ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Tourism Malaysia
Showing posts with label Tourism Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Tourism Malaysia. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

Ganas Beraksi Akhirnya Terkulai Layu


Ganas selalu ditaksirkan dengan perkara yang agak negatif tetapi ada ketika aksi ganas itu menjadi kegilaan.tak kira jantina lelaki atau perempuan,beraksi ganas akan menimbulkan keghairahaan.Mungkin meraka sukakan cabaran..sifat ganas juga boleh mendatangkan kepuasan,itu naluri manusia.Keganasan juga wujud dalam aktiviti sukan.Memancing misalnya turut tidak terkecuali,bagi penggemar sukan memancing ikan yang ganas dan sering bertindakbalas dengan agresif memberikan kepuasa kepada mereka.Ianya dianggap suatu pertarungan dan mereka ghairah mencari spesis ikan yang menjadi lawan yang sukar dikalahkan.



Royal Pahang Billfish International Challenge memenuhi impian pemancing yang gemarkan ikan yang dikatakan ganas ,aksi ikan layaran ketika cuba melepaskan diri membuatkan peserta akan teruja.Perairan Rompin umpama pesta sejak dari mula pertandingan sehingga ke akhirnya dimana sebanyak 290 ekor ikan layaran telah berjaya ditangkap dan dilepaskan semula sesuai dengan syarat pertandingan.Senyuman kepuasan jelas terpancar di raut wajah peserta walaupaun adakalanya keletihan melayan aksi sewaktu ingin menaikkan ikan layaran dan ada diantara peserta mengambil masa sejam menaikkan ikan tersebut sebelum dilepaskan semula sebaik sahaja marshal pertandingan di setiap bot mengesahkan tangkapan mereka.


Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

Marlin



Marlin

Marlin

Marlin

Marlin

ADUN Muadzam Shah

ADUN Muaadzam Shah

Bila Gendang Perang Dipalu



Peperangan sudah bermula,kalau begitu mahunya,ayuh kita,menyinsing lengan,tinggalkan seketika keluarga berjuang di bumi bertuah ini.Jangan hanya berpelok tubuh,jangan hanya berbadan yang sasa tapi jiwa sebesar hama.Wow..!ayat macam pahlawan Melaka lagaknya,kemana nak berperang.?.dengan siapa.?.Ianya hanyalah kata-kata menyuntik semangat kepada peminat sukan pancing bagi menyahut cabaran Royal Pahang BillFish International 2014.Mereka akan berjuang di tengah lautan selama 2 hari menguji kemampuan dan ketahanan diri serta kemahiran memancing ikan layaran di perairan Rompin.



Dari 120 orang peserta yang mendaftarkan diri,69 daripadanya adalah dari luar negara terdiri dari Jepun,Singapura ,China,Australia,Indonesia dan New Zealand  selebihnya adalah pemancing tempatan.Mereka dibahagikan kepada 33 kumpulan.Malaysia 10 kumpulan,Indonesia 4,Australia 2,China 3,Singapura 5 manakala pasukan campuran 9.Pendaftaran bermula petang 12hb sehingga tengah malam diadakan di Lanjut Golf & Beach Resort.Sambutan yang menggalakkan dari peserta dan peningkatan penyertaan berbanding tahun lepas telah mendapat perhatian pengamal media New Zealand,Dubai,Japan dan China selain media tempatan .Bagi merasai kemeriahan dan cabaran pertandingan semua wakil media dibawa dengan bot untuk merakamkan serta merasai sendiri pengalaman berada dilautan sepanjang acara berlangsung.


Pertandingan yang bermula pada pagi 13hb Sept itu dimulakan dengan Majlis Penyerahan cek dari penaja penaja di Jeti Kg Pantai Bernas Rompin itu kepada YB Dato'Maznah bt Mazlan,Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia merangkap ADUN Muadzam Shah dan diikuti dengan pelepasan peserta.Turut sama di majlis berkenaanYH Dato'Hj Hashim Mat Tahir Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman,Tuan Hj Idros Pengarah Kementerian pelancungan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang.





































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...