ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday, 6 November 2015

SUAMI GILA..! PETI SEJUK DIJADIKAN TEMPAT SIMPAN KELENTIT FARAJ ISTERI


JOHANNESBURG – Peter Frederiksen yang ditangkap polis Afrika Selatan kerana didapati menyimpan sejumlah 21 ulas vagina atau kelentit faraj milik isterinya itu mula didakwa di sebuah mahkamah pada Khamis.

Tertuduh berusia 63 tahun itu dicekup pihak polis pada September lalu selepas menerima laporan lelaki warga Denmark tersebut ‘menyimpan’ benda berkenaan dalam peti sejuk di sebuah rumahnya di Bloemfontein dekat sini.

Ketika dibicarakan, Frederiksen menyifatkan dakwaan dikenakan ke atas dirinya sebagai langsung tidak berasas malah menyalahkan isterinya, Ana Matseliso Molise, 28 tahun; kerana suka ‘bergaul’ dengan dukun tempatan.

“Isteri saya yang sering menggunakan barang-barang itu (kelentit faraj) untuk tujuan tertentu dan bukan pula saya,” kata beliau yang juga peniaga sebuah kedai senjata ketika ditemui media Denmark sebelum perbicaraan.



Sementara itu, wanita berkenaan mendakwa, suaminya pernah menyeret dirinya dan kemudian bertindak kejam dengan memotong sedikit lurah vaginanya ketika mangsa pada waktu tersebut berada dalam keadaan lumpuh.

Lelaki berkenaan didakwa memaksanya menelan dadah sebelum sekelumit farajnya dihiris, namun tuduhan itu dibantah keras Frederiksen dan menegaskan bahawa kesemua 21 ulas kelentit tersebut dipotong isterinya sendiri.

Ia dijual wanita itu kepada sebuah kedai tubuh di Lesotho; negara kecil jiran Afrika Selatan, bahkan tertuduh yang mengaku tidak pernah mengkhatankan orang mendakwa sering meminta isterinya segera membuang benda itu.

Media tempatan melaporkan, pihak polis turut menemui banyak foto menunjukkan bukti pemotongan genital atau kemaluan wanita di rumah tertuduh, malah lelaki itu mengaku ia dirakam di Lesotho, bukan di Afrika Selatan.

NAIKKAN HARGA ROKOK ,RAMPAS PERISA VAPE..LEPAS NI APA LAGI?

Kerajaan semakin hari semakin tidak peka dan tuli dari mendengar permasalahan rakyat.Bukan sahaja tidak mendengar tetapi memalingkan muka dengan mendongak ke langit dengan lagak yang angkuh dan sombong.

Tiada siapa menyangkal merokok merbahayakan kesihatan tapi rentetan peristiwa berkaitan isu vape meletakkan persepsi pihak kerajaan hanya lebih mementingkan hasil diperolehi.Maka alasan mendatangkan kesan tidak baik kepada kesihatan rakyat menghalalkan cara kerajaan mengutip cukai yang tinggi yang lebih berpihak kepada syarikat rokok.

Apakah kenaikan menggila harga rokok ada kaitan dengan kemerosotan perolehan keuntungan syarikat berkaitan rokok setelah ramai perokok dikatan beralih kepada vape?


Persepsi penggemar vape kerajaan ditekan oleh syarikat rokok untuk dengan memberikan gambaran buruk vape walaupun sebenar tiada bukti saintifik.

Sebaliknya mencipta alasan menghalalkan rampasan perisa vape dibuat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 merupakan perang psikologi kepada penggemar vape.

Manusia yang gila sekalipun jika kita halang dan sekat kemahuan mereka apatah lagi hobi yang sudah sebati dengan diri,pasti akan mengundang perasaan amarah mereka

Jika anda berani,cuba ambil rokok di mulut  seorang gila yang sedang merokok,silap haribulan nyawa melayang.Apatah lagi orang yang waras yang boleh berfikir dari pelbagai sudut kewajaran tindakan pihak lain menyekat keinginan naluri sebagai manusia.

