Heboh di perkatakan tentang surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti P.Pinang berkenaan tatacara baharu penggunaan pembesar suara masjid dan surau di P.Pinang.
Surat bertarikh 1hb Sept 2015 itu seakan menekan masyarakat Islam dalam mengamalkan ajaran agama Islam yang dianuti sejak sekian lama.Dimanakah kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan seandainya pelbagai bentuk tindakan yang dilakukan oleh pihak yang berselindung di sebalik Jabatan Mufti P.Pinang.
Umat Islam di Malaysia wajar merasa bimbang dengan perkembangan terkini di P.Pinang.Adalah di fahamkan pihak pengurusan masjid dan surau harus memastikan tiada lagi bacaan Al Quran menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau sebelum waktu subuh.
Dan kini pembesar suara di luar masjid juga tidak lagi boleh digunakan bagi aktiviti keagamaan Qiamullail,Tahajjud dan seumpamanya.
Walaupun arahan itu hanya bersifat nasihat hukum dan tidak diwartakan tetapi cukup membuatkan umat Islam pasti tertanya-tanya mengapa amalan keagamaan yang bebas di amalkan di Malaysia kini di ganggu gugat.
Surat di atas pula adalah aduan oleh YB Ong Chin Wen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah Pulau Pinang.
Jangan sampai apa yang berlaku di P.Pinang turut berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia khususnya yang majoritinya umat Islam.
Adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan kuasa politik Melayu Islam terus dipertahankan dan jangan biarkan diri dipergunakan oleh meraka yang secara perlahan-lahan menghakis keistimewaan Islam sebagai agama Persekutuan.
No comments:
Post a Comment