ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: FAM
Showing posts with label FAM. Show all posts
Showing posts with label FAM. Show all posts

Sunday, 23 October 2016

TMJ BAKAL PRESIDEN BARU FAM..?


TANDA tanya sama ada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu semakin kuat berlegar dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air.

Ia ekoran kenyataan terbaru baginda melalui laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini memaklumkan baginda sedang berada di Sepanyol bagi mencari jurulatih baharu untuk skuad kebangsaan Harimau Malaysia.

“Saya di sini bukan sahaja datang kerana dijemput untuk memberi ucapan dalam persidangan ‘World Football Summit’, juga bukan sekadar untuk berjumpa dengan rakan-rakan saya di kelab Barcelona, Valencia dan juga di Madrid tetapi untuk mencari jurulatih baharu pasukan kebangsaan dari peringkat belia dan pasukan utama negara.

“Jurulatih baru ini akan terapkan polisi, disiplin dan falsafah buat pasukan kebangsaan,” kata baginda yang juga pemilik pasukan JDT hari ini.

Tunku Ismail berkata, baginda sudah sudah lama ingin membantu skuad kebangsaan tetapi tidak boleh melakukan apa-apa sebelum ini disebabkan oleh kerana pengurusan FAM sedia ada.

Tegas baginda, apabila pengurusan baharu mengambil alih FAM tahun hadapan, tiga objektif utama yang akan dilaksanakan adalah perlantikan jurulatih baharu daripada Sepanyol.

“Keduanya adalah duit hak penyiaran untuk semua pasukan dan yang ketiga memperbaiki Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP),” kata baginda.

Friday, 11 September 2015

ZAINAL JENTIK KERANDUT KJ - CABAR GANTUNG FAM



Khairy Jamaludin Menteri Belia dan Sukan hari ini di cabar oleh Zainal Abidin Hasan agar menggantung FAM dalam minggu ini.Beliau yang jugga Timbalan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia ternyata kesal dengan serangan yang di lakukan oleh seorang Menteri Belia dan Sukan yang dianggap kebudak budakan


SAYA cabar beliau (KJ) untuk menggantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu minggu ini.Itu antara luahan Zainal Abidin Hasan sebagai orang lama dalam bolasepak tanah air bermula sebagai pemain dan kini menjadi jurulatih pasukan bolasepak Pahang

Tindakan menggantung FAM bukanlah suatu keputusan yang membaiki keadaan sebaliknya sebagai seorang Menteri beliau perlu mempunyai idea yang bernas serta mencari mekanisme yang lebih baik.


Memang patut pun Zainal meluahkan rasa rimasnya dan menjentik kerandut KJ yang sebenarnya hanya ingin menunjukkan kuasa beliau .Cakap tak serupa bikin kata orang kerana Khairy pernah berada di dalam FAM dan memegang jawatan tertinggi,namun projek My Team beliau turut gagal.





Thursday, 10 September 2015

11 LELAKI DIBERKAS DIPERCAYAI TERLIBAT BALING BOM ASAP DAN SUAR DI STADIUM SHAH ALAM


Pihak polis telah berjaya menahan 11 orang penyokong bolasepak yang dipercayai terlibat dalam insiden menimbulkan kekecohan pada perlawanan bolasepak Kelayakan Piala Asia sewaktu Malaysia menetang Arab Saudi.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ,ACP Shafien mamat mereka yang direman terdiri daripada lima orang pelajar universiti tempatan dan swasta yang berusia antara 19 hingga 36 tahun.Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Acara Keseksaan.

"Setelah diperikasa dua orang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan curi namun ujian air kencing kesemua mereka negatif.Lima daripada mereka adalah pelajar di universiti awam dan swasta manakala selebihnya adalah pekerja swasta yang dipercayai berada di dalam kumpulan 200-300 orang penyokong Ultra Malaya yang menimbulkan kekecohan di stadium"

“Kesemua yang ditahan berada dalam kumpulan 200 hingga 300 penyokong Ultras Malaya yang mana lima daripadanya adalah penuntut universiti awam dan swasta manakala bakinya bekerja sendiri dan kakitangan syarikat swasta."katanya yang menadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.

