ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Muhyiddin Yasin
Showing posts with label Muhyiddin Yasin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin Yasin. Show all posts

Thursday, 10 December 2015

PAU 2015 : VIDEO INSIDEN HAMPIR BERTUMBUK MEDIA DAN POLIS ,MUHYIDDIN DAN SHAFEI TIDUR LENA


Persidangan Agong UMNO 2015 kali ini melakar sejarah tersendiri melibatkan pengamal media.Jika di awal sebelum persidangan bermula timbul rasa tidak puashati pengamal media berikutan sekatan-sekatan oleh pengurusan UMNO khusus dalam membuat liputan Persidangan Agung UMNO kali ini.

UMNO semakin menjadi eksklusif dengan hanya membenarkan pengamal media tertentu yang pro UMNO dibenarkan membuat liputan.

Di tengah kebanggaan dan laungan UMNO semakin kuat dan gagah perkasa,memasang kelambu besar di PWTC untuk bersidang tanpa usikan nakal pengamal media khusunya pengamal media sosial yang sering mempunyai kanta dan deria keenam untuk dijadikan bahan berita panas.

Sebagai contoh bagaimana pengamal media terkena penyakit sawan seketika takkala mengejar Muhyiddin Yassin dan Shafei Afdal yang menjadi buruan berita ketika ingin hadir ke  Persidangan Sayap UMNO di PWTC.

Dahagakan berita terkini yang ingin di siarkan secepat mungkin melalui berita Online akhbar masing-masing hampir mencetuskan pergaduhan dengan Polis dan RELA yang mengawal keselamatan sepanjang persidangan.





Insiden tolak menolak antara pengamal media dan Polis ini amat mendukacitakan tetapi mungkin tidak kepada opportunist politik seperti Muhyiddin dan Shafie Afdal.

Sekalipun pengamal media lebam biru mata hitam di belasah seandainya terjadi perkelahian dengan anggota polis,mereka pastinya hanya tersenyum sekalipun Muhyiddin seorang yang sukar untuk senyum melainkan sewaktu ingin tidur mengenangkan gelagat pengamal media dan perwakilan UMNO yang berjaya di manipulasi oleh beliau.



Wednesday, 9 December 2015

#PAU2015 OPERASI MENCARI & MENYELAMAT TELOR MUHYIDDIN YG HILANG DIPERGIAT


Jika semalam anak Melayu Johor yang bernama Muhyiddin Yassin begitu berani menanggalkan songkok berkabung atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor bersilat lincah di atas pentas Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur umpama Hang Jebat ingin bertikam lagaknya,namun malam ini lain pula kisahnya.

Kelibat pahlawan Johor ini tidak kelihatan di Majlis Taklimat Presiden yang berlangsung sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.Jika semalam keberaniannya mengumpulkan khalayak terutama dari mereka yang kurciwa tetapi hari ini menikus menghilangkan diri.

Apa sudaah jadi....Muhyiddin mungkin sibuk merencanakan sesuatu atau kehilangan sesuatu sewaktu dalam perjalan ke PWTC.Barangkali telornya hilang di pertengahan jalan memaksa beliau mengerah segenap mereka yang kurciwa membantu dalam SARS atau operasi mengesan dan menyelamat telornya yang hilang.

Sekadar berucap selama dua jam tanpa mengemukakan sebarang bukti di pentas ceramah yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman tak ubah seperti penjual ubat kejantanan lelaki power di Chow Kit Road.

Teringin juga melihat timbunan kotak rahsia negara seperti yang pernah dilakukan oleh Ezam Md Nor sewaktu era Reformasi Anwar Ibrahim tetapi malang...penyokong yang beribu-ribu lemon lemon itu hanya dihidangkan dengan andaian orang yang kecewa.

UMNO tiada tempat untuk mereka yang kecewa dan menunjukkan tidak setia kepada perjuangan apatah lagi menikam dari belakang sepertimana yang dilakukan oleh Muhyiddin sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Mendaki kemuncak kuasa bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi kerusi panas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO jika dilihat dari sejarah UMNO yang penuh dengan kisah pilu orang yang kurciwa.

