ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday, 24 September 2015

KELUAR UMNO JALAN TERBAIK MUSANG BERBULU AYAM SEPERTI SAIFUDDIN ABDULLAH


Tindakan Saifuddin Abdullah menghadiri sidang meja bulat gabungan parti pembangkang yang mencetuskan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang memualkan.

Walaupun alasan yang diberikan adalah sebagai wakil (NGO)Akadei Belia tetapi sebagai bekas menteri UMNO dan masih menjadi ahli UMNO kehadirannya boleh disifatkan musang berbulu ayam.

Ini bukanlah kali pertama beliau sering menjadi duri dalam daging kepada UMNO tetapi sudah berulang kali.Manusia seperti beliau adalah seorang yang tidak berpendirian..umpama lalang yang mudah ditiup angin sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.

Tidak menghairankan bagaimana seorang yang pernah menjawat jawatan  Menteri tewas di kawasan Parlimen yang beliau tandingi pada PRU 13 yang lalu.

Mungkin pengundi di Parlimen Temerloh sudah lama menghidu perlakuan musang yang sering berkeliaran didalam reban ayam sekitar Temerloh dengan menolak pemimpin seperti beliau.

Pada PRU 13 beliau memperolehi 27,197 undi tewas kepada calon PAS Nasarudin bin Hasan yang memperolehi 28,267 undi iaitu majoriti sebanyak  1,070 undi.

Bagaimanakah perasaan ahli UMNO yang lain yang pada masa yang sama menganggotai NGO tetapi tidak melakukan tindakan yang boleh memburukkan keadaan.Ada ramai pemimpin UMNO yang juga pemimpin BN yang tidak hadir ke Perhimpunan Merah atas dasar menjaga sensitiviti parti.

Kalau anak jantan dan bertelor Saifuddin harus keluar UMNO dan bebas menyertai mana-mana parti politik pembangkang,tidak perlu duduk didalam reban ayam kononnya menyamar sebagai seekor ayam sebaliknya  seekor musang yang entah datang dari hutan mana.....


TERKINI...! 453 JEMAAH HAJI TERKORBAN ,719 CEDERA TRAGEDI REMPUHAN MINA


Angka korban rempuhan haji di Mina kini mencecah 453 orang manakala 719 dilaporkan cedera.Operasi menyelamatkan mereka yang terlibat sedang dijalankan oleh Jabaran Pertahanan Awam Saudi Arabia.

Kejadian yang berlaku di Street 2014 di Mina.Street 204 di Mina adalah salah satu dari dua jalan utama yang menghubungkan kawasan perkhemahan Jamarat dimana para jemaah haji mengerjakan ibadah melontar.


P/S : TAKZIAH DAN ALFATIHAH BUAT JEMAAH YANG MENINGGAL DUNIA.SAMA SAMALAH KITA BERDOA AGAR JEMAAH HAJI DARI MALAYSIA TERSELAMAT DARI TRAGEDI TERSEBUT

Tuesday, 22 September 2015

"HAJI HADI GILA..!"- TONY PHUA


Kemelut hubungan antara PAS dan DAP ternyata tiada berkesudahan.Terbaharu kenyataan Tony Phua Setiausaha Publisiti DAP menggelar Hj Hadi Awang sebagai orang yang kurang siuman.


Maknanya secara tak langsung Tony Phua menyamakan Hj Hadi Awang sebagai orang gila.Ini berikutan kenyataan Haji Hadi baru baru ini...

“Kalau orang bukan Islam boleh terima ideologi komunis, yang buat Komunis ini Karl Marx. Karl Marx ini bukan orang Cina, bukan orang India, dia orang Yahudi Jerman.

“(Tetapi) ada orang Cina, orang India berjuang untuk komunis masuk hutan sampai kurus kering, makan rumput, payah makan,” beliau dilapor berkata demikian dalam ucapan pada Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) di Dungun pada 18 September lalu.

Mudah sungguh pemimpin DAP menghina pemimpin PAS dengan panggilan orang gila kerana kebanyakan ahli PAS sudah tiada perasaan.

Membiarkan sahaja pemimpin mereka di hina sehingga sebegitu rupa.Yang peliknya PAS masih lagi meletakkan UMNO sebagai parti yang harus digantikan dengan menjadikan ideologi nasionalisme UMNO sebagai alasan disebalik kegagalan PAS membentuk Pakatan bersama pembangkang.

