ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Monday, 20 April 2015

#PRKROMPIN MENANAM BUDI MENUAI KASIH KEMANA SOKONGAN PENEROKA FELDA?


Tidak dapat dinafikan keputusan PRK Rompin bergantung kepada tangan tangan peneroka yang mewakili majoriti pengundi dengan 17 kawasan FELDA didalam Parlimen Rompin.Mereka ini yang selama 6 penggal tidak pernah beralih arah berubah hati sentiasa meletakkan calon BN mewakili mereka di setiap pilihanraya umun sejak merdeka hingga kini.

Kesetian mererka kini diuji lagi pada PRK Rompin.Namun kesetian mereka yang tidak pernah menduakan kasih selama ini sring menjadi sasaran anasir anasir yang cuba mengganggu gugat daerah yang penuh dengan kedamaian ini.PAS yang sudah mula menjadi tetamu setiap kali musim pilihanraya.Kawasan FELDA umpama hotel bagi mereka berkunjung dan mengadudomba warganya dan pulang dengan girang apabila berjaya mencampakkan benih kebencian di tanah rancangan FELDA.

Isu isu yang dibawa PAS

i)Saham FGV - Penurunan saham FGV di pasaran dijadikan modal bagi memlekehkan ketidakbolehupayaan FELDA.


Rakaman di atas menjelaskan dengan bagaimana keadaan dan situasi saham FGV.Secara mudahnya saham FGV yang diberiakan kepada setiap warga FELDA melalui pinjaman sebanyak 800 unit itu tidak makan membebankan peneroka.Sekalipun mengalami susut nilai dan peneroka terpaksa membayar kerugian hanya diatas kertas sebaliknya ianya dibayar oleh FELDA secara ansuran.Peneroka tidak perlu mengeluarkan sesen pun dan terasa teraniaya.

ii)Perumahan Generasi Kedua FELDA - Menyedari keperluan perumahan kerajaan telah menyasarkan sebanyak 20,000 buah rumah dan sebanyak 4,000 buah rumah telah terbina setakat ini di Pahang.Namun buat masa ini projek tersebut masih menantikan proses kelulusan pinjaman bank yang dibuat oleh FELDA bagi membiayai kos perumahan dan tidak sesekali menggunakan dana FELDA bagi tujuan tersebut.

Berbagai mekanisme sedang dipertimbangkan oleh  FELDA bagi memudahkan anak peneroka yang memiliki rumah bagi yang tidak mempunyai slip gaji seperti jaminan ibu bapa terhadap mereka yang berminat dan layak memiliki perumahan yang dibina.

iii)Harga komoditi - Zaman telah jauh berubah dan cara bagaimana perdagangan seiring dengan perkembangan masa.Harga berdasarkan pasaran hadapan yang diniagakan bergantung kepada keadaan ekonomi dunia.Pastinya sawit dan getah juga tidak terkecuali menerima tempias kepada sebarang pergerakan harga pasaran dunia.Harga bukannya ditentukan oleh FELDA dan dakyah PAS ini hanya mahu mengelirukan peneroka FELDA.

Kebanyakan pemimpin PAS yang hadir di bumi Rompin hanyalah tetamu yang mahu meninggalkan najis mereka.Peneroka tidak wujud dengan sendiri,peneroka wujud dengan faktor penarik dan penolakan yang membawa mereka bak kata orang jawa "from zero to hero".Dimanakah mereka dahulu ,..dimanakah mereka sekarang antara kehidupan yang penuh ranjau bagi membina kehidupan dan akhirnya kini menuai hasil atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional .Tradisi membela rakyat yang tiada penghujungnya.......






#PRKROMPIN ANTARA MARUAH BN DAN KEMENANGAN PERIBADI



PRK Rompin kali ini bukan sahaja membawa sejuta pengertian kepada calon BN Dato'Hasan Arifin tetapi apa yang lebih penting mengekalkan penguasaan enam penggal BN di Rompin lebih dari itu.Senario politik terkini menagih kemenangan bergaya bukan sahaja menang tetapi peningkatan majoriti akan meletakkan maruah BN yang dijaja oleh Pakatan Rakyat sebagai barangan paling murah di pasar politik ciptaan mereka.

