ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Ahli Parlimen Temerloh
Showing posts with label Ahli Parlimen Temerloh. Show all posts
Showing posts with label Ahli Parlimen Temerloh. Show all posts

Thursday, 24 September 2015

KELUAR UMNO JALAN TERBAIK MUSANG BERBULU AYAM SEPERTI SAIFUDDIN ABDULLAH


Tindakan Saifuddin Abdullah menghadiri sidang meja bulat gabungan parti pembangkang yang mencetuskan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang memualkan.

Walaupun alasan yang diberikan adalah sebagai wakil (NGO)Akadei Belia tetapi sebagai bekas menteri UMNO dan masih menjadi ahli UMNO kehadirannya boleh disifatkan musang berbulu ayam.

Ini bukanlah kali pertama beliau sering menjadi duri dalam daging kepada UMNO tetapi sudah berulang kali.Manusia seperti beliau adalah seorang yang tidak berpendirian..umpama lalang yang mudah ditiup angin sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.

Tidak menghairankan bagaimana seorang yang pernah menjawat jawatan  Menteri tewas di kawasan Parlimen yang beliau tandingi pada PRU 13 yang lalu.

Mungkin pengundi di Parlimen Temerloh sudah lama menghidu perlakuan musang yang sering berkeliaran didalam reban ayam sekitar Temerloh dengan menolak pemimpin seperti beliau.

Pada PRU 13 beliau memperolehi 27,197 undi tewas kepada calon PAS Nasarudin bin Hasan yang memperolehi 28,267 undi iaitu majoriti sebanyak  1,070 undi.

Bagaimanakah perasaan ahli UMNO yang lain yang pada masa yang sama menganggotai NGO tetapi tidak melakukan tindakan yang boleh memburukkan keadaan.Ada ramai pemimpin UMNO yang juga pemimpin BN yang tidak hadir ke Perhimpunan Merah atas dasar menjaga sensitiviti parti.

Kalau anak jantan dan bertelor Saifuddin harus keluar UMNO dan bebas menyertai mana-mana parti politik pembangkang,tidak perlu duduk didalam reban ayam kononnya menyamar sebagai seekor ayam sebaliknya  seekor musang yang entah datang dari hutan mana.....


Sunday, 31 May 2015

MENGENALI MELAYU HEBAT DAN MUSIBAT


Makin semak nampaknya suasana politik hari ini dengan kenyataan mantan mantan peminpin UMNO yang dijadikan adiwira Malaysiakini.Portal yang sering menjadikan mereka yang tiada tempat dipersada politik tanahair dan semakin tenggelam dek masa,karam tiada berbangkai hilang tiada bernesan kini ditimbulkan bagi menimbulkan keresahan rakyat.

Bukan sesuatu yang anih jika pemimpin seperti Saipoddin ini ditolak oleh pengundi di Parlimen Temerloh pada PRU 13.Antara faktor nya ialah pendirian politik beliau yang gemar menongkah arus senada seirama dengan pembangkang di Malaysia umpama sokong membawa rebah.

Menjadi popular memang mudah tetapi perlulah mempunyai rasa tanggungjawab kepada parti yang diwakili.Sebarang idea yang songsang atas nama pembaharuan pemikiran.Logik sahaja tidak cukup menghalakan pandangan yang akhirnya merosakkan agenda bangsa Melayu di bumi sendiri.


Suara suara manusia yang kecewa seperti Ku Li juga tidak kurang juga meletakkan orang Melayu sering dalam dilema.Sejarah menunjukkan bagaimana Onn Jaafar pernah mengutakan idea yang hampir sama melalui Parti Negara tapi akhirnya akur bahawa ianya gagal mendapat tempat dihati orang Melayu.

Barisan Nasional menang 11 negeri berbanding 9 negeri dalam Pilihan Raya Umum ke 12.BN berjaya menawan semula Kedah, mengekalkan Terengganu dan mengukuhkan kedudukan di Perak.

Prestasi UMNO bertambah dibandingkan sebelum ini. Bilangan kerusi dari 79 (PRU 12) kepada 88 berbanding pembangkang (dapat) 89 kerusi.ianya hampir menyamai kerusi yang dimenangi oleh pembangkang yang diwakili 3 parti iaitu PAS-PKR-DAP yang memenangi 89 kerusi.Melalui kajian juga  UMNO berjaya menmbah 30% undi pada PRU 13.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...