Ahli UMNO yang hadir di Perhimpunan Agung UMNO 2015 ini pastinya ada yang berada di era pemerintahan Rejim Mahathir yang menyaksikan ramai nama besar seperti Musa Hitam,Ghafar Baba mahupun Anwar Ibrahim di tersingkir sebelum sempat bergerlar Perdana Menteri.Lebih malang nasib Anwar terperosok di jeriji besi hanya kerana kegelojohannya di ranjang berjaya di kesan Mahathir.

Sayangnya Muhyiddin bukanlah seorang yang mempunyai ketokohan seperti mereka,orang Johor sendiri pasti tahu bagaimana beliau sendiri tidak disukai oleh UMNO negeri Johor suatu ketika dahulu kerana mempunyai hubungan yang tidak baik dengan Sultan Johor sehingga ramai yang mahukan Hishamudin Tun Huseen diangkat menjadi MB Johor.

Namun atas faktor umur Hishamuddin Tun Hussein, nasib memihak kepada Abd.Ghani Othman akhirnya menjadi MB "Bidan Terjun" dalam menyelesaikan kemelut politik di Johor.


Muhyiddin terbuai dengan percaturan mereka yang suka melihat beliau tersenyum dalam tidur tapi akhirnya tergolek jatuh katil.Dijaja kononnya kewujudan '5M' yang berada dalam team Muhyiddin.

Sayangnya Mohamed Khaled Nordin cepat-cepat mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak termasuk dalam senarai 5M yang mahu menentang Presiden UMNO.Mungkin ramai juga yang mengetahui hubungan Mohamed Khaled dengan Muhyiddin bukanlah baik sangat.

Satira politik Muhyiddin akan dikenang sebagai salah satu lelucon yang bisa membuatkan gigi palsu tercabut menahan gelak dan senak perut menahan berak.Malam ini tentu malam yang panjang buat pengikut Muhyiddin kerana terpaksa mencari telor Muhyiddin yang tercicir di kotaraya Kuala Lumpur atau hilang tercicir beberapa batu nautika di Selat Teberau menyebabkan beliau gagal hadir di Majlis Taklimat Presiden di PWTC malam ini.





Tuesday, 8 December 2015

#PAU2015 MUHYIDDIN BAKAL KENA KAD MERAH,TACKLE DARI BELAKANG


Dalam kemeriahan ramai menyaksikan perlawanan bolasepak antara aksi yang di nantikan oleh pasukan yang sedang kalah adalah kekecohan.Akan timbul berbagai pandangan penyokong yang tewas dalam perlawanan bolasepak tentang mutu pengadilan yang kurang memuaskan dan memihak atau berat sebelah.

Paling biasa kedengaran adalah pengadil yang menerima rasuah.Senario itu seakan sama apa yang berlaku di dalam politik di Malaysia hari ini.

Muhyiddin memang antara pemain yang hebat namun sikap yang gemar tackle dari belakang adalah dilarang dalam permaianan.Sudah berkali diberikan amaran akibat gemar melakukan terjahan dari belakang sehingga direhatkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ku Nan sebelum ini berkata agar Muhyiddin tidak melampaui batas dengan menjadi pentas Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru sebagai medan latihan untuk melakukan tackle dari belakang.

Beliau sengaja mengekploitasi suasana PAU 2015 untuk meraih simpati perwakilan UMNO dengan berada di forum yang salah.Peluang dan ruang sudah diberikan sewaktu berada di dalam syaff kepimpinan didalam kabinet dan parti tetapi tindakan beliau yang menjurus kepada memporakporandakan parti jelas perlu dibendung.

Mungkin beliau sengaja mahukan Badan Displin UMNO mengambil tindakan memberinya kad merah kerana ianya akan melonjakkan popularitinya dikalangan ahli sebagaimana apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim.

Sudah ada tanda-tanda beliau mahu mencetuskan suasana tegang bila hari ini beberapa penyokong berada di luar stadium PWTC dengan membawa sepanduk provokasi.

Dan malam ini mengumpulkan pula penyokong dan mereka yang simpati kepada nasib beliau di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru Kuala Lumpur.

