memajukan tanah dan sosial ekonomi khususnya masayarakat Melayu tidak boleh disangkal oleh mana mana pihak.Namun PAS sebagai parti yang selesa sebagai parti yang mengadu domba masyarakat bijak mengambil peluang demi kepentingan politik.

Tidak cukup dengan itu anak kelahiran FELDA yang dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ini diberi peluang menjadi guru di sebuah lagi agensi kerajaan iaitu MARA melalui MRSM.


Di FELDA lahir dan membesar dengan pelbagai kemudahan yang diberikan..di MRSM mencari rezeki tetapi akhirnya memilih untuk menentang kerajaan yang selama ini memberi tanpa meminta apa apa balasan.Mengenang budi sudah memadai tetapi beginilah kesudahannya bila melepaskan anjing yang tersepit..

#PRKROMPIN NAZRI AHMAD CALON PAS PRK ROMPIN SEDIA DIKORBANKAN OLEH PAKATAN RAKYAT


PAS telah mencalonkan Nazri Ahmad YDP PAS Rompin sebagai calon PRK Rompin yang diumumkan semalam.Pencalonan ini jelas menunjukkan bahawa PAS sudah sedia meletakkan calonnya sebagai kambing hitam dengan tidak meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man walaupun akar umbi mahukan beliau.PAS sudah menjangkakan akan tewas kerana Rompin merupakan kubu kuat BN

Tuan Ibrahim Tuan Man tentu tidak mahu reputasinya merudum sekiranya tewas dalam  PRK Rompin.Beliau hanya perlu selangkah lagi untuk mengambil wasiat Hj Hadi menggantikannya sebagai Presiden PAS yang sedang berlangsung kini sehingga bulan Jun nanti.Sebagai mereka yang dikatakan golongan ulama beliau harapan terakhir kem Hj Hadi yang sedang bergelut dengan kem PASMA bagi menguasai PAS.

Tentu sahaja pencalonan Nazri Ahmad YDP Pas Rompin tidak dapat ditolak oleh AJK PAS Pusat kerana Majlis Syura Ulama yang akan menetukan siapakah calon yang sesuai.Kritikan terhadap pencalonan merupakan kritikan kepada Presiden PAS yang menjadi sasaran golongan Anwarinas selama ini kerana beliau tidak boleh dikritik.

Kekalahan sudah dijangka dan Nazri Ahmad perlu meletakkan lehernya untuk dikorbankan oleh PAS menyelamatkan survival politik Tuan Ibrahim yang tewas pada tiga pilihanraya umum dan tidak mahu koleksi kekalahan di PRK menjadi koleksi yang memedihkan untuk diingati selaku Pesuruhjaya PAS Pahang


Golongan Pro Pakatan terutama Khalid Samad pastinya tidak akan membantu kempen PAS kali ini memandangkan Nazri Ahmad telah menghantar surat meminta Jawatankuasa Tatatertib PAS mengenakan tindakan ke atas Khalid Samad yang mengkritik Presiden PAS Hj Hadi dalam blog beliau.Sila klik .

#PRKROMPIN KEMANA KELIBAT PEMIMPIN UTAMA PAKATAN RAKYAT DI MALAM PENGUMUMAN CALON PAS PRK ROMPIN


Malam yang suram dan mendukacitakan.Itulah kesimpulan yang dapat dilihat di malam pengumuman calon PAS pada PRK Rompin kali ini.Majlis yang diadakan di Markas PAS PRK Rompin di bandar Satelit Muadzam Shah begitu hambar dengan tanpa kehadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat.Hanya beberapa kerat yang hadir antaranya Hatta Ramly,Salehudin Ayub ,Zailah Mohd Yusof,Nasarudin Hasan Tantawi .Manakala PKR diwakili oleh Nzam Ahmad , Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Persedian jentera PAS Rompin PAS pastinya meresahkan Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man.Apakah ini petanda keretakan hubungan antara pemimpin Pakatan Rakyat.Ketidakhadiran Dato Fauzi Abd Rahman Pengerusi PKR Pahang menimbulkan tanda tanya.Lebih malang lagi tiada kelibat Presiden PAS Hj Hadi Awang mahupun pemimpin PAS yang lain seperti Naib Presiden  Mohamad Sabu dan cuma kehadiran Salehudin Ayub Naib Presiden PAS menyelamatkan maruah Tuan Ibrahim Tuan Man.


Kehadiran tidak sampai 1,000 orang dan kebanyakan yang hadir adalah jentera PAS dari luar Rompin dan bukan penduduk tempatan bagi mendengar pengumuman calon PAS bagi PRK Rompin pastinya gambaran awal yang PAS akan berjuang bersendirian tanpa bantuan PKR mahupun DAP.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...