Tentunya kemenangan pada PRK Rompin membawa konotasi BN masih mendapat kepercayaan rakyat dan implikasi kepada PRK Permatang Pauh.Apakah benar serangan dari luar dan dalam UMNO mutakhir ini memberikan impak kepada pengundi di Parlimen Rompin?Serangan Tun M misalnya berkisar tentang isu Altantunya,1MDB,Jambatan Bengkok,BR1M,kedudukan ringgit dan hutang negara,ISA dan POTA serta GST mempengaruhi pola pengundian kali ini.

Krebiliti Y.A.B DS Najib Tun Razak dipertikaikan sehingga mendesak penyingkiran beliau dengan cara yang tidak demokratik.Kaedah Tun M hampir sama dengan pemikiran pembangkang dengan alasan kepentingan rakyat dan rakyat berhak tahu dengan memanipulasi sikap DS Najib yang cuba menyelesaikan secara berkhemah.

Apa yang dilontarkan oleh Tun M segera disambut oleh orpurtunis politik dari Pakatan Rakyat dengan turut menyanyikan lagu yang senada walaupun sebenarnya sumbang dan terus ke laut.

5hb Mei 2015 bakal menyaksikan Dato'Hasan Arifin membawa maruah BN serta DS Najib Tun Razak.Hanya dengan mengekalkan kemenangan serta peningkatan majoriti mampu menutup mulut pengkritik dari terus terusan menyajikan rakyat Malaysia dengan hidangan politik yang memualkan.Pengundi di Rompin pastinya tahu menilai siapakah yang wajar diberikan mandat.

Rekod cemerlang Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis yang berjaya menukar landskap politik,pendidikan dan sosial ekonomi setempat pasti meninggalkan kesan mendalam pada setiap warga pengundi Rompin.

Begitu juga adunan pengalaman dan ketokohan Dato Hasan Arifin di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan adalah nilai tambah kepada pembangunan yang telah lama dikecapi warga setempat tidak terhenti setakat ini sahaja dengan memberikan undi kepada calon PAS.Tepok dada tanyalah selera dan bukan menepok dada dan bermegah dengan politik retorik Pakatan Rakyat yang belum teruji untuk mentanbir negara Malaysia yang tercinta ini.

#PRKROMPIN VARIASI KEPIMPINAN BN ROMPIN USIA HANYA ANGKA


Sudah mula kedengaran suara suara yang hebat membincangkan konotasi"meremajakan"parti.Perbualan makin hangat di mana mana sekitar Parlimen Rompin apatah lagi setelah pengumuman Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin meletakkan Dato'Hasan Arifin sebagai calon Parlimen Rompin.Signal penerimaan berubah mengikut pelbagai pandangan dari pelbagai lapisan masyarakat khususnya pembangkang menjustifikasikan usia sebagai tanda aras calon yang menjadi wakil rakyat Parlimen Rompin.

Adalah kurang tepat jika kita mahu merumuskan tidak akan berlaku peremajaan parti sekiranya calon yang dipilih menjadi wakil rakyat seorang yang berusia.Jawatan bukannya solusi bagi penyelelesaian menyeluruh hasrat memberikan nafas baru seolah olah jawatan mempunyai kuasa yang tiada had sepertimana kemahuan rakyat yang tiada batasnya.

Di dalam konteks kepimpinan politik di Rompin sebenarnya peremajaan parti tidak pernah diketepikan sebaliknya ianya menjadi pelengkap dalam usaha menarik golongan muda agar aspirasi tiap lapisan masyarakat dapat bukan sahaja didengar malah keterlibatan secara langsung dalam politik.


