ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: gempa bumi
Showing posts with label gempa bumi. Show all posts
Showing posts with label gempa bumi. Show all posts

Monday, 8 June 2015

KEJADIAN MISTIK JELMAAN PENUNGGU DI GUNUNG KINABALU SELEPAS GEMPA


Masyarakat di Sabah khususnya Kadazan dan Dusun secara tradisinya mempercayai Gunung Kinabalu adalah tempat suci dimana di situlah persemadian semangat baik nenek moyang mereka yang dinamakan Aki(datuk) dan Nabalu (keranda).

Selepas kejadian gempa bumi baru baru ini kelihatan permukaan Gunung Kinabalu menyerupai wajah seorang lelaki yang pertama menakluki gunung berkenaan yang dikenali sebagai Datuk Gunting Lagadan.Sebagai tanda penghormatan buat beliau sebuah rumag persinggahan telah dinamakan sempena nama beliau.

Ada juga yang berpendapat imej yang terbentuk itu  dikatakan Aki Nabalu bersempena nama gunung tersebut dalam bahasa Dusun.Masyarakat Kadazan Dusun Murut mempercayai bahawa kawasan berbatu di puncak Gunung Kinabalu didiami oleh semangat nenek moyang mereka.

Kejadian gempa bumi yang berlaku juga dikaitkan dengan cerita rakyat tempatan yang mistik.Aki Nabalu yang juga membawa maksud "tempat yang dihormati orang mati"yang mengisahkan bagaimana seorang isteri yang bertukar menjadi batu setelah menunggu kepulangan suaminya.

Malah ada juga yang mengatakan ia adalah raja gergasi yang masih belum terjaga sehinggalah pada pagi jumaat baru baru ini yang menyaksikan gempa berukuran 5.9 pada skala Ritcher.

Kejadian ini juga dikaitkan dengan tindakan sekumpulan pelancung Eropah yang telah mencemar temapat suci bagi rakyat Sabah dengan berkelakuan tidak senonoh berbogel dipuncak Gunung Kinabalu.

Dilaporkan dari sejumlah 187 pendaki yang berada disekitar pergunungan Kinabalu,16 orang dilaporkan terkorban manakala 2 pendaki masih belum ditemui.

GAMBAR MENYAYAT HATI MANGSA KORBAN GEMPA BUMI DI GUNUNG KINABALU


 

Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi bagi mencari mangsa yang masih dilaporkan hilang di kawasan Gunung Kinabalu yang dilanda gempa bumi 5.9 pada skala Ritcher Jumaat lalu.

Dipercayai masih ada dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang dan masih belum ditemui dipercayai warga Singapura iaitu seorang guru dan seorang pelajar,

Jumlah mangsa yang terkorban akibat gempa bumi di Ranau Sabah adalah seramai 18 orang bagaimanapun identiti mangsa belum di sahkan kecuali dua orang malim gunung rakyat tempatan Robbi Sapinggi dan seorang pelajar dari Singapura yang ditemui pada hari pertama kejadian berlaku.























Sunday, 7 June 2015

MUHYIDIN DAN HADI AWANG LARI KELUAR BANGUNAN RASAI GEGARAN GEMPA DI SABAH


Ranau – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dibawa keluar dari sebuah restoran di Liwagu ke tempat selamat selepas satu gegaran susulan berlaku pada jam 1.32 petang tadi.

Gegaran terbaharu yang berlaku dalam beberapa saat itu dicatatkan pada 3.7 skala Richter.



Muhyiddin sedang menghadiri satu taklimat dan mesyuarat tertutup mengenai tragedi yang berlaku di Gunung Kinabalu daripada pasukan keselamatan ketika gegaran berlaku.

Sejak tiga hari lalu, beberapa gegaran susulan melanda Ranau, daerah di mana terletaknya Gunung Kinabalu.

Sidang media turut diadakan di luar bangunan.

Turut hadir adalah Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun.

Setakat ini 13 orang disahkan maut akibat gempa bumi yang melanda Sabah, Jumaat lalu. Kesemua yang disahkan maut berada di Gunung Kinabalu, melibatkan mangsa rakyat tempatan, Singapura, China, Filipina dan Jepun, manakala enam lagi masih dicari.

Gempa bumi yang berpusat di 14 kilometer di utara Ranau iaitu kira-kira dua jam perjalanan melalui jalan pergunungan dari Kota Kinabalu, melanda Sabah pada jam 7.15 pagi.

Gegarannya dirasakan di pantai barat dan kawasan pedalaman Sabah tetapi lokasi yang menerima akibat yang teruk adalah di Gunung Kinabalu dan Ranau di mana beberapa tanah runtuh dilaporkan belaku.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata, kedalaman gempa bumi dilaporkan pad 54 kilometer dengan gegaran yang dapat dirasakan di Ranau, Tambunan, Tuaran, Kota Belud dan kawasan pedalaman.