Mungkin juga Tony Phua ingin respon kepada kata-kata Hj Hadi yang menggelar DAP sebagai anjing yang menyalak bukit.Rupa-rupanya ada kisah yang mahu dijadikan opera terbaharu pihak pembangkang di Malaysia bertajuk 

"Anjing menyalak seorang kurang siuman dikaki bukit"





Monday, 21 September 2015

ELAKKAN SEBAR BERITA PALSU DI INTERNET


MARAN 21/09/2015 - Pembinaan Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) diharap mampu menjadi pemangkin bagi melahirkan masyarakat yang berkemahiran dan celik IT.Walaupun sasaran utama adalah generasi Y yang lebih terdedah kepada penggunaan internet,namun masyarakat tidak kira lapisan seharusnya tidak ketinggalan perubahan gaya hidup yang berorentasikan pengunaan internet.

Kewujudan PI1M memberikan peluang kepada masyarakat luar bandar khususnya mengekploitasi kemudahan yang disediakan bagi menuingkatkan taraf hidup dengan menceburi bidang keusahawanan online yang menjadi trending masakini.

PI1M telah berjaya melahirkan usahawan luar bandar menerusi perniagaan online seperti  kisah kejayaan seorang pegusaha rumpai air di Kudat Sabah yang telah berjaya mengembangkan perniagaan beliau.

Bermula dengan hanya berpendapatan sekitar RM450 sebulan dengan keluasan kawasan penternakan seluas 5 ekar telah meningkat sehingga mencecah RM 20,000.00 sebulan melalui.Beliau menggunakan PI1M bagi mengembangkan perniagaan melalui online dengan menjadikan Jepun dan Australia sebagai pelanggan utama.

"Dengan beroperasinya PI1M di Felda Anggerik Jengka 1 yang juga merupakan diantara 75 buah PI1M di Pahang,masyarakat setempat seharusnya memanafaatkan kemudahan yang disediakan selain memastikan menggunakan internet ke arah yang berfaedah.Penyebaran maklumat yang tidak benar yang menyakitkan hati orang lain perlu dielakkan."ujar YB Dato Wan Salman bin Wan Ismail ADUN Jengka mewakili YB Dato,Shahaniza Hj Shamsuddin Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jengka 1 hari ini.

PI1M yang diengkapi dengan 20 buah komputer itu akan menyediakan latihan kemahiran dalam bidang ICT yang akan dibantu oleh 2 orang kakitangan berkemahiran.Seramai 300 orang masyarakat setempat terdiri daripada golongan belia,pelajar sekolah dan GPW telah mendaftar .Mereka akan dilatih menggunakan asas komputer dan perisian .Bagi mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan mereka juga telah dilatih membuat risalah bagi tujuan pengiklanan disamping teknik teknik ayat yang mampu menarik pelanggan.

Turut sama hadir di majlis perasmian tersebut En Rusli Hj Ahmad,Pengarah SKMM Wilayah Timur,Telekom Malaysia Berhad,MSD Digital Intelligence Sdn.Bhd,Ketua Kg Felda Jengka 1 En Mohd Khir bin Awang serta kepimpinan setempat.Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pertandingan mewarna,Kuiz Klik Dengan Bijak,Pertandinga Menaip Pantas,Word Search dan cabutan bertuah.

Friday, 11 September 2015

ZAINAL JENTIK KERANDUT KJ - CABAR GANTUNG FAM



Khairy Jamaludin Menteri Belia dan Sukan hari ini di cabar oleh Zainal Abidin Hasan agar menggantung FAM dalam minggu ini.Beliau yang jugga Timbalan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia ternyata kesal dengan serangan yang di lakukan oleh seorang Menteri Belia dan Sukan yang dianggap kebudak budakan


SAYA cabar beliau (KJ) untuk menggantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu minggu ini.Itu antara luahan Zainal Abidin Hasan sebagai orang lama dalam bolasepak tanah air bermula sebagai pemain dan kini menjadi jurulatih pasukan bolasepak Pahang

Tindakan menggantung FAM bukanlah suatu keputusan yang membaiki keadaan sebaliknya sebagai seorang Menteri beliau perlu mempunyai idea yang bernas serta mencari mekanisme yang lebih baik.


Memang patut pun Zainal meluahkan rasa rimasnya dan menjentik kerandut KJ yang sebenarnya hanya ingin menunjukkan kuasa beliau .Cakap tak serupa bikin kata orang kerana Khairy pernah berada di dalam FAM dan memegang jawatan tertinggi,namun projek My Team beliau turut gagal.





SAH...!.AHLI PARLIMEN PAS KELANTAN MELOMPAT PARTI SERTAI PKR


PAS hari ini menerima satu lagi tamparan bila Ahli Parlimen Tumpat Kelantan Kamaruddin Jaafar.Kemasukan beliau kedalam PKR diumukan oleh Wan Azizah selaku Presiden PKR.

Turut sama melompat parti ialah Muhammad Muhd Taib yang sebelum mengejutkan ramai pihak dengan penyertaan beliau dalam parti PAS.Adengan lompat melompat ini memang sudah dijangka kerana perkembangan mutakhir Pakatan Rakyat yang dilanda pelbagai masalah.