Sebagai contoh YB Dato'Johari Husin 42,ADUN Pulau Tioman yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang yang terletak dalam Parlimen Rompin adalah mewakili golongan muda selain ADUN Bukit Ibam Dato'Wan Kadri Wan Mahusin serta Dato'Maznah Mazlan ADUN Muadzam Shah.Kolaborasi ini membuahkan hasil yang membanggakan jika dilihat dari aspek pembangunan fizikal yang menyaksikan daerah Rompin antara kawasan yang pesat membangun.

Perlu dijelaskan peremajaan parti itu lebih relevan dengan perubahan dari segi gaya berfikir,gaya gerakkerja dan fokus kepada golongan muda bagaimana memenuhi kehendak mereka masa kini.Usia dan jawatan hanyalah pemankin tetapi peremajaan itu harus melalui saringan agar idealisme perjuangan parti berada dilandasan yang tepat tanpa meminggirkan secara total penglibatan golongan muda dalam arena politik.


Sunday, 19 April 2015

#PRKROMPIN KEKALAHAN PAS DI ROMPIN LENGKAPKAN MISI PASMA

                                       

Pertandingan belum bermula tetapi PAS cepat mencari alasan di pinggiran untuk diketengahkan jika ditakdirkan dan sememangnya secara realitinya PAS akan tewas di PRK Rompin yang merupakan kubu kuat BN.Istilah istiqamah perjuangan hanya mengaburi mata dan membutakan hati penyokong PAS demi kelangsungan survival pemimpin politik.


"Kita bertanding dalam pilihanraya ini bukan untuk menang. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan terbuka dalam sistem demokrasi kita. Soal menang kalah tidak penting, Ini ruang yang kita ada, kita harus gunakan."sila klik

Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man di petik berkata ketika ditanya wartawan tentang peluang dalam PRK Rompin.PAS sebenarnya hanya perlu mendendangkan lagu lama setiap kali merasakan mereka tidak menaruh harapan dan mengharapkan kejutan pada PRK kali ini bagi menidakkan kemenangan BN di PRK Rompin dengan majoriti
besar 15,114 undi dari keseluruhan pengundi 53,294 pada PRU13.

Beliau yang juga dilabelkan sebagai team ulama yang akan menempuhi jalan sukar dalam kerjaya politik kerana pada waktu yang sama sedang menghadapi pemilihan parti yang berakhir pada bulan Jun.Kekalahan PAS di PRK Rompin membawa implikasi kepada beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan sudah pasti mengepalai kempen jentera PAS kali ini.3 kekalahan dari PRU 13 sewaktu bertanding di DUN Jengka dan sekiranya tercalon lagi sebagai calon PAS PRK Rompin,beliau sengaja menambah koleksi kegagalan seorang ulama politik.

PASMA tentunya akan bertepok tangan,Khalid Samad mengurut janggut,Mat Sabu mengurut misai dan mungkin senyuman sinis Mujahid Rawa.Hanipa Maidin akan lagi galak berdendang betapa golongan pro Pakatan Rakyat seakan mengharapkan calon yang dikatakan ulamak menjadi calon PAS di Rompin.Tugas PASMA dan mereka yang dilabelkan Jebon oleh Hj Hadi ataupun barua menjadi lebih mudah jika PAS tewas lagi di PRK Rompin seraya berkata mereka.."lihatlah...rakyat dan penyokong PAS tidak mahu hanya ulama sahaja menguasai PAS dan kami tidak layak berada di syaf kepimpinan tertinggi PAS...."



#PRKROMPIN ANTARA FAKTOR BAKAL MENYEBABKAN KEKALAHAN PAS


Pencalonan Dato'Hasan Arifin sebagai calon BN bagi kerusi PO91 Parlimen Rompin umpama igaun ngeri buat parti PAS.Berbekalkan pengalaman dan ketokohan dalam bidang pengurusan serta pentadbiran serta  disenangi oleh penduduk Rompin peluang PAS sebenarnya hampir berkubur.Cuma batu nisan perjuangan PAS di Rompin akan di pacakkan pada hari pembuangan undi pada 5hb Mei ini.