Rakyat langsung tidak diberikan alternatif sebaliknya menutup terus ruang hak mereka.Harga rokok dinaikan..alternatif vape dikenakan pelbagai tekanan.

Perokok tidak diberikan peluang sebaliknya banyak lagi aktiviti lain yang turut mendatangkan kesan jauh lebih buruk seperti judi dan arak dilesenkan.Kenapa tidak diharamkan judi dan arak.Keadilan buat perokok dinafikan sama sekali.Ini yang menjadi bualan dimana-mana sahaja.


Barangkali undi perokok dan pengemar vape tiada makna buat kerajaan .Sekitar 5 juta perokok mungkin juga akan memikirkan alternatif ,apa sahaja tentang alternatif termasuk kerajaan alternatif hanya kerana mahu melepaskan kemarahan.

Pada PRU 14 bakal menjelma bersedialah belajar menjadi pembangkang di Parlimen kerana rasanya ramai perokok yang semakin rabun warna tidak melihat lagi warna biru tua sebaliknya hijau,biru muda dan oren jelas kelihatan...




ANAK PM HARAP VAPE TIDAK DIHARAMKAN



KUALA LUMPUR – Anak Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak meluahkan harapan agar kegiatan vape tidak diharamkan sepenuhnya di negara ini.

Nazifuddin atau Nazif Najib berkata, beliau secara peribadi melihat wujud kesan positif daripada aktiviti vape jika dilakukan dengan baik dan beradap.

“Saya sokong vaping jika ia dilakukan dengan adab dan tatacara yang betul. Ramai juga kenalan saya yang vape, malah ada yang telah berhenti merokok.

“Saya berharap agar industri ini terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju dengan pengharaman vaping. Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui status di Facebook miliknya yang dimuat naik dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menurut Nazif, yang menjadi isu dan masalah ialah apabila vaping menjadi aktiviti yang dilakukan tanpa kawalan sehingga membawa kepada ketagihan.

Tambahnya, vaping adalah satu alternatif yang baik kepada merokok.

“Saya merasakan ia masih kekal sebagai alternatif merokok dan kita seharusnya mengiktiraf inovasi dan kreativiti yang telah timbul dari industri ini. Yang hebatnya, kebanyakan produk terbaik seperti perisa jus vape datang dari usahawan muda tempatan,” katanya.

Bagi memperlihatkan sokongan terhadap aktiviti vape yang sihat, Nazif sebentar tadi melawat sebuah kedai vape di Cyberjaya dan meluangkan masa dengan anak-anak muda yang terbabit dengan aktiviti berkenaan.


Kementerian Kesihatan beberapa hari lepas mengeluarkan kenyataan akan bertindak terhadap penjualan perisa vape yang berasaskan nikotin.

Ini kerana, berdasarkan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983, penjualan nikotin tanpa lesen di pasaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang waima vape tidak pula diharamkan oleh pihak kerajaan.

Nikotin merupakan bahan kimia kawalan tetapi hanya dikecualikan dalam pembuatan produk tembakau, manakala aktiviti penjualan cuma boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

Peniaga yang didapati ingkar sebenarnya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-dua sekali menurut akta sedia ada. 

ZARINA ANJOULIE MENGAKU SALAH HISAP SYABU


PETALING JAYA 5 Nov - Pelakon dan model, Zarina Anjoulie didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah positif dadah jenis syabu, tiga tahun lalu.

Majistret Mohd Nazri Omran turut memerintahkan Zarina, 29, menjalani pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.

Mahkamah turut memerintahkan Zarina menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Zarina didakwa positif dadah jenis syabu berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dan terdapat kandungan dadah dalam air kencing.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, di sini, pada jam 8.10 malam, 30 Disember 2012.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

GAJI YB KELANTAN NAIK TAPI TUNGGAKAN GURU YIK TAK BAYAR - HUSAM KAMBING


Kerajaan Kelantan sekali lagi ditempelak oleh Husam Kambing.Kali ini berkisar tentang bagaimana kegagalan Kerajaan Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah gagal melunaskan tunggakan guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) selama 16 bulan berjumlah RM 14.6 juta..