Pada pengumuman tersebut pastinya perhatian turut tertumpu kepada Khalid Samad yang hadir walaupun Kamarudin Jaafar pada awalnya dijangka akan menyertai Amanah tapi jangkaan meleset kerana beliau antara yang terlibat dalam gerakan menubuhkan Amanah .

Kamarudin Jaafar melengkapkan adengan melompat dengan menyertai UMNO pada awal pembabitannya dalam politik.Sudah diketahui umum bahawa beliau merupakan mereka yang dilabel sebagai golongan "Anwarinas"sewaktu berada di dalam PAS.

Pembabitan awal karier beliau di dalam ABIM dan Yayasan Anda Akademik sewaktu di Universiti Malaya .Bermula dari itu beliau sama sama menyertai UMNO dan pernah bertanding di Tumpat atas tiket UMNO pada tahun 1995 tetapi tewas kepada calon PAS.

Pernah menjadi Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Seisi 1983-1987,Ketua Pemuda UMNO Kelantan,Exco Pemuda UMNO Malaysia,Ketua UMNO Bahagian Tumpat.Manakala pembabitan beliau didalam PAS pernah memegang jawatan Setiausaha Agung PAS,AJK Badan Perhubungan PAS Kelantan dan AJK PAS Pusat.

Bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia ini pernah berkhidmat sebagaiPenolong Setiausaha Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Menjadi MP Tumpat selama 4 penggal atas tiket PAS setelah dipecat dari UMNO ekoran pembabitan beliau dalam gerakan Anwar Ibrahim pada tahun 1999 dan tersenarai dalam 12 orang yang telah ditahan dibawah ISA ekoran gerakan Reformasi pada waktu itu.


KANTOI...!JUSTO DEDAH BUKTI KOMPLOT GULINGKAN PM..



Perkembangan terkini pendedahan warga Switzerland,Xavier Andre Justo berkaitan peranan beberapa pihak yang berkomplot menggulingkan PM Malaysia melalui serangan media dengan menggunanakan isu 1MDB.

Sumber Polis Thailand akan dijadikan rujukan Polis Malaysia bagaimana Justo yang telah membekalkan kepada para penyiasat secara terperinci komplot yang diketuai oleh ,,editor Sarawak Report sejak enam bulan yang lalu.

Justo telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun selepas mahkamah Thailad mendapati beliau bersalah mencuri dan memeras ugut bekas majikannya,PetroSaudi.

Kejadian berlaku pada 30 April 2011 dimana beliau yang pada ketika itu bekerja sebagai ketua unit IT Petro Saudi telah mencuri lebih 90 Gbyte data dari server syarikat tersebut.Berikutan dari itu kontraknya telah ditamatkan dan apabila laporan polis dibuat beliau telah ditahan pada pertengahan Jun di Thailand.

Usaha beliau untuk memeras ugut majikan beliau pada tahun 2013 gagal melalui maklumat yang dicurinya,beralih mencari pembeli baru lantas melalui seorang rakan beliau telah diperkenalkan kepada seorang ahli perniagaan yang berpusat di London,Kamal Siddiqi.

Melalui Kamal Siddiqi beliau telah diperkenalkan kepada Rewcastle-Brown yang kemudiannya bertindak sebagai pengantara dalam cubaan menjual maklumat yang dicuri kepada beberapa kumpulan dari Malaysia yang berminat.

Antara yang berminat dengan urusniaga penjualan data yang dicuri oleh Justo itu adalah Nurul Izah namun  akibat daripada kegagalan penyelesaian cara pembayaran maka urusniaga tersebut telah gagal.

Menurut polis Thailand lagi akibat kegagalan urusniaga tersebut Rewcastle-Brown telah menghubungi Tony Phua yang membolehkan beliau di perkenalkan pula kepada ,Datuk Tong Kooi Ong pemilik The Edge Media Group.

Menurut sumber polis,satu pertemuan telah diadakan diantara Justo ,Rewcastle-Brown dan Tong di Hotel Fullerton Singapura sekitar Februari 2015 dan satu persetujuan telah dicapai berhubung urusniaga penjualan data yang dicuri tersebut.

Tong telah membuat bayaran sebanyak AS$2 juta kepada Justo Consulting Co Ltd yang berpusat di Pulau Koh Samui Thailand yang juga dikenali sebagai "Justo Property It Software" yang mana Justo telah mengakui pembayaran telah dibuat hasil penjualan maklumat PetroSaudi yang dicuri.

Maka bermulalah serangan media secara agresif oleh The Edge dan Sarawak Report serta Malaysia Insider berkaitan Petro Saudi dan 1MDB yang menjadi isu politik di Malaysia.