Faktor faktor yang bakal menjadi punca kekalahan PAS pada PRK Rompin kali ini ialah

1.Faktor calon anak tempatan BN

 PAS mengharapkan calon BN datang dari orang luar Rompin dan mereka akan memilih anak tempatan.Ianya menjadi isu basi setiap PRK yang mana calon tempatan mempengaruhi pengundi.Hasrat PAS untuk meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang yang bukan anak Pahang sudah terbantut.

Hj Hadi dan golongan pro ulama pastinya mahu meletakkan Tuan Ibrahim sbg calon bagi memulihkan pengaruh Hj Hadi yang teruk merosot sejak berlaku krisis dalam Pakatan Rakyat.Saban hari Hj Hadi teruk dikritik kalau dahulu hanyalah secara bisik bisik di dalam kelambu kini tidak lagi.Perang terbuka dengan mengkritik Presiden PAS secara terbuka oleh golongan Anwarinas dalam PAS dan yang cenderung kepada Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad,Hanipa Maidin,Mujahid Rawa dan ramai lagi yang dilabel Jebon oleh puak Hj Hadi yg pro ulama.

Bagi meraih undi PAS terpaksa meletakkan calon tempatan yang pastinya pro ulama.Sebarang usaha meletakkan calon luar mengundang padah kerana penduduk Rompin pastinya akan memastikan mereka diwakili oleh wakil rakyat seperti Dato Hasan Arifin yang sudah dikenali oleh penduduk setempat.

2.Krisis Perpecahan Pakatan Rakyat 


Bukan rahsia lagi hubungan parti PAS dalam Pakatan Rakyat akan menjejaskan gerakkerja pilihanraya.Sekutu mereka DAP pastinya tidak akan turun membantu khususnya pemimpin DAP yang sudah berpatah arang dengan memutuskan hubungan dengan Hj Hadi dan PRK Rompin mereka akan menunjukkan isyarat yang jelas tanpa bantuan jentera Pakatan rakyat PAS tidak akan kemana.

Secara kebetulan  PRK Permatang Pauh dijadikan alasan dengan menumpukan perhatian di sana dan membiarkan jentera PAS berjuang bersendirian.Apatah lagi jentera PKR yang pasti mengerahkan segala kekuatan parti kerana Permatang Pauh begitu simbolik kepada perjuangan mereka memandangkan ianya kawasan yang diwakili Ketua Umum dan Presiden PKR suatu ketika dahulu.

3.Isu nasional dan tempatan

PAS dijangka akan memainkan isu GST dan pembaziran kerajaan serta masalah FELDA.Adalah dijangka isu GST akan dimanipulasikan dengan dakyah mereka.Parlimen kawasan Rompin mempunyai 53,924 pemilih berdaftar dengan majoritinya Melayu kira-kira 45,000 pengundi; disusuli Orang Asli, kira-kira 7,000 pengundi; Cina, 1,300 pengundi; dan, India, 621 pengundi.


Dengan kebanyakan pengundi di luar bandar mereka menerima kesan GST yang paling minima tetapi manafaat GST.Pembangunan yang mencurah-curah semenjak wakil BN mewakili mereka sejak 6 penggal yang lalu tentunya



Saturday, 18 April 2015

#PRKRompin BIODATA DATO' HASAN ARIFIN CALON BN PRK ROMPIN


Dato'Hj Hasan bin Arifin telah diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya  P091 Parlimen Rompin yang telah diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini.