Siasatan juga mengesyaki mereka membawa masuk barang terlarang seperti suar dan bom asap melalui peniaga yang menjual minuman di stadium yang tidak melalui pintu pemeriksaan penonton.

Sebanyak 11 telefon bimbit juga telah dirampas dimana dipercayai digunakan suspek untuk berhubung melalui aplikasi what up dan pesanan ringkas selain beberapa batang suar,bom asap dan suar roket.

Wednesday, 9 September 2015

BODOH CERDIKNYA ULTRA MALAYA SUAR TIDAK MEMBANTU BOLASEPAK MENJADI JUARA


Insiden Ultra Malaya membaling suar dan bom asap pada perlawanan bolasepak Kelayakan Piala Dunia sewaktu Malaysia menentang Arab Saudi amat memalukan,memualkan dan menampakan kecetekan akal fikiran.

Pada perlawanan yang masih berbaki lebih kurang enam minit tindakan mereka membaling suar dan bom asap memaksa perlawanan dihentikan.Kemungkinan Malaysia mampu menyamakan kedudukan mahupun memenangi perlawanan tetap ada tetapi gara-gara kebodohan mereka yang mendapat jolokan Ultra Malaya hanyalah untuk mendapat publisiti murahan tanpa memikirkan implikasi kepada sukan bolasepak secara keseluruhan.

Jika dilihat komentar kebelakangan ini khususnya di media sosial selepas kekalahan 10-0 sewaktu pasukan bolasepak Malaysia tewas kepada UAE,segala permasalahan bolasepak negara dengan aksi yang tidak konsistem dan dikatakan merudum,FAM menjadi  mangsa cercaan dan cacian.

Tindakan jurulatih Dollah Saleh yang meletak jawatan serta hasrat Presiden FAM Tengku Mahkota Pahang meletak jawatan masih belum dilihat mampu meredakan rasa tidak puashati Ultra Malaya.

Persoalan yang timbul dari insiden ini ialah..

  1. Apakah dengan membaling suar dan bom asap di Stadium Shah Alam segalanya selesai dan pada hari yang mendatang Malaysia akan  beroleh kemenangan pada setiap perlawanan.
  2. Tunjukkan dimanakah contoh di negara yang maju sukan bolasepaknya menjadikan suar dan bom asap sebagai pemankin kemajuan bolasepaknya?
  3. Apakah dengan membuat perubahan drastik dari segi kepimpinan dan pengurusan FAM ,insiden membaling suar dan bom asap ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan?
  4. Apakah hanya mereka yang mendakwa Ultra Malaya sahaja yang pergi ke stadium menyaksikan perlawanan bolasepak sahaja mempunyai hak manakala mereka yang menyaksikan perlawanan di kaca TV tiada hak menyaksikan perlawanan?Menidakkan hak mereka yang membayar bil Astro menyaksikan hingga ke wisel penamat?
Sukan bolasepak bukan hanya sekadar penyokong tetapi lebih dari itu.Tidak tergambar difikiran bagaimanakah agaknya akan terjadi jika rekabentuk stadium di Malaysia sama dengan di kebanyakan negara di Eropah seperti di Engand.

Di sana kebanyakan stadium bolasepak tiada trek balapan disekeliling padang yang menjarakkan penyokong dan pemain.Namun displin yang ditunjukkan jauh berbeza walaupun kebanyakan mereka juga fanatik,mengambil minuman keras di bar sebelum ke stadium tapi masih waras dan berdisplin sewaktu di stadium.

Apa akan berlaku di Malaysia tentu berlainan jika stadium tiada trek balapan seperti yang bakan dibina di Bandar Jengka Pahang.Kemungkinan pemain terpaksa memakai helmet dan topeng gas hanya kerana ingin memastikan kehendak peminat suar dan bom asap dipenuhi...bravo Ultra Malaya..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...