KISAH SEDUYUN KELIP KELIP ,BAJU KUNING DAN BAJU MERAH


Tubuhnya tidaklah besar seperti gorila,kecil sahaja.Maklumlah spesis kumbang yang terbang bermusim di malam hari..kalau kelip kelip muncul di siang hari itu maknanya kelip kelip gila la tu.Ribuan kelip kelip mahunya bertenggek di pohon berembang sepanjang likuan sungai.Namun usianya tidaklah lama,2 atau 3 bulan berakhirlah keangkuhan si kelip-kelip.


Semalam,manusia berbaju kuning berhimpun lagi,.Datangnya berduyun duyun tapi spesis yang sama berkulit cerah bermata sepet.Tubuhnya kecil sahaja tapi nafsunya kelihatan setinggi Menara Taipei.Ada dikalangan baju kuning membawa bersama penyapu.Kata mereka Jalan Tunku Abd Rahman ini kotor sekali maka perlu di bersihkan.

Tapi manusia berbaju kuning itu bermulut besar...ada orang kata mulut lembik mungkin kerana kuat makan itek cucuk leher.Sambil membawa penyapu,didalam fikiran masing2 terbayangkan kegemilangan Chin Peng memegang senapang dan bukan penyapu.

Esok...akan ada pula mereka segerombolan manusia berbaju merah yang lupa bertanjak dan berkeris.Kulit sawa matang ,cuma fikiran yang kurang matang.Menyusuri Petaling Street dan Bukit Bintang dengan bermodalkan suara tapi sayang hanya bertandang.

Siapakah empunya gudang..baju merah jaga di gudang.Siapakah empunnya ladang..baju merah hanya buruh di ladang..Siapakah empunya kilang..baju merah hanya operator yg malang.

Si kelip-kelip,si baju kuning dan si baju merah ini sama sahaja.Gahnya hanya pada terang ketika berduyun duyun..bila terpisah hilang dibawa malam.

Si kelip-kelip,si baju kuning dan si baju merah ini,datangnya bermusim.Hanya  menjadi tontonan pada waktu-waktu tertentu.Mana mungkin sepanjang tahun angkuh bercahaya...tiba waktu siang menjelma bersembunyi di balik pohon berembang.



Thursday, 10 September 2015

JURURAWAT PALING SEKSI DI DUNIA


Bagaimana agaknyanya situasi pesakit yang menerima rawatan di hospital jika jururawat yang ditugaskan menjaga anda adalah wanita seperti Kaiycie Palmers .Mungkin ada dikalangan pesakit rela berada di wad rawatan rapi dalam jangkamasa yang panjang.

Kaiycie Palmers dikatakan antara jururawat yang paling seksi d dunia yang begitu popular dilaman Instagram dikatakan mempunyai 167,000 pengikut.Beliau yang bertugas di wad rawatan rapi hospital di New York Amerika Syarikat.

P/S- Kalaulah di Malaysia..mahu penuh wad...yang tak sakit pun buat2 sakit..

















j


ABBY ABADI KONGSI KISAH ATAS KATIL...WOW..!


Oztazah Abby Abady memang hangat..sentiasa ada cerita sensasi yang sering dikongsi bersama.Kisah selebriti yang bertukar menjadi Ostazah Mee segera yang enak menjadi santapan.Apatah lagi kisah rumahtangga beliau yang sentiasa beralih mencari pucuk muda.

Terkini beliau berkongsi adengan "shopping di atas katil "bersama peminatnya di instagram.Mungkin inilah sahaja cara beliau untuk terus berada dalam arus perdana dengan menjaja kisah peribadi.Bagi Oztazah Mee segera kalau tak hot mana lah nak "uuuuumph...!"


Terharu dengan luahan suaminya di Instagram, Abby dalam masa yang sama turut membalas kenyataan suaminya di laman sosial itu dengan cukup romantis.

“Alolololoooo.. So suweettt!!! Terima Kasih juga buat suami @jaiezzany kerana menerima si dobokkkk ini seadanya. hehe… Dobok ‘limited edition’ ok hehe.. Malu dah nak ambil gambar sbb badan dah macam guni berassss”

“Apapun, nak pesan: Suamiku @jaiezzany jangan berangan ditempat kerja k. Balik nanti kita shopping atas katil k hehe… (Jangan bgtahu org shopping kt mana.. Nanti dorg tiru hahaha,” antara ayat yang ditulis Abby di Instagramnya.

Mungkin juga apa yang dimaksudkan Abby adalah untuk shopping online di atas katil. Maklumlah, zaman sekarang mahu membeli belah di mana-mana pun boleh. Malah peminat juga menyatakan mereka sangat manis bersama. Apa pun, semoga pasangan ini bahagia till Jannah.

P/S - Masa tengah suka semuanya so sweet...kalau dah tak suka...eeerhm...cakar harimau lah jawabnyeeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...