Husam yang juga ADUN Salor dengan nada menyindir ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 2 November lalu meluluskan meminda Rang Undang-undang Enakmen Saraan Anggota-Anggota Pentadbiran dan ADUN 1980 (Pindaan 2015).

Ia membabitkan kenaikan elaun menteri besar daripada RM12,800 kepada RM15,000 sebulan, timbalan menteri besar, (RM8,800 kepada RM13,000), exco serta speaker DUN, (RM6,000 kepada RM10,000) dan ADUN (RM4,600 kepada RM8,000).


Begitu juga dengan nasib peserta Ladang Rakyat yang masih belum menerima dividen dan penderitaan mangsa banjir yang mana rumah mereka belum terbina tetapi dalam masa yang sama menaikkan gaji ADUN.

Kenaikan gaji ADUN bermakna Kerjaan Negeri Kelantan mempunyai sumber yang kukuh sebaliknya masih terkial-kial menyeleasaikan belanja mengurus walhal selama 10 tahun berturut-turut kerajaan persekutuan menghulurkan bantuan bagi tujuan mengurus.

Bagi tahun ini sahaja sebanyak kerajaan persekutuan telah memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM 85 juta untuk belanja mengurus.

Kalau dulu mungkin pintu pagar rumah ADUN selalu berkunci tapi selepas ini bolehlah rakyat Kelantan yang memerlukan bantuan terus masuk hingga ke dapur mengadu masalah.

Pasti beres kerana YB dah naik gaji...seperti yang sering kedengaran dalam ceramah PAS yang mereka hanya ingin membantu rakyat,tiada kepentingan peribadi jadi kini waktu yang sesuai untuk menunjukkan erti pengorbanan kepada rakyat.Tak gitu...!











Thursday, 5 November 2015

RAFIZI KETUAI OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT TELOR TONY PUA YG HILANG


Niat Tony Pua hanyalah mencari publisiti sesuai dengan jawatan Setiausha Publisiti DAP.Isu debat #1MDB sentiasa mahu dipanjangkan sedangkan sebagai mereka yang sudah lama berada di Parlimen Malaysia menyedari peraturan Dewan Rakyat melalui PAC yang dibentuk.

Sebaik sahaja Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan perintah bahawa Tony Puaka tidak boleh menyertai debat kerana beliau adalah anggota PAC dan bagi menjaga intergriti Dewan Rakyat serta prosiding,beliau sebaliknya digantikan oleh Rafizi seperti yang diumumkan oleh Anthony Loke selaku Ketua Whip DAP.

Pada 29 Oktober 2015 Tony Pua mencabar Arul Kanda berdebat secala live di televisyen dan Arul Kanda menyahut cabaran tersebut pada hari yang sama dengan mengenakan syarat supaya melepaskan jawatan beliau dalam PAC dahulu sebelum debat dijalanka bagi mengelak konflik kepentingan dan intergriti PAC.

Tony Pua rupanya kehilangan telor untuk melepaskan jawatan sebaliknya menggunakan PAC untuk berselindung.Arul Kanda bagaimanapun pada 31hb Oktober 2015 telah menarik balik syarat dan perdebatan tanpa sebarang syarat demi membuktikan kejantanan serta membersihkan nama beliau yang sering mendakwa Arul dengan pelbagai kenyataan yang tidak benar.

Kehilangan telor Tony Pua akhirnya menyaksikan DAP terpaksa melakukan operasi menyelamat dan mencari kembali telor Tony Pua dengan melantik Rafizi penggemar Sotong Goreng Tepung untuk satu lagi program realiti Gegar Sotong Goreng Tepong Vaganza.

Jika benar Tony Pua mempunyai telor mengapa beliau tidak meletakkan jawatan sebagai ahli PAC dan bolehlah tempat beliau dalam PAC digantikan oleh Rafizi.

Sebaliknya meminta Rafizi mengetuai operasi mencari dan menyelamat telornya yang hilang entah kemana...SAR telor Tony Pua...