Kehadiran mantan Tun Mahathir di Kg Baru tidak boleh dijadikan ukuran kehebatan Muhyiddin Yasin kerana jika ditakdirkan Anwar Ibrahim tidak berada di penjara beliau akan turut sama berada di pentas sebaris dengan Shafie Afdal dan bukan mustahil Wan Azizah serta Lim Kit Siang akan turut serta.

Jalan paling berkesan,Muhyiddin Yasin harus dikeluarkan dari permainan ini,kasi kad merah dan tidak boleh berada dalam stadium ketika perlawanan diadakan.

Beliau hanya boleh menyaksikan di kaca televisyen sambil makan pop corn bersama anak cucu yang selama ini ditinggalkan begitu lama.Itu adalah lebih baik dari terus berada di beraksi dalam perlawanan di stadium dengan melakukan tackle dari belakang yang mengganggu perlawanan.




Sunday, 6 December 2015

#PAU2015 UCAPAN MUHYIDIN TAK PENTING - KU LI


Bahang Perhimpunan Agong UMNO 2015 (PAU 2015) semakin terasa.Perhimpunan yang akan menghimpunkan umat Melayu dikalangan perwakilan UMNO akan berlangsung beberapa hari mendatang semakin ditunggu tunggu.

Mungkin kerana kali ini kelainan tradisi ditengah-tengah keributan dalam cawan parti yang dianggap keramat oleh bangsa Melayu,PAU 2015 semakin dramatik.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat keputusan  tidak meneruskan tradisi perasmian sayap-sayap UMNO yang lazimnya menyaksikan Timbalan Presiden UMNO menyampaikan ucapan perasmian.

Orang lama dalam UMNO Ku Li berkata "Ini semua ceremonial sahaja kerana apa yang berlaku adalah ucapan presiden yang akan dibincangkan. Itu yang penting sekali. Ucapan-ucapan orang lain berupa pandangan yang barangkali menambah tokok apa yang diucapkan Presiden dan memberi perkhabaran apa yang berlaku dalam parti dan negara".

Begitulah asam garam dalam politik,selaku orang yang lama dalam parti dan kerajaan Ku Li masih lagi mempunyai ketajaman fikiran dan kadangkala mempunya pendapat yang berbeza dengan kepimpinan parti.Namun beliau selalu mengambil keputusan menghormati keputusan majoriti yang demokratik.

Pun begitu ada ura-ura satu perhimpunan yang sama  akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru mengumpulkan penyokong tegar Muhyiddin Yasin yang masih belum dapat menerima kenyataan yang pemimpin idola mereka kini bakal di sisihkan.

Sekalipun perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru itu berjaya dilakukan namun ianya tidak akan menjadi kudis buat UMNO kerana Muhyiddin bukanlah pemimpin yang mampu menagih simpati dan menarik sokongan rakyat jika dibandingkan dengan karektor Anwar Ibrahim.

Sejarah telah membuktikan pemimpin yang kecewa dalam parti tidak akan ada tempat dalam UMNO.Ku Li sendiri sebagai orang yang pernah kecewa dan menubuhkan parti Semangat 46 gagal kekal untu jangkamasa yang panjang yang akhirnya kembali kepangkuan UMNO kerana menyedari hanya parti keramat ini sahajalah tempat di mana bangsa Melayu dapat bergantung harap demi survival bangsa Melayu di bumi tercinta.

Sunday, 1 November 2015

BEKAS PRESIDEN MCA SAHKAN TERIMA BIAYA KEMPEN POLITIK PRU 13 ..MASAKAN PEMIMPIN UMNO TAK TAHU..?


Mantan Presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek mengakui beliau adalah orang pertama yang berterima kasih kepada Perdana Menteri yang berjanji dan menunaikan janji membiayai kempen parti Barisan Nasional pada PRU 13.

Beliau sebagai dipetik berkata telah berkecimpung selama 20 tahun dalam politik dan terlibat dalam 5 Pilihanraya Umum tidak pernah menerima apa-apa biaya kempen politik sebelum ini.

