Terkejut dan terkedu bila terbaca dan terus membaca keratan akhbar arus perdana perihal bagaimana merotan anak bakal diklasifikasikan dibawah undang-undang jenayah.Sudah pastinya satu polemik bakal timbul berkaitan sosio budaya masyarakat.Sambil menelan air liur saya juga terbayangkan saya mungkin antara mereka yang terpaksa menjadi tetamu dibalai polis sambil tangan bergari sambil menyanyikan lagu Gerimis Mengundang.Cuma munkin tidak menjadi viral kerana tiada anggota polis yang akan upload nyanyian saya yang syahdu dan pilu mengenangkan nasib terpaksa bergari kerana mahu mendidik anak.
Rotan dan Pendidikan
Ilmu mendidik anak berkait rapat dengan soal budaya masyarakat.Berbagai cara mendidik anak dan ianya bergantung kepada individu dan keadaan semasa.Sebagai seorang yang bergelar anak apabila menjadi ibu atau bapa pengalaman yang dilalui sewaktu kecil menjadi didikan tidak formal bagaimana diaplikasikan bila suatu hari bergelar ibubapa pula.Ramai yang mengenali rotan sebagai salah satu alat yang digunakan untuk tujuan mendidik tidak kira ibu bapa guru agama mahupun guru disekolah.
Alangkah bertuahnya ibubapa yang mampu mendidik anak tanpa rotan.Sekali tegur atau nasihat diterima bulat bulat.Tapi seandainya teguran dan leteran umpama mencurah air didaun keladi sebagai manusia biasa perasaan marah secara automatik meresap masuk ke jiwa ibubapa.Mungkin ketika inilah darah pahlawan mula mengalir masuk,naik hangen satu badan dan segala sheik atau Hantu Mak Limah mula bertenggek dikepala.Mungkin juga ditambah pula dengan masalah lain ibu bapa makin tertekan dalam melayan kerenah anak anak.
Tekanan ditempat kerja misalnya,pulang dalam kesesakan jalanraya,road tax kereta nak mati,sewa rumah atau pun kutu Cik Kiah yang belum di bayar dan pulang kerumah pula melayan kerenah anak-anak yang berebut chanel TV antara Maharaja Lawak dan Siri Kartun Ben 10.Jalan paling mudah mungkin mencapai rotan bagi menenangkan suasana hingar bingar dirumah.
Mungkin ramai ibu yang dulunya mempunyai suara romantis seperti DJ Lin Suria Cinta gagal mengekal suara romantis yang manja berubah menjadi serak serak basah aka garau macam halilintar kerana terpaksa menjerit dalam mendidik anak anak.Cuma kebolehan bercakap tanpa henti menjadi semakin bagus dari hari ke sehari..leteran dan bebelan melengkapkan ilmu DJ namun terbatas juga bila gagal mengawal diri lalu mencapai apa sahaja yang paling hampir dan terlintas difikiran.
Tidak semestinya rotan bak kata pepatah "tiada rotan akar pun berguna.."namun dizaman moden ni mana nak cari akar dalam rumah maka penyangkut baju atau paip air atau talipinggang adalah yang paling praktikal.
Tapi bilamana kerajaan bercadang mahu menghukum ibubapa yang menggunakan rotan bagi mendidik anak-anak ibubapa mungkin terpaksa memikirkan pendekatan lain selain merotan.Bukan mustahil juga pengarah filem perlu memikirkankan kesinambungan cerita "Anakku Sazali" kerana pada waktu itu akan lahirlah anak-anak yang akan membawa watak Sazali dengan jayanya.
P/S :Pernah mencari rotan yang disorok oleh anak-anak..begitu juga tali pinggang yang sering hilang...mereka mungkin sedar suatu hari nanti bagaimana ingin memanusiakan manusia bila mereka sendiri bergelar ibubapa..
No comments:
Post a Comment