BIODATA 

Tarikh Lahir          28/4/1953
Umur                     62 Tahun

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

1976                     Sarjana Muda Ekonomi
                             Universiti Malaya Kuala Lumpur

1979                      Management Course Asia Institute  Of                                               Management Manila

PENGALAMAN DAN JAWATAN DALAM POLITIK

1976                        Menjadi Ahli UMNO

1978                        Menjadi AJK UMNO Bahagian Pekan

1984                        Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan

1986                        Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin

1990-2004               Ketua Bahagian UMNO Rompin

1996-2004              Ahli Majlis Tertinggi UMNO

1982-1986              Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan                                 Rompin Parlimen Pekan

1986-1990             Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan
                               Rompin Parlimen Pekan
1990-2004             Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan                               Ibam Parlimen Pekan

1986-1995             Exco Kerajaan Negeri Pahang

1995-1999             Timbalan Menteri Besar Pahang


i)   Bertanggungjawab membangunnkan Gebeng  Industrial Area

ii)  Menarik Pelaburan Di Pahang

iii) Bertanggungjawab keatas pembinaan Lebuhraya Pantai Timur        (Karak-Kuantan)

iv) Membesarkan Pelabuhan Kuantan

JAWATAN SEKARANG

i)   Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin

ii)  Pengerusi PERKIM Negeri Pahang

iii) Pengerusi Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan

iv) Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding Berhad.

PENGENALAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

1990-1999    Menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Perusahaan                        Pertanian (LKPP)

                     Bertanggungjawab :
                 
                 i) Memulihkan pentadbiran dan kewangan Lembaga
  
                ii) Membangunkan ladang sehingga mencecah 100,000                         ekar
      
               iii) Membangunkan kilang CPO dan lain lain kilang

               iv) LKPP merupakan agensi yang paling kukuh dan                               mempunyai harta yang banyak di Pahang

                v) Terlibat dalam menguruskan ladang ladang kecil                               peneroka ,keselamatan dan juga peserta rumah banjir

1991-1995 - Menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA

1995-1988  - Pengerusi DARA (Lembaga Pembangunan Kemajuan                      Wilayah Pahang Tenggara)

1976-1982 - Sebelum memasuki bidang politik pernah bekerja                             dengan ASPA..sebuah agensi kerajaan yang terlibat                           dalam industri Perkayuan.Jawatan terakhir adalah                             sebagai Pengurus Operasi Kilang.

PENGALAMAN ANTARABANGSA  & NGO

1995-2001 - Executive Council Commenwealth Parlimentary Association

                     Menghadiri Sidang Ahli Parlimen Negara Komenwel                       di Mauritus New Zealand Barbados Singapore United                       Kingdom Australia Trinidad & Tobago

LATARBELAKANG KELUARGA

Nama Isteri     : Datin Rozidah Binti Karim

Anak Pertama : Sudah Berumahtangga
                          Ahli Perniagaan

Anak Kedua    : Sudah Berumahtangga
                          Head Of Communication Tune Talk

Anak Ketiga   : Belum Berkahwin
                          Exsecutive Auditor Delloite

Anak Keempat  : IT Exsecutive




  



Monday, 26 January 2015

PENGGUNAAN BAHASA PERLU TEPAT..MEROTAN DAN MENDERA DUA PERKARA BERBEZA


Merotan dan Mendera adalah dua perkataan yang berlainan.Kritikan tentunya kerana istilah "merotan" tetapi bilamana digunakan perkataan yang betul iaitu "mendera" tidak akan timbul rasa tak puas hati masyarakat.Adalah lebih wajar pihak berkenaan berhati-hati memilih perkataan yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan.

Susulan Kenyataan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat "Rotan Anak Merupakan Kesalahan Jenayah..." mendapat pelbagai reaksi dari segenap lapisan masyarakat.Mungkin kita harus berlapang dada dan bukan mencari siapa yang salah mahupun yang benar asalkan penjelasan yang munasabah dan dapat memuaskan hati semua pihak.Saya kira penjelasan melalui kenyataan akhbar sudah menjawab persoalan yang timbul

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
ROTAN SEHINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL ATAU EMOSI KEPADA KANAK-KANAK


1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk kepada liputan media berkaitan tindakan merotan anak menjadi kesalahan jenayah yang disiarkan oleh akhbar pada hari ini (25 Januari 2015) berdasarkan sidang media pada 24 Januari 2015 di Shah Alam.