Nasib baik Speaker Dewan Rakyat mengeluarkan arahan supaya debat tersebut tidak dijalankan demi menjaga kemuliaan Dewan Rakyat dan intergirti PAC.

Tony Pua memang tiada telor,cabaran debat dengan Arul dibuat hanyalah bersifat politik dan sebenarnya dia menyedari hakikat dan peraturan selaku anggota PAC beliau tidak boleh berdebat isu #1MDB apatah lagi Arul juga merupakan saksi prosiding.













LUBUK YU BAKAL PECAH MALAYSIA BOOK OF RECORD


Lubuk Yu yang terletak di Kuala Sentul Maran Pahang bakal memecahkan Malaysia Book Og Record dengan kehadiran peserta teramai tidur di dalam buai yang diikat dengan tali diatas pokok.Program yang dinamakan 1st Hammock Camping Gathering itu akan diadakan pada 7hb November sehingga 8hb November 2015 dijangkakan menarik kehadiran 100 peserta termasuk luar.



Pemilihan hutan Lipur Lubuk Yu yang terletak dalan DUN Kuala Sentul dalam Daerah Maran dibuat kerana ianya dikelilingi oleh Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia yang mempunyai nilai yang amat tinggi dari segi ekosistem,khazanah alam semulajadi,sungai,bukit bukau,flora dan fauna.

Sayangnya semua kelebihan ini telah dicemari dengan perkara perkara berikut :-
  • Imej Lubuk Yu telah tercalar teruk dan dilabel sebagai kawasan hitam akibat Wabak Kencing Tikus yang telah mengorbankan beberapa nyawa tidak lama dulu.Wabak yang disebabkan oleh masalah kebersihan yang serius berpunca dari pengunjung yang tidak bertanggungjawab
  • Kekerapan kejadian mati lemas di kawasan sungai berpunca akibat tiada pemantauan.
  • Vandalism oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab merosakkan kemudahan asas yang telah di bina dan struktur semulajadi yang telah sedia ada.
  • ancaman peladang rakus dan peneroka hutan haram yang semakin hari semakin menyusup masuk dan menceroboh kawasan hutan dara ini.
Perkara di atas akan menjadi lebih parah dan tidak terkawal sekiranya tida tindakan proaktif diambil segera dan dilaksanakan secara konsisten.

Cara terbaik adalah dengan melakukan satu program berasaskan Eco Pelancongan yang melibatkan semua agensi terbabit dan komuniti tempatan.

Objektif utama program ini antaranya :-

  • Memulihkan dan mentransformasikan imej Lubuk Yu dari DESTINASI YANG DITAKUTI  kepada DESTINASI ECO PELANCONGAN YANG DISEGANI.
  • Memberikan pendedahan ilmu tentang alam semulajadidan aktiviti rekreasi berkaitan alam kepada komuniti tempatan supaya mereka lebih menghargai harta yang tak ternilai harganya yang mereka ada ini.
  • meningkatkan pendapatn penduduk kampung melalui aktiviti Eko Pelancongan.

Seramai 100 peserta dijangka menyertai program ini dengan penyertaan rakyat tempatan seramai 90 orang manakala peserta antarabangsa  10 orang(Singapore 05,Brunei 01,England 02,Philiphines 2 orang).

Antara anktiviti yang dirancangkan selama 2 hari program ialah Tree Climbing Clinic.Flying Fox,Leap Of Faith,Jungle Tracking,Smartphone Fotography Clinic,Slacline Station,Swim and Save Clinic dan River Tubing Sessions.






Program ini di anjurkan bersama oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,Laili Basir Adventure _Hugs Project,Pusat Khidmat DUN Kuala Sentul,Pejabat Daerah Maran,Pejabat Hutan Negeri dan Majlis Belia Daerah Maran.

Adalah menjadi harapan segala perancangan yang dilakukan akan berjalan dengan lancar dan matlamat program ini akan tercapai untuk kebaikan dan faedah semua pihak.