Namun Dato'Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional telah berjanji dan mengotakan janjinya membantu kempen politik Pilihanraya Umum yang ke 13.sila klik

UMNO sebagai parti dominan dalam Barisan Nasional pastinya mempunyai lebih priority tetapi malangnya sikap sesetengah pemimpin UMNO yang turut mempertikaikan dana politik sangat mengeciwakan.

Apatah lagi bagi negeri negeri yang BN menjadi pembangkang seperti pada PRU 13 antaranya Selangor,Kedah dan Kelantan. Bagaimanakah cara untuk menggerakkan sebarang jentera parti tanpa apa-apa bantuan dari Presiden UMNO mahupun Pengerusi Barisan Nasional.

Selaku mereka yang terlibat dengan politik sewajarnya mereka mengetahui bahawa dana politik amat diperlukan untuk menggerakkan jentera pilihanraya tetapi bukan maksud membeli undi.

Ketua-Ketua Bahagian  UMNO misalnya tidak akan bertanya bagaimana Presiden parti mendapatkan dana bagi menggerakkan jentera  parti.


Jika ada yang memegang jawatan yang tinggi dalam parti seperti Timbalan Presiden UMNO tidak tahu keperluan dana politik sedangkan selalunya beliau akan bertanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya BN bagi PRU atau PRK adalah satu pembohongan.

SPRM telah mengesahkan bahawa dana RM 2.6 b tersebut bukanlah datangnya dari 1MDB.Selagi mana ianya bukan datang dari 1MDB ianya bukan satu kesalahan memandangkan 1MDB menggunakan modal kerajaan  secara tidak langsung pembayar cukai di Malaysia.

Pun  begitu siasatan terhadap SRC International anak syarikat 1MDBB masih dijalankan.

Perlu juga diingatkan tidak ada larangan atau kesalahan dibawah undang-undang di Malaysia jika wang yang digunakan untuk kempen pilihanraya datangnya dari derma yang diberikan.

Nak masuk tandas pun kena pakai duit...apatah lagi parti politik yang ingin memerintah negara..pembangkang jangan hipokrit,cuba tanya Husam Musa adakah benar beliau meminta RM 100,000 wang parti untuk kuliah maghrib di Putrajaya?Apakah ianya dana  parti digunakan sebanyak itu tanpa apa-apa maksud?



Sunday, 7 June 2015

MUHYIDIN DAN HADI AWANG LARI KELUAR BANGUNAN RASAI GEGARAN GEMPA DI SABAH


Ranau – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dibawa keluar dari sebuah restoran di Liwagu ke tempat selamat selepas satu gegaran susulan berlaku pada jam 1.32 petang tadi.

Gegaran terbaharu yang berlaku dalam beberapa saat itu dicatatkan pada 3.7 skala Richter.



Muhyiddin sedang menghadiri satu taklimat dan mesyuarat tertutup mengenai tragedi yang berlaku di Gunung Kinabalu daripada pasukan keselamatan ketika gegaran berlaku.

Sejak tiga hari lalu, beberapa gegaran susulan melanda Ranau, daerah di mana terletaknya Gunung Kinabalu.

Sidang media turut diadakan di luar bangunan.

Turut hadir adalah Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun.

Setakat ini 13 orang disahkan maut akibat gempa bumi yang melanda Sabah, Jumaat lalu. Kesemua yang disahkan maut berada di Gunung Kinabalu, melibatkan mangsa rakyat tempatan, Singapura, China, Filipina dan Jepun, manakala enam lagi masih dicari.

Gempa bumi yang berpusat di 14 kilometer di utara Ranau iaitu kira-kira dua jam perjalanan melalui jalan pergunungan dari Kota Kinabalu, melanda Sabah pada jam 7.15 pagi.

Gegarannya dirasakan di pantai barat dan kawasan pedalaman Sabah tetapi lokasi yang menerima akibat yang teruk adalah di Gunung Kinabalu dan Ranau di mana beberapa tanah runtuh dilaporkan belaku.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata, kedalaman gempa bumi dilaporkan pad 54 kilometer dengan gegaran yang dapat dirasakan di Ranau, Tambunan, Tuaran, Kota Belud dan kawasan pedalaman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...