ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: gempa bumi Gunung Kinabalu
Showing posts with label gempa bumi Gunung Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label gempa bumi Gunung Kinabalu. Show all posts

Sunday, 7 June 2015

MUHYIDIN DAN HADI AWANG LARI KELUAR BANGUNAN RASAI GEGARAN GEMPA DI SABAH


Ranau – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dibawa keluar dari sebuah restoran di Liwagu ke tempat selamat selepas satu gegaran susulan berlaku pada jam 1.32 petang tadi.

Gegaran terbaharu yang berlaku dalam beberapa saat itu dicatatkan pada 3.7 skala Richter.



Muhyiddin sedang menghadiri satu taklimat dan mesyuarat tertutup mengenai tragedi yang berlaku di Gunung Kinabalu daripada pasukan keselamatan ketika gegaran berlaku.

Sejak tiga hari lalu, beberapa gegaran susulan melanda Ranau, daerah di mana terletaknya Gunung Kinabalu.

Sidang media turut diadakan di luar bangunan.

Turut hadir adalah Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun.

Setakat ini 13 orang disahkan maut akibat gempa bumi yang melanda Sabah, Jumaat lalu. Kesemua yang disahkan maut berada di Gunung Kinabalu, melibatkan mangsa rakyat tempatan, Singapura, China, Filipina dan Jepun, manakala enam lagi masih dicari.

Gempa bumi yang berpusat di 14 kilometer di utara Ranau iaitu kira-kira dua jam perjalanan melalui jalan pergunungan dari Kota Kinabalu, melanda Sabah pada jam 7.15 pagi.

Gegarannya dirasakan di pantai barat dan kawasan pedalaman Sabah tetapi lokasi yang menerima akibat yang teruk adalah di Gunung Kinabalu dan Ranau di mana beberapa tanah runtuh dilaporkan belaku.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata, kedalaman gempa bumi dilaporkan pad 54 kilometer dengan gegaran yang dapat dirasakan di Ranau, Tambunan, Tuaran, Kota Belud dan kawasan pedalaman.


19 MANGSA GEMPA BUMI DI GUNUNG KINABALU DI KENALPASTI


KUNDASANG – Senarai nama 19 mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu disiarkan di dalam bilik operasi dan menyelamat. Mangsa dari Singapura, Prajesh Dhiman Patel, 12, dilaporkan mengalami kecederaan serius. Dua mayat terawal yang dibawa turun dari kawasan pergunungan itu oleh malim gunung adalah pelatih gunung, Robbie Sapinggil, 30, dan pelajar dari Singapura, Wee Ying Ping Peony. Jumlah pelancong yang ramai adalah dari Singapura dengan satu kumpulan yang terdiri daripada 29 pelajar dan lapan guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong menyertai lawatan sambil belajar ke Gunung Kinabalu.


Berikut adalah senarai penuh 19 mangsa yang terlibat:


MALAYSIA 
Lim Choon Seong, 45 (lelaki) 
Muhammad Logman bin Abd Karim, 22 (lelaki)
 Mohd Khairuladzuan bin Abd, 39 (lelaki)
 Valerian Joannes – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)
 Ricky Masarin – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)
 Joseph Solugin – malim gunung, (lelaki)
 Robbie Sapinggi, 30 (lelaki) – pelatih gunung- (mayat ditemui pada Jumaat)


SINGAPURA
 Rachel Ho Yann Shilin, 12, (perempuan)
 Sonia Jhala, 12, (perempuan)
 Emilie Giovanna Ramu, 12, (perempuan)
 Ameer Ryyan bin Mohd Aded, 12, (lelaki) 
Navdeep Singh Jayral s/o Raj Kumar, 13 (lelaki)
 Mohammad Ghazi b Mohamed, 35 (lelaki)
 Loo Jian Liang Terrence, 29 (lelaki) 
Muhammad Daanish b Amran, 22 (lelaki)
 Wee Ying Ping Peony, 12 (perempuan) – (mayat ditemui pada Jumaat)


FILIPINA
 Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12 (perempuan)


JEPUN 
Ozaki Masahiro, 29, (lelaki)


CHINA Lugi, 35 (lelaki)

EKSPEDISI PELAJAR SINGAPURA KE GUNUNG KINABALU BERTUKAR TRAGEDI



Pengembaraan pelajar tiga buah sekolah di Singapura ke Gunung Kinabalu bertukar tragedi selepas seorang disahkan muat manakala tujuh lagi bersama dua guru masih hilang.

Semua mereka merupakan antara sebahagian pelajar Sekolah Menengah Fuchun, Sekolah Menengah Greenridge dan Sekolah Rendah Tanjong Katong, berada di Gunung Kinabalu untuk mengikuti pengembaraan sambil belajar di luar negara.

Sementara itu gambar yang menunjukkan mayat sekumpulan pendaki (kelihatan seperti masih remaja) masih terikat di batu gunung tersebar di media sosial pagi Sabtu.

Tiada keterangan gambar siapa tetapi pihak berkuasa mengesahkan mereka menemui sembilan lagi mayat hari ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, semua mangsa ditemui di beberapa lokasi berbeza di sekitar puncak gunung berkenaan.

"Semua mayat ditemui masih belum dikenal pasti identitinya.

"Operasi membawa keluar semua mayat akan dilakukan secepat mungkin menggunakan helikopter," katanya ketika sidang media di Taman Kinabalu, hari ini.

Mohd Farhan berkata, jumlah mangsa yang terkorban setakat ini adalah 11 orang termasuk dua mangsa yang ditemui lewat malam tadi manakala baki lapan lagi individu masih hilang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berdoa kesudahan yang baik berhubung nasib lapan pelajar sekolah dan dua guru mereka yang hilang susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah semalam.

Dalam catatan Facebook beliau Sabtu, Lee berkata: "Ibu bapa dan keluarga berlepas dengan pesawat C130 Tentera Udara Singapura (RSAF) pada 9.30 pagi ini menuju ke Kota Kinabalu.

"Doakan yang terbaik. Akan kemas kini status pelajar dan guru kita di Kota Kinabalu yang hilang serta cedera apabila saya peroleh maklumat lebih terperinci."

Lapan pelajar, kesemuanya berusia 12 tahun, dan dua guru mereka tidak dapat dihubungi. 

Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean juga menerusi catatan Facebook berkata, ibu bapa pelajar itu diterbangkan dengan pesawat RSAF pagi ini diiringi pegawai dan kaunselor dari Kementerian Pendidikan, serta pasukan perubatan dan pegawai perhubungan.

Sementara itu, dalam menyatakan simpatinya, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim berkata: "Ingatan saya kepada penduduk di Sabah, Malaysia.

"Ambil maklum bahawa keluarga warga Singapura ingin sekali mendapatkan lebih banyak maklumat. Pasukan Respons Krisis MFA telahpun digegaskan ke sana.

Bersabarlah sambil kumpulan ini berusaha sedaya upaya untuk menghubungi mereka yang memerlukan, dan berdoalah bagi keselamatan mereka yang terjejas akibat gempa bumi," katanya.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter, yang merupakan kejadian gempa terkuat di Malaysia setakat ini, melanda kawasan Ranau pada pukul 7.15 pagi semalam.

Gempa bumi sederhana itu disusuli gegaran-gegaran kecil sehingga malam tadi dan ia turut dirasai di empat kawasan lain iaitu Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.-6/6/2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...