Credit  :LAILI BASIR




Tuesday, 3 November 2015

NGO PERLU DEKATI MASYARAKAT WUJUDKAN KESEDARAN PENYAKIT KANSER


Kanser merupakan satu penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.Menyedari tentang bahayanya penyakit kanser ini peranan memberikan kesedaran masyarakat tidak harus dipikul oleh kerajaan sahaja  sebaliknya NGO juga mempunyai tanggungjawab tersendiri.

YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Penegrusi Pembangunan Wanita Keluarga
Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang


Pengerusi PUSPANITA Daeran Maran Datin Sharipah Noraihan menerima cek
Sumbangan dari Bendahari PUSPANITA Kebangsaan

"NGO perlu tampil kehadapan dengan mempelbagaikan program bukan sahaja dikalangan ahli tetapi segenap lapisan masyarakat.Bagi tujuan itu NGO boleh bekerjasama dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dengan melibatkan penyertaan JKK dikampung kampung agar segala maklumat dapat disalurkan berkaitan kesedaran kanser khususnya wanita."ujar YB Dato'Shahaniza binti Hj Shamsuddin Pengerusia Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang dimajlis perasmian Program Kesedaran Kanser Untuk Wanita yang dianjurkan oleh PUSPANITA Daerah Maran di Dewan Jubli Perak Maran Pahang.

Sempenan bulan Oktober yang juga merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara,PUSPANITA Daerah Maran mengambil inisiatif mengadakan  program ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini.

Kebanyakan orang tahu penyakit ini tetapi tidak mengambil langkah awal untuk mengesan penyakit ini.

Bagi wanita,mereka boleh melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara(PSS) setiap bulan dan menggalakkan rakan-rakan dan yang tersayang turut serta berbuat demikian.

Bagi kaum lelaki sebarkan kesedaran melalui perkongsian maklumat dengan rakan rakan wanita dan keluarga.

Mencari tanda-tanda awal kanser payudara amat penting kerana iamemberi lebih banyak pilihan rawatan dan peluang yang lebih tinggi untuk terus hidup.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Datin Sri Dato Jamaliah binti Zainal Abidin,Pengerusi PUSPANITA Negeri Pahang dan Pengerusi PUSPANITA Caw.Daerah Maran Datin Sharipah Norraihan binti Syed Agel.

Program ini turut mendapat kerjasama   Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kuantan serta Pejabat Kesihatan Daeran Maran




Sunday, 1 November 2015

BEKAS PRESIDEN MCA SAHKAN TERIMA BIAYA KEMPEN POLITIK PRU 13 ..MASAKAN PEMIMPIN UMNO TAK TAHU..?


Mantan Presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek mengakui beliau adalah orang pertama yang berterima kasih kepada Perdana Menteri yang berjanji dan menunaikan janji membiayai kempen parti Barisan Nasional pada PRU 13.

Beliau sebagai dipetik berkata telah berkecimpung selama 20 tahun dalam politik dan terlibat dalam 5 Pilihanraya Umum tidak pernah menerima apa-apa biaya kempen politik sebelum ini.

Namun Dato'Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional telah berjanji dan mengotakan janjinya membantu kempen politik Pilihanraya Umum yang ke 13.sila klik

UMNO sebagai parti dominan dalam Barisan Nasional pastinya mempunyai lebih priority tetapi malangnya sikap sesetengah pemimpin UMNO yang turut mempertikaikan dana politik sangat mengeciwakan.

Apatah lagi bagi negeri negeri yang BN menjadi pembangkang seperti pada PRU 13 antaranya Selangor,Kedah dan Kelantan. Bagaimanakah cara untuk menggerakkan sebarang jentera parti tanpa apa-apa bantuan dari Presiden UMNO mahupun Pengerusi Barisan Nasional.

Selaku mereka yang terlibat dengan politik sewajarnya mereka mengetahui bahawa dana politik amat diperlukan untuk menggerakkan jentera pilihanraya tetapi bukan maksud membeli undi.

Ketua-Ketua Bahagian  UMNO misalnya tidak akan bertanya bagaimana Presiden parti mendapatkan dana bagi menggerakkan jentera  parti.