2. Dalam sidang media tersebut, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi penerangan bahawa cadangan di dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu akan merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC);

ii. Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);

iii. Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion; dan

iiii. Peruntukan baharu mengenai pelaksanaan deinstitutionalisation.

3. Pada masa ini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, hukuman sebatan di Mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut.

4. Selaras dengan cadangan pemansuhan hukuman sebatan di Mahkamah tersebut, Kementerian telah meneliti perlakuan merotan kanak-kanak di kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.

5. Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, sebenarnya perbuatan itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua-duanya.

6. Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi. Di samping itu, Kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus ke ibubapaan.

7. Selaras dengan amalan konsultasi dan engagement secara berterusan dengan semua stakeholders dan
pihak berkepentingan, Kementerian ini akan meneruskan tradisi tersebut dalam penggubalan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak ini.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya.
No.tel: 03-8323 1087

P/S :Salah cakap ke..salah dengar ke..salah lapor ke..salah tulis ke            yang pasti salah faham..bubye..

Sunday, 25 January 2015

ROTAN ANAK SATU KESALAHAN JENAYAH?


Terkejut dan terkedu bila terbaca dan terus membaca keratan akhbar arus perdana perihal bagaimana merotan anak bakal diklasifikasikan dibawah undang-undang jenayah.Sudah pastinya satu polemik bakal timbul berkaitan sosio budaya masyarakat.Sambil menelan air liur saya juga terbayangkan saya mungkin antara mereka yang terpaksa menjadi tetamu dibalai polis sambil tangan bergari sambil menyanyikan lagu Gerimis Mengundang.Cuma munkin tidak menjadi viral kerana tiada anggota polis yang akan upload nyanyian saya yang syahdu dan pilu mengenangkan nasib terpaksa bergari kerana mahu mendidik anak.

Rotan dan Pendidikan

Ilmu mendidik anak berkait rapat dengan soal budaya masyarakat.Berbagai cara mendidik anak dan ianya bergantung kepada individu dan keadaan semasa.Sebagai seorang yang bergelar anak apabila  menjadi ibu atau bapa pengalaman yang dilalui sewaktu kecil menjadi didikan tidak formal bagaimana diaplikasikan bila suatu hari bergelar ibubapa pula.Ramai yang mengenali rotan sebagai salah satu alat yang digunakan untuk tujuan mendidik tidak kira ibu bapa guru agama mahupun guru disekolah. 

   


Alangkah bertuahnya ibubapa yang mampu mendidik anak tanpa rotan.Sekali tegur atau nasihat diterima bulat bulat.Tapi seandainya teguran dan leteran umpama mencurah air didaun keladi sebagai manusia biasa perasaan marah secara automatik meresap masuk ke jiwa ibubapa.Mungkin ketika inilah darah pahlawan mula mengalir masuk,naik hangen satu badan dan segala sheik atau Hantu Mak Limah mula bertenggek dikepala.Mungkin juga ditambah pula dengan masalah lain ibu bapa makin tertekan dalam melayan kerenah anak anak.

Tekanan ditempat kerja misalnya,pulang dalam kesesakan jalanraya,road tax kereta nak mati,sewa rumah atau pun kutu Cik Kiah yang belum di bayar dan pulang kerumah pula melayan kerenah anak-anak yang berebut chanel TV antara Maharaja Lawak dan Siri Kartun Ben 10.Jalan paling mudah mungkin mencapai rotan bagi menenangkan suasana hingar bingar dirumah.


Mungkin ramai ibu yang dulunya mempunyai suara romantis seperti DJ Lin Suria Cinta gagal mengekal suara romantis yang manja berubah menjadi serak serak basah aka garau macam halilintar kerana terpaksa menjerit dalam mendidik anak anak.Cuma kebolehan bercakap tanpa henti menjadi semakin bagus dari hari ke sehari..leteran dan bebelan melengkapkan ilmu DJ namun terbatas juga bila gagal mengawal diri lalu mencapai apa sahaja yang paling hampir dan terlintas difikiran.





