Showing posts with label Lanjut Golf & Beach Resort. Show all posts
Showing posts with label Lanjut Golf & Beach Resort. Show all posts
Thursday, 18 September 2014
Team Mustad Asia Juara Royal Pahang BillFish International Challenge 2014
Pertandingan Royal Pahang BillFish International Challege 2014 berakhir dengan Team Mustad Asia dinobatkan sebagai juara kejohanan yang diadakan kali ke 10.Team Mustad Asia diwakili oleh Mr J.J.Hayashi Masahiko ( Jepun),Yanto Irwanto (Indonesia )dan Edward Long(Singapura) membawa hadiah wang tunai RM 20,000 serta saguhati berupa peralatan memancing dari penaja kejohanan.Manakala tempat kedua dimenangi oleh Team Dogo yaang membawa pulang hadiah wang tunai RM 14,000.Team Cmas Euro International pula mendapat tempat ke 3 yang menawarakan hadiah berjumlah RM10,000.
Mr Edward Long dari Team Mustad Asia memenangi katagori Best Individual manakala Best Keeper kejohanan pula disandang oleh Mr Ricky Tay.Majlis penyampaian hadiah diadakan di Lanjut Golf & Beach Resort disempurnakan oleh YB Dato'Mohd Sharkar b.Shamsudin,Exco Pelancungan Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang.Turut sama mengiringi beliau YB Dato'Maznah bt Mazlan,Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia,merangkap ADUN Muadzam Shah,YH Dato'Haji Hashim Mat Tahir Pengurus Beasar Lembaga Pembangunan Tioman serta Tuan Hj Idros Pengarah Kementerian Pelancungan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang
Sementara itu dalam ucapan penutupan kejohanan Royal Pahang BillFish International Challenge 2014,YB Dato'Mohd.Sharkar Shamsuddin berkata kerajaan akan terus memberikan sokongan bagi memajukan sektor pelancungan di Negeri Pahang dengan pelbagai usaha antaranya pembinaan jeti khusus untuk kegunaan pemancing di Kampung Pantai Bernas,membanyakkan tukun dan unjam di kawasan kejohanan bagi mengekal dan menambah stok makanan ikan billfish dan pemantauan pihak berkuasa terhadap aktiviti nelayan pukat tunda yg sering dilaporkan.Bagi tujuan itu,masyarakat digesa turut peka dengan melaporkan kepada pihak berkuasa kegiatan pukat tunda di kawasan perairan yg dilarang boleh mengancam aktiviti perikanan nelayan tempatan serta sukan memancing.
Bila Gendang Perang Dipalu
Peperangan sudah bermula,kalau begitu mahunya,ayuh kita,menyinsing lengan,tinggalkan seketika keluarga berjuang di bumi bertuah ini.Jangan hanya berpelok tubuh,jangan hanya berbadan yang sasa tapi jiwa sebesar hama.Wow..!ayat macam pahlawan Melaka lagaknya,kemana nak berperang.?.dengan siapa.?.Ianya hanyalah kata-kata menyuntik semangat kepada peminat sukan pancing bagi menyahut cabaran Royal Pahang BillFish International 2014.Mereka akan berjuang di tengah lautan selama 2 hari menguji kemampuan dan ketahanan diri serta kemahiran memancing ikan layaran di perairan Rompin.
Dari 120 orang peserta yang mendaftarkan diri,69 daripadanya adalah dari luar negara terdiri dari Jepun,Singapura ,China,Australia,Indonesia dan New Zealand selebihnya adalah pemancing tempatan.Mereka dibahagikan kepada 33 kumpulan.Malaysia 10 kumpulan,Indonesia 4,Australia 2,China 3,Singapura 5 manakala pasukan campuran 9.Pendaftaran bermula petang 12hb sehingga tengah malam diadakan di Lanjut Golf & Beach Resort.Sambutan yang menggalakkan dari peserta dan peningkatan penyertaan berbanding tahun lepas telah mendapat perhatian pengamal media New Zealand,Dubai,Japan dan China selain media tempatan .Bagi merasai kemeriahan dan cabaran pertandingan semua wakil media dibawa dengan bot untuk merakamkan serta merasai sendiri pengalaman berada dilautan sepanjang acara berlangsung.
Pertandingan yang bermula pada pagi 13hb Sept itu dimulakan dengan Majlis Penyerahan cek dari penaja penaja di Jeti Kg Pantai Bernas Rompin itu kepada YB Dato'Maznah bt Mazlan,Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia merangkap ADUN Muadzam Shah dan diikuti dengan pelepasan peserta.Turut sama di majlis berkenaanYH Dato'Hj Hashim Mat Tahir Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman,Tuan Hj Idros Pengarah Kementerian pelancungan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang.
Subscribe to:
Posts (Atom)