Jika ada yang memegang jawatan yang tinggi dalam parti seperti Timbalan Presiden UMNO tidak tahu keperluan dana politik sedangkan selalunya beliau akan bertanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya BN bagi PRU atau PRK adalah satu pembohongan.

SPRM telah mengesahkan bahawa dana RM 2.6 b tersebut bukanlah datangnya dari 1MDB.Selagi mana ianya bukan datang dari 1MDB ianya bukan satu kesalahan memandangkan 1MDB menggunakan modal kerajaan  secara tidak langsung pembayar cukai di Malaysia.

Pun  begitu siasatan terhadap SRC International anak syarikat 1MDBB masih dijalankan.

Perlu juga diingatkan tidak ada larangan atau kesalahan dibawah undang-undang di Malaysia jika wang yang digunakan untuk kempen pilihanraya datangnya dari derma yang diberikan.

Nak masuk tandas pun kena pakai duit...apatah lagi parti politik yang ingin memerintah negara..pembangkang jangan hipokrit,cuba tanya Husam Musa adakah benar beliau meminta RM 100,000 wang parti untuk kuliah maghrib di Putrajaya?Apakah ianya dana  parti digunakan sebanyak itu tanpa apa-apa maksud?



KERANDUT TONY PUAKA UNTUK DILELONG..SIAPA MAHU..?



Rupa-rupanya Tony Puaka tersilap pakai spender...terjulur sudah kerandut telornya yang menggamit pembeli untuk dibida.Itupun kalau ada yang mahu..kulup punya ni special sikit sebab tak basuh maka baunya boleh mencengkam serombong hidung kepada penyokong tegar Pakatan Rakyat yang selama ini menyanjung tinggi kehebatan kerandut telor Tony Puaka.

Sesuai dengan manusia yang gila jawatan Tony Puaka adalah Setiausaha Publisiti DAP yang sememangnya kemaruk namanya sentiasa dibibir pengamal media.


1MDB yang menjadi sasaran beliau siang dan malam,kerana ianya dikaitkan dengan Perdana Menteri.Walaupun beliau berpeluang untuk mendengar sendiri jawapan dari Perdana Menteri di Parlimen yang sedang bersidang tetapi memilih untuk membicarakannya secara terbuka di luar Parlimen.

Tony Puaka dengan egonya mencabar Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat secara terbuka dan meminta ianya disiarkan secara langsung di televisyen.

Arul Kanda menyahut cabaran dan bersedia untuk berdebat dengan syarat Tony Puaka terlebih dahulu melepaskan jawatan beliau sebagai anggota PAC supaya tiada konflik kepentingan .

Tony Puaka terkejut,luruh segala bulu ari-ari..peranakan beliau jatuh..kerandut telur membesar dan bertukar warna kehitam-hitaman...rupa-rupanya Arul Kanda bukan seperti yang dijangka.

Mana mungkin seorang anggota PAC yang sedang menyiasat 1MDB mengajak yang dituduh di berdebat diluar apatah lagi nama beliau antara yang disebut oleh Justo yang dihukum penjara 3 tahun kerana memeras ugut bekas majikannya Petro Saudi Internasional yang mempunyai hubungkait dengan 1MDB.

Boleh diibaratkan seorang hakim di mahkamah mengajak yang dituduh dimahkamah berdebat diluar mahkamah begitu juga kedudukan Tony Puaka dalam PAC yang mempunyai kuasa mengajak yang mereka yang dituduh berdebat di luar Parlimen.Ini merupakan cerita kartun terkini Tony Puaka yang sering menjadikan 1MDB satu lawak jenaka terutama di dalam Parlimen.


Bagi menutup kemaluannya yang mengecut  dan kerandutnya semakin membekak beliau mengemukakan syarat baru kepada Arul Kanda tidak boleh bertanyakan beliau sebarang soalan ketika program debat secara langsung dijalankan sebaliknya hanya beliau yang boleh mengemukakan soalan.....apa cerita ni...rupa-rupanya kebodohan dan kebangangngan itu juga suatu publisiti yang dimahukan oleh Setiausaha Publisiti DAP Tony Puaka.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...