Tidak semestinya rotan bak kata pepatah "tiada rotan akar pun berguna.."namun dizaman moden ni mana nak cari akar dalam rumah maka penyangkut baju atau paip air atau talipinggang adalah yang paling praktikal.

Tapi bilamana kerajaan bercadang mahu menghukum ibubapa yang menggunakan rotan bagi mendidik anak-anak ibubapa mungkin terpaksa memikirkan pendekatan lain selain merotan.Bukan mustahil juga pengarah filem perlu memikirkankan kesinambungan cerita "Anakku Sazali" kerana pada waktu itu akan lahirlah anak-anak yang akan membawa watak Sazali dengan jayanya.

P/S :Pernah mencari rotan yang disorok oleh anak-anak..begitu juga tali pinggang yang sering hilang...mereka mungkin sedar suatu hari nanti bagaimana ingin memanusiakan manusia bila mereka sendiri bergelar ibubapa..

Saturday, 24 January 2015

Zamani dan Zaman Ini



Mungkin tanpa video Zamani Slam yang viral menyanyi sambil bergari dia sudah lama pun terkenal dan nama beliau tetap bermain di bibir mulut peminatnya.Teringat bait lagu Gerimis Mengundang sudah cukup menyentuh jiwa apatah lagi dinyayikan takkala tangan bergari di balai polis kerana disyaki terlibat dengan dadah.Jangankan lagu Gerimis Mengundang..jika Zamani menyanyikan lagu Banjir Mengundang dalam keadaan sedemikian ianya tetap viral kerana Zamani berada di zaman ini.



Di zaman ini,ledakan teknologi dengan banyak perkara boleh dilakukan hanya dihujung jari melalui gadjet.Mobilisasi maklumat bisa sahaja tersebar dengan pantas apatah lagi jika ada mempunyai nilai berita yg mampu disensasikan.Zamani disyaki terlibat dengan dadah sejak 10 tahun yang lalu tetapi apakah ianya menjadi viral..tentu sahaja tidak tetapi menyanyi di balai polis dengan tangan bergari itu yg menjadikannya viral.

Ramai yang berminat memperkatakannya..simpati mahupun cemuhan.Hakikatnya harus diterima menjadi public figure mahu atau tidak perlu akur mereka adalah hakmilik masyarakat dan kehidupan peribadi bukan lagi sempadan untuk tidak dicerobohi.Siapa yang bersalah bukanlah menjadi persoalan dimedia sosial kerana begitu ramai hakim dan peguambela mahupun pendakwaraya yang memiliki kebolehan luarbiasa membuat interpretasi mengikut sesedap halkum dan halwa telinga.

P/S :.."kusangkakan panas berpanjangan
           rupanya gerimis..gerimis mengundang..
           dalam tak sedar ku kebasahan...."
           hadoy..memang touching beb...



Tuesday, 16 December 2014

BAJET SURPLUS NEGERI PAHANG KALI KE 12 DALAM TEMPOH 21 TAHUN



Negeri Pahang mencatatkan Bajet Surplus kali ke 12 dalam tempoh 21 tahun semenjak tahun 1992 hingga 2013.Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob Menteri Besar Pahang ketika membentangkan Bajet 2015 di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Kali Ke 3 Penggal ke 2 yang ke 13 berkata ini menunjukkan Kerajaan Negeri sentiasa berhemah dalam menguruskan perbelanjaan Negeri.Lebihan atau 'surplus' sebanyak 6.58 juta pada Bajet 2015 berdasarkan kutipan hasil sebanyak RM879 juta manakala Bajet untuk mengurus dan Pembangunan berjumlah RM872.47 juta pada tahun 2015.

