Tindakan Saifuddin Abdullah menghadiri sidang meja bulat gabungan parti pembangkang yang mencetuskan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang memualkan.
Walaupun alasan yang diberikan adalah sebagai wakil (NGO)Akadei Belia tetapi sebagai bekas menteri UMNO dan masih menjadi ahli UMNO kehadirannya boleh disifatkan musang berbulu ayam.
Ini bukanlah kali pertama beliau sering menjadi duri dalam daging kepada UMNO tetapi sudah berulang kali.Manusia seperti beliau adalah seorang yang tidak berpendirian..umpama lalang yang mudah ditiup angin sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.
Tidak menghairankan bagaimana seorang yang pernah menjawat jawatan Menteri tewas di kawasan Parlimen yang beliau tandingi pada PRU 13 yang lalu.
Mungkin pengundi di Parlimen Temerloh sudah lama menghidu perlakuan musang yang sering berkeliaran didalam reban ayam sekitar Temerloh dengan menolak pemimpin seperti beliau.

Pada PRU 13 beliau memperolehi 27,197 undi tewas kepada calon PAS Nasarudin bin Hasan yang memperolehi 28,267 undi iaitu majoriti sebanyak 1,070 undi.
Bagaimanakah perasaan ahli UMNO yang lain yang pada masa yang sama menganggotai NGO tetapi tidak melakukan tindakan yang boleh memburukkan keadaan.Ada ramai pemimpin UMNO yang juga pemimpin BN yang tidak hadir ke Perhimpunan Merah atas dasar menjaga sensitiviti parti.
Kalau anak jantan dan bertelor Saifuddin harus keluar UMNO dan bebas menyertai mana-mana parti politik pembangkang,tidak perlu duduk didalam reban ayam kononnya menyamar sebagai seekor ayam sebaliknya seekor musang yang entah datang dari hutan mana.....
No comments:
Post a Comment