EKSPEDISI PELAJAR SINGAPURA KE GUNUNG KINABALU BERTUKAR TRAGEDI



Pengembaraan pelajar tiga buah sekolah di Singapura ke Gunung Kinabalu bertukar tragedi selepas seorang disahkan muat manakala tujuh lagi bersama dua guru masih hilang.

Semua mereka merupakan antara sebahagian pelajar Sekolah Menengah Fuchun, Sekolah Menengah Greenridge dan Sekolah Rendah Tanjong Katong, berada di Gunung Kinabalu untuk mengikuti pengembaraan sambil belajar di luar negara.

Sementara itu gambar yang menunjukkan mayat sekumpulan pendaki (kelihatan seperti masih remaja) masih terikat di batu gunung tersebar di media sosial pagi Sabtu.

Tiada keterangan gambar siapa tetapi pihak berkuasa mengesahkan mereka menemui sembilan lagi mayat hari ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, semua mangsa ditemui di beberapa lokasi berbeza di sekitar puncak gunung berkenaan.

"Semua mayat ditemui masih belum dikenal pasti identitinya.

"Operasi membawa keluar semua mayat akan dilakukan secepat mungkin menggunakan helikopter," katanya ketika sidang media di Taman Kinabalu, hari ini.

Mohd Farhan berkata, jumlah mangsa yang terkorban setakat ini adalah 11 orang termasuk dua mangsa yang ditemui lewat malam tadi manakala baki lapan lagi individu masih hilang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berdoa kesudahan yang baik berhubung nasib lapan pelajar sekolah dan dua guru mereka yang hilang susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah semalam.

Dalam catatan Facebook beliau Sabtu, Lee berkata: "Ibu bapa dan keluarga berlepas dengan pesawat C130 Tentera Udara Singapura (RSAF) pada 9.30 pagi ini menuju ke Kota Kinabalu.

"Doakan yang terbaik. Akan kemas kini status pelajar dan guru kita di Kota Kinabalu yang hilang serta cedera apabila saya peroleh maklumat lebih terperinci."

Lapan pelajar, kesemuanya berusia 12 tahun, dan dua guru mereka tidak dapat dihubungi. 

Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean juga menerusi catatan Facebook berkata, ibu bapa pelajar itu diterbangkan dengan pesawat RSAF pagi ini diiringi pegawai dan kaunselor dari Kementerian Pendidikan, serta pasukan perubatan dan pegawai perhubungan.

Sementara itu, dalam menyatakan simpatinya, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim berkata: "Ingatan saya kepada penduduk di Sabah, Malaysia.

"Ambil maklum bahawa keluarga warga Singapura ingin sekali mendapatkan lebih banyak maklumat. Pasukan Respons Krisis MFA telahpun digegaskan ke sana.

Bersabarlah sambil kumpulan ini berusaha sedaya upaya untuk menghubungi mereka yang memerlukan, dan berdoalah bagi keselamatan mereka yang terjejas akibat gempa bumi," katanya.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter, yang merupakan kejadian gempa terkuat di Malaysia setakat ini, melanda kawasan Ranau pada pukul 7.15 pagi semalam.

Gempa bumi sederhana itu disusuli gegaran-gegaran kecil sehingga malam tadi dan ia turut dirasai di empat kawasan lain iaitu Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.-6/6/2015

Monday, 7 May 2012

Kanak-Kanak Ini Memiliki Kekuatan Luar Biasa


Jangan sesekali menyuruh adik anda ataupun anak anda melakukan aksi sebegini kerana akibatnya sangat buruk.Aksi diatas tentu sukar dipercayai  namun jika ia benar-benar berlaku..tentu sekali mulut anda akan ternganga melihat betapa luarbiasa sungguh kekuatan yang dimiliki oleh kanak-kanak seusia dengan kanak-kanak didalam photo di atas.Namun anda harus mempercayainya kerana ianya benar2 berlaku dan bukan teknik photoshope..
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Ha..!..ha...!...ha...! sekali imbas cuba lihat rumah diatas seakan-akan sebuah rumah yang terbalik kerana puting beliung atau taufan yang melanda tetapi sebenarnya rumah tersebut memang dibina dengan sedemikian rupa.Rumah yang diterbalikan ini merupakan salah satu tarikan pelancungan Austria oleh arkitek Irek Glowaki dan bukan sahaja rumah malahan keseluruhan perabut dan barang didalam rumah tersebut dipasang dengan cara terbalik,dipasang dengan cermat dan teliti.



Rumah ini terletak di bandar Terfens,15km ke barat Innsbruck.Pasangan Poland ini mengambil masa lapan bulan untuk menyiapkan hasil kerja mereka.Para pelawat akan merasa hairan sebaik sahaja menjejak kaki kedalam rumah terutama di bilik mandi dan garaj kereta kerana melihat semua peralatan tergantung dengan kemas,begitu juga bilik tidur kanak-kanak yang dipenuhi mainan yang melekat pada siling.



P/S:Camne lah nak buang air kat tandas tu..aku pun tak paham..fening2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...