Fokus utama Kerajaan Negeri Pahang melalui Bajet 2015 menjurus kepada keseimbangan  diantara "capital ekonomi" dan "people economy" selain mengurangkan defisit fiskal merangkumi tiga perkara iaitu :-
  1. Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi dan mempertingkatkan daya saing Negeri                                                      
  2. Mensejahterakan rakyat serta memperkasakan Agenda Bumiputera                                                                                     
  3. Mengukuhkan Pembangunan Modal Insan dengan mengukuhkan pendidikan.
INTIPATI BAJET 2015 NEGERI PAHANG

  • Pada tahun 2013 RM7.76 bilion pelaburan diluluskan memberikan peluang pekerjaan kepada 7,000 orang.
  • pada tahun 2014 KDNK Negeri diunjurkan mencapai RM 26.759 bilion dengan pertumbuhan ekonomi 5.5% .
  • pendapatan perkapita 2014 penduduk mencecah RM 26,750 dengan kadar peningkatan 1.8% berbanding tahun 2013.
  • pendapatan purata isis rumah diunjurkan naik kepada RM4,100 pada tahun 2014 menngkat 4% berbanding tahun 2013.
  • kadar kemiskinan(miskin tegar) menurun kepada 0.15%
  • kadar pengangguran berjaya dikurangkan kepada 2.5% tahun 2014 berbanding 2.6% tahun 2013.Bilangan tenaga kerja bertambah sebanyak 4.6%
  • sektor perkhidmatan menyumbang 51% iaitu sebanyak RM 16,632 juta kepada KDNK Negeri.
  • Rolling Plan keempat sebanyak 203 projek dengan nilai pelaburan 12 bilion telah diluluskan.
  • Bajet 2015 diperuntkkan sejumlah RM 872.42 untuk Belanja Mengurus dan Pembangunan.Peruntukan Bajet terdiri daripada RM 687.33juta meliputi Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Anggaran Program Pembangunan berjumlah RM 185.09 yang mana  RM90.09 juta adalah Sumber Negeri manakala RM95.00juta dari pijaman Kerajaan Persekutuan.
  • Anggaran Kutipan Hasl sebnyak RM879juta diperolehi dari hasil Tanah dan Galian RM371 juta,Hasil Perhutanan berjumlah RM 98 juta manakala pemberian Geran daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM165 juta dan RM165 juta dari lain-lain hasil.
  • Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) berjaya menarik pelaburan bernilai  RM10.5 bilion yang mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan.
  • RM945.5 juta diperuntukkan untuk sistem Bekalan air bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air dengan sasaran 98% liputan diseluruh Negeri Pahang.Peuntukan RM242.45 juta melibatkan 13 projek dengan 60 pakej kontrak bagi kerja-kerja pembinaan loji rawatan air baru,pembinaan tangki simpanan air,pemasangan paip serta menaiktaraf sistem sedia ada.
  • Keutamaan Kerajaan  Negeri kepada rangkaian jalanraya pedalaman menghubungkaan Kuala Lipis ke Cameroon Highland dan dari Jerantut ke Sg Lembing.Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 2 juta bagi kerja ukur dari Sg Lembing ke Jerantut dan perlaksanaan dijangka pada Rancangan Malaysia ke 11.
  • Industri perikanan negeri Pahang bernilai RM 1.28 bilion melalui pendaratan ikan laut sebanyak 110,594 tan metrik menjadikan Negeri Pahang penyumbang kedua pendaratan ikan laut di Malaysia.
  • Industri pelancungan menjana pendapatan  RM 7.08 bilion pada tahun 2013 dengan jumlah kedatangan pelancung kedua tertinggi di Malaysia selepas Kuala Lumpur iaitu seramai 10.6 juta kemasukan pelancung.
  • Sasaran Kerajaan Negeri menyediakan sebanyak 15,000 buah rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2013 hingga tahun 2018.Sehingga kini lebih 17,000 unit buah telah mendapat kelulusan dan perlaksanaan.
  • Kerajaan Persekutuan telah meluluskan perlaksanaan 1,400 unit dibawah program Perumahan Rakyat DiMiliki(PPRM) dan Rumah Idaman pada tahun 2015 di beberapa lokasi seperti Kuantan,Cameroon Highland,Jerantut,Bentong,Maran dan Lipis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...